You are on page 1of 4

Yang di-Pertuan Agong Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan

iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurangkurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni AlMarhum Tuanku Muhammad


Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni AlMarhum Syed Hassan Jamalullail


Negeri: Perlis Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM

Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni AlMarhum Sultan Ibrahim


Negeri: Kelantan Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH

Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN

Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail


Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN

Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH

Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman


Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS

Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail


Negeri: Perlis Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 - kini

You might also like