You are on page 1of 27

1.

0 SISTEM NOMBOR ASAS 2

1.1. PENGENALAN SISTEM NOMBOR ASAS 2 1.2. CIRI-CIRI SISTEM NOMBOR ASAS 2 1.3. KEGUNAAN DAN APLIKASI SISTEM NOMBOR ASAS 2

1.1. Pengenalan Sistem Asas 2

Sistem asas 2 ini lebih dikenali dengan nama sistem binari. Pemikiran pertama mengenai sistem ini dapat dilihat dalam konsep matematik (prosidi) yang dibangunkan oleh ulama india, Pingala. Seiring dengan peredaran masa, sistem binari moden telah dikaji oleh Gottfried Leibniz pada 1679 dalam artikelnya yang bertajuk Exlication de lArithmetique. Beliau mendapati bahawa asas 2 yang hanya menggunakan 2 digit sudahpun memadai untuk sistem nilai tempat serta boleh mengendalikan pelbagai operasi aritmetik. Sistem ini selalunya digunakan untuk menentukan dua keadaan iaitu keadaan buka (on) dan tutup (off). Selain itu, dua digit dalam sistem binari ini juga dikenali sebagai bit sebagai singkatan daripada binary digit.

1.2. Ciri-Ciri Sistem Asas 2

Ciri pertama sistem binari ini jelas dilihat daripada jumlah simbol atau angka yang digunakan. Sistem nombor asas 2 ini hanya menggunakan 2 simbol sahaja iaitu simbol 0 dan simbol 1. Ianya lebih mudah apabila ia melibatkan operasi aritmetik tambah, tolak, dan darab kerana sistem tidak melibatkan simbol yang banyak. Hal ini kerana ianya merupakan sistem asas 2, maka setiap digit masing-masing akan meningkat kepada kuasa 2, bermula dari kanan. Untuk mewakili nilai perpuluhan pula sistem ini mengambil jumlah produk digit binari kuasa 2 yang dikuasai.

Selain itu, ciri yang kedua ialah sistem ini hanya melibatkan operasi matrik yang mudah. Ciri ini dapat dilihat apabila 2 digit tersebut ditambah dan ditolak berdasarkan konsep berikut; 0+0=0, 0+1=1, 1+0=1, dan 1+1=10. Natijahnya, sistem binari ini mempunyai peraturan yang mudah dalam aritmetik tambah dan tolak. Sistem ini juga melibatkan proses peminjaman dan carrying antara dua digit dalam sesuatu operasi. Contohnya, apabila 1 ditambah 1,

akan menghasilkan nilai 10, tetapi digit 1 tersebut akan dibawa ke nilai tempat yang seterusnya. Proses carrying akan berlaku ketika itu. Begitu juga apabila melibatkan operasi tolak, peminjaman digit akan berlaku, apabila hasil penolakan adalah kurang daripada 0. Peminjaman akan terjadi daripada kedudukan nilai yang seterusnya iaitu dari sebelah kiri.

Di samping itu, sistem binari ini juga melibatkan 4 operasi asas aritmetik. Proses arimetik yang dimaksudkan ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Bukan seperti kebanyakkan sistem lain yang terhad kepada operasi tambah dan tolak sahaja. Contohnya, a) Operasi tambah 0+00 0 + 1 1 atau 1 + 0 1 1 + 1 0, bawa 1 ke nilai tempat seterusnya

b) Operasi tolak 0 0 0 atau 1 1 0 0 1 1, pinjam 1 daripada nilai tempat seterusnya 101

c) Operasi darab Jika salah satu digit adalah 0, maka hasil darab adalah 0.Jika kedua-dua digit adalah 1, maka hasil darab adalah 1.

d) Operasi bahagi Menggunakan prinsip long division. Hasil bahagi nombor binari akan mendapatkan nilainya beserta baki.

1.3. Kegunaan Dan Aplikasi Sistem Asas 2

Sistem binari ini banyak pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian kita. Aplikasi yang pertama menggunakan asas binari ini ialah sistem

komputer dan hampir kesemua mesin elektronik. Hal ini kerana sistem binari mudah dan sesuai digunakan untuk teknologi lain. Sistem binari ini juga digunakan untuk menyimpan data dalam ingatan komputer. Binary digit atau bit merupakan unit asas dalam menyimpan data dalam komputer. Hal ini bagi membolehkan pengenalan aksara oleh komputer iaitu melalui pemetaan bait (8 bit) kepada aksara tertentu. Maka, proses pemetaan ini dapat dilihat dalam American Standard Code of Information Interchange (ASCII). Jadi apabila menekan sesuatu aksara si atas pada komputer, paparan komputer akan memaparkan aksara tersebut, berdasarkan kod ACSII yang telah dihantar dan diproses oleh komputer. Contohnya, EDVAC (Electronic Discrete Variable Computer) merupakan komputer pertama yang menggunakan sistem binari untuk operasi aritmetik dan arahan operasi distor dalam bentuk digital dalam ingatannya. Tambahan pula, sistem binari ini juga digunakan untuk

menghasilkan arahan dalam sesuatu alat elektronik. Ianya digunakan dalam suis lampu. Hal ini disebabkan oleh arus elektrik yang mengalir dalam sistem binaan cip yang menggunakan konsep logic gate. Konsep logic gate ini hanya akan membenarkan dua keadaan terjadi iaitu arus mengalir (1) dan arus berhenti (0). Lampu akan menyala jika arus mengalir dan lampu akan terpadam jika arus berhenti mengalir. Di samping itu, sistem binari juga turut digunakan dalam video digital. Video digital diwakili oleh kod sistem binari kerana sistem ini mempunyai nilai yang tetap iaitu minimum 0 dan maksimum 1. Data video digital ini disimpan dalam bentuk kod binari. Hal ini kerana apabila video digital disambungkan dengan komputer ia akan cepat difahami oleh komputer tersebut, mudah dipinda dan dikongsi serta disebarkan. Kesan daripada penggunaan sistem binari ini dalam video digital akan menyebabkan kualiti video tersebut kekal baik sepanjang masa dan kualiti rakaman pendua juga menyamai kualiti rakaman asli.

2.0 SISTEM NOMBOR ASAS 60

2.1. PENGENALAN SISTEM NOMBOR ASAS 60 2.2. CIRI-CIRI SISTEM NOMBOR ASAS 60 2.3. KEGUNAAN DAN APLIKASI SISTEM NOMBOR ASAS 60

2.1. Pengenalan Sistem Asas 60

Sistem ini mula digunakan pada Zaman Babylonian. Sistem ini berassal bermula dari Zaman Sumeria Kuno pada abad ke-3 Sebelum Masihi. Pada ketika itu, orang Sumeria dan Babylonian menggunakan asas 60 dalam mngukur masa, sudut, dan koordinat geografi. Sistem asas 60 ini mempunyai 12 faktor iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 10, 12, 15, 20, 30, dan 60. Digit 2, 3 dan 5 adalah nombor perdana. Dengan bantuan faktor faktor 60 tadi, pecahan yang melibatkan nombor asas 60 ini akan menjadi mudad. Slain itu, sistem ini juga dikenali sebagai sistem Sexagesimal.

2.2. Ciri- ciri Sistem Asas 60

Salah satu ciri sistem asas 60 ini ialah sistem ini mempunyai 60 simbol yang mewakili nilai 0 hingga 59. Walaubagaimanapun, Matematik Babylonians hanya mempunyai 59 simbol walaupun ianya mengambil asas 60. Hal ini disebabkan kerana sistem pada zaman Babylonians ini bukanlah sistem asas 60 yang asli kerana ketiadaan simbol untuk sifar. Contoh simbol yang digunakan dalam sistem asas 60 Matematik Babylonias ialah seperti gambar rajah di bawah;

Kesemua simbol tersebut terhasil daripada dua simbol asas iaitu ^ ( 1) dan < ( 10). Manakala pada zaman kini, sistem asas 60 menggunakan 60

simbol yang mewakili nilai 0 sehingga 59 dan sistem ini mash lagi digunakan sehingga kini.

Selain itu, sistem asas 60 ini juga mempunyai simbol yang mengelirukan penggunanya. Simbol-simbol tersebut sangat sukar untuk memahami penggunaan setiap simbol dan sukar untuk diingati. Hal ini kerana dua simbol asas yang digunakan hampir sama bentuknya.

Di samping itu, sistem nombor asas 60 ini tidak mempunyai simbol untuk sifar. Oleh sebab itu juga proses notasi nilai tempat sukar untuk ditentukan. Seiring dengan peredaran masa, simbol untuk penentu tempat ( dua segitiga kecil ) diperkenalkan untuk menggantikan nilai sifar.

Sistem ini juga menggunakan penentu nilai tempat ( dua segitiga kecil) untuk memudahkan pengiraan aritmetik dan pengenalpastian nilai tempat. Contoh simbol yang digunakan untuk mengenalpastu nilai tempat nombor sexagesimal ini ialah;

2.3. Kegunaan dan Aplikasi Sistem Asas 60

Salah satu aplikasi sistem nombor asas 60 dapat dilihat dalam menentukan koordinat geografi. Dengan menggunakan asas 60, seseorang itu dapat mengukur ketinggian, altitud dan kedalaman sesuatu tempat geografi dari pusat bumi. Seseorang itu juga mampu untuk

mengukur latitud dan longitud pada muka bumi dengan menggunakan konsep sistem asas 60. Pada mulanya, ahli pemikir dan geografi Yunani iaitu Ptolemy meminjam teori dari Matematik Babylonians (asas 60) untuk mengembangkan teorinya mengenai satu bulatan penuh yang dibahagi kepada 360 darjah (360o ).

Masa dan waktu serta sudut juga mengaplikasikan sistem asas 60 dalam prinsip pergerakannya. Sepertimana yang kita ketahui, 1 jam bersamaa dengan 60 minit dan 1 minit pula bersamaan dengan 60 saat. Maka, masa yang diukur bersamaan dengan 3:23:17 (3 jam, 23 minit dan 17 saat). Ukuran ini tadi boleh ditafsirkan dalam bentuk nombor sexagesimal iaitu, 3 x 602 + 23 x 601 + 12 x 600. Untuk sudut pula, kita tahu bahawa dalam satu bulatan penuh terdapat 360 darjah dan dibahagikan pula kepada 60 minit lengkok dan seterusnya 60 saat daripada minit lengkok tadi. Penggunaan asas 60 ini kita juga dapat lihat dalam pengiraaan sudut geometrid dan trigonometri.

Di samping itu, kita dapat lihat penggunaan asas 60 dalam kitaran sexagenari. Kitaran ini digunakan oleh masyarakat Cina untuk merekod hari dan tahun. Kaedah kitaran sexagenari ini digunakan dalam merekod tahun bermula dari pertengahan abad ke 3 Sebelum Masihi. Semenjak itu, kitaran itu menjadi sesuatu yang penting dalam sejarah kalendar

Cina. Walaubagaimanapun begitu, kaedah kitaran sexagenari ini tidak lagi diguna pakai dalam pengiraan hari, bulan dan tahun dalam calendar rasmi Cina. Kitaran ini terbahagi kepada Kitaran Sepuluh dan Kitara Dua Belas, dimana kedua-dua kitaran tersebut bergabung sehingga menjana 60 segi yang berulang. Contoh calendar masyarakat Cina pada Zaman dahulu ialah Kalendar Tibetan.

3.0 SISTEM NOMBOR ASAS 16

3.1. PENGENALAN SISTEM NOMBOR ASAS 16 3.2. CIRI-CIRI SISTEM NOMBOR ASAS 16 3.3. KEGUNAAN DAN APLIKASI SISTEM NOMBOR ASAS 16

3.1 Pengenalan Sistem Asas 16

Sistem

nombor

asas

16

juga

dikenali

sebagai

heksadesimal.

Heksadesimal ini diambil daripada perkataan Hex yang bermaksud enam dan dec yang bermaksud sepuluh. Apabila digabungkan, ianya membawa maksud enam belas. Sistem nombor asas 16 ini merupakan cara termudah untuk mewakili nombor binari yang besar. Sistem ini terdiri daripada 16 angka iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F yang mewakili angka 10 hingga 15.

3.2 Ciri- ciri Sistem Asas 16

Salah satu ciri sistem nombor asas 16 ini ialah ianya menggunakan 16 simbol dalam sistem nombornya. Enambelas simbol tersebut ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan A, B, C, D, E, F yang mewakili nombor 10 hingga 15.

Selain itu, sistem asas 16 ini juga merupakan penambahbaikan daripada sistem binari atau asas 2. Untuk nilai sesuatu nombor yang besar, sistem binari akan menghasilkan suatu nombor yang besar juga. Jadi, untuk memudahkan urusan, sistem nombor asas 16 ini merupakan cara ringkas untuk mewakili nombor binari yang besar dan kompleks. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara sistem nombor asas 16 dan asas 2.

Jadual 1: Perbandingan Antara Asas 2 Dan Asas 16.

Heksadesimal 0 1 2 3

Binari 0000 0001 0010 0011

Heksadesimal 8 9 A B

Binari 1000 1001 1010 1011

4 5 6 7

0100 0101 0110 0111

C D E F

1100 1101 1110 1111

Daripada jadual tersebut dapat dilihat bahawa sistem nombor asas 16 ini meringkaskan nilai yang besar dalam sistem binari. Contohnya, nombor 13. 13 dalam sistem nombor binari ialah 1101 2, manakala dalam sistem asas 16 pula hanya ada satu simbol untuk mewakili 13 iaitu E dan begitu juga seterusnya.

Tambahan pula, sistem nombor asas 16 ini boleh diwakili dalam bentuk nombor negatif seperti mana sistem Hindu Arab. Sistem ini juga boleh ditulis semula dalam bentuk notasi eksponen. Digit selepas p menandakan perpuluhan dan mewakili eksponen binari. Contohnya, 1.3DEp42 ditukar kepada notasi eksponen 1.3DE16242.

Di samping itu, sistem asas 16 ini juga mempunyai sistem nilai tempat. Contohnya dapat dilihat seperti jadual di bawah. 5E29A
16

dapat dipisahkan mengikut nilai tempat masing-masing. 5 164 E 163 2 162 9 161 A 160

3.3 Kegunaaan Dan Aplikasi Sistem Asas 16

Sistem nombor asas 16 dapat dilihat dalam aplikasi grafik komputer. Ianya merupakan bidang yang memanipulasikan gambar sama ada dari segi bentuk, dimensi atau warnanya secara digital. Pixel merupakan elemen yang terdapat dalam gambar. Setiap pixel mempunyai warna yang

tersendiri dan diwakili dengan nilai RGB ( red, green, blue). Dengan mengaplikasikan sistem heksadesimal, setiap 16 simbol melambangkan ton warna yang diwakili. F mewakili ton warna cerah dan apabila berganjak ke 0, ianya akan beransur gelap. RGB mempunyai 6 nilai ; 2 merah, 2 biru, 2 hijau. Maka, dapat disimpulkan bahawa asas 16 ini penting dalam grafik komputer kerana ia menentukan ton sesuatu warna grafik itu.

Seterusnya adalah kod warna HTML. Kod warna HTML menggunakan simbol Heksadesimal untuk menilai kombinasi warna merah, biru dan hijau (RGB). Kombinasi nilai warna RGB diukur dari 0 hingga 255. serta menghasilkan 16 juta kombinasi warna lain. Contoh penggunaan simbol dalam kod warna HTML ialah dua simbol pertama dalam dalam kod ini mewakili intensiti warna merah, simbol yang ketiga dan keempat pula mewakili intensisti warna hijau dan dua yang terakhir mewakili intensiti warna biru. Contoh sebenar dalam dlihat dalam Lampiran 1.

Rajah 1: Jam Heksadesimal

Di samping itu, sistem asas 16 ini juga ada digunakan dalam sistem jam iaitu jam Heksadesimal. Jam ini menggunakan 16 jam dengan 128 minit dan 128 saat. Satu jam Jam Heksadesimal ini bersamaan dengan 1.5 jam pada jam standard. . Satu minit Jam Heksadesimal ini bersamaan dengan 21 saat pada jam standard. . Satu saat Jam Heksadesimal ini bersamaan dengan 1.3 saat pada jam standard.

Hex

Dec

Heksadesimal

SISTEM NOMBOR ASAS 16

Ciri-ciri

Penambaikan sistem Binari Dapat mewakili nombor negatif Mempunyai 16 simbol Dapat ditulis dalam bentuk notasi eksponen

Aplikasi

Grafik komputer

Jam Heksadecimal

Kod warna HTML

Berasal dari Babylonians

Dipanggil sistem Sexagenary

SISTEM NOMBOR ASAS 60

Ciri-ciri

Aplikasi

Kitaran Sexagenari Pengukuran masa, Mempunyai 60 sudut dan waktu. Koordinat geografi simbol yang terdiri daripada 2 simbol asas ( < & ^ ) Simbol mengelirukan Tiada simbol untuk sifar Mempunyai placeholder penentu tempat @ nilai

Dalam bentuk bit

Keadaan on & off

Sistem Binari

Pengenalan

SISTEM NOMBOR ASAS 2 Melibatkan operasi matrik yang mudah Ciri ciri Menggunakan dua simbol (0 & 1)

Proses peminjaman dan carrying Aplikasi

Melibatkan 4 operasi asas aritmetik

Suis Lampu ( logic gate )

Menyimpan data dalam komputer ( ACSII)

Video digital

REFLEKSI OLEH : AZELIN ABDUL MAJID Saya telah membuat tugasan individu bagi Mengenal Nombor. Saya juga telah membuat kajian dan pembacaan mengenai sistem sistem nombor yang pelbagai asas melalui bahan bacaan konkrit dan internet. Semasa membuat tugasan dan kajian, saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri saya. Semasa membuat tugasan ini, saya menggunakan pelbagai kaedah dalam menghasilkan tugasan yang baik. Saya mencari maklumat di internet, saya membuat pembacaan di perpustakaan dan melakukan sedikit perbincangan dengan rakan sekelas untuk mendapatkan maklumat yang jitu. Semasa menjalankan kedua-dua tugasan, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang saya kesan melalui tugasan dan kajian yang saya buat.

Antara kekuatan yang saya dapati ialah saya mampu meningkatkan kemahiran saya dalam menggunakan kemahiran teknologi moden seperti Microsoft Word dan kompenan yang terdapat di dalam perisian tersebut. Saya juga mampu untuk mengurus masa saya dengan lebih bijak. Saya juga mampu meningkatkan kemahiran berfikir dan mambaca saya kerana perlu membuat kajian dan pembacaan mengenai sistem nombor yang berlainan asasnya. Saya juga mampu meningkatkan kemahiran saya dalam menganalisa dan mengenalpasti ciri-ciri dan aplikasi sistem nombor yang telah saya pilih.

Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah saya masih lagi tidak mampu untuk membuat tugasan saya dalam bentuk yang sistematik. Walaupun rakan rakan saya mengatakan hasil tugasan saya sistematik tetapi saya masih lagi merasakan sebaliknya. Saya juga masih lagi belum boleh untuk membuang tabiat lama saya iaitu menyemak kembali hasil tugasan saya sebelum menghantar tugasan saya. Alhamdulillah kerana untuk tugasan saya kali ini saya mampu untuk menyemak kembali hasil tugasan saya dan secara tidak lansung meminimumkan kesalahan yang sering dibuat.

Selepas tugasan ini selesai, saya mendapati saya dapat mencapai objek tugasan Mengenal Nombor ini. Saya dapat membandingkan perkembangan sistem nombor yang pelbagai. Saya mampu untuk menerokai dengan lebih dalam mengenai ciri dan teorem yang berkaitan dengan nombor. Selain itu, saya mampu untuk menganalisa dan memaparkan data pemerhatian saya dalam bentuk laporan dan secara visual.

RUJUKAN

Bernard H. Gundlach, Robert R. Denny, Edward G. Buffie, Albert F. Kempf. (1975). Discovery in Mathematics. Illinois: Laidlaw Brothers Publisher.

Ciktom. (2011). Warna Kod HTML 2. http://www.ciktom.com/html-codecolor-warna-kod-html-2/. Dilayari pada 20 Mac 2012.

Teknologi Maklumat. http://www.iptho.edu.my/jtp2011/modul_lib_sc/unit1_tek_maklum at.pdf. Dilayari pada 20 Mac 2012.

Base 16 For Fun and Profit. http://amadameus.wordpress.com/2009/10/02/base-16-for-funand-profit/. Dilayari pada 20 Mac 2012.

Tutorials. ( ). HTML Color Codes. http://amadameus.wordpress.com/2009/10/02/base-16-for-funand-profit/. Dilayari pada 20 Mac 2012.

REFLEKSI KUMPULAN

Pada tugasan kali ini, kami berdua, Azelin dan Norashikin beradu tenaga dan fikiran dalam menjalankan tugasan kumpulan yang telah diamanahkan oleh Puan Wah. Tugasan kumpulan yang harus kami laksanakan ialah mencipta satu sistem nombor baru dan mengkaji sistem nombor tersebut. Kami telah melakukan carian bahan rujukan di perpustakaan Sultanah Haminah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Selain itu, kami juga telah mencari maklumat yang mungkin berguna di laman sesawang. Ketika melaksanakan tugasan kumpulan ini, kami berdua telah mendapati bahawa masih terdapat kekangan di antara kami. Walaupun begitu, banyak kebaikan yang telah kami perolehi. Antara kebaikan yang telah kami perolehi ialah hubungan silaturahim yang terjalin antara kami menjadi lebih mantap dan erat. Secara tidak lansung, kerjasama yang terjalin antara kami juga utuh dan masing-masig memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Tambahan pula, kemahiran kami dalam

menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Power Point juga semakin meningkat. Kami semakin cekap dalam menggunakan komputer serta aplikasinya. Intipatinya juga, kami mampu

mengembangkan lagi bakat kreatif dan inovatif kami dalam mencipta sesuatu sistem nombor. Ia juga menjana pemikiran kami supaya menjadi lebih aktif dan berfikiran jauh.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan ketika melaksanakan tugasan kumpulan ini. Pada mulanya, kami tidak bersependapat dalam mencipta suatu sistem nombor itu. Kami sempat berbalah pendapat mengenai sistem nombor masing-masing. Akhirnya, kami telah mencapai kata sepakat dalam mencipta satu sistem nombor sahaja. Selain itu, kami masih mendapati bahawa kami masih tidak boleh mengendalikan masa kami dengan betul dan banyak masa yang terbuang sia-sia begitu sahaja. Tetapi pada akhir tugasan ini kami telah berjaya mencapai objektif tugasan tersebut. Kami telah berhasil mencipta satu sistem nombor baru dan telah pun melakukan beberapa operasi aritmetik ke atas sistem tersebut.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis :

Azelin Bt Abdul Majid

Tarikh

: 28 Mac 2012

BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR NO I/C KUMPULAN SEMESTER

: AZELIN BT ABDUL MAJID : 920906 13 5844 : PISMP P1D MATH :1

MATA PELAJARAN: MENGENAL NOMBOR PENSYARAH : PUAN WAH MONG WEH

TARIKH

PERKARA Menerima soalan tugasan kerja kursus pendek

CATATAN

T/TANGAN

6 Februari 2012

Mengenal Nombor dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Puan Wah Mong Weh. Mencari bahan daripada pusat

Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 28 Mac 2012

Mencatat maklumat yang penting dan berkaitan.

20 Mac 2012

sumber berkaitan pelbagai sistem nombor yang berlainan asas. Mencari maklumat

Membuat nota serta ringkasan mengenai maklumat tersebut

20 Mac 2012

mengenai sistem nombor pelbagai asas daripada internet.

Berbincang dengan rakan 23 Mac 2012 sekelas mengenai maklumat yang telah dicari. 25 Mac 2012 Mula membuat draf bagi kerja kursus ini

Memilih maklumat man yang lebih baik dan berkongsi maklumat yang dicari. Memahami kehendak soalan Merujuk bahan-

25 Mac 2012

Mula menaip tugasan.

bahan yang telah dicari sebelum ini

Menghantar 28 Mac 2012 tugasan yang lengkap kepada pensyarah Disemak dan direkod

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN

RUJUKAN

REFLEKSI

You might also like