You are on page 1of 18

BASIC MATHEMATICS( MT 2310D)

NON ROUTINE PROBLEM AZELIN PPISMP F2D

MASALAH BUKAN RUTIN


Tiga orang sedang berada di dalam sebuah bilik mewah sebuah kereta api. Seorang daripadanya adalah jutawan. Dua orang lagi,bersahabat,masing-masing membawa 5 keping dan 3 keping murtabak untuk bekalan dalam perjalanan. Mereka berdua mempelawa jutawan itu ;jmakan bersama,berkongsi lapan keping murtabak itu sama banyak.Semasa hendak berpisah,jutawan itumenghadiahkan 8 keping syiling emas kepada mereka untuk dibahagi-bahagikan sesama mereka dengan amanah pembahagian itu semestinya adil mengikut kadar sumbangan murtabak itu. Kedua sahabat itu bergaduh tentang pembahagian emas tersebut.kemudian datang seorang tua yang menyelesaikan masalah tersebut.Bagaimanakah agaknya penyelesaian itu dibuat?

sahabat 1 mempunyai 5 keping murtabak.

Sahabat 2 mempunyai 3 keping murtabak.

Kedua-dua sahabat berkongsi murtabak tersebut sama rata dengan seorang jutawan .

MEMAHAMI DAN MENTAFSIR MASALAH


Berapa keping setiap daripada mereka dapat? Berapa keping emas masing- masing keduadua sahabat itu dapat ?

Jutawan memberikan 8 keping emas kepada kedua-dua sahabat.

penyelesaian berayat serta jalan pengiraannya

MERANCANG STRATEGI

Penyelesaian berayat serta jalan pengiraannya

Menggunakan gambar rajah.

MELAKSANAKAN STRATEGI PERTAMA


Murtabak itu dikongsi bersama,sama banyak atau sama bahagian antara mereka bertiga itu dan setiap keping murtabak dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama. Ini bermakna 8 keping murtabak itu terbahagi kepada: 8 3 = 24 keping kecil. Daripada 24 keping itu,setiap orang akan mendapat: 243 = 8 keping. Jadi orang yang mempunyai 5 keping murtabak itu akan menyumbangkan sebanyak: 53 = 15 keping dan Orang yang mempunyai 3 keping murtabak itu menyumbangkan sebanyak: 33 = 9 keping.

Ini bermakna sahabat 1 menyumbangkan 7 keping ( dia makan sendiri 8 keping) sementara sahabat 2 menyumbang hanya 1 keping sahaja ( dia makan sendiri sebanyak 8 keping.) Jadi, sahabat yang mempunyai 5 keping murtabak dihadiahkan sebanyak 7 keping syiling emas sementara sahabat 2 hanya berhak mendapat 1 keping syiling emas sahaja.

MELAKSANAKAN STRATEGI KEDUA

Sebagaimana yang diketahui, jutawan memberi 8 keping emas kepada mereka, bersamaan dengan jumlah murtabak yang dimakannya. Daripada gambar rajah di atas;

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada gambar rajah di atas ialah; Jutawan memakan 7 keping murtabak daripada murtabak sahabat 1 dan memakan 1 keping murtabak daripada sahabat 2. Maka,sahabat 1 menerima 7 keping emas dan sahabat 2 menerima 1 keping emas berdasarkan bilangan murtabak yang telah disumbangkan.

MENYEMAK SEMULA
Murtabak untuk setiap orang =[ (5+3) 3] 3 = 8 keping Emas yang diperoleh sahabat 1 = (5 3 ) 8 = 7 keping Emas yang diperoleh sahabat 2 = (3 3 ) 8 = 1 keping Adakah penyelesaian daripada strategi pertama dan kedua itu memberikan jawapan yang betul? Ya .

STRATEGI YANG TERBAIK


 strategi menggunakan gambar rajah.

dengan penggunaan gambar rajah, hasil yang diperoleh adalah lebih tepat. dapat mencari jawapan dengan lebih senang dan cepat serta mudah diselesaikan dengan menggunakan penyelesaian masalah yang menggunakan gambar rajah.  Contoh gambar rajah yang boleh digunakan ialah graf, carta pai, jadual , dan banyak lagi. boleh melihat cara sesuatu masalah itu diselesaikan. Dalam penyelesaian masalah di atas yang menggunakan gambar rajah, kita dapat melihat dengan jelas bahawa bagaimana murtabak 2 sahabat tersebut dibahagikan sama rata antara 3 orang iaitu antara sahabat 1, sahabat 2, dan jutawan. Kita juga dapat melihat barapa banyak murtabak sahabat 1 dan sahabat 2 yang telah dimakan oleh jutawan.

MASALAH YANG SERUPA


Ali, Abu dan Aci sedang bermain di sebuah taman. Setelah kepenatan bermain mereka pun duduIk berehat sambil makan roti. Ali mempunyai 4 keping roti dan Abu mempunyai 6 keping roti ,manakala, Aci tidak mempunyai sekeping roti pun. Mereka berkonsi roti itu sama rata antara mereka bertiga. Berapa keping roti setiap daripada mereka dapat? Sebagai balasannya, aci memberi 10 biji guli kepada Ali dan Abu untuk dibahagikan antara Abu dan Ali. Berapa biji gulikah yang Ali dan Abu dapat?

Ali ada 4 keping roti.

Abu ada 6 keping roti .

aci tidak ada sekeping roti pun.

MEMAHAMI DAN MENTAFSIR MASALAH

Berapa keping setiap seorang akan dapat?

Berapa biji guli yang Ali dan Abu dapat setiap seorang?

PENYELESAIAN

Daripada gambar rajah di atas,  kita tahu bahawa setiap daripada mereka akan mendapat 10 keping roti.  Aci pula memakan 2 keping roti daripada bahagian Ali Aci makan 8 keping roti daripada bahagian Abu. Maka ,kita dapat menyimpulkan bahawa Aci memberi 2 biji guli kepada Ali dan 8 keping guli kepada Abu.

MENYEMAK SEMULA JAWAPAN


Adakah setiap seorang daripada mereka mendapat 10 keping roti? (10 3) 3 = 10 keping Ya . Adakah Ali mendapat 2 biji guli? (43) 10= 2 biji Ya Adakah Abu mendapat 8 biji guli? (63) 10 = 8 biji Ya

You might also like