You are on page 1of 14

PENDAHULUAN Perubatan Melayu boleh diertikan sebagai himpunan amalan yang dicipta untuk tujuan menghadapi masalah yang

dihadapi oleh mereka sama ada semasa sihat mahupun semasa uzur. Himpunan pengetahuan itu digunakan bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan tetapi juga memulih dan mengembalikan apa yang telah hilang . Satu hakikat yang mendasari ataupun menunjangi secara keseluruhan perubatan melayu ialah bahawa setiap keuzuran itu mesti ada puncanya atau sebab musababnya dan setiap keuzuran itu juga pasti ada ubatnya . Apa yang penting ialah manusia perlu berusaha dan berikhtiar dan terus berikhtiar. Bahkan inilah yang menjadi asas dan falsafah perubatan melayu.

PUNCA PENYAKIT Setiap penyakit mesti ada sebab dan faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengidapi penyakit itu. Salah satunya adalah disebabkan oleh hantu. Hantu ini termasuklah yang hantu peliharaan dan hantu yang bebas lepas. Antara hantu yang peliharaan seperti pelisit, hantu raya, dan polong. Hantu ini akan mengacau manusia jika tidak dijaga dengan baik oleh tuan yang memeliharaannya. Manakala hantu yang bebas lepas pula akan mendatangkan penyakit apabila tempat tinggal hantu diganggu seperti tempat puaka dan kawasan perkuburan. Namun begitu kemudaratan penyakit yang dibawa oleh hantu ini bergantung kepada kekuatan semangat yang ada pada seseorang . Justeru itu semangat merupakan sesuatu aspek yang penting dalam diri seseorang . Mengikut kitab perubatan melayu, manusia mempunyai dua aspek, iaitu fizikal dan bukan fizikal . Aspek fizikal ialah badan atau tubuh manakala bukan fizikal pula ialah ialah semangat dan nyawa. Semangat menguatkan pertahanan dalaman seseorang sedangkan nyawa pula menghidupkan seseorang. Keduaduanya boleh hilang daripada badan manusia. Bezanya seseorang yang kehilangan nyawa itu dikatakan mati manakala seseorang yang kehilangan semangat boleh menjadikan seseorang itu lemah dan mudah ditembusi oleh perbuatan sihir. Kekuatan semangat ini sentiasa berubahubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari, lantaran itu bagi seseorang yang mengamalkan ilmu sihir memerlukan kiraan yang teliti sebelum sesuatu perbuatan sihir itu dilaksanakan. Lantaran itu juga kekuatan semangat itu perlu dipastikan. Dari segi fizikal pula seseorang itu boleh mengalami pelbagai jenis keuzuran fizikal terutamanya apabila umur semakin meningkat atau semakin lanjut usianya maka dia pasti akan berhadapan dengan

pelbagai jenis keuzuran yang lazimnya ditakrifkan sebagai penyakit tua. Jika kuat atau lemahnya semangat boleh mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai keuzuran maka begitu juga perubahan perimbangan anasir dalam badan manusia juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keuzuran mengikut kitab perubatan melayu , manusia ini dijadikan oleh Allah Taala daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin . Tiap tiap anasir itu mempunyai perangai atau personaliti yang tersendiri . Tanah bersifat dingin serta kering Api bersifat panas serta kering Angin bersifat panas serta basah Air bersifat dingin serta basah Perimbangan antara keempat-empat anasir ini penting .Seandainya ketidak seimbangan berlaku ia boleh mendatangkan kemudaratan. Ketidakseimbangan anasir ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ada makanan yang dijeniskan sebagai panas dan ada juga yang dijeniskan sejuk . Pengambilan makanan yang dijeniskan sebagai panas boleh menyebabkan gangguan perimbangan api dalam badan yang menjadikan badan seseorang itu panas. Pengambilan makanan yang dijeniskan sebagai mengandungi angin yang banyak misalnya pucuk paku boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kembung perut Selain itu mengikut hukum perubatan melayu juga sesuatu penyakit boleh berpunca dari gangguan persekitaran alam dan persekitaran sosial. Hubungan persekitaran yang harmoni boleh mengelakkan daripada tekanan perasaan yang boleh membawa kepada punca penyakit lain .Hubungan yang harmoni yang dimaksudkan adalah hubungan sesama manusia. Hubungan yang tidak harmoni menyebabkan timbul perasaan hasad dengki yang boleh menyebabkan penggunaan ilmu sihir yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Malah hubungan dengan tuhan sebagai hambanya hendaklah ditunaikan. Melupai tuhan boleh ditimbulkan malapetaka sama ada dalam bentuk penyakit atau sebagainya . Faktor alam sekitar juga boleh membawa kemudaratan kesihatan misalnya cuaca buruk , bencana alam dan diserang haiwan dan serangga berbisa. Misalnya gigitan ular berbisa boleh membawa maut kepada mangsa jika tidak diubati dengan segera .

Jadi di sini dapat diringkaskan bahawa punca penyakit yang ditafsirkan oleh perubatan melayu boleh disebabkan oleh faktor dalaman manusia itu sendiri dan juga disebabkan oleh faktor luaran iaitu faktor persekitaran. KAEDAH UNTUK MENGENALPASTI PENYAKIT Setiap bomoh mempunyai cara tersendiri dalam mengenalpasti sesuatu penyakit. Bagi Ustaz Muhaimi pendekatan yang tersendiri . Pesakit tidak perlu memberi tahu penyakit yang di hidapinya. Cukup sekadar memberi butiran peribadi atau salasilah diri pesakit seperti: Nama Nama ayah atau ibu Usia Berapa lama penyakit tersebut telah dihidapinya Melalui nama atau salasilah yang diberi beliau akan mengenalpasti jenis penyakit yang di hidapi oleh pesakit tersebut. Menurut beliau lagi melalui nama yang di beri penilaian akan di buat menurut empat sudut iaitu: Syarat Tarikat Hakikat Makrifat Selain dari itu Ustaz Muhaimi juga menggunakan kaedah tangan di atas angin . Maksudnya beliau tidak menyentuh pesakit, cukup hanya melayang-layang tangan ke atas pesakit yang datang untuk mengesan penyakit.

KAEDAH PEMBOMOHAN Di dalam perbomohan atau rawatan tradisional memerlukan bahan dan peralatan yang khusus. Menurut Ustaz Muhaimi bahan-bahan perubatan berkait dengan penyakit yang di hidapi oleh pesakit. Menurut beliau bahan yang sentiasa digunakan ialah : ibu kunyit

kunyit mulai limau nipis/limau purut tepung kunyit hitam daun cekur daun sirih asam jawa asam gelugur garam air hujan Setiap bahan yang di gunakan mempunyai kepentingan yang tersendiri di dalam setiap rawatan Persiapan Ustaz Muhaimi memerlukan sembilan biji buah limau .Limau di gunakan sebagai bahan ramuan mandian . Limau akan dipotong empat penjuru, iaitu kiri kanan ,atas bawah dan depan dan belakang. Selepas itu buah limau tersebut akan dibelah dengan belahan yang berbeza. Cara membelah buah limau ada cara iaitu belah tiga ,belah empat dan belah lima. Belahan limau yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk mengeluarkan air tetapi juga mempunyai maksud-maksud yang tertentu. Menurut beliau: Buah limau belah tiga Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air dan api. Buah limau belah empat Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air, api, dan angin. Buah limau belah lima Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air, api, angin dan tanah. Penggunaan unsur tanah ,air api ,dan angin dikatakan berkait rapat dengan kejadian manusia dan ianya cukup sinonim di dalam perubatan Melayu Tradisional. Buah limau yang telah

disempurnakan dengan jampi mentera akan digunakan sebagai mandian kepada pesakit. Upacara mandi akan dilakukan sebanyak tiga kali dan setiap kali mandi menggunakan tiga biji limau. Bagi tepung pula kuantiti yang diperlukan hanya dianggarkan sebesar sebiji telur. Digunakan sebagai bahan rawatan untuk disapu ke seluruh badan . Kaedah ini bertujuan untuk mengeluarkan bisa atau penyakit yang terdapat di dalam badan pesakit. Semasa tepung disapu ke seluruh badan mentera tertentu akan dibaca sesuai dengan penyakit. Sekiranya penyakit yang di rawat itu tenat atau serius tepung akan menjadi panas dan pecah Kunyit pula digunakan untuk membuang penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Bahan ini akan dicampur dengan kapur sirih . Kunyit yang telah dicampur akan disapukan keseluruh badan pesakit. Kunyit mulai juga di gunakan untuk membuang penyakit .Kunyit mulai tidak dicampurkan dengan bahan bahan yang lain. Semasa proses rawatan ,kunyit mulai perlu dikunyah terlebih dahulu .; Selepas dikunyah ,hampasnya akan disemburkan di tepi tangga rumah pesakit tiga kali. Ia perlu dilakukan pada waktu petang dan lokasinya mestilah di tempat yang sama. Air hujan digunakan bukanlah air hujan sebarangan tetapi merupakan air hujan yang diperolehi pada malam Jumaat saja . Air hujan ini memerlukan jangka masa tertentu sebelum digunakan dengan diyasinkan selama empat puluh satu malam berturut-turut barulah ia boleh digunakan sebagai bahan perubatan. Daun cekur digunakan sebagai bahan mandian . Selain itu boleh dilumurkan keseluruh badan sebelum upacara mandian dijalankan . Ketika rawatan menggunakan daun cekur, kain putih digunakan . Kain putih ini bertujuan untuk membebaskan penyakit yang dihidapi. Biasanya rawatan ini digunakan kepada penyakit yang terkena di dalam hutan ,contohnya terkena ketika berburu. Dengan lain perkataan bermaksud terkena keteguran atau badi binatang yang di buru Setiap kali rawatan dijalankan, tujuh helai daun sirih diperlukan . Daun sirih ini disertakan dengan sebuku ibu kunyit . Sirih dan ibu kunyit ini akan dijampi dan pesakit dimestikan memakannya . Perubatan yang melibatkan daun sirih mempunyai kaitan dengan penyakit sengugut, angin medu dan perempuan yang sukar mendapatkan zuriat. Asam Jawa di gunakan untuk merawat pesakit demam panas. Asam Jawa yang dicampur dengan air akan dijadikan minuman dan juga bahan sapuan di kepala dan seluruh badan pesakit. Proses ini

bertujuan untuk menghilangkan penyakit dan berfungsi sebagai bahan penyejuk kepada badan yang mengalami suhu yang panas. Asam Gelugur dan garam digunakan bagi memagar kawasan rumah. Pengamal perubatan Melayu mempercayai wujud kuasakuasanya sering mengganggu rumah, sama ada rumah pesakit yang dituju dan juga rumah yang baru didirikan . Bomoh atau pawang akan membacakan mentera bagi menghindarkan kuasakuasa jahat mencerobohi kawasan sesebuah rumah.

PENGGUNAAN PENAWAR PERUBATAN MELAYU Setiap kemudaratan yang timbul terhadap manusia sudah tentu ada perawatan dan pengubatannya. Di dalam perubatan melayu jampi mentera bersama penawar dari tumbuhan digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit yang timbul. Penawar yang biasa yang digunakan dalam perubatan melayu untuk mengubati penyakit adalah ramuan akar kayu. Akar kayu adalah sejenis ramuan yang terdiri daripada bahagian bahagian tertentu tumbuhan tumbuhan seperti akar kayu , daun ,bunga ,batang dan kulit kayu. Di kalangan masyarakat melayu penggunaan ramuan akar kayu masih popular hingga kini kerana mereka masih mempercayai akan khasiat yang diperolehi. Akar kayu ini ada yang berbentuk minyak, jamu dan dalam bentuk yang memerlukan pengguna memprosesnya sendiri. Cara menggunakannya juga berbeza-beza. Ada yang perlu disapu, misalnya yang dalam bentuk minyak dan ada yang perlu dimakan, misalnya makjun atau jamu dan ada yang perlu diminum airnya setelah direbus untuk beberapa ketika. Sukatannya berbeza-beza mengikut bentuk penawar yang diambil , iaitu sebiji atau secawan dua tiga kali sehari ,iaitu pagi ,tengahari ataupun malam. Penggunaan akar kayu sebagai penawar yang secara totalnya dibuat dari tumbuh- tumbuhan dan ini menunjukkan kepada kita bahawa tumbuhan amat bernilai dalam perubatan melayu . Setakat ini tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai-nilai perubatan adalah berasal daripada famili angiosperma , Leguminosae , Rubiaceae , Euphorbiaceae , Rutacaea , dan Lauraceae . Antara bahagian bahagian tumbuhan yang boleh dijadikan ubat atau penawar ialah ; Akar : seperti tongkat Ali, cirit murai ,bunga pakma ,mempelas, serapat ,kangkung , nangka bubur dan serai.

Bunga : seperti bunga cengkih, bunga pakma ,bunga belimbing dan bunga raya . Buah : seperti cabai jawa ,mentimun, limau buah, buah pala, kelapa, buah mengkudu dan buah pinang . Kulit kayu : kulit delima putih ,kulit kayu manis ,kulit kayu kelembak dan kulit pokok kerinting. Antara penyakit yang boleh diubati dengan akar kayu ialah bengkak gusi, bisul, luka, kudis, bernanah, sawan kayap demam panas, kembung perut, barah susu, sakit kepala, batuk, karang batu ,demam selesema, demam kepialu, resdung, sakit perut dan gatalgatal kulit. Terdapat beberapa cara untuk menyediakan ubat akar kayu yang mempengaruhi kemujaraban sesuatu ramuan itu. Akar kayu itu boleh direbus , diramas , ditumbuk ,digiling, diupar atau dilecek, dimamah, dibakar, dibuat minyak ,dilayur atau dimakan mentahmentah. Penentuan cara menyediakan ramuan akar kayu itu bergantung pada akar kayu itu dan juga bergantung pada jenis penyakit yang hendak diubati. Sukatan untuk sesuatu ramuan itu sukar ditentukan dengan tepat . Ukuran yang lazim digunakan ialah segenggam seruas jari. Kalau daun dikira kuntum dan kalau buah dikira biji, lazimnya juga, setiap ubat akar kayu itu mempunyai beberapa jenis campuran. Mengikut kepercayaan orang melayu, terdapat cara-cara tertentu serta pantang larang tertentu yang perlu dipatuhi sewaktu mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat. Faktor faktor seperti hari ,masa dan arah penting sekali diambil kira sewaktu hendak mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat. Waktu yang paling sesuai untuk mengambil tumbuh- tumbuhan tersebut ialah pada sebelah pagi, petang dan malam .Sewaktu mengambil tumbuh-tumbuhan itu, hendaklah mengadap ke kiblat. Namun demikian arah ini juga bergantung pada hari .Sekiranya hari Jumaat ,muka si pengambil tumbuh-tumbuhan itu mestilah dihadapkan ke arah tenggara . Sekiranya hari Sabtu dan Ahad, dia hendaklah menghadap ke barat laut .Sekiranya hari Selasa, mukanya hendaklah diarah ke barat laut . sekiranya hari rabu, mukanya hendaklah dihadapkan ke arah utara dan sekiranya hari Khamis, mukanya hendaklah diarahkan ke selatan. Sebelum mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat hendaklah terlebih dahulu dibaca BISMILLAH, selawat ke atas Nabi Muhamad S. a. w. sebanyak tiga kali diikuti dengan memberi salam kepada Nabi Alias ( dipercayai penjaga tumbuh-tumbuhan ) dan kemudiannya membaca BISMILLAH sekali lagi sebanyak tiga kali.

Sewaktu seseorang mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat ,dia mestilah mematuhi beberapa pantang larang untuk keselamatan dan untuk memastikan kemujaraban tumbuhtumbuhan.

REALITI TUMBUHAN SEBAGAI UBATAN MELAYU Di dalam perubatan melayu tumbuhan adalah bahan asas dalam pengamalan perubatan melayu. Sebagai mengesahkan hubungan ini ,di sini dua contoh tumbuhan untuk membuktikan perkaitan antara tumbuhan dan perubatan melayu di kemukakan . Tongkat Ali adalah suatu yang sinonim dengan perubatan melayu dan ia cukup terkenal di Malaysia . Nama saintifik bagi Tongkat Ali ialah Eurycoma longifolia. Eurycoma ini mempunyai tiga spesies dimana dua daripadanya boleh didapati di Malaysia. Bagi species Eurycoma longifolia senang tumbuh di kawasan tepi pantai mahupun di hutan bukit . Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian setinggi 1000 m dan panjang daun pokok ini boleh mencapai satu meter . Bagi Eurycoma pula lebih sesuai tumbuh dalam hutan bukit pada paras lebih kurang 1200 m dan panjang daunnya tidak melebihi 40 cm spesies ini boleh mencapai ketinggian 10 m .Di mana daunnya hanya didapati di sekeliling bahagian hujung dahan seperti payung . Di sebabkan bentuknya itu spesies ini di panggil sebagai Payung Ali . Pokok Tongkat Ali biasanya tidak bercabang ataupun ada beberapa cabang yang menegak sahaja. Kesemua bahagian pokok Tongkat Ali adalah pahit . Biasanya bahagian akar yang lebih digemari oleh para pengemar ubat tradisional berbanding bahagian lain . Dewasa ini Tongkat Ali cukup sinonim sebagai tonik perangsang seks . Namun begitu pada masa dahulu Tongkat Ali banyak kegunaannya dalam dunia perubatan melayu. Pada masa dahulu Tongkat Ali digunakan sebagai ubat Malaria dan ubat meroyan untuk ibu selepas bersalin . Tongkat Ali juga digunakan sebagai ubat pupuk untuk mengubati sakit kepala, luka luka, ulser dan kudis siflis . Selain dari itu Tongkat Ali juga di gunakan sebagai ubat gusi berdarah, busung, batuk berterusan dan penawar racun . Dalam campuran akar kayu pula Tongkat Ali ada banyak kegunaan termasuklah sebagai tonik perangsang tenaga batin, ubat sakit pinggang, untuk mengeluarkan angin , ubat darah tinggi , kencing manis , lelah , bisa-bisa dalam badan , mandul , kedatangan haid yang tidak tetap , ketumbuhan dalam rahim, perut sebu , sengugut ,demam kuning, kerap kencing

di waktu malam, mudah pitam , sakit lutut ,sakit dada, untuk mengempiskan perut , tambahkan selera dan lain lain lagi . Kunyit adalah sejenis tumbuhan yang boleh didapati di sekitar rumah yang mempunyai banyak kegunaannya. Nama saintifik bagi kunyit adalah Curcuma domestica. Sebenarnya kunyit mempunyai banyak jenis selain dari Curcuma domestica . Antaranya ialah Temu Pauh (Curcuma manggo) ,Temu Emas (Curcuma zeodxoria) , Temu Putih (Curcuma auriantica), Temu Hitam (Curcuma aerugtinosa) dan Temu Lawas atau Lawak (Curcuma xanthorthiza) . Kunyit-kunyit ini adalah spesies kunyit liar sebab itulah dikenali sebagai temu. Kunyit-kunyit ini sukar dikenali tetapi ia mempunyai perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan, warna rizom dan aromanya,. Kunyit biasa (Curcuma domestica ) amat banyak digunakan sebagai perasa dalam makanan, pewarna, pengawet, bahan dalam adatadat keagamaan dan tidak ketinggalan sebagai ramuan dalam ubat tradisional . Daun kunyit misalnya sering di campur dalam masakan ikan atau daging bagi mendapatkan perasa yang menyelerakan . Daun dan isi (rizom ) yang muda digunakan sebagai ulam. Ikan bakar yang dibalut dengan daun kunyit memang sedap rasanya. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun . Tingginya kurang lebih satu meter , daunnya lebar , licin dan bertangkai panjang . Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan . Rizomnya berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri. Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian sebatian kimia yang dikenalpasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning , tumferean, zingiberin dan minyak minyak pati yang tersendiri daripada turmeral ,fellond ren ,komfer curcuman dan lain-lain. Kunyit mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional . Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati . Kunyit berserta dengan ramuan ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi , sakit dada dan perut, gangguan haid dan melancarkan aliran darah . Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras , anai anai dan lipas . Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan dan bakteria. Temu Lawak ( Curcuma xanthorhiza ) , merupakan spesies kunyit yang tumbuh liar. Rumpun tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian dua meter dan merupakan spesies yang tertinggi dibandingkan dengan spesies-spesies lain . Struktur temu lawak seperti kunyit biasa tetapi tulang daunnya berwarna ungu tua . Bunganya berwarna kuning kemerahan . Rizomnya berwarna oren muda ,

besar dan panjangnya mencapai 10 cm . Aromanya berbeza daripada kunyit biasa dan rasanya pahit pedas. Sebagai bahan ubatan tradisional, temu lawak digunakan untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning . Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit , melancarkanan aliran darah, merangsang pengeluaran air hempedu ,ubat asma dan sakit perut. Minyak temu ini digunakan sebagai antiradang. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin. Disebabkan kegunaannya begitu meluas, di Indonesia ia boleh diperolehi dalam bentuk tablet di kedai-kedai farmasi dengan beraneka jenama. Temu hitam ( Curcuma aeruginosa ) merupakan spesies kunyit yang hidup liar dan boleh di temui di Myanmar, Indonesia dan Malaysia. Rizomnya yang tua berwarna ungu atau biru tua, sementara rizom yang muda berwarna biru kehitaman . Rasanya pahit dan pedas. Rumpunnya boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau tua dan tulang daunnya berwarna merah keunguan. Rizomnya temu digunakan sebagai ramuan ubatan tradisional . Contohnya ia digunakan bersama daun lemundi dan madu lebah untuk mengecutkan rahim bagi wanita yang bersalin. Rizomnya juga digunakan sebagai ubat cacing, membangkitkan selera makan bagi kanak-kanak , ia juga digunakan untuk penyakit kulit , pembersihan nifas dan beberapa penyakit jangkitan kulit. Temu Emas (Curcuma zeodoria ) mempunyai struktur rupa yang hampir serupa dengan temu lawak iaitu tulang daunnya berwarna ungu kemerahan. Yang membezakannya daripada spesies lain ialah rizomnya yang besar dan berwarna kuning keemasan . Spesies ini tidak banyak digunakan sebagai bahan ubatan . Di bahagian utara semenanjung rizomnya dijadikan tepung sebagai bahan makanan dan juga sebagai pewarna. Temu Putih (Curcuma auriantica ) juga mempunyai struktur rumpun yang hampir sama dengan temu emas. Yang membezakannya ialah rizomnya yang besar dan berwarna putih. Spesies ini sukar di temui di Malaysia tetapi banyak terdapat di Jawa secara liar. Rizomnya berasa pahit. Rizomnya dijadikan ramuan dalam ubatan. Air perahan rizom digunakan untuk membuang angin dalam perut dan merangsang pengeluaran air hempedu. Ia juga digunakan sebagai bahan ramuan untuk mengubati usus berdarah (najis berdarah ) . Tepung temu putih digunakan untuk membuang lemak daripada perut dan mengubati penyakit keputihan. ` MENTERA DALAM PENGAMALAN PERUBATAN MELAYU

Di dalam pengamalan perubatan melayu mentera digunakan untuk menyembuhkan banyak penyakit. Masyarakat melayu masih lagi percaya bahawa mentera mampu menyembuhkan penyakit. Kepentingan mentera di dalam masyarakat Melayu Lama dapat disamakan dengan peranan yang dimainkan oleh para doktor hari ini . Mentera ini mempunyai perkaitan dengan kejiwaan dan kepercayaan. Masyarakat melayu lama menyifatkan mentera sebagai saluran untuk menghubungkan antara manusia dan kuasakuasa ghaib yang ada di sekeliling mereka. Kepercayaan masyarakat Melayu Lama terhadap alam dan makhluk halus serta kuasa-kuasa ghaib telah menjuruskan masyarakat Melayu dahulu mendekati mentera. Masyarakat Melayu zaman itu amat percaya bahawa alam mempunyai penunggunya yang mesti di hormati . Pokok yang besar mempunyai penjaga , di laut ada makhluk yang menjaganya dan begitulah bagi setiap kawasan dikatakan mempunyai penunggu atau penjaganya. Kepercayaan ini bermukim teguh di hati setiap ahli masyarakat . Untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa tersebut, menteralah yang menjadi pengantaranya. Kepercayaan yang begitu kuat dan menjadi budaya hidup masyarakat melayu akhirnya membantu mentera berkembang dan subur dalam dunia masyarakat melayu hingga ke hari ini. Orang Melayu dalam masyarakat tradisional percaya bahawa penyakit yang dialami oleh seseorang merupakan akibat perbuatan jahat atau dirasuk oleh hantu dan jembalang . Untuk mengubati penyakit tersebut bomoh amat diperlukan untuk menghalau hantuhantu yang mengacau pesakit yang berkenaan . Bomoh dipercayai mempunyai kekuasaan luar biasa yang boleh menghapuskan segala kekuasaan jahat dan memusnahkannya. Sebagai tokoh yang di hormati bomoh perlu menguasai sebanyak mungkin mentera untuk setiap penyakit yang datang kerana setiap penyakit mempunyai menteranya sendiri. Bomoh atau pawang pada masa itu berlumba-lumba untuk mendapatkan atau mempelajari mentera sebanyak mungkin supaya disegani dan dapat menjadi pawang besar yang masyhur. Mentera penyangga buatan orang di gunakan oleh bomoh untuk melindungi pesakit dari sebarang buatan orang. Masyarakat Melayu terkenal dengan ilmu-ilmu hitam seperti santau dan sihir . Sudah menjadi hukum adat , sakit yang disebabkan oleh buatan orang hanya boleh disembuhkan melalui mentera yang dimiliki oleh bomoh . Di sinilah kepentingan yang diperlihatkan oleh mentera dalam masyarakat Melayu Lama .Tambahan pula penyakit ini cukup sinonim dengan masyarakat dahulu . Situasi ini meletakkan mentera sebagai agenda yang penting dalam kehidupan mereka.

CONTOH MENTERA PENYANGGA Bismillahirrahnirrahim Batu sangin ,batu sangga Batu terpendap hujung syurga Datang dari kanan sangga di kanan Datang dari kiri sangga di kiri Datang dari atas sangga di atas Datang dari bawah sangga di bawah Datang sepenjuru sangga sepenjuru Sekelian alam sekelian kun Kun kata Allah Fayakun kata Muhamad Rabbukum kata Jibrail Berkat doa Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah Dalam masyarakat melayu juga terdapat jampi mentera yang dikhaskan untuk menawar bisa yang kecil . Contohnya digigit ular, kena api, atau apa jua bentuk gigitan yang meninggalkan bisa atau racun. Cara melaksanakan ialah dengan menggunakan sesuatu benda yang keras seperti ranting kayu. Ranting tersebut dipusingpusingkan dari kanan dan kiri sebanyak tiga kali. Contoh mentera yang berkaitan adalah seperti berikut; Bismillahir-Rahmani-Rahim Tawar datang Wisakdatang Berkat lailahail-iallah Muhammad ar-Rasulullah

Mentera di atas mempunyai khasiat untuk mengurangkan atau menghapuskan kuasa bisa yang serius dan boleh membawa maut mentera yang berlainan di gunakan. Di dalam kehidupan seharian manusia sering berdepan dengan pelbagai penyakit. Antaranya demam, sakit gigi , sakit perut , sakit sendi, sawan, pitam dan sebagainya. Pemulihan setiap penyakit mempunyai jenis mentera begitu rapat dan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Lama. Berikut beberapa contoh mentera yang biasa digunakan untuk mengubati penyakit.

MENTERA SAKIT PERUT Tedung Si Kudung,Si Nadung, Datang bukit berapi Apa buat bukit berapi Hendak mencari seladang jati Buat apa seladang jati, hati, Hendak buat ubat cika Buat apa cika hati Hendak buat ubat cika baung laut si anu itu Berkat tawar ia ilaha ilallah Muhamad Rasulullah

MENTERA DEMAM Berdegup bedegap Menumbuk lesung tersalah nama Datang ia tiga beranak Datang penawar datang jampi Si anu (nama pesakit ) Kalau kau terkena di batu di batang

Seruap di sungai hujan panas Ribut di langit Aku minta pulih bagai sediakala Tawar Allah tawar Muhammad Dengan berkat Lailahailallah Muhammadar Rasulullah

You might also like