You are on page 1of 26

SULIT 910/1 Bahasa Malaysia 1 2009 2 jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

910/1

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 Dua jam

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 26 halaman bercetak

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah.

[Lihat sebelah SULIT*

Pelajaran wajib sebelum perang sudah mencapai hampir 100 peratus kehadiran, hingga selepas perang pun, apabila pelajaran wajib dilanjutkan hingga kepada sembilan tahun, peratusnya tetap stabil. Sebenarnya lebih ramai orang mendesak dengan mengatakan bahawa sembilan tahun adalah terlalu pendek. Sekolah menengah tinggi selepas perang, yang bersamaan dengan sekolah-sekolah menengah sebelum perang, mula menunjukkan peratus kemasukan yang tinggi. Bilangan pelajar sekolah menengah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi semakin pesat. Pendidikan universiti tidak lagi untuk golongan elit sahaja. Keghairahan kepada pelajaran tinggi berkembang dan hasrat untuk belajar tersebar luas dalam kalangan rakyat selepas perang kerana fahaman kerjaya yang tersebar dari kelas keturunan samurai kepada masyarakat umum. Dengan pendemokrasian dan perkembangan ekonomi yang pesat selepas perang, fahaman kerjaya semakin hilang. Sebelum perang, terdapat sistem pengurusan pekerja yang berasaskan pangkat pegawai dan kumpulankumpulan perniagaan. Sistem kasta ini juga menyerap dalam kehidupan harian. Kejayaan sosial dalam masyarakat bermaksud mencapai keistimewaan dan prestij dengan mendaki tangga sosial. Hak-hak kemanusiaan yang tertentu telah dijamin dan ramai merasakan bahawa keistimewan dan prestij tidak lagi penting. Penghapusan sistem kelas dan mentaliti kasta telah dipercepat oleh kemajuan perindustrian. Pertumbuhan pesat ekonomi ini telah

menghapuskan masyarakat petani iaitu mentaliti kasta telah berakar umbi menghasilkan kelas menengah baru dan kehidupan ekonomi orang ramai telah diselaraskan sehingga tersebarnya mentaliti kelas menengah dalam kalangan masyarakat. Fahaman kerjaya telah dikuatkuasakan dengan tegasnya berasaskan pengertian berkaitan dengan pengabdian kepada ibu bapa dan nama baik keluarga serta idea mengenai kegemilangan nasioanal. Walau bagaimanapun, nilai-nilai ini lenyap dilanda arus pendemokrasian dan perindustrian yang menyebarkan sifat individualisme dalam kalangan orang ramai. Pada waktu yang sama, pengaruh-pengaruh baru telah menyegerakan penghapusan unit keluarga besar yang menjadi batu asas kepada pengabdian kepada ibu bapa dan nama baik keluarga.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT*

Semangat untuk pelajaran tinggi yang muncul selepas perang kerana pergerakan am ke arah taraf kehidupan yang stabil. Hal ini demikian kerana terbentuknya kelas pekerja kilang yang baru dan kelas menengah. Bagaimanapun mereka dan keluarga mereka tidak mendapat

apa-apa jaminan. Untuk masa yang stabil dan selamat, mereka memerlukan keadaan yang lebih baik dalam seberapa banyak bidang yang boleh. Mereka memerlukan satu corak hidup yang setingkat lebih tinggi daripada apa-apa yang dinikmati oleh mereka. Keadaan ini merupakan manifestasi hasrat orang-orang Jepun untuk menjadi sederhana atau manifestasi yang lain mengenai mentaliti orang-orang atasan.

Bagaimanakah keadaan persekolahan di Jepun sebelum perang? I. II. Kemasukan pelajar 100 peratus Pelajaran wajib selama sembilan tahun.

III. Semua lepasan sekolah diberi pekerjaan. IV. Bilangan yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah tinggi adalah ramai A. B. C. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV

D. II, III dan IV

Bagaimanakah keadaan sistem pengurusan pekerja sebelum perang? I. Pengurus perniagaan disamaratakan

II. Pekerja diasingkan mengikut jawatan III. Pegawai berpangkat diberi keistimewaan IV. Mereka yang berpelajaran tinggi diberi keutamaan.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan III

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 3

[Lihat sebelah SULIT*

Apakah kesan pendemokrasian terhadap rakyat Jepun selepas perang? I. Sistem kelas dihapuskan

II. Golongan muda lari meninggalkan keluarga III. Rancangan keluarga mula mendapat sambutan. IV. Rakyat berlumba-lumba melanjutkan pelajaran. A. I, II, dan III

B. II, III, dan IV C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV

Mengapakah lahir sikap untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat Jepun selepas Perang.? A. Berbakti kepada keluarga B. Mengharumkan nama keluarga C. Menghapuskan mentaliti kasta. D. Ingin meningkatkan taraf sosial

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. Soalan 5 hingga 7 berdasarkan gambar rajah di bawah ini.

[Lihat sebelah SULIT*

Semburan

Gas-gas penyejukan

Larutan Industri

Klorofluorokarbon (CFC)

Kemusnahan ozon oleh bahan CFC

Sinaran ultra-ungu dalam kadar yang besar

Meningkatkan kejadian kanser; ozon memerangkap sinaran ultra-ungu

Klorofluorokarbon dalam udara berpunca daripada I. Penghawa dingin

II. Semburan aerosal III. Pembakaran sampah IV. Bahan penyembur rambut A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

6.

Kesan buruk yang akan berlaku jika lapisan ozon munsah ialah A. Ketul ais di kawasan artik akan cair B. Paras laut meningkat dan kawasan rendah akan banjir C. Sungai akan menjadi cetek dan banjir akan kerap berlaku D. Sinaran ultra-ungu akan menembusi lapisan ozon dengan kadar yang besar

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 7

[Lihat sebelah SULIT*

Mengapakah seseorang itu dengan mudah terdedah kepada ancaman kanser kulit? A. Kerana sinaran ultra-ungu akan menembusi lapisan ozon B. Kerana CFC akan bertindakbalas dan menyentuh lapisan ozon C. Kerana terlalu banyak sinaran ultra-ungu terkena kulit manusia D. Kerana tindakbalas kimia iaitu CFC bertindak dengan lapisan ozon

Soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

Apakah hukuman yang paling wajar bagi pemandu yang menyebabkan kemalangan maut? Persoalan ini heboh diperkatakan sama ada dalam kalangan orang awam, eksekutif hingga kepada hakim dan menteri. Isu berkenaan menjadi semakin hangat apabila seorang pemandu trailer dijatuhi hukuman penjara 30 hari, denda RM7,000 dan lesen memandunya digantung

selama setahun oleh Mahkamah Majestret Kangar, awal bulan ini. Dia didapati bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan lima orang penunggang motosikal terbunuh, manakala empat lagi cedera parah dalam satu kemalangan. Pelbagai reaksi muncul dalam kalangan orang ramai. Ada yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan terlalu ringan bagi kesalahan seperti itu, malah tidak kurangnya mencadangkan peraturan supaya pemandu cuai sehingga menyebabkan kematian sepatutnya dihukum gantung atau dipenjara seumur hidup. Menurut mereka, kerana kecuaian seseorang pemandu itu, ada ibu bapa yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami, abang kehilangan adik atau setidak-tidaknya kita kehilangan seorang rakyat yang mungkin menjadi pemimpin negara. Sebelum ini, Menteri Kerja Raya juga pernah mencadangkan supaya pemandu kenderaan berat yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut dihukum gantung sampai mati kerana tindakan mereka sama dengan orang yang melakukan pembunuhan. Menteri Pengangkutan pula mengakui beliau sendiri tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan berlakunya kemalangan maut, akhir-akhir ini.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT*

Kita pula berpendapat bahawa undang-undang sedia ada, seperti Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta lesen memandu digantung jika sabit kesalahan, masih terlalu ringan sebagai hukuman terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan maut. Oleh itu, pihak berkenaan bolehlah memikirkan sama ada untuk memindanya atau menggunakan undang-undang lain yang lebih sesuai bagi tujuan itu. Mungkin banyak orang yang tidak menyedari bahawa orang ramai mempunyai hak untuk membuat rayuan jika mereka berpendapat bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan tidak wajar. Malah, Jabatan Peguam Negara sendiri boleh merayu terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah jika mendapati hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Kita juga mengalu-alukan usaha yang dibuat oleh polis serta Kementerian Pengangkutan dalam menangani isu pemandu cuai, termasuk kemungkinan meminda beberapa peruntukan

undang-undang. Begitu juga dengan kesediaan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji undang-undang yang ada sama ada perlu dipinda atau tidak. Kita berharap dengan undangundang yang lebih tegas, kemalangan maut dapat dikurangkan, manakala pemandu cuai menerima hukuman yang sewajarnya.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan alasan pemandu cuai perlu dikenakan hukuman yang lebih berat? I. II. Kehilangan nyawa manusia yang merugikan anggota keluarga dan negara. Kesalahan mereka boleh disamakan dengan orang yang melakukan pembunuhan

III. Hukuman yang sedia ada tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan pemandu cuai IV. Hukuman berat akan menyedarkan pemandu cuai sekali gus mengurangkan kemalangan maut A. B. C. D. I, II, dan III I, III, dan IV II, III, dan IV I, II, III, dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 9

[Lihat sebelah SULIT*

Berdasarkan petikan di atas, antara langkah pencegahan yang boleh diambil untuk membendung kemalangan maut ialah I. II. sentiasa membaiki jalan raya yang rosak mengadakan kempen keselamatan jalan raya

III. pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 IV. hukuman berat dikenakan terhadap pemandu cuai A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

10 Berdasarkan petikan di atas, antara hukuman yang wajar dikenakan terhadap pemandu cuai yang menyebabkan kematian ialah I. II. hukuman sebat penjara seumur hidup

III. hukuman gantung sampai mati IV. denda RM7,000 dan lesen memandu digantung selama setahun A. B. C. D. I dan II II dan III II dan IV III dan IV

11.

Kedatangan golongan Melayu Deutro melalui Teori Gelombang telah menyebabkan mereka menguasai sebahagian daripada Asia Tenggara. Apakah kesannya terhadap pertembungan bahasa masyarakat sekarang? A. wujud kelompok masyarakat bahasa yang berbeza B. wujudnya bahasa, dialek, dan budaya yang berbeza C. wujudnya anggota masyarakat yang berlainan bangsa D. golongan Melayu Proto kekal dengan adat budaya mereka sendiri

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 12. Bahasa Austris

[Lihat sebelah SULIT*

Austroasia

Austronesia

B A dan B dalam rajah di atas ialah A A B C D Melanesia Nusantara Tibet-China Mikronesia Tibet-China Polinesia Nusantara Austronesia B

13.

Antara yang berikut, yang manakah bukti yang menunjukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu bertambah kukuh dan penting pada zaman kerajaan Aceh? I. II. Catatan pedagang Eropah tentang bahasa Melayu Surat-surat Sultan Aceh kepada pemerintah Inggeris

III. IV.

Karya-karya sastera Islam ditulis dalam bahasa Melayu Penggunaan kata pinjaman bahasa Jawa dalam bahasa Melayu

A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III, dan IV

14.

Yang berikut ialah penyataan tentang ciri-ciri bahasa Melayu moden, kecuali ... A. B. C. D. binaan ayatnya lebih kepada ayat aktif. terdiri daripada laras bahasa yang pelbagai mengalami perancangan bahasa yang pesat. pendepanan predikat atau penyongsangan ayat

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 15.

[Lihat sebelah SULIT

Jadual berikut menunjukkan padanan yang betul bagi bahasa dan perkataan yang dipinjam dalam bahasa Melayu, KECUALI Bahasa A B C D Sanskrit Inggeris Arab Cina Perkataan Dewa Doktor Puasa Cawan

Istilah

Sebutan

Tatabahasa

Perkamusan 16. Dalam perancangan dan pembinaan bahasa, S merujuk kepada proses A B C pemupukan perancangan taraf perancangan strategi

pengembangan korpus

17.

Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa mesra? I II III IV A B C D Terdapat percampuran kod Penggunaan gelaran yang tidak lengkap Banyak menggunakan unsur kependekan Disampaikan secara lembut dan bersopan I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. Laras perniagaan I II III Gaya ayat sederhana Bahasa pengaruhan Tiada penggunaan istilah

[Lihat sebelah SULIT

Laras undang-undang Ayat susah difahami Bahasanya tepat / persis Penggunaan istilah teknikal Idea yang kreatif dan imaginatif

IV Bersifat formal dan objektif

18.

Berdasarkan jadual di atas, pilih padanan yang betul antara laras perniagaan dengan laras undang-undang. A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV

Ayatnya mudah difahami

Laras X

Tiada bahasa berlapis-lapis

Isi kandungnan berita maksimum 19. Laras X merujuk kepada A B C laras sains laras ekonomi laras media massa

laras undang-undang.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 20

[Lihat sebelah SULIT

Retorik pujukan dan hujahan sesuai sekali digunakan untuk tujuan I II III IV A B C D sesi perdebatan tentang sesuatu isu menerangkan cara penggunaan sesuatu barang menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan memberi ceramah tentang teknik menjawab soalan peperiksaan I dan II II dan IV I dan III III dan IV

Sakinah tidak puas hati dengan keputusan ahli jawatankuasa perpustakaan yang hendak memberi kelonggaran kepada peminjam buku. Dengan geram Sakinah menyuarakan bantahannya kepada Pengerusi. Zaki, apa salahnya syarat yang ada dikekalkan? Sudah bertahun-tahun peraturan ini digunakan di sekolah ini. Kalau kita ubah peraturan yang ada, saya takut semakin banyak masalah yang akan kita hadapi.

21

Petikan di atas jelas memperlihatkan retorik I II III IV A B C pujukan penceritaan penerangan penghujahan I dan II I dan IV II dan III

II dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT

Wacana

Sejumlah ayat
22.

Kesinambungan idea

X dalam konteks di atas merujuk kepada ... A. B. C. D. satu satuan yang utuh mematuhi hukum tatabahasa hal-hal yang melampaui batas mendukung satu idea yang lengkap

Mak, Firdaus tak suka dengan sikap Pak long Razak kerana dia suka menjaga tepi kain orang. Haji Sufian pun tidak menggemari sikapnya itu, kata Firdaus kepada ibunya
23 Kata gelaran yang digunakan dalam petikan di atas merujuk kepada I II III IV A B C D gelaran nama kekeluargaan asas jenama kekeluargaan gelaran keagamaan panggilan hormat I, II, dan III I, II, dan IV I, III dan IV II, III, dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 24

[Lihat sebelah SULIT

Antara yang berikut, yang manakah padanan konsonan yang kedua-dua bunyi tak bersuara? I II III IV A B C D [k] , [b] [t] , [g] [p] , [c] [k] , [s] I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Khalid telah ke rumah Saniah untuk bertanyakan khabar ibu Saniah yang kurang sihat. Saniah telah meminta khidmat doktor pakar untuk merawat ibunya.
25 Konsonan yang bergaris dalam ayat di ayas ialah A B C D Konsonan geseran gigi-gusi bersuara Konsonan geseran bibir-gigi tak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara Konsonan geseran lelangi keras-gigi tak bersuara

26

Antara bunyi yang berikut, yang manakah sewaktu menghasilkannya lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan yang paling tinggi? I II III IV A B C D [o] [e] [u] [i] I dan II I dan III II dan IV III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 27

[Lihat sebelah SULIT

Yang manakah antara berikut ialah padanan yang betul antara kumpulan konsonan dengan daerah sebutan?

Konsonan A B C D n, r, s j, m, t y, p, g h, w, k

Daerah sebutan Gusi Bibir Lelangit keras Lelangit lembut

28

Antara yang berikut, kumpulan perkataan yang manakah yang kesemuanya menepati pola keselarasan vokal bahasa Melayu e pepet-a? A B C D Petak, peka, bena Pena, dewan, emak Enak, elak, belerang Penat, tembelang, selama

29

Vokal yang berada pada tempat X dan Y dalam rajah di atas ialah X A B C D i u Y a o e

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT

30

Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong. I II III IV A B C D Terdapat unsur geluncuran Kombinasi dua bunyi vokal mempunyai dua puncak kelantangan membentuk lebih daripada satu suku kata I dan II I dan III II dan IV III dan IV

31

Antara perkataan yang berikut, yang manakah konsonan pinjaman geseran gusi bersuara? I II III IV A B C D [tafsir] [zahir] [zamrud] [firdaus ] I dan II I dan IV II dan III III dan IV

perkataan yang mengandungi

32

Antara yang berikut, yang manakah kata tugas yang termasuk dalam kata prafrasa? I II III IV A B C D Kata pangkal ayat Kata sendi nama Kata penguat Kata seru I dan II I dan IV II dan III III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 33

[Lihat sebelah SULIT

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. A B Adik Salmah terpijak kaca di tepi longkang. Saiful yang bertubuh kecil terangkat batu yang berat itu .

C D

Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam longkang ketika sedang bermain. Kereta ayah terlanggar lori yang sedang berhenti di hadapan simpang itu.

34

Antara yang berikut, ayat yang manakah menggunakan apitan meN-..-kan secara gramatis? I II III IV Ibu menghadiahkan adik sebuah buku cerita. Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung. Penyanyi itu mendendangkan lagu untuk para peminatnya. Pekerja itu mendirikan rumah untuk kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik . A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV

35

Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif? I II III Ali dan ibunya tinggal di Bandar Baru Bangi. Pengemis itu tidur berselimutkan embun di taman bunga. Perompak itu memukul pengawal keselamatan tersebut . IV Perdana Menteri merasmikan makmal komputer di Sekolah Menengah Padang Lebar. A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV ketika merompak bank

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 36

[Lihat sebelah SULIT

Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menggunakan kata pemeri adalah dengan betul? I II III Berita yang dilaporkan oleh pemberita itu semalam adalah tidak benar. Amaran fenomena Tsunami itu adalah bukan untuk menakutkan rakyat. Pendatang baru itu adalah adik kepada penyanyi terkenal negara kita .

IV A B C D

Hadiah beg tangan itu adalah untuk kakak. I dan II I dan IV II dan III III dan IV


37

Buah mangga itu sangat manis. Suara penyanyi itu sangat lunak dan merdu.. Suasana rumah Kamariah sangat bersih.

Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas ialah kata adjektif A B C D cara sifat perasaan pancaindera

38

Antara ayat yang berikut, yang manakah menggunakan kata berimbuhan peR-.-an dengan betul? I Perlantikan Hasmah sebagai pengurus cawangan menggembirakan ahli keluarganya. II Pergaduhan antara Ahmad dengan Kasim belum berakhir kerana keduaduanya keras kepala. III Perlumbaan antara Sang Arnab dengan Tok Kura telah disaksikan oleh binatang-binatang lain di hutan. IV Perlaksanaan hukuman sebat kepada Mat Rempit mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. A B C D I dan II I dan IV II dan III II dan IV

[Lihat sebelah SULIT

39

Antara perkataan yang berikut, yang manakah sisipan kata nama? I II Kelupas Selerak

III IV A B C D

Keruping Kelemumur I dan III II dan IV II dan III III dan IV

Kenduri akan saya adakan sebagai tanda kesyukuran kerana kejayaan dalam peperiksaan itu.
40 Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja A B C D pasif transitif aktif tak transitif berpelengkap tak transitif tanpa pelengkap

41

Yang manakah daripada berikut boleh menjadi binaan frasa nama? I. II. Subjek Penguat

III. Predikat IV. Objek sipi A. B. C. D. I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV [Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 42 Ayat-ayat berikut tergolong dalam jenis ayat aktif kecuali A. B. C. D. Ular itu saya pukul dengan kayu Kami tidak makan nasi sejak semalam Adik tidak menghiraukan nasihat ibu bapa Saya pukul ular itu dengan kayu, kata adik kepada ibu

43

Antara ayat yang berikut, yang manakah yang tidak boleh dipasifkan? I. II. Memancing ikan menjadi kegemaran mereka sejak kecil Tuhan membuka pintu syurga kepada orang yang bertaubat

III. Mereka menetap di Kampung Seri Pengkalan sejak tiga bulan lalu. IV. Dermawan itu membiayai semua aktiviti kebajikan persatuan kaum ibu itu.

A. B. C. D.

I dan II II dan IV I dan III III dan IV

44 Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan sanggup mempertahankan negara sekiranya dicerobohi oleh kuasa luar.

Jenis kata hubung yang terdapat dalam petikan di atas ialah kata hubung I. II. Gabungan Pancangan relatif

III. Pancangan komplemen IV. Pancangan keterangan syarat A. B. C. D. I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 45 Yang manakah ayat di bawah mempunyai objek sipi? A. B. Kakak mengupas bawang merah untuk menggoreng sayur.

[Lihat sebelah SULIT

Pasukan polis menghampiri rumah usang yang disyaki didiami oleh perompak itu

C.

Dermawan itu telah mengagihkan sumbangan kepada fakir miskin di kampung halaman. Puan Salmi memakaikan anaknya baju kurung sempena sambutan Maal Hijrah di kawasan perumahannya.

D.

46

Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang tergolong dalam ayat tunggal. A. B. C. Kanak-kanak itu bermanja dengan ibu yang menyayanginya. Adik perempuan saya amat menggemari buah mempelam Siam. Keindahan pulau itu mampu menarik pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari luar negeri.

D.

Pemotong rumput itu singgah di rumah saya, menanyakan sama ada saya mahu akan khidmatnya atau tidak.

Badrul menghadiahi Wani sepasang baju kurung berwarna hijau


47 Ayat pasif yang terbentuk daripada ayat aktif di atas ialah A. B. C. D. Wani dihadiahi oleh Badrul sepasang baju kurung berwarna hijau Wani dihadiahkan oleh Badrul sepasang baju kurung berwarna hijau Sepasang baju kurung berwarna hijau dihadiahi oleh Badrul kepada Wani Sepasang baju kurung berwarna hijau dihadiahkan oleh Badrul kepada Wani

48

Ayat yang manakah yang telah mengalami proses pengguguran? I. II. Dia tidak datang ke sekolah kerana banjir kilat. Pelajar itu menyesal apabila gagal dalam peperiksaan.

III. Posmen itu tetap meneruskan tugasnya walaupun badannya kurang sihat. IV. Mereka meraih kejayaan cemerlang setelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

[Lihat sebelah SULIT

49

Pilih ayat pasif yang betul penggunaan Kata Ganti Nama Diri. I. II. Seluar itu dijahit oleh emak semalam. Baju yang lusuh itu telah ayah buang.

III. Ranting-ranting kering yang bertaburan itu ibu bakar. IV. Penunggang yang melanggar peraturan itu kena saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. A. B. C. D. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

50

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menepati pola FN + FSN? I. II. Rumah peninggalan ayah saya di Kampung Sentosa. Pasukan tentera itu baru balik dari sempadan negara.

III. Mat Hassan ke Sandakan untuk bermesyuarat . IV. Anak kesayangan ayah sedang bersembunyi di sebalik pintu. A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

[Lihat sebelah

51

Pilih padanan ayat yang betul.

Contoh A B C D Ke sekolah dia setiap hari. Husin bersama-sama bapanya ke hutan. Musa menjadi pegawai polis di Melaka. Pesakit itu dirawat di hospital.

Jenis ayat Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Majmuk Ayat Aktif

Pemilik syarikat kenderaan awam akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pemandu mereka melakukan kesalahan jalan raya.

52

Ayat di atas I. II. Mengalami pengguguran objek Mengalami pengguguran subjek

III. Mengandungi klausa keterangan syarat IV. Mengalami proses peluasan dengan kata hubung A. I dan II

B. C. D.

II dan III I dan IV III dan IV

Ayat

A1 S FN X1 P FK

KH S FN X2 X3

A2 P FK X4

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

[Lihat sebelah

53

Antara ayat yang berikut, yang manakah menepati rumus di atas? A. B. C. D. Puan Kartina dan anaknya cantik Julia guru sekolah tetapi anaknya doktor pakar Ali dan keluarganya melancong ke Pulau Langkawi Siti dan Kalsom ke Kuala Lumpur untuk bercuti minggu hadapan

54

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang tergolong dalam ayat dasar A. B. C. D. Di manakah awak meletakkan buku latihan itu? Janganlah kita mengasari orang yang tidak berdaya Wow, cantik sungguh pemandangan di dalam Gua Niah ini Tiga orang pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan.

55

Manakah daripada berikut yang salah penggunaan ayat aktif transitifnya? I. Profesor Hasyim sering memperkatakan tentang sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka II. Rakyat jarang sekali membicarakan soal kekebalan raja sebelum ini

III. Ramlah menyanyikan dengan merdu lagu itu buat adiknya IV. Kami mengharapkan akan kedatangannya di majlis itu A. B. C. I, II dan III I, II dan IV I, III, dan IV

D.

II, III, dan IV

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

[Lihat sebelah

56

Pilih ayat yang frasa adjektifnya mempunyai keterangan. I. II. Dia begitu megah dengan kejayaannya. Dia kelihatan pucat-lesi dan tidak bermaya.

III. Negara kita bersih dengan keindahan alam semula jadi yang menyegarkan. IV. Kucing kemanjaannya sering dimandikan dengan menggunakan gel mandian. A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

57

Pilih pasangan hubungan semantik yang salah Contoh A B C D Uzur Olahragawan Selak Bang sakit olahragawati sepak Bank Jenis Sinonim Polisemi Homograf Homofon

Kegiatan kokurikulum itu dijalankan pada masa yang telah ditetapkan Media massa menjadi wahan penting dalam menyampaikan maklumat dan berita semasa

58

Perkataan berhuruf condong di atas merupakan A. Homofon

B. C. D.

Hiponim Homonim Homograf

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

[Lihat sebelah

59

Nenek sedang menganyam tikar mengkuang Bapa Ali sedang menggali perigi Emak sedang menjahit baju

Frasa-frasa yang berhuruf condong merupakan bentuk kiasan A. B. C. D. Sandar Melarat Melompat Permanusiaan

60

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa yang membawa makna konotatif? I. II. Ibu pejabat syarikat ayah Siti terletak di Petaling Jaya Kaki bangku itu patah kerana ditendang oleh perompak itu

III. Ali tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia panjang tangan IV. Sidik menjadi batu loncatan kepada pasukannya dalam usaha mengekalkan kejuaraan pasukan mereka. A. B. C. D. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. JAWAPAN SULIT

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

JAWAPAN B C D D B D C A D B B C A D C D A C C C

BIL 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

JAWAPAN D B A D C A A D B A C C C D A B D C D A

BIL 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

JAWAPAN C A C B D B A C B B B D C D C B B A C D

You might also like