You are on page 1of 6

Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun?

Konsep dan definisi tamadun Secara umumnya perkataan tamadun sering dikaitkan dan digambarkan berkaitan kemajuan kebendaan (material), kebudayaan dan peradaban

sesebuah masyarakat. Manakala dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada ketinggian pencapaian dalam sains dan teknologi seiring dengan kemajuan tamadun Barat pada masa kini.

Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun dan madain . Selain daripada mudun dan madain terdapat juga perkataan yang berkaitan dengan tamadun iaitu madana yang membawa maksud ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar. Manakala daripada perkataan madana diterbitkan pula perkataan madani yang merupakan sifat nama, yang mana ia merujuk kepada sesuatu sifat yang berkaitan dengan pembangunan pembandaran dan kehalusan budi pekerti yang terpuji. Daripada kedua-dua perkataan madana dan madani sendiri sebenarnya adalah berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Menurut ibn khaldun seorang tokoh islam yang terkenal dalam bidang sains kemasyarakatan dan sejarah dalam karyanya muqaddimmah. Beliau mendefinisikan parkataan tamadun sebagai umran dan hadarah. Umran merujuk kepada tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju. Manakala, hadarah bermaksud hidup di bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi. Manakala perkataan inggeris yang digunakan untuk mendefinisikan perkataan tamadun pula ialah civilization yang berasal daripada perkataan greek iaitu civitas yang membawa maksud Bandar atau peradaban. Oleh yang demikian, civilization juga membawa maksud yang menekankan kebendaan. penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan

Kesimpulannya, setiap bangsa di dunia ini mempunyai spekulasi yang berbeza terhadap pengertian tamadun. Kebanyakan pengkaji barat melihat konsep tamadun hanya kepada aspek kebendaan (material) sebagai satu ukuran dalam sebuah tamadun seperti kehidupan di Bandar, seni bina yang tersergam indah dan sebagainya tetapi tidak mengambil kira dalam aspek lain seperti moral, akhlak, tatasusila dan sebagainya. Manakala pandangan Islam dalam konsep tamadun juga bukan hanya kepada dalam pembangunan aspek rohani material seperti tetapi akhlak,

menekankan

pembangunan

kemanusiaan, tatsusila, moral dan ilmu pengetahuan.

ciri-ciri tamadun Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Terdapat beberapa aspek yang dapat dikatakan sebagai ciri-ciri tamadun, iaitu:

petempat an kekal Agama dan kepercay aan ciri-ciri tamadun pengkhus usan dalam pekerjaa n sistem pemerint ahan bahasa dan sistem tulisan kehidupa n berorgani sasi

Petempatan Kekal Petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.kerana manusia yang menetap sesuatu kawasan mempunyai masa untuk berfikir dan membina kehidupan yang lebih tersusun dibandingkan dengan manusia yang hidup berpindah-randah dan kewujudan penempatan masyarakat manusia disebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan akan membentuk sebuah kota, Bandar, kepolisan atau madinah. kehidupan berorganisasi kehidupan berorganisasi sangat penting dalam pembentukan sebuah tamadun. Pertambahan jumlah penduduk dalam sesebuah petempatan memerlukan satu struktur organisasi pemerintahan yang teratur bagi memastikan kehidupan rakyat terjamin dan sejahtera. Di samping itu, manusia dapat meningkatkan kualiti kehidupan berbanding kehidupan sebelumnya sekaligus dapat meningkatkan jangka hayat kehidupan yang lebih stabil dan panjang. bahasa dan sistem tulisan kewujudan bahasa dan sistem tulisan merupakan ciri yang penting dalam sebuah tamadun kerana ia mencerminkan tahap perkembangan ilmu

pengetahuan dalam sesebuah tamadun. Selain itu, sistem tulisan yang wujud akan menjadi bukti kegemilangan yang telah dicapai oleh tamadun awal dunia

serta sumbangan yang telah diberikan kepada ketamadunan manusia hari ini untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang. sistem pemerintahan sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran dan mengendalikan masyarakat yang lebih besar dalam sebuah tamadun.

Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran dalam sesebuah tamadun. pengkhususan dalam pekerjaan pembentukan sebuah organisasi dan perkembangan ekonomi dalam sebuah tamadun secara tidak langsung telah mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan kerana hasil daripada perkembangan teknologi akan mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah tamadun. Dengan itu, kepakaran dalam pengeluaran barang sangat diperlukan. Kesannya wujud golongan pedagang, petani dan artisan yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan ekonomi. Agama dan kepercayaan Cirri-ciri sebuah tamadun boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun.

objektif tamadun

You might also like