You are on page 1of 1

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU

JABATAN TENAGA MANUSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) JALAN 3 KKIP SELATAN 88460, KOTA KINABALU, SABAH

TEL : 088499825 : 088498504 : 088498460 FAX : 088499851 088498154 E-MEL : info@ilpkk. gov.my

Ruj. Kami Tarikh

: ILPKK. : 30hb Julai 2010

SENARAI SEPERTI DI LAMPIRAN Tuan / Puan, MAKLUMAN PENYERTAAN PELAJAR ILPKK DALAM PROGRAM SABAH YOUTH NATIONAL FORUM (SYNF) 2010 DI UMS PADA 30HB JULAI 2010 SEHINGGA 2HB OGOS 2010. Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan merujuk perbualan telefon antara pegawai kami dengan tuan/puan pada 29hb dan 30hb Julai 2010. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak ILPKK akan menghantar 40 pelajar seperti dalam lampiran untuk menyertai program ini (anjuran bersama Majlis Belia Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Majlis Belia Malaysia). Untuk makluman, ketetapan program tersebut seperti berikut: Tarikh Tempat program Tempat penginapan : 30hb Julai 2010 (Jumaat) 2hb Ogos 2010 (Isnin) : Universiti Malaysia Sabah (UMS) : Apartment Likas Square / Apartment 1 Borneo

3. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan surat ini dan menghargai kebenaran dari pihak tuan / puan melalui perbualan telefon dengan pegawai kami. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh berhubung terus dengan Encik Jordan Chong, Penolong Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik di talian 088-499825 atau 013-8664090. Kerjasama dan perhatian tuan / puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi Saya yang menurut perintah,

(MUSTAL BIN MAKMUD) Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu


d/nabma/fm/memo_lawatan

You might also like