You are on page 1of 1

Aktiviti Selepas UPSR : Pertandingan Memasak Anjuran Panitia Bahasa Melayu. Syarat-syarat Pertandingan: 1.

Pertandingan akan diadakan pada pukul 8.00 hingga 9.30 pagi. Resepi masakan akan diberikan pada hari pertandingan. 2. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan. 3. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. 4. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan menamakan kumpulan masing-masing. 5. Hadiah akan diberi kepada para pemenang. 6. Keputusan pengadil adalah muktamad. 7. Setiap kumpulan perlu memastikan kebersihan kawasan pertandingan dan markah akan ditolak kepada kumpulan yang tidak menjaga kebersihan. Alat dan bahan yang diperlukan untuk pertandingan: 1. Roti 1 buku 2. Sardin 3 ketul telah dibuang kuahnya 3. Mayonis 3 sudu besar 4. Daun salad 5. Pinggan 6. Mangkuk 7. Pisau pemotong roti (jangan bawa pisau dapur) 8. Surat khabar lama 9. Kain pengelap 10. Papan pemotong 11. Apron 12. Sudu dan garpu 13. Alatan lain yang perlu Harap maklum. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Yatie (6 Saga & 6 Wira), Pn. Aishah (6 Satria & 6 Waja) dan Pn. Ungku Rohizah (6 Juara).

You might also like