You are on page 1of 19

Bahasa Bersifat Unik

Disediakan oleh: Siti Mariam Nur Raihan Siti Amiza Salbiah

Definisi
Bahasa Unik Bahasa Bersifat Unik

Definisi Bahasa
‡ Diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka ‡ Lambang-lambang yang diujarkan tersebut mempunyai maksud-maksud tertentu yang diterima oleh masyarakat dalam lingkunganya.

Definisi unik
‡ Bersinonim dengan lain daripada yang lain, tersendiri, luar biasa, istimewa;, ‡ Ini bermaksud sesuatu yang bersifat unik itu tidak mempunyai persamaan dengan sesuatu yang lain dan mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri

Bahasa bersifat unik


‡ Bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat , susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti yang kata nama dan kata kerja ‡ Contah: jatuh dan terjatuh kedua-duanya membawa maksud yang berlainan ‡ Walaupun semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur, tetapi mempunyai huraian yang tersendiri dari segi tatabahasa.

‡ Bahasa tidak diwarisi tetapi merupakan sesuatu yang kita perlu pelajari secara langsung dan tidak langsung daripada keluarga dan juga masyarakat di sekeliling.

Analogi melalui perbandingan bahasa yang digunakan manusia dan bahasa yang digunakan haiwan. ‡ Lisan dengaran
‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Penyebaran dan saluran Pendengaran berterusan Peranan silih berganti Maklumat balik Pengkhususan Semantik Arbitrari kreatif Penyampaian Produktiviti Pembelajaran

Lisan dengaran
‡ Bahasa manusia merupakan sistem untuk berhubung ‡ Dihasilkan antara mulut dengan yang bertentangan dengan penglihatan atau pancaindera yang lain. ‡ Manakala sistem komunikasi haiwan hanya ada beberapa bunyi yang hampir seragam untuk menyampaikan mesej yang terhad jumlahnya.

Penyebaran dan saluran


‡ Bentuk bunyi sebagai isyarat boleh didengari melalui pertuturan dan diterima oleh pendengar melalui alat pendengaran dan seterusnya maklumat itu dapat disebarkan. ‡ Haiwan tidak berupaya untuk menggunakan sistem sedemikian kerana haiwan tidak menyebarkan maklumat.

Pendengaran yang berterusan


‡ Manusia yang memiliki sistem pendengaran yang aktif berupaya untuk mendengar apa sahaja bunyi secara berterusan tanpa halangan. ‡ Manakala haiwan yang mengeluarkan bunyi yang berterusan tidak semestinya akan mendapat respons terhadapnya.

Peranan silih berganti


‡ Semua manusia boleh menggunakan bahasa sebagai penutur dan pendengar dalam satu masa. ‡ Pada masa yang sama, dia memahami apa yang dituturkannya dan apa yang didengarinya. ‡ Haiwan tidak mempunyai peranan dan bahasa yang digunakannya tidak sama antara spesis jantan dengan betina. ‡ Contoh: ‡ Ayam jantan berkokok manakala ayam betina berketak.

Maklumat balik
‡ Proses maklumat balik tidak berlaku dalam sistem perhubungan haiwan. ‡ Contoh : beruk yang tersepit hanya akan menjerit-jerit untuk menunjukkan kesakitan, tetapi belum tentu belum tentu jeritannya itu difahami oleh rakannya dan mereka datang untuk melepaskannya ‡ Manusia boleh menganalis semula apa-apa yang didengar dan dibaca, sama ada pada masa yang sama atau pada masa yang lain

Pengkhususan
‡ Bunyi-bunyi ujaran manusia dituturkan khusus untuk sesuatu tujuan ‡ Misalnya, jika mereka marah, mereka akan menggunakan nada atau intonasi yang menggambarkan kemarahan ‡ Hal ini berbeza dengan bunyi haiwan yang hanya mempunyai satu tujuan, iaitu keperluan biologi sahaja

Semantik
‡ Makna yang terkandung dalam bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia mengikut konteks dan situasi sebenar, tidak seperti bunyi yang dihasilkan oleh haiwan ‡ Misalnya, anjing boleh menyalak pada bila-bila masa tanpa ada kaitan antara bunyi tersebut dengan konteks bunyi itu dihasilkan

Arbitrari
‡ Ujaran manusia yang merupakan hubungan antara tanda dengan benda bersifat arbitrari. ‡ Bentuk perkataan boleh berubah bagi merujuk kepada benda yang sama ‡ Sebaliknya, bunyi rusa jantan memanggil rusa betina adalah seragam dan wujud sejak lahir

Kreatif
‡ Bahasa yang digunakan oleh manusia berupaya untuk menyatakan pelnagai perkara, idea dan konsep yang abstrak; tidak seperti haiwan yang sistem bunyinya terhad dan tidak berubah.

Penyampaian
‡ Manusia boleh menggunakan bahasa sebagai satu sistem perhubungan bagi menyampaikan maklumat dan perlakuan.

Produktiviti
‡ Bahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang banyak dan manusia boleh menghasilkan ujaran yang tidak terhad jumlahnya, berbeza dengan sistem komunikasi haiwan. ‡ Contohnya; tarian yang dihasilkan oleh lebah yang menjumpai madu adalah sama sahaja bentuknya tanpa penambahan atau pengurangan.

Pembelajaran
‡ Bahasa manusia diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui pembelajaran dan pengajaran. ‡ Jika manusia terpisah daripada masyrakat, manusia tidak dapat berbahasa ‡ Sebaliknya, haiwan akan terus berkomunikasi walaupun terpisah daripada kumpulan sejenisnya.

You might also like