You are on page 1of 8

Peranan kuasa-kuasa besar Kuasa-kuasa besar barat telah mula bertapak di Asia Barat sekitar awal kurun ke20.

Misalnya, British menjalin hubungan dengan Syarif Hussain untuk membantu Syarif Hussain membebaskan Syria bebas daripada kekuasaan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1916. Kerajaan Uthamaniyah yang pada ketika itu menyertai pakatan perang bersama Jerman telah tewas kepada tiga kuasa besar Eropah iaitu Britain, Perancis, dan Rusia. Perkara ini telah mengumbah persempadanan antara Negara-negara di Asia Barat dan telah melakar sejarah baru di Asia Barat dengan bermulanya pertapakan kuasa barat di wilayah mereka. Negara Barat telah mengadakan beberapa perjanjian antaranya ialah perjanjian sulit Sykes-Picot 19161 di antara pegawai Britian dan Perancis yang telah membahagikan wilayah di Asia Barat di antara Britian, Perancis, dan Russia. Persetujuan ini merupakan diplomasi sulit di antara dua orang pegawai Britian dan Perancis dan tidak diketahui oleh Syarif Hussain. Dalam persetujuan tersebut telah memberikan Rusia beberapa selat dan barat laut Anatolia, sementara Perancis pula mendapat Cicilia.2 Britian pula berkuasa di Iraq dan Iran pula di bawah kekuasaan Perancis dan Rusia. Salah satu tindakan kuasa besar barat yang telah mengubah bentuk geografi, keadaan politik, dan ekonomi di Asia Barat ialah pengisytiharan Balfour pada tahun 1917. setiausaha Hal-ehwal Luar Britian, Arthur James Balfour telah mengirim surat kepada Lord Rothschild, seorang pejuang Zionis Inggeris yang berbunyi: Kerajaan Yang Di-Pertuan Baginda memandang baik pembentukan di Palestin sebuah tempat kediaman nasional bagi orang Yahudi dan akan
1

Perjanjian ini di buat pada 16 Mei 1916 di antara Sir Mark Sykes seorang pegawai dari pejabat hal ehwal luar Inggeris dan Francois Georges-Picot, pegawai Perancis di Kaherah yang bertanggungjawab di atas hal ehwal Syria. Lihat Mohammad Redzuan Othman dalam Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Hlm. 171

Mohammad Redzuan Othman(penterj.), Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 Hlm. 171. Diterjemahkan dari The Modern Middle East and North Africa, A.A. Lois & P.M. Richard. 1984.

berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi kemudahan-kemudahan bagi tujuan tersebut, dengan memahami sepenuhnya tiada tindakan yang tidak wajar yang boleh menimbulkan prasangka dalam hak awam dan keagamaan bagi masyarakat bukan Yahudi yang tela sedia ada di Palestin atau apa-apa hak dan taraf politik yang dipunyai oleh orang Yahudi di Negara-negara lain.3 Kuasa dan kekuatan yang dimiliki oleh barat digunapakai untuk mereka mengeksploitasi negara-negara di rantau Asia Barat. Tanah Palestin sebahagiannya telah dijadikan national home of jews oleh pihak barat sebagai petempatan untuk orang Yahudi. Dengan itu, tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 dan perkara ini sekaligus telah menimbulkan konflik di kalangan Negara Arab kerana terdapat segelintir yang tidak dapat menerima pengwujudan tersebut. Tambahan pula, pengwujudan Negara tersebut jelas mahu dijadikan jambatan oleh kuasa barat untuk terus bersaing di Asia Barat terutamanya dalam aspek ekonomi. Persoalannya, bagaimanakah kuasa besar dunia pada ketika itu telah menyebabkan tercetusnya perang antara Iraq dan Iran? Pengaruh kuasa-kuasa besar ini bukanlah faktor secara langsung tetapi sebagai faktor penggalak untuk tercetusnya perang tersebut. Kuasa-kuasa besar barat seperti Perancis, Britian, Rusia, dan Amerika Syarikat menggalakkan perang tersebut dengan memberikan bantuan kepada Negara yang berperang dari aspek senjata perang, teknologi perang, pinjaman kewangan, dan membantu mereka dalam peperangan. Negara barat tersebut majoritinya terdiri daripada Negara yang menyertai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sepatutnya menghalang daripada tercetusnya perang, akan tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Iraq merupakan Negara yang mendapat bantuan yang secukupnya daripada pihak kuasa barat. Pada peringkat awal, Rusia merupakan pembekal senjata yang utama kepada Iraq. Namun, selepas itu, kuasa barat yang lain datang ke Baghdad untuk memberikan bantuan kepada Iraq. Perancis dan Amerika Syarikat telah
3

Ibid.

memberikan bantuan kebendaan seperti makanan, pakaian, dan senjata kepada Iraq dan turut memberikan bantuan dalam aspek kewangan. Saddam with his armed forces now benefiting from the influx of material and financial support from Western powers such as the United States of America and France, went on the offensive for the first time since late 1980, on 28 January 19854 Namun demikian, negara barat ini menghulurkan bantuan atas sebab cuba mempertahankan kepentingan mereka di Iraq. Misalnya, Perancis menghulurkan bantuan teknologi perang kepada Iraq untuk menjaga projek pembangunan mereka di Iraq. Menurut L.C. William: France, which was deeply involved in several large development projects in Iraq, provided Husyans forces with Mirage jets and SuperEtendard war planes eqquiped with Exocet missiles.5 Amerika syarikat pula, mula memberikan bantuan kepada Iraq pada tahun 1984 apabila hubungan diplomatik antara Baghdad dan Washington yang wujud pada tahun 1967 dipulihkan semula. Amerika Syarikat memulakan bantuan mereka dengan memberikan bantuan dalam aspek penasihat dalam perang. Selain itu, Amerika Syarikat juga tidak lagi menjualkan senjata kepada Iran sebagai usaha merencatkan kuasa ketenteraan Iran seterusnya membolehkan Iraq memenangi peperangan tersebut. Di samping itu, sebagai usaha membantu Iraq, Amerika telah mengadakan kempen untuk memboikot minyak Iran. Selain itu, Amerika juga banyak memberikan bantuan senjata perang kepada Iraq. Misalnya, mereka memberikan bantuan dalam aspek

Iran- Iraq War di cetak daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Iran-Iraq_War pada 24 September 2007

L. C. William, A History Of The Modern Middle East, United States Of Americas: Westview Press, Inc., 1994, Hlm. 372

kelengkapan perang laut, kereta kebal, jet pejuang, dan membekalkan senjata kimia kepada Iraq. Berikut ialah jumlah perbelanjaan Iraq untuk membeli senjata mengikut negara pembekalnya:

Suppliers Soviet Union France People's Republic

in Billions (1985 $US) 19.2 5.5

% of total 61 18

1.7 5 of China Brazil 1.1 4 Egypt 1.1 4 Other countries 2.9 6 Total 31.5 98.0 Rajah: Negara pembekal dan perbelanjaan Iraq untuk pembelian senjata antara tahun 1970-19906

Oleh itu, jika di lihat daripada aspek kekuatan ketenteraan sememangnya Iran bukanlah tandingan Iraq yang mendapat bantuan daripada segenap sudut dan majority kuasa dunia menyokong mereka. Berikut ialah perbandingan kekuatan antara kedua-dua Negara tersebut:

Imbalance of Power (1980-1987) Tanks in 1980 Tanks in 1987


6

I raq 2 700 4 500 000 740 ran

I 1 1

Iran- Iraq War, Op. Cit.

Fighter Aircraft in 1980 Fighter Aircraft in 1987 Helicopters in 1980 Helicopters in 1987 Artillery in 1980 Artillery in 1987

3 32 5 00+ 4 0 1 50 1 000 4 000+ 0 00 5* 45

4 6 5 6 1 1

000+ 000+ Rajah: perbandingan kekuatan Iraq dan Iran7 Ekoran bantuan yang padu daripada kuasa barat, kuasa-kuasa lain atau negara lain di Timur Tengah juga turut memberikan bantuan kepada Iraq. Mereka turut memberikan bantuan kewangan kepada Iraq dengan memberikan pinjaman kewangan kepada Iraq. Pinjaman ini penting untuk Iraq terus berjuang kerana pengeluaran minyak pada masa tersebut sangat terhad kerana kebanyakan telaga-telaga minyak mereka telah dimusnahkan oleh pihak Iran. Kuwait dan Arab Saudi merupakan negara pemberi pinjaman yang utama iaitu antara 50 dan 60 juta dollar US.8 Namun demikian, terdapat sesetengah pihak yang memberikan bantuan lepada kedua-dua belah pihak. Negara-negara tersebut menjual senjata perang kepada kedua-dua belah pihak. Misalnya, Yugoslavia menjual senjata kepada kedua-dua buah negara sepanjang tempoh perang dan begitu juga Portugal yang membantu kedua-dua belah pihak.9

Ibid. L.C. William, Op. cit. Iran- Iraq War , Op. Cit.

8 9

Jika kita meneliti kepada bantuan yang di terima oelh Iraq, ternyata mereka memiliki sokongan dari belakang yang kuat daripada pihak barat. Mengapa? Barat membantu Iraq kerana ingin mempertahankan kepentingan mereka di Iraq terutamanya dalam ekonomi. Tambahan pula, mereka bimbang sekiranya Iran memenangi perang tersebut, maka sebahagian kawasan penting mereka di Iraq akan dijadimilikkan negara Iran. Dengan membantu Iraq, mereka juga berjaya memadamkan semangat revolusi yang sedang membara dikalangan orang Iran yang seterusnya menyerap masuk ke dalam diri sebahagian masyarakat negara Arab yang lain. Maka, jika Iran yang memenangi perang tersebut mereka akan kehilangan kekuasaan mereka di Asia Barat. Selain itu, kebanyakan kuasa barat menghulurkan bantuan peralatan perang atas sebab ingin menguji senjata yang telah mereka cipta. Justeru, negara-negara barat dan kuasa besar dunia yang lain berlumba-lumba menjual senjata kepada kedua-dua negara yang berperang tersebut atas sebab ingin menguji kehebatan kuasa senjata mereka. Secara keseluruhannya, dapat kita lihat bahawa tindakan awal barat iaitu mengadakan perjanjian di Asia Barat telah mencorakkan suasana politik yang sentiasa berdepan dengan ketegangan sehingga ke masa kini. Atas dasar kepentingan sendiri, kuasa-kuasa besar dunia telah memberikan bantuan ke atas kedua-dua negara yang berperang disebabkan oleh motif-motif mereka yang tersendiri. Pembekalan senjata, pemberian pinjaman kewangan, sokongan ketenteraan, dan penyediaan keperluan yang lain oleh negara kuasa-kuasa besar dunia ini sememangnya menyokong agar perang tersebut terus tercetus. Seterusnya mereka boleh menanguk di air yang keruh bagi mendapatkan habuan yang mereka inginkan. Iran yang kalah dalam peperangan akan membayar ganti rugi peperangan, manakala Iraq yang menang pula perlu menebus pertolongan kuasa-kuasa ini dengan hasil bumi mereka. Kesimpulannya, dapat kita katakan kuasa-kuasa besar sememangnya menyokong belakunya perang agar mereka boleh memanfaatkan peluang yang wujud untuk kepentingan peribadi. Mereka sepatutnya sebagai kuasa besar dunia membantu

utnuk mewujudkan keamanan sejagat tetapi apa yang mengecewakan ialah mereka menggalakkan peperangan meletus. Malahan, menunding jari dengan sewenangnya ke arah pihak yang lain yang bersalah. William menyatakan; Although the U.S. government and media directed nearly hysterical critism toward Saddam Husayn and his regime during the 1990-1991 crisis, we should recall how crucial U.S. assistance to Iraq was during the earlier war. For the United states in 1980s, the demon of middle east was Ayatollah Khomeini, not Saddam Husyan, and Washington was willing to ignore the brutality of Husyans regime in order to prevent the spread of the kind Islamic radicalism and anti- U.S. sentiment represented by Khomeini. What was at stake for United States in this war, as perhaps in thats 1991, was not human rights but oil reserves.10

Rujukkan L. C. William.1994. A History Of The Modern Middle East. United States Of Americas: Westview Press, Inc. Mohammad Redzuan Othman 1991.Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterjemahkan dari The Modern Middle East and North Africa. A.A. Lois & P.M. Richard. 1984 ( Penterjermah) Iran- Iraq War di cetak daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Iran-Iraq_War pada 24 September 2007
10

L.C. William, Op. Cit., .hlm.373

You might also like