You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT BULANAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN BIL. 02/2007 Tarikh Masa Tempat : : : 27hb Februari 2007 9.

00 pagi Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

KEHADIRAN : 1. En. Lee Peter 2. En. Zaman Huri b. Zulkifli 3. En. Md. Jalal b. Bongkik 4. En. Mohd. Zaharon b. Mohd. Talha 5. Cik Keah Kwee Chu 6. En. Roslan b. Mohamed 7. En. Ahmad Shariff b. Hambali 8. En. Mohd. Khairudin b. Mohamed Samsi 9. En. Izham Harith b. Ikhwan 10. En. Norhafizan b. Daud 11. En. Roslan b. Mohamed 12. Pn. Anneeza Zaity b. Zainal 13. Pn. Vene Amylinda bt. Mohd Pilus 14. En. Mohd. Zul Hirsyam b. Junaidi 15. En. Muhd. Radhuan b. Abdul Halim 16. Cik Lee Seow Phing 17. En. Shamsul Annuar b. Mohd. Soaudi 18. Pn. Maznah bt. Mohamad 19. Cik Nashirah bt. Naiimi 20. Pn. Norlela bt. Hatta @ Antah 21. Cik Norhafizah bt. Zolpakar 22. Cik Nurhani bt. Basharuddin 23. En. Noor Muhammad b. Abd. Rahman 24. En. Mohamad Ashrulnizam b. Abdul Rahim 25. En. Khairul Azuan b. Abdul Razak 26. En. Fadli Hisyam b. Siajam 27. En. Muhd. Syukri Imran 28. Cik Dzatul Ithri bt. Amran 29. Cik Siti Yusnita bt. Mohamad Yusof 30. Pn. Sasikala Devi A/P Thangavelu 31. Cik Wong Chong Siew 32. En. Rosli b. Ludin 33. En. Gan Tek Ching 34. Pn Aminah bt. Tanggu 35. Cik Ruziha bt. Azizan 36. Pn. Rosedhila bt. Md. Zain 37. En. Azmi b. A. Samad 38. Pn. Marziah bt. Zol 39. Cik Siti Farah bt. Hassan 40. Cik Hajarah bt. Ismail Timbalan Pengarah (Pengerusi) Ketua Penolong Pengarah (KAS) Ketua Penolong Pengarah (KAS) Ketua Penolong Pengarah (KAS) Ketua Penolong Pengarah (KAS) Ketua Penolong Pengarah (KAS) Ketua Penolong Pengarah (MD) Ketua Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KAS) Penolong Pengarah (KAS) Penolong Pengarah (KAS) Penolong Pengarah (KAS) Penolong Pengarah (KAS) Penolong Pengarah (MD) Penolong Pengarah (MD) Penolong Pengarah (MD) Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KS)-Setiausaha Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KWS) Penolong Pengarah (KKK) Juru x-ray (KS) Pen. Peg. Kes. Persekitaran (KAS) Pen. Peg. Kes. Persekitaran (KAS) Penolong Pegawai Tadbir (ADM) Penolong Pegawai Tadbir (MD) Jururawat (MD) Pembantu Tadbir Kanan (ADM) Pelukis Pelan (KKK) Pembantu Tadbir Khas Pembantu Tadbir Khas

Page 1 of 8

41. En. Abdul Hamid b. Asri 42. Pn. Noorsuryany bt. Abdul Hamid 43. Cik Nurul Ain bt. Mohd Zamri 44. Pn. Sarah Suhaini bt. Sapian 45. Cik Hasliza bt. Ismail 46. Cik Nurul Aini bt. Surip 47. Cik Nor Asnida bt. Mohd Mokhlas 48. Pn. Norhayati bt. Mohd Abidin 49. En Iszrul Azwan b. Idrus 50. En. Masrizal b. Saring 51. Cik Sabrina bt. Md Amin 52. En. Syamsul Azhan b. M Raymi 53. Cik Noraini bt. Bidin 54. Cik Nor Ashikin bt. Ismail 55. Pn. Herdaliza bt. Salimun 56. En. Muhammad Nabil b. Abdul Aziz 57. Pn. Raja Noor Shafiah bt. Badrin 58. Pn. Ermiza Wati bt. Md Shah 59. Cik Kasumayanti bt. Mohamad Kassim TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): 1. Dato Ir. Kazal Sinha 2. En. Wang Hwee Beng 3. Ir. Chin Goo Chai 4. Dr. Ahmad b. Mahmud 5. En. Zamane b. Abdul Rahman 6. En. Bazli b. Sapiin 7. En Zunaide b. Kayun @ Farni 8. En. Tauran Zaidi b. Ahamad Zaidi 9. En. Mohd Azhar b. Musa 10. En. Bidi b. Ab. Hamid 11. Dr. Pirunthavany A/P Muthuvelu 12. En. Yahaya b. Saad 13. En. Mohd. Azizi b. Ibrahim 14. Pn. Noorazlina bt. Zainuddin 15. Pn. Mariah bt. Hassan 16. En. Nawam b. Abdul 17. Pn. Noor Baizura bt. Mohd Tahir 18. Dr. Syed Mustafa Kamal b. Syed Aman 19. En. Abdul Nasir b. Abdul Aziz 20. Dr. Mohd Pauzee b. Mohamad Taha 21. En. Khew Swee Lian 22. En. Huszian b. Husin 23. Pn. Gurminder Kaur A/P Sardool Singh 24. En. Zaukapeli @ Zulkifli b. Ab. Samad 25. En. Suhaimi b. Rashid 26. En. Mohd. Fuat b. Ishak 27. Pn. Idamazura bt. Idris @ Harun 28. Pn. Aidahwaty bt. Ariffin @ M. Olaybal 29. Pn. Nurmazaina bt. Md. Ariffin

Pembantu Tadbir (ADM) Pembantu Tadbir (ADM) Pembantu Tadbir (ADM) PembantuTadbir (KAS) Pembantu Tadbir (KAS) Pembantu Tadbir (MD) Pembantu Tadbir (MD) Pembantu Tadbir (MD) Pembantu Tadbir (KS) Pembantu Tadbir (KS) Pembantu Tadbir (KS) Pembantu Tadbir (KWS) Pembantu Tadbir (KWS) Pembantu Tadbir (KWS) Pembantu Tadbir (KWS) Pembantu Tadbir (KKK) Pembantu Tadbir (KKK) Pembantu Tadbir (KKK) Pembantu Am Rendah (ADM)

Page 2 of 8

30. Pn. Halimaton Saadiah bt. Paiman 31. En. Sulaiman b. Mohd Muslim 32. En. Jeffry b. Mohamad Noor 33. En. Azli b. Abdul Razak 34. En. Md. Azhar b. Noordin 35. En. Richard Ee Yew Kim 36. Pn. Saodah bt. Mohd. Yusoff 37. Pn. Adibah bt. Ahamad 38. En. Abd. Kadir b. Wateh 39. Cik Yunarlis bt. Nasrul 40. En. Rusli b. Mohammad 41. Pn. Sarah Suhaini bt. Sapian 42. Pn. Noorhayati bt. Mohd Abidin 43. Pn. Aisahrizan bt. Mahmuddin 44. En. Muhd. Suffian b. Mohd Zain 45. Cik Fairuz Zahirah bt. Kadir Rosman 46. Cik Rossiana bt. Syaman 47. Pn. Alina bt. Mohd Yusof 48. Cik Norraini bt. Md. Noor 49. En. Soni b. Abdullah 50. En. Azmi b. Mohamad Yatim CUTI BELAJAR: 1. En. Kamarulzaman b. Ab. Ghani 2. En. Voon Kok How 3. En. Khairul Azmy b. Kamaluddin 4. Cik Nik Musalmah bt. Mostafa 5. En. Abdul Halim b. Abdul Hamid 6. En. Samhan b. Haron 7. Pn. Haizana bt. Hairuman 8. En. Rosmahadi b. Ali 9. Pn. Jamilah bt. Mahmood 10. En. Mohd Amin b. Yaakob 11. En. Mohd Ezani b. Ab. Rashid

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI Mesyuarat dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi kepada semua yang hadir.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat bilangan 01/2007 disahkan dengan pindaan iaitu senarai kakitangan yang sedang cuti belajar hendaklah dikemaskini. 2.1 KAKITANGAN BARU Mesyuarat dimaklumkan dengan kemasukan kakitangan baru iaitu:

Page 3 of 8

En. Khairul Azwan b. Abdul Razak Penolong Pengarah (KWS) 3.0 UCAPAN UMUM Ucapan umum pada bulan Februari disampaikan oleh wakil dari Cawangan Peralatan Perubatan iaitu Cik Nurul Aini bt. Surip dengan tajuk Migrain. Pembentangan ucapan beliau dilampirkan bersama minit mesyuarat ini. Ucapan umum bagi bulan Mac 2007 akan dibentangkan oleh wakil dari Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar. 4.0 NILAI-NILAI ASAS Nilai asas bagi bulan Februari 2007 masih membincangkan tajuk yang sama dengan bulan Januari 2007 iaitu cekal. En Iszrul Azwan b. Idrus dari Cawangan KS berpendapat cekal menggambarkan sifat ketabahan dalam mengharungi kehidupan. Seseorang yang bersifat cekal akan lebih bermatlamat dalam mencapai sesuatu yang dingini disamping tahan diuji. Sifat cekal ini dapat menjadikan seseorang itu insan yang lebih sempurna. Pn. Anneeza Zaity b. Zainal dari Cawangan KAS pula mengaitkan sifat cekal dengan self-motivation iaitu seseorang individu yang bersifat cekal itu dapat menghadapi apa jua keadaan yang dihadapi dalam kehidupannya. Disamping itu, individu ini selalunya redha dengan apa saja keputusan yang diperolehi daripada usahanya. Sebagai contoh, beliau telah mengambil Nabi Muhammad (SAW) sebagai model yang terbaik. Nabi Muhammad (SAW) mempunyai bersifat cekal yang amat kuat terutamanya dalam usaha beliau menyampai agama Islam kepada seluruh umat manusia. En. Fadli Hisyam b. Siajam dari Cawangan KWS mempunyai pendapat yang berbeza berkaitan dengan tajuk cekal. Beliau berpendapat bahawa sifat cekal juga membawa kesan yang negatif bagi sesetengah individu. Sebagai contoh, seseorang yang tidak sihat seharusnya tidak menurut perasaan cekalnya untuk hadir ke tempat kerja kerana hal ini bukan saja akan memberi kesan buruk kepada diri individu itu sendiri malah kepada rakan sekerja di pejabat yang akan menerima jangkitan penyakit daripadanya. Satu lagi contoh yang diutarakan oleh beliau ialah seseorang itu tidak seharusnya bersifat cekal dengan memandu dalam keadaan mengantuk kerana ini juga akan membawa kesan yang buruk terhadap dirinya dan jugak pengguna jalan raya yang lain. Cik Ruziha bt. Azizan dari Cawangan MD menggambarkan sifat cekal sebagai peribadi seseorang individu yang mampu menghadapi sesuatu yang baru. Dengan mengambil dirinya sendiri sebagai contoh, beliau menjelaskan bahawa sebagai seorang kakitangan baru di BPK, beliau perlu cekal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru diceburinya. Bagi perbincangan untuk bulan yang berikutnya, mesyuarat telah bersetuju untuk mengutarakan tajuk Pengorbanan sebagai topik yang akan dikupas dalam Mesyuarat Bulanan Bahagian bulan Mac 2007.

Page 4 of 8

5.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 5.1 MS ISO 9000:2000 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Audit Pengawasan (Surveillance Audit) daripada SIRIM akan dijalankan pada bulan Julai 2007. Oleh yang demikian, Pengerusi mengingatkan kepada semua kakitangan yang terlibat dengan audit tersebut agar membuat persiapan sebaik mungkin terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan NCR yang belum ditutup. Tindakan: Makluman 5.2 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN Laporan kewangan telah dibentangkan oleh En. Azmi b. A. Samad berkaitan dengan Peruntukan Mengurus Bahagian Kejuruteraan sehingga 26 Februari 2007. Tindakan: Makluman Beliau memaklumkan bahawa peruntukan tambahan bagi pengambilan pegawai sambilan sehingga Disember 2007 yang telah dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 2.58 juta masih belum diluluskan. Tindakan: Makluman Beliau juga memaklumkan urusan pengambilan pegawai sambilan bagi jawatan jurutera masih lagi dalam proses. Seramai 93 pegawai sambilan akan diambil, iaitu 51 pegawai akan ditempatkan di ibu pejabat manakala 42 pegawai akan ditempatkan di setiap negeri dengan pecahan 3 pegawai setiap negeri. Sehingga kini, hanya 50% permohonan yang berkelayakan diterima daripada keseluruhan permohonan yang diterima. Bahagian masih memerlukan permohonan untuk mengisi 20 jawatan Jurutera Awam. Selain itu, jawatan Juruukur Bahan dan Arkitek juga masih lagi dibuka. Oleh yang demikian, tarikh tutup permohonan bagi jawatan-jawatan ini dilanjutkan sehingga 22hb Mac 2007. Tindakan: Makluman Beliau mengingatkan semua kakitangan BPK agar menghantar permohonan tuntutan perjalanan kepada Cawangan Pengurusan selewatlewatnya sebelum 5hb setiap bulan. Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan selengkapnya. Tindakan: Makluman

Page 5 of 8

5.3

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN Pn Aminah bt. Tanggu memaklumkan kepada mesyuarat bahawa kakitangan yang berkhidmat di BPK kurang daripada 6 bulan tidak perlu melengkapkan laporan penilaian prestasi. Kakitangan tersebut hanya perlu berbuat demikian setelah 6 bulan berkhidmat di BPK, iaitu dalam bulan April 2007 dan menyerahkan laporan tersebut kepada Unit Pentadbiran dan Kewangan. Tindakan: Makluman

5.4

JAWATANKUASA LATIHAN Mesyuarat dimaklumkan bahawa hanya Cawangan KS sahaja yang telah menyerahkan permohonan pegawai untuk latihan jangka pendek. Pengerusi mengingatkan kepada pegawai lain yang berminat untuk menjalani latihan tersebut agar membuat permohonan dan menyerahkannya ke Jawatankuasa Latihan Kejuruteraan untuk dikumpulkan sebelum dihantar ke pejabat TKPK (P&ST). Tindakan: Makluman

6.0

HAL-HAL LAIN 6.1 TAKLIMAT PENGGUNAAN EMAIL MOH*CUBE. Taklimat berkenaan penggunaan email MOH*Cube telah disampaikan oleh En. Roslan b. Mohamed dari Cawangan KAS. Beliau meminta kakitangan untuk berhubung dengan beliau jika ingin membuat pertukaran nama email. Tindakan: Makluman 6.2 TAKLIMAT APLIKASI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM-HRMIS) Taklimat berkenaan aplikasi HRMIS telah disampaikan oleh Pn Norlela bt Hatta @ Antah dari Cawangan KS. Tindakan: Makluman 6.3 Pengerusi meminta En. Mohd Azhar b. Musa dari Cawangan KS selaku Timbalan QMR untuk menyediakan maklumbalas kualiti sebelum mesyuarat pada bulan Mac 2007. Tindakan: En. Mohd Azhar b. Musa 6.4 Pengerusi memaklumkan bahawa sebelum ini terdapat beberapa kakitangan telah dikenalpasti untuk membuat bayaran sebanyak RM100 dan menghadiri Majlis Makan Malam Amal Puspanita di Hotel Concorde, Shah Alam pada 7hb Mac 2007. Namun demikian, Ir. Chin Goo Chai telah

Page 6 of 8

mencadangkan agar kutipan bagi majlis tersebut disumbangkan oleh semua kakitangan BPK. Sumbangan yang perlu diberikan oleh semua kakitangan bergantung kepada gred kakitangan tersebut. Pembantu tadbir dan kakitangan sambilan adalah dikecualikan daripada memberi sumbangan ini. Cadangan ini telah dipersetujui oleh mesyuarat. Tindakan: Semua kakitangan 6.5 Bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan kakitangan BPK, mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat 2 kutipan yang dijalankan oleh Puspanita iaitu kutipan derma untuk mangsa banjir di Johor dan sumbangan untuk majlis makan malam amal. Pengerusi berharap agar semua kakitangan tidak terkeliru dengan kedua-dua kutipan ini. Tindakan: Makluman 6.6 Pn. Aminah bt. Tanggu memaklumkan kepada mesyuarat, saiz ruang kerja (work unit) bagi menempatkan semua pegawai sambilan adalah sama dengan saiz ruang kerja pembantu tadbir disebabkan oleh ruang yang tidak mencukupi. Hanya 21 ruang kerja sahaja yang dapat disediakan dan masih tidak mencukupi untuk menempatkan kesemua pegawai sambilan yang akan diambil. Beliau masih menunggu maklumbalas daripada Cawangan KKK untuk mengubahsuai ruang kerja. Tindakan: Pn. Aminah bt. Tanggu dan Cawangan KKK 6.7 Cik Ruziha bt. Azizan memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi syarikat pembekal yang bertanggungjawab menyediakan ruang kerja tersebut. Syarikat tersebut telah memberi maklumbalas akan memasang unit kerja tersebut sebelum bulan Mac 2007. Tindakan: Makluman 6.8 Pn Aminah bt. Tanggu memaklumkan bahawa setakat ini Unit Pentadbiran dan Kewangan hanya menerima kertas kerja permohonan One Off daripada Cawangan KS sahaja. Beliau masih menunggu kertas kerja permohonan One Off dan kertas kerja permohonan dasar baru (2008-2009) daripada cawangan lain terutamanya daripada Cawangan KAS dan Cawangan KKK. Semua cawangan diminta menyerahkan kertas kerja tersebut selewat-lewatnya pada petang 28hb Februari 2007. Bagi cawangan yang bercadang untuk menyerahkan kertas kerja tersebut selepas tarikh yang dinyatakan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Pn Aminah bt. Tanggu atau En. Azmi b. A. Samad. Tindakan: Semua Cawangan 6.9 Pn. Aminah bt. Tanggu memaklumkan kepada mesyuarat berikutan kehadiran kakitangan BPK yang kurang memuaskan dalam perhimpunan bulanan KKM. Kehadiran kakitangan bagi setiap perhimpunan tidak memenuhi kuota 24 orang. Mesyuarat juga dimaklumkan berkenaan kelewatan notis pemberitahuan kehadiran ke perhimpunan tersebut kepada

Page 7 of 8

kakitangan yang terlibat. Oleh yang demikian, mesyuarat meminta agar notis pemberitahuan tersebut perlu diberikan seawal yang mungkin bagi memberi peluang kakitangan terlibat merancang kehadiran mereka. Pengerusi juga meminta kakitangan yang tidak dapat hadir ke perhimpunan bulanan atas sebab-sebab tertentu agar memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada Pn. Aminah bt. Tanggu untuk mendapatkan wakil menggantikan tempat kakitangan tersebut. Kakitangan yang kerap tidak hadir ke perhimpunan bulanan KKM akan diletakkan di bawah pemerhatian pihak pengurusan. Tindakan: Unit Pentadbiran dan Kewangan, BPK 6.10 En Azmi b. A. Samad memohon kerjasama kakitangan yang ingin menukar waktu pejabat (WP) agar menyediakan memo ringkas berkenaan hal tersebut dan diserahkan kepada beliau sebagai bukti bahawa pertukaran tersebut adalah permohonan daripada pihak kakitangan sendiri. Permohonan pertukaran hanya boleh dilaksanakan oleh beliau pada akhir setiap bulan. Pengerusi menyarankan agar semua kakitangan tidak terlalu kerap menukar WP masing-masing. Tindakan: Makluman 7.0 PENUTUP Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

............................. (NASHIRAH NAIIMI) Penolong Pengarah (KS) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh: 15 Mac 2007

................................................. (MOHD. KHAIRUDIN B. MOHAMED SAMSI) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh:

Diluluskan oleh:

................................... (LEE PETER) Timbalan Pengarah (KS) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh:

Page 8 of 8

You might also like