You are on page 1of 14

SULIT* 910/2 Bahasa Melayu 2 2006 3 jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

910/2

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2006

BAHASA MELAYU KERTAS 2 Tiga jam

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

INI

SEHINGGA

ANDA

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak dan 2 halaman kosong.

STPM 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT*

2 SULIT*

Bahagian A
Tulis sebuah karangan yang panjangnya 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]

1. Industri berasaskan pertanian di negara ini mempunyai potensi yang amat cerah untuk berkembang maju. Nyatakan faktor-faktor yang dapat merealisasikan penyataan ini.

2. Masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat di negara kita. Bincangkan punca-punca gejala ini semakin berleluasa dan kemukakan langkahlangkah untuk mengatasi masalah ini.

3. Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia menjadi tumpuan bagi pelabur-pelabur asing. Bincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan mereka dan kesan daripada pelaburan ini.

4. Sebagai setiausaha Bahagian Pembangunan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, anda diminta menyediakan satu laporan tentang kebaikan sistem meritokrasi kepada pelajar-pelajar di negara ini. Sediakan laporan itu.

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

3 SULIT*

Bahagian B
5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20 ] Rekod merupakan satu cara yang digunakan untuk menyimpan maklumatmaklumat peristiwa yang berlaku pada satu-satu masa. Rekod berbeza dengan jenis maklumat yang lain kerana rekod ini wujud berdasarkan peistiwa sebenar yang berlaku dan juga merupakan sumber primer yang mustahak. Rekod boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk khususnya dengan bantuan teknologi digital yang canggih. Keunikan rekod boleh dilihat dalam kaedah pengurusan rekod itu sendiri yang menitikberatkan kandungan, struktur, dan konteks bagi memastikan intergriti dan kesahihan peristiwa yang berlaku dan juga pihak yang bertanggungjawab atas peristiwa tersebut. Perkara yang perlu dilakukan ialah menjaga nilai-nilai kebuktian ini. Nilai-nilai ini sangat penting bagi memastikan negara kita sebagai negara yang berdaulat dan mempunyai perundangan sendiri tanpa perlu campur tangan daripada pihak luar yang ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah negara. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah menyatakan bahawa perlunya badan-badan kerajaan menguruskan rekod-rekod kerajaan dengan baik dan sistematik. Merekodkan semua aktiviti yang berlaku dalam agensi kerajaan amat penting bagi mempelajari segala kelemahan yang pernah berlaku dan membolehkan pihak terbabit mencari formula bagi mengatai masalah tersebut.Sebagai contoh, peristiwa Kampung Medan yang berlaku empat tahun lalu dapat diatasi dengan melaksanakan strategi yang sama bagi mengatasi peristiwa 13 Mei. Bukan ini sahaja tujuan rekod diwujudkan sebenarnya, terdapat banyak sebab lain dan antaranya termasuklah menyelami dan menelusuri sejarah negara yang bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kita pernah dijajah oleh banyak bangsa semenjak kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, rekodrekod telah diwujudkan dalam pelbagai bahasa dan berselerak di serata dunia. Menjejaki kembali rekod-rekod ini merupakan satu usaha yang penting. Namun isu lain yang muncul sama ada isi kandungan pada masa rekod diwujudkan adalah sahih atau tidak. Oleh itu, suatu bentuk pemeliharaan perlu dilakukan bukan sahaja dalam bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk intelektual. Penterjemahan pada rekod-rekod ini terutamanya rekod-rekod dari Portugal dan

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

4 SULIT* Belanda agak sukar diatasi oleh pihak Arkib Negara Malaysia kerana kesukaran mendapatkan penterjemah yang fasih berbahasa Portugis dan Belanda lama. Proses penterjemahan bukan sahaja bermaksud pada bahasa itu sendiri tetapi juga maksud yang cuba disampaikan. Hal ini demikian kerana analisis kandungan rekod-rekod merupakan suatu bentuk penterjemahan yang penting bagi memastikan penyampaian maksud yang tepat bagi mengelakkan syak wasangka dan salah faham.Ketepatan dalam penyampaian sesutu rekod sangat signifikan kerana faktor kebuktian dalam hal ini sangat dititikberatkan. Sejarah negara ini juga bergantung pada ketepatan penyampaian isi kandungan. Oleh itu, peranan kandungan, struktur, dan konteks perlu dimainkan dengan berhati-hati agar kesinambungan dalam mengesahkan maklumat yang dinyatakan melalui sejarah lisan tidak terjejas. Sejarah lisan juga boleh membantu pengesahan peristiwa yang berlaku tetapi proses yang intensif dan sikap berhati-hati dalam pemilihan individu yang diwawancara amat penting dan pihak terbabit perlu menggunakan kaedah-kaedah yang telah dikenal pasti keberkesannya. Sir Hillary Jenkinson, seorang pakar terkenal dalam bidang kearkiban pada awal abad 20-an mengatakan bahawa pemeliharaan keintelektualan rekod perlu dilihat melalui pengamalan prinsip respect des fond yang betul. Berdasarkan prinsip ini, sesuatu kumpulan rekod itu perlu dijaga berasaskan cara-cara rekod diurus oleh orang yang mewujudkannya. Susunan asal rekod-rekod tersebut tidak boleh diubah sama sekali atau diselewengkan kerana setiap rekod mempunyai kesinambungan antara satu dengan lain. Sekiranya sesuatu rekod di seleweng, maka rekod tersebut akan kehilangan konteks dan nilai kebuktian yang ada padanya. Ketidaksahihan dan ketidaktepatan maklumat dapat mengakibatkan negara berada dalam keadaan tidak selesa seperti kes Pulau Batu Putih. Dalam kes yang lain, negara kita berjaya mempertahankan haknya ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan. Kes seperti ini memerlukan rekod-rekod yang diwujudkan puluhan tahun malahan ratusan tahun dahulu.Sekiranya kita tidak memelihara rekod-rekod ini dengan baik, sebarang usaha untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara akan menjadi sia-sia. Program Pengurusan Rekod diwujudkan atas kesedaran bahawa rekod merupakan satu bentuk mekanisme yang digunakan untuk memelihara aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan. Rekod sebagai suatu memori yang berpanjangan akan membolehkan suatu bentuk perancangan yang berkualiti melalui akses kepada pengalaman yang lalu dan suatu sumber asas kefahaman dan pengenalan kepada kewujudan diri kita, organisasi, dan, masyarakat di samping menjadi alat perhubungan nilai-nilai politik, sosial, dan budaya. (Dipetik dan dubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 19 Disember 2005 )

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

5 SULIT* Bahagian C Jawab satu soalan sahaja. 6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. [15] Melati: Maafkan Lati, ibu. Lati gurau saja. Ini ada sikit pengat untuk ibu. Makanlah sementara panas. Masakan Lati sendiri, entah sedap entah tidak pada selera ibu. Cubalah sikit. Terima kasih nak, engkau terlalu baik pada ibu. Dengan apa akan ibu balas budimu, Lati. Ibu tak punya apa-apa. Ibu, Lati tak harapkan balas apa-apa dari ibu. Ibu serupa ibu Lati juga. Engkau gadis baik, Lati. Tadi Lati lihat ibu sedang menjahit. Memang ibu mahu menjahit, tapi ada masalah kerana benangnya begitu susah masuk ke jarum. Lati tolong masukkan benangnya.Nanti senang ibu menjahit baju.

Ibu:

Melati:

Ibu: Melati: Ibu:

Melati:

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Usman Awang,1987. Drama-drama pilihan : Malam Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

6 SULIT*

Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk prosa biasa. [15] Syair Sri Banin Dengarkan kisah suatu cerita, Di Tanjung Putri raja bertakhta, Kerajaan besar tiada tercerita, Takluk baginda raja mahkota. Sultan nan konon amat bestari, Anak saudara Dewa Syahperi, Kerajaan besar tiada terperi, Mahsyurlah khabar segenap negeri. Orang negeri membawa khabar, Mengatakan bahteranya terlalu besar, Perahu yang kecil banyak berkapar, Ada berlabuh di labuh besar. Sekalian orang mendengar warta, Gemparlah rakyat gegak gempita, Mangkubumi menteri senangta, Masuk mengadap duli mahkota. Bertitah baginda Raja Bastari, Suruhlah lihat olehnya diri, Tanyakan ke mana hendak pergi, Atau hendak masuk ke mari. Seorang hulubalang yang ada tawanan, Tunduk menyembah raja bangsawan, Lalulah ia turun berjalan, Diringkan oleh empat pahlawan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Syair Sri Banin dalam Lukisan Zaman, Marwalis Pub. & Distributor Sdn. Bhd., 1991)

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

7 SULIT* 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Semua ibu bapa mahu anak-anak mencapai tahap kepintaran amat tinggi dan berjaya dalam bidang pelajaran semasa di sekolah. Ibu bapa sanggup menghabiskan banyak wang untuk menyediakan alat-alat bantuan belajar dan lain-lain kemudahan yang anak-anak mereka perlukan. Sebenarnya unsur-unsur yang memainkan peranan penting untuk kejayaan anak di sekolah adalah persepsi dan sikap anak itu sendiri terhadap sekolah dan persekolahan serta komitmennya terhadap pelajaran. Motivasi yang datang dari dalam diri seseorang anak itu sebahagian besarnya lahir dari pendidikan yang diserapkan oleh ibu bapa di sepanjang tempoh perkembangan usianya. Bagi menunjukkan contoh yang baik, semangat yang kental, dan sokongan yang padu kepada perkembangan serta kemajuan akademik anak-anak akan melahirkan anak-anak yang pintar dan cemerlang.

STPM 910/2
* Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah ]

TERHAD
BAHAGIAN A : KARANGAN 1. Industri berasaskan pertanian di negara ini mempunyai potensi yang amat cerah untuk berkembang maju. Nyatakan faktor-faktor yang dapat merealisasikan penyataan ini. Pendahulaan Industri berasaskan pertanian industri yang menggunakan bahan mentah seperti getah, hasil kelapa sawit, dan lain-lain. Faktor-faktor yang boleh memajukan industri berasakan pertanian. Isi-isi IS1 : Faktor iklim negara beriklim khatulistiwa - negara kaya dengan hasil pertanian kerana iklim yang sesuai untuk pertanian bahan mentah tidak perlu diimport- kurangkan kos. Hasil pertanian yang ada menjadi bahan mentah bagi sesetengah industri pembuatan. Pasaran kukuh - permintaan meluas terhadap barang keluaran industri berasaskan pertanian secara berterusan sama ada dalam negara atau luar negara. Peningkatan hasil penyelidikan dan kajian ( R&D) agensi pertanian menjamin bekalan bahan mentah bermutu dan berterusan. Menyediakan kos buruh yang rendah dan murah menjimatkan kos pengeluaran kegiatan pertanian dapat dijalankan secara besar-besaran bantuan kewangan, subsidi, dan khidmat nasihat pihak kerajaan melalui jabatan pertanian dan agensi yang berkaitan menyediakan pelbagai bantuan menyediakan dana dan pinjaman kewangan penekanan terhadap industri pertanian dalam RMK 9

IS2 : IS3 :

IS4: IS5: IS6 :

Kesimpulan Sektor ini boleh berkembang untuk menjana ekonomi negara Semua agensi terlibat perlu menggembeling tenaga bagi memastikan keluaran yang bermutu selari dengan era globalisasi.

9 2. Masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat di negara kita. Bincangkan punca-punca gejala ini semakin berleluasa dan kemukakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini. Pendahuluan Buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan menunjukkan kekuatan Kes buli boleh dikesan berlaku kepada murid-murid tahun 1 lagi Terdapat punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini. Isi-isi Punca IS1: Kurang didikan agama dan penerapan nilai murni ibu bapa gagal menerapkan ajaran agama dan nilai murni dalam jiwa anak-anak - tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan pelaku jenayah menghadapi tekanan emosi sebagai salah satu cara melepaskan tekanan tidak mampu mengawal emosi Pengaruh rakan sebaya terikut-ikut akan perangai mencapai ciri penerimaan rakan sebaya Pengaruh media massa rancangan televisyen, filem, drama bersiri luar negara luar negara memaparkan perlakuan ganas dan tidak bermoral naluri ingin mencuba Kelemahan institusi keluarga ibu bapa beri kebebasan melampau tiada sekatan. Ibu bapa bersikap indivualistik/ materialistik sibuk bekerja

IS2: IS3: IS4:

IS5:

Langkah-langkah IS6: Penerapan pendidikan agama dan moral disemai sejak kecil diber penghayatan dan pendidikan agama kesedaran akan tanggungjawab dalam kehidupan di dunia galakkan menyertai aktiviti keagamaan. Kaunseling dan motivasi beri kesedaran tentang salah laku dikawal dan dipantau dari semasa ke semasa Mengenakan tindakan disiplin dan undang-undang hukuman sewajarnya. Kempen kesedaran melalui ceramah, media massa, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan

IS7: IS8: IS9:

Kesimpulan Masalah ditangani segera semua pihak ibu bapa, guru, sekolah, kerajaan perlu bekerjasama. Individu itu sendiri perlu berubah.

10 2. Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia menjadi tumpuan bagi pelabur-pelabur asing. Bincangkan faktor-faktor yang menarik kedatatangan mereka dan kesan daripada pelaburan ini. Pendahuluan Pelabur asing ialah orang dari luar Malaysia yang menanam modal dalam pelbagai industri Pelaburan amat penting untuk perkembangan ekonomi negara sedang membangun Terdapat faktor-faktor yang menarik kedatangan mereka dan kesan daripada pelaburan ini. Isi-isi Faktor-faktor IS1: Keadaan sosio-politik Malaysia yang stabil aman damai dan bebas daripada peperangan dan rusuhan IS2: Malaysia kaya dengan hasil sumber bahan mentah menjimatkan kos tidak perlu import kos bahan mentah murah IS3: Keadaan fizikal Malaysia yang bebas daripada bencana alam terletak dalam kawasan yang selamat daripada kejadian gempa bumi dan gunung berapi pelabur tidak bimbang tentang kemusnahan kegiatan ekonomi berjalan lancar pelabur tidak gusar IS4: kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap kerajaan sediakan pelbagai kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik IS5: sumber tenaga yang murah menjimatkan kos pelabur asing barangan dapat dijual dengan harga yang lebih murah Kesan IS6: Meningkatkan kemajuan teknologi dan kepakaran pelabur asing membawa teknologi dan kepakaran dari negara mereka tingkatkan penggunaan teknologi di negara kita Sumber pengeluaran tempatan dapat dioptimumkan - bantuan dana dan modal luar akan memperkembang industri tempatan Mempelbagaikan sumber ekonomi negara- membuka pelbagai bidang perniagaan, industri, dan firma perkhidmatan Menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor masalah pengangguran dikurangkan kurangkan beban kerajaan dan masalah sosial

IS5: IS6: IS7:

Kesimpulan Pelaburan penting untuk kemajuan negara Keadaan ini menunjukkan sikap terbuka semua pihak dan menjaga imej imej

11 4. Sebagai setiausaha Bahagian Pembangunan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, anda diminta menyediakan satu laporan tentang kebaikan sistem meritokrasi kepada pelajar-pelajar di negara ini. Sediakan laporan itu. Pendahuluan Tajuk Kebaikan Sistem Meritokrasi kepada Pelajar-pelajar 1.0 Pendahuluan Sistem meritokrasi ialah sistem yang digunakan untuk memilih kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan keputusan akademik dan ko-akademik dan kokurikulum Menghapuskan sistem kuota mengikut kaum Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh daripada sistem ini. 2.0 Senarai Jawatankuasa Pengerusi: ________________ Setiausaha: _________________ Ahli Jawatankuasa :_______________ 3.0 Kebaikan 3.1: 3.2: 3.3: 3.4: 3.5: 3.6: Pemilihan pelajar yang benar-benar berkualiti ke IPTA menerima hanya pelajar yang benar-benar layak Melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi/mampu bersaing pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh Pelajar yang dihasilkan mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik Membentuk sikap positif - bersungguh-sungguh/berusaha tekun untuk mendapat tempat di IPTA Mewujudkan semangat intergrasi antara kaum menghapuskan rasa syak wasangka/ tertindas tiada pilih kasih adil Melahirkan atlet-atlet yang berpendidikan tinggi kokurikulum diambil kira pelajar cemerlang dalam akademik dan kokuruikulum

4.0 Kesimpulan Membawa banyak kebaikan kepada pelajar yang ingin berjaya Semua pihak menerima secara terbuka untuk menyahut Wawasan 2020

Laporan disediakan oleh, (tandatangan) ............................................ Nama:

12 BAHAGIAN B : RUMUSAN IU : Rekod merupakan satu cara untuk menyimpan maklumat peristiwa./ Rekod wujud berdasarkan peristiwa sebenar dan menjadi sumber primer/ Keunikan rekod berdasarkan kaedah pengurusan rekod /bagi memastikan intergriti dan kesahihan peristiwa dan pihak yang bertanggungjawab. 1-2 IU = IUL 3-4 IU = IU IS 1: Perkara utama yang perlu diambil kira ialah penjagaan nilai kebuktian rekod/ bagi memastikan negara menjadi negara yang berdaulat /dan mempunyai perundangan sendiri tanpa campur tangan dari pihak luar. 1IS = ISL 2-3 = IS IS 2; Rekod-rekod kerajaan perlu diuruskan dengan baik dan sistematik/. Tujuannya adalah bagi mempelajari segala kelemahan /dan mencari kaedah penyelesaian. 1IS = ISL 2-3 = IS IS 3 : Rekod dapat menyelami sejarah negara yang dijajah oleh pelbagai bangsa / dan rekod-rekod ini berselerak di serata dunia. 1IS = ISL 2 = IS IS 4 : Penterjemahan pada rekod menghadapi masalah /kerana kesukaran mendapatkan penterjemah yang fasih berbahasa Portugis dan Belanda lama. 1IS = ISL 2 = IS IS 5 : Analisa kandungan rekod penting bagi menyampaikan maksud yang tepat /dan mngelakkan kekeliruan. /Sejarah lisan /pula memerlukan pemilihan individu yang tepat. 1-2IS = ISL 3-4 = IS IS 6 : Pemeliharaan keintelektualan rekod mengikut prinsip respect des fond/ iaitu rekod perlu dijaga/ dan diuruskan./Setiap rekod berkait rapat antara satu sama lain. 1-2IS = ISL 3-4 = IS K: Program penggunaan rekod diwujudkan dan menjadi mekanisme untuk memelihara aktiviti-aktiviti /dan membolehkan perancangan yang berkualiti/ berdasarkan pengalaman lalu /dan menjadi alat perhubungan.. 1-4K = KL 3-4 = K

13 JAWAPAN SOALAN 6

Melati meminta ibu memaafkannya /kerana dia bergurau sahaja.Dia menyatakan bahawa terdapat sedikit pengat untuk ibu. Dia menyuruh ibu makan pengat itu ketika masih panas. Menurutnya, pengat itu masakannya sendiri. Dia tidak pasti sama ada pengat itu sedap atau tidak mengikut selera ibu. Dia kemudiannya menyuruh ibu mencuba pengat itu sedikit. Ibu mengucapkan terima kasih kepada Melati dan menyatakan bahawa Melati terlalu baik kepadanya. Ibu tidak pasti cara hendak membalas budi Melati kerana dia tidak mempunyai apa-apa. Melati menyatakan bahawa dia tidak mengharapkan balasan daripada ibu kerana ibu dianggap seperti ibu kandungnya. Ibu menyatakan bahawa Melati seorang gadis yang baik. Melati inginkan kepastian tentang benda yang dijahit oleh ibu. Ibu mengeyakan bahawa dia ingin menjahit tetapi terdapat masalah kerana benangnya susah masuk ke dalam jarum. Melati menjelaskan bahawa dia akan memasukkan benang itu supaya mudah ibu menjahit baju.

JAWAPAN SOALAN 7

Terdapat sebuah kisah tentang raja yang memerintah Tanjung Putri. Kerajaan baginda sangat besar dan menjadi takluk baginda raja mahkota. Sultan yang khabarnya amat bestari merupakan anak saudara Dewa Syahperi. Kerajaan baginda amat besar dan termasyhur ke seluruh negeri. Terdapat orang membawa berita bahawa kapal baginda terlalu besar dan terdapat banyak perahu kecil yang berlabuh di pelabuhan besar. Rakyat menjadi gempar apabila mendengar berita ini bahawa Mangkubumi iaitu menteri senangta masuk dan mengadap duli mahkota. Baginda Raja Bastari kemudian bertitah dan menyuruh menteri berjumpa dan meminta kepastian arah tujuan mereka atau hendak masuk ke situ. Seterusnya, seorang hulubalalang yang mempunyai tawanan, tunduk dan menyembah raja bangsawan. Hulubalang tersebut berjalan dan diiringi oleh empat orang pahlawan.

14 JAWAPAN SOALAN 8 1. KESALAHAN: ANALISIS : ......... mencapai tahap kepintaran amat tinggi ........ Tiada kata pancangan relatif yang dalam ayat majmuk pancangan relatif. .... mencapai tahap kepintaran yang amat tinggi ........ menghabiskan banyak wang Kesalahan kata kerja transitif. Kata kerja transitifmenghabiskan memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama ............ banyak menghabiskan wang ...........

PEMBETULAN: 2. KESALAHAN: ANALISIS :

PEMBETULAN:

3. KESALAHAN: ANALISIS :

.......... kemudahan yang anak-anak mereka perlukan Kesalahan struktur ayat pasif KGD ke-3. ......... kemudahan yang diperlukan oleh anak-anak mereka

PEMBETULAN:

4. KESALAHAN: ANALISIS :

........... adalah persepsi Kesalahan kata pemeri. Kata pemeri adalah digunakan jika predikatnya terdiri daripada frasa adjektif atau frasa sendi nama. ......... ialah persepsi

PEMBETULAN:

5. KESALAHAN: ANALISIS :

............. dari pendidikan Kesalahan kata sendi nama. Kata sendi nama dari digunakan untuk menunjukkan jarak tempat dan masa. .......... daripada pendidikan

PEMBETULAN:

6. KESALAHAN:

ANALISIS

PEMBETULAN:

Bagi menunjukkan contoh yang baik, semangat yang kental, dan sokongan yang padu kepada perkembangan serta kemajuan akademik anak-anak akan melahirkan anak-anak yang pintar dan cemerlang Kesalahan ayat tergantung.Ayat tidak gramatis kerana tiada subjek sebelum kata kerja menunjukkan. Ibu bapa menunjukkan ................................. pintar dan cemerlang.

You might also like