You are on page 1of 35

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan

Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik. 10 Pengenalan 1.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan pertama, soal selidik minat murid, pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru terlibat serta temu bual murid dan guru Matematik terlibat. Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama (PKSR 1) murid darjah 4 Venus adalah paling rendah berbanding murid daripada darjah 4 yang lain. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, murid mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) seperti dalam keadaan terkongkong dengan berdasarkan buku teks semata-mata. Soal selidik daripada murid menunjukkan 81 peratus responden merasakan minat terhadap mata pelajaran tersebut semakin menurun. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Murid telah didedahkan kepada aktiviti Kad Interaktif Bernombor selama 2 minggu mulai tarikh 3 Ogos 2009 sehingga 14 Ogos 2009 bagi meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik selepas aktiviti Kad Interaktif Bernombor dijalankan. 1.2 Penyataan Masalah 1

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan Ujian Bulanan Pertama (PKSR 1) dalam bulan Mac 2009, Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR 2) dalam bulan Mei 2009 dan Ujian Bulanan (PKSR 3) dalam bulan Ogos telah memberikan tamparan hebat pada kewibawaan guru Matematik Darjah 4 Venus. Perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi rasa perasaan negatif mula menyusuri guru Matematik kelas ini. Berdasarkan ujian bulanan yang terbaru iaitu PKSR 3 telah dijalankan pada bulan Ogos 2009, daripada 27orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus (1 orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 26 orang murid (96.3 peratus) Darjah 4 Venus kebanyakannya gred D dan E. Kami memberikan tumpuan kepada murid Darjah 4 Venus kerana didapati kumpulan murid ini berada di tahap kelulusan mereka paling rendah pada ketiga-tiga ujian yang telah dijalankan di sekolah tersebut.
Kelas 4 Jupiter 4 Neptun 4 Venus Kelas 4 Jupiter 4 Neptun 4 Venus Kelas 4 Jupiter 4 Neptun 4 Venus PKSR 1 (Mac 2009) A 1 B 20 2 C 12 15 PKSR 2 (Mei 2009) A 13 B 15 4 C 8 21 PKSR 3 (Ogos 2009) A 12 B 16 5 C 8 22 1 D 6 15 E 11 D 8 9 E 18 D 3 15 5 E 1 22

Jadual 1:

Analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3 Bagi 4 Kelas Darjah 4 Sek.Keb Balok, Kuantan. 2

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Maklum balas yang kami terima dari guru Matematik dan Guru Kelas Darjah 4 Venus dalam temu bual yang telah diadakan ialah: a) Murid tidak memahami isi kandungan buku teks kerana buku teks di dalam Bahasa Inggeris. b) Murid hanya mengharapkan semua jawapan dari latihan dan soalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) daripada guru sahaja. c) Murid tidak memberi tumpuan di dalam kelas kerana tidak memahami apa yang diucapkan oleh guru. d) Murid seolah-olah tidak berminat atau hilang minat mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Kami telah mencadangkan kepada guru mata pelajaran Matematik untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan namun kreativiti serta tindakan guru agak kurang memberangsangkan. Keseluruhan pendapat memperlihatkan murid tidak ada minat kerana sukar menguasai Bahasa Inggeris. Kami telah memberi cadangan penggunaan kaedah Kad Interaktif Bernombor ketika Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan selepas pemerhatian dilakukan setelah PKSR 3 diadakan. Mengikut pemerhatian ini, guru didapati lebih gemar mengajar di dalam kelas dengan berpandukan Buku Teks serta tidak menggunakan alat bantuan mengajar yang lain. Ini menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Matematik menjadi bosan dan tidak menarik. Lebih menyedihkan, apabila keadaan menjadi kelam kabut dan menghuru-harakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Perjalanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) berjalan seperti melepaskan batuk di tangga untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Kami rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Pada pandangan kami, keadaan tekanan yang tidak terkawal dari guru dan murid boleh mendatangkan akibat yang amat negatif dalam proses pendidikan. Kami telah menjalankan temu bual dengan murid Darjah 4 Venus secara rawak dan tidak formal mengenai proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Maklum balas yang kami terima dari murid adalah seperti berikut: a) kami suka matematik, tetapi sejak cikgu ajar dalam Bahasa Inggeris kami hilang minat. b) kami tak tahu apa yang cikgu hendak dan apa yang buku matematik hendak. c) Bosan di dalam kelas, mengantuk dengar cikgu cakap.

Pelbagai perkataan negatif yang keluar daripada kebanyakan mulut murid yang kami temui. Mereka seolah-olah merasakan belajar Matematik satu perkara yang terpaksa dan tidak menyeronokkan lagi. Markah rendah yang diperoleh dalam ujian seolah-olah mengurangkan minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dengan seronok dan tanpa tekanan. Lantas, kami merasakan sebelum perkara ini sampai ke tahap kritikal, satu kajian tindakan dengan bermatlamat agar kefahaman terhadap mata pelajaran ini meningkat serta minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut tidak semakin menurun. Kami juga ingin memperlihatkan kepada guru Matematik Darjah 4 Venus bahawa pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) boleh dipelbagai dengan pelaksanaan Kad Interaktif Bernombor.

1.3

Objektif Kajian

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

1.3.1

Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman asas Matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi serta minat murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang terhadap mata pelajaran Matematik.

1.3.2

Objektif Khusus
i.

Murid dapat memahami cara menggunakan Kad Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik.

ii.

Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.

iii.

Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

iv.

Untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Kad Interaktif.

v.

Meningkatkan

tahap

penguasaan

asas

mata

pelajaran Matematik melalui Kad Interaktif.

1.1

Soalan kajian

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

a. Apakah tahap minat murid-murid Darjah 4 Venus

terhadap mata pelajaran Matematik? b. Apakah sikap belajar murid Darjah 4 Venus terhadap matapelajaran Matematik?
c. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif pencapaian

terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan murid Darjah 4 Venus akan meningkat? d. Apakah masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid Darjah 4 Venus dalam matapelajaran Matematik? 1.1 Definisi Konsep 1.1.1 Murid Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan sampel untuk kajian tindakan ini. 1.1.2 Guru Matematik Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

1.1.3

Guru Kelas

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang menyokong tindakan guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
1.1.4 Matematik

Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu pengetahuan)". Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Albert Einstein pula menyatakan "sejauh mana

hukum-hukum matematik merujuk kepada realiti, maka tiada kepastian baginya; dan sejauh mana kepastian wujud bagi hukum-hukum tersebut; ia tidak merujuk kepada realiti." Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, perubahan dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahliahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaan-tekaan kemungkinan baru dan
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
1.1.5 Kad Interaktif

Interaktif pengguna

merupakan untuk

aplikasi

yang dengan

membenarkan media yang

berinteraksi

disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil yang di depannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

1.2

Kepentingan Kajian Kami telah berbincang dengan guru kelas dan guru matematik mengenai masalah ini. Kedua-dua guru ini menggalakkan dan memberi laluan positif kepada idea kami untuk penggunaan kad interaktif bernombor pada proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang akan dijalankan untuk kelas tersebut.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.

Jelaslah di sini bahawa kajian

ini amat penting dari sudut

pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini. Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini, maka teknik ini dapat membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

10

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

menarik

perhatian

murid

ketika

proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran (P & P) dijalankan. Lantaran itu, kami telah merangka satu kaedah iaitu penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan melibatkan seluruh murid Darjah 4 Venus dan guru Matematik kelas tersebut. Tumpuan tindakan saya adalah pada murid Darjah 4 Venus. Keadaan ini disebabkan oleh perkara berikut: a) Peratus kelulusan dalam PKSR 1, PKSR 2, & PKSR 3 paling rendah dibandingkan dengan kelas darjah 4 yang lain. b) Penguasan terhadap matematik amat penting bagi persediaan menghadapi UPSR pada 2 tahun lagi. c) Perlu mengekalkan minat dan menambahkan kefahaman murid agar proses pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas oleh guru matematik lebih mudah disesuaikan.

1.1

Tempat Kajian Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

1.2

Populasi dan Sampel Kajian

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

11

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Semua murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang iaitu sampel seramai 27 orang sebagai responden bagi memberi peluang semua murid menyertai aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini. Darjah 4 Venus mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki berumur 10 tahun.

1.3

Batasan Kajian Mungkin keputusan tidak dapat mencukupi semua perkara atau boleh memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan boleh wujud disebabkan oleh instrument, metodologi, pelaksanaan, masa, logistik, kewangan, sampel dan kaedah analisis.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

12

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Selepas melalui proses kajian ini, kami mendapati beberapa batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Antara batasannya adalah: a. Masa Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat menyempurnakan kepada sampel yang lebih ramai. b. Pengalaman Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam membuat kajian, menjadikan ianya batasan terhadap kajian ini.
c. Keseragaman

Oleh kerana kajian ini berbentuk eksperimen yang mana hanya satu kelas yang menggunakan Kad Interaktif ini manakala kelas yang lain menggunakan strategi pembelajaran tradisional. Jadi, hasil kajian ini adalah tidak menyeluruh kepada semua murid darjah 4.

1.10

Kaedah Kajian dan Tinjauan Masalah Sebelum memulakan kajian ini, kami juga telah menjalankan kajian terhadap minat murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik. Kajian telah menggunakan soal selidik untuk dijawab oleh kesemua murid.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

13

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, analisis peperiksaan pertengahan tahun dan ujian bulanan kedua, temu bual dan soal selidik. 1.10.1 Pemerhatian Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan cara tidak berstruktur. Kami memerhatikan perubahan tingkah laku murid, body language dan pergerakan sebelum mengikuti aktiviti Kad Interaktif Bernombor dan selepas mengikuti aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan pelajar kurang bermaya menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik, pergerakan murid di dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) lambat dan body language menunjukkan keadaan yang tidak berminat. Guru mata pelajaran Matematik kelas ini sering terjerit-jerit atau mengulang-ulang arahan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P).

Kebanyakan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dihabiskan dengan proses mengawal pelajar yang melakukan kerja-kerja lain dari arahan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) mata pelajaran Matematik. Hanya segelintir murid sahaja yang mendengar arahan tetapi pergerakan begitu pasif dengan mengikut sahaja arahan guru. Tiada wajah keseronokan murid dalam situasi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik. Guru Matematik kelas ini tiada kesempatan waktu untuk
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

14

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

merangka kreativiti menghindarkan wajah-wajah tidak bermaya murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). lebih Keseluruhan Pengajaran dan Pembelajaran diarahkan menjawab soalan-soalan (P & P) berlangsung secara teori di dalam kelas. Murid banyak berdasarkan Buku Teks Matematik dan kebanyakan murid bergantung sepenuhnya kepada jawapan guru kerana kurang mahir menggunakan operasi matematik untuk menjawab soalan. Untuk menghindarkan tekanan berpanjangan, guru Matematik ini hanya menggunakan kaedah spoon feeding kepada murid. Memenuhkan ruang-ruang di dalam Buku latihan telah mendatangkan kepuasan pada guru dan murid, walaupun hakikat kefahaman proses Pengajaran dan Pembelajaran telah terpinggir. Penggunaan Buku Teks (P & P) tidak

memberangsangkan. Penggunaan bekalan ICT (kadang kala) yang ada hanya dapat merangsang pelajar untuk menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) ala kadar sahaja.

1.10.2 Analisa PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3 Graf 1 menunjukkan analisis PKSR 1, PKSR 2 & PKSR 3 menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan. Daripada 27 orang murid Darjah 4 Venus, hanya 3.70 peratus (1 orang murid) sahaja yang lulus dengan C, manakala 15 orang murid (55.5 peratus) mendapat gred D dan 11 orang murid (40.7 peratus) mendapat gred E. menganalisis peningkatan prestasi Kami akan murid akademik

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

15

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

berdasarkan ujian pos yang akan dijalankan selepas aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

Graf 1: Keputusan PKSR 3 (Ogos 2009)

1.10.3 Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra dan Ujian Pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana murid dapat mengenal pasti cara menggunakan operasi nombor (penggunaan terhadap opersai tambah, tolak, bahagi, dan darab). Soalan hanya meminta murid menyelesaikan masalah pengiraan ringkas yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ujian ini untuk memperlihatkan kepada murid bahawa penguasaan terhadap operasi pengiraan amat penting. Ujian Pos diberikan selepas murid menjalani aktiviti Penggunaan Kad Interakrif Bernombor selama 2 minggu. Set soalan Ujian Pos merupakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. 1.10.4 Soal Selidik Minat Jenis Soal Selidik Dikotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat serta kesukaran responden terhadap mata 16

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

pelajaran Matematik dengan menggunakan skala pengukur Ya dan Tidak. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.

1.10.5 Temu Bual Proses temu bual dilakukan kepada responden sebelum dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan bagi mendapatkan komen menyeluruh aktiviti. Temu bual dijalankan kepada guru Matematik, guru kelas tersebut dan guru matematik kelas lain. Teknik temu bual secara tidak berstruktur bagi meneroka idea atau perasaan informan. Hasil temu bual dengan guru Matematik tersebut yang terlibat sebelum aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan dalam kelas sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan, guru tersebut menyatakan tiada masa menjalankan aktiviti yang lebih menarik di dalam kelas.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

17

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

10

Dapatan Kajian 1.1 Latar Belakang/ Demografi sampel Kami telah memilih Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang. Kelas ini mempunyai murid iaitu seramai 27 orang. Ini adalah kerana peratusan ujian bulanan yang telah diadakan rendah berbanding kelas darjah 4 yang lain. Selain itu, tahap penguasaan terhadap asas matematik bagi kelas ini adalah kurang dan sangat lemah. Darjah 4 Venus mempunyai 12 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki. Peringkat umur mereka ialah 10 tahun. 1.2 Tindakan yang dijalankan Sebelum melaksanakan aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini, kami telah mentadbir soal selidik kefahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Kami juga telah memberikan taklimat kepada guru Matematik 4 Venus dan guru kelas tersebut mengenai perlaksanaan dan persiapan aktiviti. Sebelum aktiviti dijalankan, satu ujian pra telah diadakan bagi melihat tahap kefahaman murid. Tindakan yang dijalankan semasa aktiviti penggunaan Kad Interaktif Bernombor merupakan kaedah memahami asas matematik iaitu operasi 18

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

tambah, tolak, darab dan bahagi berdasarkan tugasan yang diberikan. Arahan setiap tugasan dan latih tubi di sampaikan oleh guru matematik melalui lisan dan satu salinan bertulis di atas kertas A4 untuk semua murid.

Pada permulaannya guru matematik telah membahagikan 27 orang murid kepada 6 kumpulan kecil di mana satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli dan 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) ini dijalankan secara berkumpulan agar muridmurid dapat membantu antara mereka ketika soalan diajukan. Proses membimbing berdasarkan rakan sekelas digunakan agar murid-murid senang berinteraksi sesama mereka. Setiap murid yang berjaya menyelesaikan latihan atau latih tubi tugasan dengan kadar yang segera akan diberi hadiah sebagai motivasi. Jadi secara tidak langsung, murid akan berlumba-lumba untuk memahami sekaligus menyelesaikan latih tubi yang diberikan. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Namun begitu, bagi murid yang tidak berjaya, hadiah saguhati juga diberikan sebagai tanda penghargaan. Dalam penggunaan Kad Interaktif ini, kami telah membina beberapa langkah untuk guru mata pelajaran Matematik mengikutinya. Terdapat tiga langkah yang harus diikuti dalam proses penggunaan Kad Interaktif bernombor ini. Langkah pertama ialah, guru hendaklah membahagikan murid-murid di dalam kelas. Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. bahagi dan juga darab pada kad manila. Seterusnya, langkah kedua ialah murid-murid hendaklah menggunakan kreativiti mereka dengan melukis dan mewarnakan imej-imej yang dipilih.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

Para pelajar juga

dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak,

19

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Sebagai contoh, lukisan kereta. Dan langkah terakhir ialah murid-murid hendaklah merujuk soalan-soalan yang diberikan oleh guru dan menggunakan hasil-hasil kad interaktif yang mereka lakukan sebelum ini dan menampal mengikut kehendak soalan-soalan. Pelajar juga hendaklah menulis dan menampal jawapan yang betul pada kad manila tersebut (Gambarajah 2). Langkah Pertama Selepas kumpulan telah dibahagikan, aktiviti menggunakan Kad Interaktif Bernombor dimulakan dengan menulis nombor-nombor dan dilekatkan pada kad manila. Para pelajar juga dikehendaki menulis dan menampalkan operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan juga darab pada kad manila.

Langkah Kedua Langkah seterusnya adalah dengan melukis dan mewarnakan imej-imej yang dipilih. Sebagai contoh, lukisan kereta.

Langkah Ketiga Murid-murid hendaklah merujuk

soalan-soalan yang diberikan oleh guru dan menggunakan hasil-hasil kad interaktif yang mereka lakukan sebelum ini dan menampal mengikut kehendak soalan-soalan. Muridmurid juga hendaklah menulis dan menampal jawapan yang betul pada kad manila tersebut.
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

20

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Gambarajah 2:

Carta Aliran Penggunaan Kad Interaktif Bernombor

Selepas tamat aktiviti penggunaan Kad Interaktif Bernombor, Ujian Pos telah dijalankan kepada responden. Soalan Ujian Pos sama dengan soalan Ujian Pra bagi mengurangkan bias. Peningkatan kelulusan responden dalam Ujian Pra memperlihatkan keberkesanan aktiviti Kad Interaktif Bernombor terhadap peningkatan kefahaman dan minat responden pada mata pelajaran Matematik. Temubual dengan responden selepas aktiviti Kad Interaktif Bernombor dijalankan untuk melihat sejauh mana peningkatan minat responden terhadap mata pelajaran Matematik selepas menjalani aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Temubual ini juga merupakan refleksi kepada aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

21

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

1.3

Data-data kajian 1.3.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian kepada responden, guru Matematik kelas tersebut & guru kelas selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan didapati : 1.3.1.1 Murid a) Murid seronok mengikuti setiap aktiviti

Penggunaan Kad Interaktif Bernombor. b) Murid teruja untuk menggunakan kad Interaktif bernombor untuk operasi tambah, tolak, darab & bahagi. c) Murid lebih berkeyakinan untuk bertanya soalan kepada guru yang bagi menyelesaikan dalam masalah aktiviti bernombor dikemukakan

Penggunaan Kad Interaktif Bernombor. d) Murid berinteraksi sesama sendiri dengan aktif bagi menyelesaikan masalah bernombor yang dikemukakan dalam aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor. e) Murid boleh membuat kumpulan sendiri dan berbincang dengan aktif bagi aktiviti Penggunaan
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

22

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Kad

Interaktif

Bernombor

yang

memerlukan

penyelesaian secara kumpulan.

f) Murid yang berjaya kepada setiap peringkat aktiviti

seronok menerima hadiah sebagai motivasi dan ganjaran. g) Murid telah memberikan kerjasama dan menjalani aktiviti bersama dengan seronok. h) Menambahkan ikatan yang positif dalam mencapai matlamat yang positif. 1.1.1.1 Guru Matematik dan Guru Kelas a) Guru Matematik kelas tersebut melibatkan diri dengan aktif dalam Interaktif Bernombor. b) Guru Panitia Matematik & guru kelas memberikan pujian di atas perlaksanaan aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor yang dapat mengembangkan potensi positif di kalangan murid terhadap aplikasi matematik. aktiviti Penggunaan Kad

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

23

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

1.1.2

Analisa Ujian Pra & Ujian Pos Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan peningkatan kelulusan pelajar pada Ujian Pos dibandingkan dengan Ujian Pra. Walaupun Ujian Pra dan Ujian Pos hanya menguji tajuk-tajuk tertentu dan asas matematik, namun peningkatan ini memperlihatkan kemampuan pelajar menguasai sesuatu proses P & P apabila mereka didedahkan dengan keseronokan aktiviti. Kebolehan pelajar menguasai tajuk dalam sukatan pelajaran dapat ditingkatkan dengan minat mereka terhadap subjek. Jadual 3 dan Rajah 1 juga menunjukkan peningkatan pelajar pada setiap gred keputusan ujian pra dan ujian pos. Ujian Pra Gred Bil Murid A B C D E Jumlah 15 12 27 Peratus 0% 0% 0% 55.6% 44.4% 100% Bil Murid 2 15 10 27 Peratus 0% 7.4% 55.6% 37.0% 0% 100% Ujian Pos

Jadual 2: dan

Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) Ujian Pos (selepas aktiviti)

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

24

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Graf 2:

Keputusan Ujian Pra (sebelum aktiviti) dan Ujian Pos (selepas aktiviti).

1.1.3

Analisa Soal Selidik Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3 di bawah, menunjukkan keputusan soal selidik selepas kaedah penggunaan Kad Interaktif Bernombor di kelas 4 Venus. Soalan nombor 15 ingin mendapatkan maklumat tentang sama ada penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. Keputusan dari soal selidik mendapati bahawa 93 peratus murid-murid daripada kelas 4 Venus lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan Kad Interaktif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tradisi atau kaedah biasa.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

25

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Daripada Soalan 16, kami mendapati bahawa penggunaan Kad Interaktif benar-benar membantu murid-murid kelas 4 Venus untuk menyelesaikan masalah asas Matematik. Ini adalah kerana 96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus mengatakan mereka bersetuju bahawa penggunaan Kad Interaktif membantu mereka dalam menyelesaikan masalah asas Matematik. Hasil keputusan Soalan 17 di dalam borang soal selidik kami mendapati 96 peratus daripada murid-murid kelas 4 Venus lebih memahami mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Kad Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa, penggunaan Kad Interaktif Bernombor ini benar-benar menarik perhatian murid-murid kelas 4 Venus dan seterusnya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas.

Analisa daripada Soalan 18 mendapati murid-murid kelas daripada 4 Venus, sekiranya mereka diberi peluang membuat pilihan, sebanyak 85 peratus murid-murid kelas 4 Venus ingin mempelajari mata pelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara Kad Interaktif. Hasil daripada soalan kaji selidik ini menunjukkan bahawa sekiranya diberi peluang membuat pilihan, murid-murid lebih cenderung kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan pilihan penggunaan Kad Interaktif. Keputusan daripada borang soal selidik Soalan 19 pula menunjukkan bahawa penggunaan Kad Interaktif membolehkan murid-murid kelas 4 Venus lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik. Sebanyak
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

26

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

93 peratus murid-murid mengatakan bahawa hasil kaedah penggunaan Kad Interaktif membolehkan mereka lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik berbanding kaedah tradisi dan biasa. Keputusan Soalan 20 borang soal selidik menunjukkan bahawa dengan menggunakan Kad Interaktif, sebanyak 89 peratus murid-murid kelas 4 Venus mengatakan bahawa mereka dapat lebih menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini membuktikan bahawa penggunaan Kad Interaktif dapat membolehkan murid-murid lebih menumpukan perhatian dalam kelas.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

27

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

NO

SOALAN

YA

TIDAK

15

Anda rasa lebih minat, selepas guru anda menggunakan Kad Interaktif semasa pengajaran mata pelajaran Matematik.

25 (93%)

2 (7%)

16

Kad Interaktif ini benar-benar membantu anda dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.

26 (96%)

1 (3%)

17

Adakah anda lebih memahami mata pelajaran matematik ini dengan menggunakan Kad Interaktif?

26 (96%)

1 (3%)

18

Jika diberikan peluang, adakah anda ingin mempelajari semua mata pelajaran menggunakan Kad Interaktif?

23 (85%)

4 (15%)

19

Kad Interaktif membuatkan saya lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah asas mata pelajaran Matematik.

25 (93%)

2 (7%)

20

Dengan menggunakan Kad Interaktif, saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3 (11%)

24 (89%)

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

28

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Jadual 3:

Soal Selidik Minat Pelajar Darjah 4 Venus terhadap Subjek Matematik selepas guru menggunakan kaedah Kad Interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (n=27)

Rajah 3:

Hasil Keputusan Soal Selidik Soalan 15 hingga Soalan 20 daripada borang soal selidik kajian.

1.1.4 Analisa Aktiviti Melalui Kaedah Temu Bual

Jadual 4 menunjukkan respons positif terhadap aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Sebanyak 63.0% responden merasa sangat seronok dan gembira mengikuti aktiviti ini. Manakala 37.0 % responden hanya gembira dengan aktiviti ini. Namun ianya tidak menghalang responden untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru. Responden mengatakan mereka dapat belajar matematik dalam aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Mereka juga dapat mempelajari asas matematik melalui aktiviti ini. Kesemua
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

29

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

responden semakin bertambah minat mempelajari mata pelajaran Matematik dan mereka mahukan aktiviti Kad Interaktif Bernombor dilakukan lagi. Item Sangat seronok Seronok Tidak seronok Jumlah Bilangan Murid 17 10 27 Peratus 63.0% 37.0% 0% 100%

Jadual 4:

Analisa respons murid terhadap aktiviti melalui temu bual

20

Perbincangan Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu, iaitu pada awal bulan Ogos 2009 sebelum cuti persekolahan. Semasa kami menjalankan kajian ini kami telah memasukkan unsur motivasi dan kemahiran memahami asas matematik. Bagi menjayakan kajian ini kami amat memerlukan kerjasama semua pihak. Perancangan yang rapi diperlukan sebelum kajian dijalankan. Kebanyakan aktiviti di dalam Kad Interaktif Bernombor dijalankan pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) matematik Darjah 4 Venus. Sepanjang aktiviti Kad Interaktif Bernombor terdapat beberapa latih tubi atau latihan yang

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

30

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

perlu diselesaikan oleh murid. Jumlah murid yang berjaya menyelesaikan latih tubi yang diberikan juga meningkat dari sehari ke sehari. Walaupun begitu murid yang tidak dapat menyiapkan latih tubi yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan akan diberi pilihan untuk menyiapkan latih tubi tersebut atau kumpulan murid tersebut akan dikenakan penalti atau denda. Untuk meransang murid memahami dan meminati mata pelajaran Matematik ini, aktiviti menguji semangat murid dijalankan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) iaitu guru memberi peluang kepada murid untuk menggunakan kad Interaktif Bernombor di hadapan kelas dan menerangkannya kepada rakan murid yang lain. Jadi proses komunikasi dua hala antara murid dengan murid dan murid dengan guru dapat dilaksanakan, tambahan pula, aktiviti ini meningkatkan keyakinan murid dalam menguasai mata pelajaran Matematik.

Kami mendapati penyertaan murid pada setiap latih tubi atau latihan yang diberikan amat memberangsangkan. Kesemua latih tubi yang diberikan ketika waktu pengajaran matematik dapat disiapkan dengan jayanya. Proses perbincangan dalam kumpulan memberi peluang kepada murid untuk membantu antara satu sama lain. Perkongsian ilmu matematik dapat memberikan impak positif kerana ini akan menambahkan daya ingatan terhadap apa yang dipelajari. Berdasarkan pemerhatian kami aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini berjaya meningkatkan minat Murid Darjah 4 Venus terhadap mata pelajaran Matematik. Tambahan pula pemahaman murid terhadap mata pelajaran ini telah meningkat berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan. Murid rasa seronok dan gembira mengikuti pembelajaran aktif seperti Kad Interaktif Bernombor. Keadaan ini
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

31

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

memang bersesuaian dengan usia dan tenaga yang dimiliki oleh murid darjah 4. Kebanyakan murid ini merupakan murid yang mudah merasa bosan di dalam kelas akibat hanya mendengar sahaja atau mengikut arahan secara pasif. Mereka memerlukan aktiviti yang merangsang pemikiran mereka dan menggunakan tenaga mereka. Jika kita tidak mengasah pemikiran mereka ke arah sesuatu yang positif maka mereka akan menggunakan pemikiran mereka ke arah memikirkan aktiviti negatif.

Keseluruhan aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan satu kaedah Pembelajaran Aktif. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek berikut: i. Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran Matematik; ii. Meningkatkan perolehan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir murid; iii. Mempersembahkan fakta dan pengetahuan dalam mata pelajaran Matematik; dan iv. Memperlihatkan sikap positif murid dalam menghadapi kegagalan.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

32

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Aktiviti Kad Interaktif Bernombor merupakan aktiviti yang dapat memenuhi kehendak murid yang kebanyakan bersifat kinestatik mengikut klasifikasi Howard Gardner. Penumpuan yang tinggi dalam aktiviti yang dijalankan bagi mencapai matlamat aktiviti menjadikan pelajar tidak menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang sedang dijalankan. Pemikiran mereka menumpu kepada mencapai objektif aktiviti, di samping mengejar ganjaran dan motivasi.

Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah Kad Interaktif Bernombor dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Mereka juga memperoleh kemahiran belajar Matematik secara tidak langsung dan dapat menggunakan pendekatan kontekstual pada sesuatu konsep asas matematik. Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan. Melalui kajian ini juga, kami dapati aktiviti seperti ini sebenarnya lebih menarik minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti Kad Interaktif Bernombor di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti. Walaupun aktiviti tersebut agak padat, namun murid Darjah 4 Venus lebih bersemangat untuk belajar. Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid menggunakan kelima-lima deria dan merasai sendiri pengalaman melihat dan
KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

33

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

menyentuh seperti yang diperlukan dalam kemahiran memerhati. Pengalaman itu juga lebih mengekalkan pemerhatian mereka berbanding dengan hanya mendengar guru mengajar. Kami juga merasa terharu apabila guru kelas Darjah 4 Venus dan guru panitia Matematik memberi sokongan, galakan serta bantuan bagi menjalankan aktiviti ini. Kami juga mendapati murid sentiasa bersifat ingin tahu untuk mencari penyelesaian masalah dalam setiap latih tubi atau latihan yang diberikan.

10

Kesimpulan dan Cadangan Kami berharap agar aktiviti Kad Interaktif Bernombor ini dapat membantu murid meminati Matematik serta membantu guru-guru matematik yang lain untuk meneruskan kreativiti mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik di dalam kelas, seterusnya membantu peningkatan prestasi akademik yang memuaskan di Peperiksaan Akhir Tahun 2009 dan seterusnya UPSR 2011. Kami dapati guru matematik kelas ini dan murid Darjah 4 Venus lebih berkeyakinan untuk meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)Matematik. Murid sentiasa menginginkan aktiviti Kad Interaktif Bernombor dilakukan semula dan mereka telah mencuba menggunakan konsep aktiviti ini pada peringkat yang lebih tinggi bagi mata pelajaran Matematik. Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :i. Guru-guru matematik digalakkan mengubahsuai kaedah Kad Interaktif Bernombor dalam pendekatan proses Pengajaran dan

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

34

Kad Interaktif Bernombor: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 27 Murid Darjah 4 Venus Sekolah Rendah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang Terhadap Mata Pelajaran Matematik

Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas tertentu terutamanya kelas sederhana. ii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor bagi mengulang kaji sesuatu topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik. iii. Menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) bagi menguasai sesuatu konsep Matematik dengan lebih berkesan. iv. Guru-guru Matematik boleh menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik. Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Matematik yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang perlu disesuaikan dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini.

KPS 5042 (Sekolah dan Masyarakat)

35

You might also like