You are on page 1of 9

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KELAS TUSYEN MATEMATIK TAMBAHAN DENGAN PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh: Siti Marlina Bte Sabran SMK Bandar Putra, Kulai 2005

USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KELAS TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN DENGAN PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI Oleh Siti Marlina binti Sabran SMK Bandar Putra 2005 Abstrak Matematik Tambahan merupakan salah satu mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar aliran sains tulen. Namun begitu ia bukanlah satu subjek yang popular terutamanya di kalangan pelajar Melayu lantaran dari tanggapan bahawa Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar dikuasai. Kecemerlangan dalam Matematik Tambahan adalah salah satu syarat yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan. Justeru itu, ia juga merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk membantu mereka merealisasikan impian dalam mencapai cita-cita dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas matematik tambahan. Ia merupakan satu kajian pendek terhadap 15 orang pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Putra yang tinggal di asrama. Kajian ini dilakukan merujuk kepada sikap dan tumpuan pelajar yang sangat minimum ketika mengikuti sesi kelas tusyen matematik tambahan yang diadakan setiap hari Khamis jam 8.00 hingga 10.malam. Tindakan yang diambil untuk meningkatkan tumpuan dan penglibatan aktif pelajar ialah melalui pendekatan teori kecerdasan pelbagai. Terdapat sembilan teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner(1983). Dalam kajian ini hanya tiga sahaja yang digunapakai untuk disesuaikan dengan mata pelajaran dan sampel yang dikaji iaitu kecerdasan logik matematik, kecerdasan muzik dan kecerdasan interpersonal.

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar. Muridmurid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau manamana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kira tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas tusyen Matematik Tambahan. 1.2Pernyataan masalah Penglibatan pelajar dalam kelas tusyen Matematik Tambahan yang diadakan pada setiap hari Khamis didapati kurang memberangsangkan berdasarkan kepada reaksi mereka sewaktu di dalam kelas. Selain dari itu, faktor kehadiran juga menjurus kepada tujuan kajian ini dijalankan (87% hadir setelah 2 sesi). Menerusi pemerhatian selama dua kali sesi kelas diadapati fenomena ini berlaku disebabkan oleh rasa kurang minat pelajar terhadap subjek ini. Perasaan ini timbul disebabkan oleh faktor : (i) (ii) (iii) suasana pembelajaran yang kurang menarik. rasa putus asa disebabkan oleh seringkali tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru. perasaan malu dan rendah diri serta menganggap diri tidak pandai seperti orang lain. 1.3 Objektif kajian

1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4

Meningkatkan penglibatan pelajar sewaktu P&P Memupuk sikap tolong menolong dan bekerjasama Memupuk keyakinan dan kesedaran kepada pelajar tentang kebolehan mereka dalam matematik. Mengubah persepsi negatif pelajar terhadap Matematik Tambahan kepada yang lebih positif.

2.0 POPULASI DAN KEPERIHALAN PERSAMPELAN Sampel kajian terdiri daripada 15 orang pelajar tingkatan 5 yang tinggal di asrama SMK Bandar Putra. 2.1 Metodologi Langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas menggunakan pedekatan teori kecerdasan pelbagai. Penekanan diberikan kepada tiga bentuk kecerdasan iaitu kecerdasan logik-matematik, muzik dan interpersonal. 1.2 Tinjauan Awal Merujuk kepada pemerhatian selama 2 kali sesi kelas dijalankan didapati hanya 2 orang (13%) pelajar yang bertindak aktif untuk menyelesaikan 15 soalan format SPM yang diberikan. Pelajar yang lain bertindak secara pasif walaupun didapati cuba menyelesaikan soalan yang diberi. Sehingga akhir sesi kelas secara purata hanya 30% soalan sahaja yang dapat dijawab dengan tahap kefahaman sepenuhnya. 2.3 Rancangan Tindakan Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, kami merancang pelaksanaan P&P yang lebih berkesan iaitu: 2.3.1 2.3.2 Membahagikan kumpulan kepada 3 ( 5 ahli setiap kumpulan ) di mana setiap kumpulan telah dikenalpasti kebolehan masing-masing. Menggabungkan 3 kecerdasan:

2.3.3

logik- matematik Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. (b) Kecerdasan muzik Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. (c) kecerdasan interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain.

2.4 Pelaksanaan Tindakan 2.4.1 Memberi motivasi kepada pelajar tentang kebolehan masing-masing. 2.4.2 Mengasingkan tahap soalan berdasarkan kepada kebolehan individu yang telah dibahagi kepada 3 kumpulan. 2.4.3 2.4.4 Memasang muzik (classic-ballad) untuk menjana penggunaan otak kiri dan otak kanan pelajar sewaktu menjawab soalan. Menggunakan pendekatan interpesonal untuk merapatkan jurang antara pelajar dengan guru ( meminta pelajar memberi komen tentang pendekatan yang telah digunakan oleh guru pada sehelai kertas) 2.4.5 Menganalisis data yang diperolehi (bilangan pelajar yang terlibat secara aktif) sepanjang 8 kali sesi kelas dijalankan.

3.0 DAPATAN KAJIAN 3.1 Hasil pemerhatian Merujuk kepada data yang diperolehi didapati responden menunjukkan peningkatan dari segi penglibatan di dalam kelas sepanjang pelaksanaan. Pelajar dilihat semakin bermotivasi untuk menghadiri kelas ( 100% kehadiran untuk setiap ses dari minggu ke-3 hingga ke-8 ). Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka dapat merasa kelainan yang dibawa oleh guru. Selepas sesi ke-4 kajian, didapati pelajar semakin berani untuk bertanya di mana secara purata 10-12 orang pelajar akan melibatkan diri dalam sesi perbincangan jawapan. Setiap ahli dalam kumpulan juga didapati saling bantu membantu dalam menjawab soalan yang diberikan. Sepanjang pelaksanaan tindakan, pada sesi pertama hingga ketiga (minggu 3-5), pelajar diberikan hanya 10 soalan format SPM setiap sesi untuk diselesaikan secara berkumpulan dalam tempoh 1 jam. Daripada 3 kumpulan yang dibentuk, 1 kumpulan dapat menjawab 24 soalan dengan tahap kefahaman sepenuhnya manakala 2 kumpulan lagi dapat menjawab masing-masing 22 (73%) dan 22 soalan (73%) dengan tahap kefahaman yang sama. Seterusnya bermula dengan minggu keenam hingga kelapan, bilangan soalan ditambah kepada 15 soalan setiap kali sesi. Didapati 1 kumpulan dapat menjawab kesemua soalan dengan tahap kefahaman 100% manakala bagi 2 kumpulan lagi dapat menjawab masingmasing 42 soalan ( 93%) dan 40 soalan (80%) dengan tahap kefahaman yang sama. Ini menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan yang diberikan. Hasil daripada komen pelajar terhadap pendekatan ( tindakan ) yang digunakan oleh guru didapati 14 orang responden (93%) merasa seronok dan teruja dengan pembaharuan dalam P&P yang telah dibuat dan mahu kaedah ini diteruskan. Manakala 7% lagi tidak dapat mengikuti pembelajaran sambil mendengar muzik dan berkumpulan.

3.1 Refleksi

Hasil dari kajian yang telah dijalankan didapati pelajar lebih berfokus dalam mengikuti kelas tambahan ini dan secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian markah mereka dalam ujian 2, ujian 3 dan peperiksaan pertengahan tahun peringkat sekolah. ( rujuk lampiran analisis markah ujian). Untuk kajian yang akan datang, pendekatan kecerdasan intrapersonal mungkin boleh diterapkan di dalam P&P untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat mengikuti kaedah yang digunakan dalam kajian ini. 4.0 PENUTUP Kesimpulan kepada kajian di atas ialah penerapan teori kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu dalam meningkatkan tumpuan pelajar untuk mengikuti kelas sehingga tamat. Kaedah yang digunakan telah berjaya menjadikan sesi kelas lebih bernyawa dan pelajar dapat merasakan keseronokan dalam mengikuti kelas matematik tambahan. 5.0 BIBLIOGRAFI 1. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/prinsip.htm 2. http://www.hamidarshat.com/IKKpunca_kepandaian.htm 3. http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?KeluargaID=76 4. http://motivasiutusan.4mg.com/kecemerlangan.htm 5. http://www.mendaki.org.sg:8080/content_files/panduansudutbelajar.html 6. http://www.brunet.bn/news/pelita/27april/didik.htm 7. http://www.amath.washington.edu/~nshore/nsf/northshore.report/node84.html

LAMPIRAN A. Jadual 1 dapatan minggu 1-2

kumpulan kumpulan 1 kumpulan 2 kumpulan 3

kehadiran 5 4 4

bil. Soalan diberi 30 30 30

bil. Soalan dijawab 22 19 17 2

bil. Pelajar aktif

tiada tiada

B. Jadual 2 dapatan minggu 3-5 bil. Soalan dijawab 24 22 22 bil. Pelajar aktif 3 2 2

kumpulan kumpulan 1 kumpulan 2 kumpulan 3

kehadiran 5 5 5

bil. Soalan diberi 30 30 30

C. Jadual 3 dapatan minggu 6-8 kumpulan kumpulan 1 kumpulan 2 kumpulan 3 kehadiran 5 5 5 bil. Soalan diberi 45 45 45 bil. Soalan dijawab 45 42 40 bil. Pelajar aktif 5 5 4

D. Analisis pencapaian ujian/peperiksaan 2005 GRED BIL 1A 2A 3B 4B 5C 6E 7D 8E 9G %LULUS GP

UIJAN 1 UJIAN 2 1/2 TAHUN UJIAN 3

15 15 15 15 1 2 1 1 2

2 3 3 2

4 1 2 4

1 5 2 1

1 1 1 3 3 4 1

3 1

80.0 93.3 100.0 100.0

6.13 5.07 4.80 3.87

0 0

You might also like