You are on page 1of 3

Tangga Gaji/Sifir Gaji/Jadual dan cara pengiraan Gaji SBPA 2012 (PT-PO N-17)

Aku nak tunjuk tangga gaji / sifir gaji / jadual gaji dan cara pengiraan bagi SBPA pada tahun 2012 untuk Pembantu Tadbir (P/O) N17. Kenapa aku tunjuk PTPO N17? Sebab kebanyakan agensi/jabatan/kementerian, bilangan PTPO N17 ramai berbanding jawatan lain. Untuk jawatan lain akan diusahakan jika ada permintaan. Kalau korang dah ada tangga gaji yang BETUL untuk jawatan lain, kongsilah dengan kengkawan. Seperti yang tertera dalam pekeliling, bermula 1 Jan 2012 semua jawatan ditukar ke gred 1 - 5. Lepas ni dah tak ada lagi gred-gred dengan nombor yang besar-besar. PT-P0 N17 akan digantikan dengan gred PTP/O N4-1. Gred 4 ialah gred yang kelayakan masuk minimum menggunakan SPM. KGT ialah sebanyak RM95.00 dan bermula T16-T17, KGT ialah RM100.00. Akan tetapi dalam tempoh perjalanan tangga gaji ini, akan ada semakan terhadap gaji-gaji penjawat awam yang berada dibawah SBPA. Berikut ialah tangga gaji PT-P/O N4-1 (N17) bermula 1 Jan 2012.

T1
RM 955.00

T2
RM 1,050.00

T3
RM 1,145.00

T4
RM 1,240.00

T5
RM 1,335.00

T6
RM 1,430.00

T7
RM 1,525.00

T8
RM 1,620.00

T9
RM 1,715.00

T10
RM 1,810.00

T11
RM 1,905.00

T12
RM 2,000.00

T13
RM 2,095.00

T14
RM 2,190.00

T15
RM 2,285.00

T16
RM 2,380.00

T17
RM 2,480.00

T18
RM 2,580.00

T19
RM 2,680.00

T20
RM 2,780.00

Cara pengiraan gaji ( Kalau ikut slide JPA ). Kalau nak kepastian, hubungi Bhg. Sumber Manusia masing-masing. Lihat contoh perbezaan antara gaji SSM dan gaji SBPA untuk gred N17 dibawah. Jadual atas adalah SSM dan jadual bawah adalah SBPA.

Cara pengiraan kenaikan gaji anda jika terima SBPA ialah : CONTOH SITUASI - 1 Katakan ketika ini (SSM) gaji anda berada di P1T2 = RM870, bermula 1 Jan 2012 gaji akan dinaikkan 1 tangga gaji (BUKAN KGT) dan menjadi P1T3 = RM920. JIKA TERIMA SBPA, gaji RM920 akan melihat dan diberikan gaji yang terdekat lebih besar pada jadual gaji SBPA iaitu T1=RM955. Apabila kenaikan gaji tahunan 2012 (KGT), anda akan lagi 1 kenaikan kepada T2=RM1050.Bermakna, akan menerima 3 kenaikan pada tahun 2012 dan jumlah kenaikan = RM180 !! Tarikh KGT setelah memilih SBPA adalah masih sama seperti tarikh KGT ketika SSM. CONTOH SITUASI - 2 Katakan ketika ini (SSM) gaji anda berada pada gaji maksimum, P1T24 = RM2151, bermula 1 Jan 2012 gaji akan kuantum 1 pergerakan gaji (BUKAN KGT) dan menjadi RM2217. JIKA TERIMA SBPA, gaji RM2217 akan melihat dan diberikan gaji yang terdekat lebih besar pada jadual gaji SBPA iaituT15=RM2285. Apabila kenaikan gaji tahunan 2012 (KGT), anda akan lagi 1 kenaikan kepadaT16=RM2380.Bermakna, akan menerima 3 kenaikan pada tahun 2012 dan jumlah kenaikan = RM228 !!Tarikh KGT setelah memilih SBPA bermula 1 Jan 2012 adalah berubah menjadi 1 Jan (Untuk gaji maksimum ketika SSM sahaja). ** Kiraan ini adalah berdasarkan taklimat pihak JPA. Untuk kepastian, sila hubungi pihak JPA atau Bhg. Sumber Manusia yang menguruskan gaji pejabat masing-masing. P/S : Untuk jawatan lain yang gred 17 SSM ATAU gred 4-1 SBPA jawatan lain, BOLEH rujuk jadual gaji ni sebab tak banyak perbezaan dan ada yang sama. Setakat ini tiada apa-apa taklimat berkenaan elaun. Jadi aku anggap elaun akan kekal seperti yang lama (betulkan jika salah). Akan tetapi, elaun akan dibincangkan bermula tahun 2012.

You might also like