You are on page 1of 6

Tema Tajuk pentomen

: Taat setia kepada Raja dan Negara : Pembelot, Mat Sui!

Skrip
Babak 1: Pada zaman penjajahan British,banyak tempat di Tanah Melayu telah menjadi naungan British. British sentiasa berusaha untuk memperluaskan tanah jajahan sehingga seluruh Tanah Melayu menjadi hak milik mereka. *( Beberapa orang berlakon sebagai pegawai British dan melakonkan proses memperluaskan tanah jajahan dan meraikan kemenangan) Pada suatu hari, British ingin mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu dengan menambahkan kem tentera di setiap kawasan yang dinaung oleh mereka. Kampung LV merupakan salah satu kawasan strategik akan digunakan untuk membina kem tentera. Sebelum British menjejak kaki ke Kampung LV, ia merupakan sebuah kampung yang aman dan terdiri daripada masyarakat majmuk seperti kaum melayu, cina dan india. *( Beberapa orang berlakon sebagai penduduk yang berlainan kaum dalam Kampung LV dan melakonkan kedamaian dalam kampung.) Pada permulaannya, pihak British mulai mengarah semua penduduk untuk meninggalkan Kampung LV dengan syarat setiap penduduk akan diberikan sedikit wang pampasan. Sesiapa yang engkar arahan tersebut akan dibunuh.

Babak 2: Pak Mat merupakan penghulu kampung yang mmiliki tanah yang terbesar dalam kampung tersebut. British telah menghantar beberapa orang untuk berunding dengan Pak Mat agar beliau sudi menjual tanah pustaka beliau kepada mereka di samping menghasut semua penduduk untuk meninggalkan kampung tersebut. *Seorang pegawai British berbisik di tepi telinga orang tengah (penterjemah). *Seorang budak sedang mencuri dengar perbualan tersebut di tepi pintu. Orang tengah: Pak Mat, saya menasihati pak agar menjualkan tanah pustaka pak. Kami akan menggunakan 10 Juta Pound untuk membelikan semua tanah pustaka pak. Selain itu, pak juga akan menerima komisen daripada British sekiranya pak berjaya menasihati semua penduduk kampung untuk meninggalkan kampung ini. Pak Mat: Apa? Maksudnya kamu ingin saya menjadi pembelot bagi Kampung LV dan Negara? Tak mungkin! Tak mungkin!

( meninggalkan tempat perundingan dengan sangat marah.) Melalui peristiwa tersebut, terbuktilah Pak Mat merupakan seorang yang taat kepada raja dan Negara. Beliau tidak membelot penduduk kampung dan juga Negara. Perbualan Pak Mat dengan pegawai British telah didengar oleh anaknya, Mat Sui. Mat Sui merupakan seorang mata duitan. Dia berasa amat tertarik dengan tawaran yang ditawarkan oleh pihak British kepada ayahnya. Dia telah membuat temu janji secara rahsia dengan pihak British untuk membincangkan urusniaga tersebut. Harga yang ditawarkan amat menarik hati Mat Sui sehingga dia telah kehilangan rasional untuk membelot ayahnya dan juga penduduk kampung.

Babak 3: Dalam suatu malam yang sangat tenang, Mat Sui telah merancangkan satu pelan yang sangat licik. Dia ingin mencuri geran tanah ayahnya dan menjualkannya kepada Pihak British. Mat Sui: Ayahku bodohlah! British menawarkan 10juta pound untuk membeli tanahnya, tetapi dia enggan. Sekarang saya akan membantu ayahku melengkapkan tugasan tersebut. ( Dia berjalan ke bilik ayahnya secara perlahan.) Mat Sui: Aku amat pasti geran tanah ayahku mesti simpan dalam peti keselamatan ini. Kata laluan peti keselamatan? Haha! Tak perlu bimbang. Ayah pasti menggunakan hari jadi mak sebagai kata laluan. ( Dia berjalan menuju ke peti keselamatan yang terletak di tepi katil ayahnya.) *Pak Mat tidur di atas katil dengan nyenyak dan tangan kanannya terjatuh keluar dan tersentuh pintu keselamatan. Mat Sui: Geramnya tangan ini! Tak apa! Saya ada cara. ( Dia mengalihkan tangan ayahnya dengan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan ayahnya.) Selepas itu, tangan Pak Mat berjaya dialih. Mat Sui pun menekankan kata laluan. Akhirnya pintu keselamatan berjaya dibuka. Mat Sui: Nampaknya saya merupakan orang yang paling pandai dalam dunia ini. Haha! (Sambil ketawa, dia mengambil semua geran tanah dari peti keselamatan dan disimpan dalam satu sampul surat.) Mak: Mat Sui! Jangan! Jangan! Tinggalkan barang ini sebelum aku bunuhmu. ( Mak Mat Sui berbisik semasa bermimpi) Mat Sui: Mak! Minta maaf. Saya salah. Sila maafkan saya. ( Mat Sui berasa takut dan minta mak maafnya).

Selepas beberapa saat, maknya tidak menghiraunya. Mat Sui berasa hairan dan pergi ke depan maknya. Rupa-rupanya mak sedang tidur dan dia bermimpi tadi. Mat Sui berasa amat lega dan meninggalkan bilik ayah. Pada keesokkan hari, Mat Sui telah membawa semua geran tanah tersebut untuk dijualkan kepada British. Pihak British amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Mat Sui. Mat Sui dilantik sebagai penolong bendahari semasa proses pembinaan sedang berjalan di Kampung LV. Pembelotan Mat Sui telah mengakibatkan semua penduduk kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata sahaja. Mereka membenci dan menghina Mat Sui serta Pak Mat. *Penduduk kampung pergi mencari Pak Mat dan menghina mereka. Pak Mat dan maknya juga amat kecewa dengan perbuatan anak mereka yang keterlaluan. Mereka berkeputusan untuk memutuskan pertalian darah dengan Mat Sui. Pak Mat: Pembelot tanah pustakaku! Mula pada saat ini, kau bukan lagi anak Saya. Berambus! Saya tidak mahu tengok muka kamu lagi. Jangan sesal dengan perbuatan kau yang bodoh ini. Mat Sui: Ayah, janganlah marah sangat. Sekarang kita mempunyai 10 juta pound. Kita masih boleh membeli satu rumah mewah yang jauh lebih bagus daripada rumah buruk ini. Sekarang, saya dilantik sebagai penolong bendahari. Kamu seharusnya berasa gembira untuk saya tetapi bukan menghalau saya. Pak Mat: Apa! Nampaknya awak masih tidak sedar tentang akibat perbuatan awak ini. Mak, marilah kita meninggalkan rumah ini. Saya tidak mahu mati di dalam rumah ini akibat disakiti oleh pembelot ini. ( Mengambil bag dan keluar dari rumah ini.) Mat Sui: Baik! Meninggalkan saya sahajalah! Saya masih ada duit menemani saya.

Babak 4: Mat Sui telah berubah menjadi seorang penjahat yang kejam dan licik. Dia selalu membantu British merampas tanah penduduk di Tanah Melayu dengan taktik kotor seperti penipuan dan pengugutan. Sehari demi sehari, tanah jajahan British menjadi amat luas. Mat Sui telah diamanahkan untuk menandatangani kebanyakan dokumen. Bendahari cawangan utama, Mr. George merupakan seorang yang tamat dan selalu menyeleweng duit kerajaan British. Pada suatu hari, Mr. George telah menyelewengkan duit sebanyak 1000 Juta pound. Mr. George sangat bijak. Dia telah merancangkan satu pelan penyelewengan dengan mencari Mat Sui sebagai penggantinya sekiranya tertangkap oleh pihak atasan. Dia telah memberikan satu surat rasmi yang palsu kepada Mat Sui untuk menandatangan. Selepas beberapa hari, Mr. George telah melarikan diri. Pihak atasan telah mengetahui penyelewengan tersebut dan menurunkan arahan untuk menangkap Mat Sui. *Mat Sui menjerit kuat bahawa dia telah difitnah oleh Mr. George. Mat Sui telah dijatuhkan hukuman dipenjarakan seumur hidup. Mat Sui: Kenapa saya akan berakhir dengan sebegini? Adakah ini balasan saya atas perbuatan saya yang membelot ayahku dan penduduk kampung LV? Saya amat menyesallah. Ya Allah, sila memaafkan kesalahan saya yang terlampau ini. Saya telah memberikan sumbangan yang besar kepada British, menolong mereka, memberikan ketaatan kepada meeka. Akhirnya sumbangan saya hanya menukarkan kematian. Saya berharap ibu bapaku dapat memaafkan saya. Mak Ayah

Babak 5: *Pong! Pong! Pong! (bunyi tembakan senapang) Suatu pertengkaran telan berlaku antara penduduk Tanah Melayu dengan British, *Dua pihak telah berperang. Penduduk Tanah Melayu tidak mampu untuk menahan serangan pihak British. Penduduk Tanah Melayu telah berundur dan pihak British bersenyum dengan kuat. *Ada orang menjerit Merdeka! Jeritan ini telah membangkitkan semangat para penduduk. Semua penduduk telah berlawan dengan pihak British (berkawat). *Semua penduduk menjerit Bersatu teguh, bercerai roboh. Pihak British tidak mampu unutk menahan serangan penduduk kampung dan berundur. Semua penduduk berasa amat gembira dan mengadakan jamuan untuk meraikan kemenangan mereka (Fashion Show).

You might also like