You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GELUGOR, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG

DISEDIAKAN OLEH: Nur Afifah Bt. Omor Setiausaha, Program Lawatan Ilmiah PISMP, IPG Kampus Pulau Pinang.

1.0

PENDAHULUAN Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, akta 550(1996), surat pekeliling ikhtisas, pekeliling perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan pegawai pendidikan daearah (PPD)/zon/bahagian dan PKG, lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur dan dan infostruktur kurikulum di sekolah. Penganjuran program ini bertujuan memenuhi sukatan Bina Insan Guru bagi semester 6 2010.

2.0

RASIONAL Rasional mengadakan program pendidikan luar bilik darjah adalah untuk menambah pengetahuan tentang pengurusan, pentadbiran serta pengelolaan sesuatu organisasi sekolah. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengaplikasikan pengalaman yang diperolehi melalui program ini bagi meningkatkan prestasi diri mengenai pentadbiran dan pengurusan di sekolah kelak. Program lawatan sambil belajar ini juga diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih dalam merancang destinasi yang sesuai untuk memenuhi aktiviti lapangan di kalangan pelajar- pelajar sekolah rendah kelak.

3.0

OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan guru pelatih mengenai proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran major. Meninjau dan meniliti cara pengurusan dan pentadbiran serta kemudahan yang terdapat disekolah. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna bagaimana mengendalikan pendidikan luar bilik darjah dan boleh diaplikasikan pada masa hadapan. Melatih pelajar berinteraksi, berkomunikasi, menganjurkan program dan menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

4.0

BUTIR-BUTIR LAWATAN 4.1 Tarikh program 16 Ogos 2010 (Isnin) 4.2 Tempoh perlaksanaan Setengah hari 4.3 Tempat lawatan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

5.0 ATURCARA LAWATAN MASA AKTIVITI Tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor. Memperkenalkan diri kepada Guru Besar sekolah Aktiviti bermula Bersurai

2.30 petang

3.15 petang 3.15 4.30 petang 6.0 PENUTUP

Kursus benchmarking ini diharap dapat memberi gambaran jelas kepada bakal guru tentang pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah pendidikan khas. Dengan terlaksananya program ini juga. Ini dapat membantu guru pelatih untuk mengaplikasikan pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi di sekolah kelak.

Disediakan oleh:

: ................................................... (NUR AFIFAH BT. OMOR) Setiausaha Program Lawatan Ilmiah PISMP-5 SNED 1 DAN 5 SNED 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh:

.................................................... (PUAN ZAINAB BT. ITAM) Pensyarah Penasihat Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Diluluskan oleh:

..................................................... (ENCIK RIJENG JAHET) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

You might also like