You are on page 1of 21

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

1.0 PENGENALAN Tamadun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib alAttas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN

Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

3.0 PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

1. MEMELIHARA AGAMA

Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Oleh itu, prinsip tamadun Islam yang pertama ini iaitu memelihara agama amat sesuai diamalkan. Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain: (Al-Hujurat, ayat 13) Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu (Al-Rum, ayat 22)

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi muminin (beriman) (Surah Yunus, ayat 99) Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan: (Surah al-Nahl, ayat 93) Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan. (Surah al-Baqarah ayat 256)

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masingmasing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara.

Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompokkelompok berlainan agama.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

2. MEMELIHARA NYAWA

Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 3. MEMELIHARA AKAL Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal. Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas. (Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

4. MEMELIHARA MARUAH & KETURUNAN Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.

5. MEMELIHARA HARTA Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari )

Berdasarkan maksud masyarakat majmuk yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri, tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 BAGAIMANA PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAPAT MENGATASI MASALAH SOSIAL DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM.

Masalah sosial merupakan isu yang membuat pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin negara dan masyarakat merasa bimbang. Ini kerana, ianya boleh mengundang impak-impak yang negatif kepada semua golongan masyarakat dan juga merugikan negara. Masalah sosial yang banyak melibat golongan remaja menimbulkan lebih kebimbangan kerana golongan ini merupakan pewaris negara yang bakal mencorak kemajuan dan keharmonian negara. Antara masalah sosial yang menular dikalangan masyarakat islam kini ialah seperti pembuangan bayi, rasuah, bersedudukan tanpa pertalian yang sah, murtad, rempit, meminum arak, ragut, dan banyak lagi. Bagi mengatasi masalah ini, masyarakat islam perlu merujuk kembali prinsip-prinsip tamadun islam antaranya ialah, memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan dan memelihara harta. Semua prinsip ini boleh membimbing masyarakat islam ke arah kehidupan yang lebih baik. Bagaimana prinsip-prinsip tamadun islam dapat mengatasi masalah social dikalangan masyarakat islam?

Gambar Rajah 1

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Memelihara Agama

Tanggungjawab memelihara agama islam bukan hanya dipikul oleh para ulama dan pemimpin islam. Ianya adalah tanggungjawab semua umat islam di seluruh dunia. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Oleh itu, masyarakat islam perlu bijak memilih perjalanan hidup mereka supaya pilihan itu akan membawa kebaikan. Isu murtad yang kian hangat diperkatakan ketika ini memerlukan kefahaman berlandaskan ajaran islam yang sebenar kepada masyarakat islam dan bukan islam. Ini bagi mengelakkan pandangan-pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat islam dan bukan islam. Isu murtad ini boleh dielakkan sekiranya masyarakat islam mempunyai kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa. Kepercayaan ini dapat di kuatkan lagi dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Masyarakat islam juga disarankan menghormati penganut agama lain dan hak mereka mengamalkan ajaran masing-masing. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Masyarakat islam juga disarankan mengelakkan diri melakukan perkara yang menjurus kepada murtad.

Gambar rajah 2

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Memelihara Nyawa Nyawa merupakan anugerah yang paling berharga kepada manusia. Jiwa dan nyawa adalah kurniaan Allah yang tidak boleh diganti atau dicipta. Nyawa ialah pinjaman Allah S.W.T kepada manusia. Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan

perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Setiap masyarakat islam wajid memelihara nyawa dengan menggelakkan diri dari melakukan perkara-perkara seperti membunuh diri, pembuangan bayi, lumba haram, mengabaikan kesihatan dan membunuh tanpa sebab. Firman Allah swt: Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya (Surah al-Maaidah: 32) Masyarakat islam diwajibkan menjaga keselamatan, kesihatan, pemakanan dan berubat jika sakit. Masyarakat islam juga dilarang merosakkan diri, membunuh diri, membunuh orang lain serta dilarang melakukan perkara yang membahayakan nyawa seperti memandu secara merbahaya dan merempit. Bagi mengatasi masalah seperti yang dinyatakan masyarakat islam digalakkan mengamalkan budaya yang berlandaskan Islam yang mengutamakan ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa dapat dipelihara.

Gambar Rajah 3

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Memelihara Akal Masalah seperti meminum arak, merokok, membaca bahan yang tidak baik ( yang boleh merosakkan akidah dan akhlak) dan menonton bahan lucah juga boleh merosakkan akal. Semua masalah ini sering dipandang remeh oleh masyarakat islam dan kesannya kepada kehidupan manusia sangat buruk dan membimbangkan. Pemeliharaan akal wajib kerana akal lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yang lain. Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan dan melarang melakukan perkara yang merosakkan diri. Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal. Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Islam menggalakkan umatnya mencari ilmu dan membaca bahan bacaan yang baik. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran. Sabda Nabi Muhammad saw: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (HR Muslim).

Gambar Rajah 4

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Memelihara Maruah dan Keturunan Agama Islam amat menjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf manusia tidak jatuh ke taraf haiwan. Islam mengharamkan khalwat, zina, seks bebas dan luar tabii. Islam juga menyuruh umatnya menjaga pergaulan, menutup aurat, menjaga nama baik, berkahwin dan melarang umatnya bergaul bebas, mendedah aurat, memfitnah, berzina atau jenayah seks. Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah: Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci(HR Bukhari).

Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya dan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Islam juga menggalakkan umatnya berkahwin dengan pasangan dari keturunan yang baik. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting supaya remaja masa kini menjaga maruah diri dengan cara menjaga pergaulan, menutup aurat, menjaga nama baik dan mengelakkan diri dari merosakkan maruah orang lain.

Gambar Rajah 5

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Memelihara Harta Agama Islam amat menitikberatkan soal menjaga hak-hak individu termasuklah dalam soal pemilikan harta. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama dan menunaikan kewajipan berzakat. Ini kerana harta adalah amanah dan pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya kamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan izinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia memudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya (Surah al-Jaathiyah:12-13)

Bagi mengatasi masalah seperti rasuah, riba dan makan harta anak yatim, kita diwajibkan mencari rezeki yang halal, dari sumber yang halal serta digunakan utk kebaikan. Masyarakat islam juga dilarang mengambil hak orang lain seperti mencuri, merompak,

menyamun,salahguna, menyeleweng dan mengambil rasuah. Berjudi juga dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.

Gambar Rajah 6

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Rumusan Setelah di teliti dan difahami ciri-ciri yang terdapat pada kelima-lima prinsip tamadun islam, dapat dirumuskan bahawa kelima-lima prinsip tamadun islam boleh menjadikan umat islam sebagai umat yang unggul dan berakhlak mulia. Ini kerana, kesemua prinsip-prinsip tamadun islam menyuruh ke arah kebaikkan dan meninggalkan kemungkaran. Masyarakat islam yang beriman dan berakhlak mulia sentiasa mengamalkan ciri-ciri yang terdapat pada prinsip-prinsip tamadun islam yang sentiasa boleh diguna pakai tidak mengira zaman dan gologan manusia. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip tamadun islam ini masyarakat islam dapat mengatasi masalah sosial yang kian meruncing ketika ini. Prinsip-prinsip tamadun islam ini perlu disebarkan kepada semua umat tidak mengira usia dan pangkat sama ada diperingkat sekolah, institut pengajian dan masyarakat islam keseluruhannya. Sekiranya setiap masyarakat islam dapat memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip tamadun islam ini, nescaya keharmonian dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa mahupun agama.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 BLIBLIOGRAFI http://ms.wikipedia.org/wiki/Murtad http://www.islam.gov.my/sites/default/files/kebebasan_beragama_antara_universal_islam_dan_ pluralisme_agama.pdf http://www.islam.gov.my/sites/default/files/murtad_not_hak_asasi.pdf http://www.islam.gov.my/peranan-penguatkuasaan-syariah-dalam-membendung-gejalapembuangan-bayi http://www.islam.gov.my/menjaga-pergaulan-dan-tingkah-laku-oleh-ustazah-nizatul-shashabinti-danian-jakim http://www.islam.gov.my/islam-haramkan-rasuah-kerana-cetus-kezaliman-ghafani-bin-awangteh-berita-harian22-mei-2008 http://www.islam.gov.my/makanan-halal-pelihara-hati-bentuk-peribadi-mulia-oleh-noor-halizaali-panel-penulis-jakim-bh-8-janu http://www.scribd.com/doc/53383659/Prinsip-prinsip-Tamadun-Islam-2 http://www.scribd.com/doc/50611972/Prinsip-Prinsip-Tamadun-Islam http://www.scribd.com/doc/54428674/34/Prinsip-Tamadun-Islam

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Nama No. K/P Kumpulan : Mohd Shukri bin Zainal : 840225055515 : Pengajian Muzik

Refleksi Individu

Dalam kerja kursus ini banyak memberi pengetahuan dan kefahaman tentang prinsipprinsip tamadun islam kepada saya. Secara tidak langsung, saya dapat menyelami permasalahan sosial yang kian meruncing kini serta dapat memberi sedikit pandangan tentang cara mengatasi masalah ini berdasarkan prinsip-prinsip tamadun islam. Hasil kerja kursus ini bukanlah usaha berseorangan. Kerja kursus ini disempurnakan hasil dari kerjasama berkumpulan walaupun menghadapi masalah untuk berbincang kerana berjauhan tempat tinggal. Masalah ini kami astasi dengan menggunakan kemudahan media elektronik iaitu internet dan telefon bimbit.

Semasa membina kerja kursus ini, timbul kesedaran tentang kepentingan mewujudkan negara yang aman dan sejehtera serta melahirkan insan yang cemerlang dari segi akidah dan akhlak. Kesedaran ini membolehkan saya mencurahkan idea bagaimana cara untuk mengatasi masalah sosial berdasarkan prinsip-prinsip tamadun islam. Timbul juga rasa tanggungjawab menyebarkan prinsip-prinsip tamadun islam ini kepada murid-murid di sekolah dan masyarakat. Kesimpulan, tanggungjawab memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup adalah tanggungjawab semua dan ciri-ciri yang terdapat pada prinsip-prinsip tamadun islam harus diamalkan dan difahami.

Sekian, terima kasih.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

MOHAMAD FARID BIN HAMALI 820210-01-5723

Setelah kerja kursus Tamadun Islam ini di selesaikan ,baru saya sedar bahawa islam bukan hanya menjaga tingkah laku dan melakukan ibadat sahaja ,malah terdapat pelbagai perkara lain yang seharusnya di ambil kira dan dipelihara agar ianya sejajar dengan ibadah yang kita lakukan setiap hari.Di antara perkara lain yang perlu kita pelihara di dalam islam ialah memelihara agama kita agar tidak di pandang serong oleh bangsa dan agama lain,memelihara nyawa kita agar nyawa yang dikurnia kan kepada kita digunakan dengan sebaiknya ke arah jalan yang benar,terdapat pelbagai jenis adat istiadat di dalam kehidupan manusia di muka bumi ini,bukan hanya adat diantara bangsa malah di dalam golongan orang melayu sendiri mempunyai pelbagai jenis adat yang berbeza,seperti adat perkahwinan dan sebagainya, tiada salahnya tentang adat-adat ini tetapi perlulah sejajar dan tidak bertentangan dengan ajaran islam. kita juga perlu menjaga maruah diri dan keluarga dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan islam seperti tidak melakukan sagala macam jenis maksiat dan perbuatanperbuatan yang boleh mencalarkan maruah agar keturunan yang selama ini di anggap baik mula dipandang hina oleh masyrakat lain. Selain dari itu memelihara harta benda kita juga merupakan perkara penting agar segala yang kita peroleh dan juga segala yang kita lakukan serta sumbangkan mestilah ke arah menjadi islam yang sejati agar usaha yang kita lakukan tidak mejadi sia-sia

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 Nama No. K/P Kumpulan : Mohd Shah Rizan Bin Amzah : 820312016399 : Pengajian Muzik

Refleksi Individu

Kerja kursus ini sebenarnya banyak membantu saya memahami permasalahan sosial dikalangan masyarakat kita khususnya orang melayu. Saya begitu sedar,masalah ini bukan saja menjadi tanggungjawab orang tertentu sahaja, saya juga merasakan diri saya bertanggunjawab dalam hal yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Kami pada mulanya mengalami banyak masalah menyiapkan kerja kursus ini. Tapi kami mengambil kesempatan dengan menggunakan teknologi masa kini iaitu melalui internet dan telefon. Selain dari itu juga,kami juga menghadapi banyak kerja-kerja disekolah. Alhamdulillah, dengan kesabaran, kami tempuhi juga dan terhasil juga kerja kursus ini.

Zaman kegemilangan Tamadun Islam sepatutnya dijadikan contoh untuk kita mengatasi masalah-masalah yang berlaku pada masa kini. Kita perlu titik beratkan ajaran Islam sejak dari akar umbi lagi. Masalah-masalah yang berlaku ini sebenarnya terjadi kerana kita terlalu taksub dengan kesenangan duniawi. Kita lupa pada Al-quran yang menjadi pegangan kita, lupa pada sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi inspirasi dikalangan Umat Islam sejak zaman Sahabat. Oleh itu, kerja kursus ini sebenarnya membuka mata dan hati saya supaya kita sentiasa beringat dan kembalikan zaman kegemilangan Islam yang sekian lama telah kita inginkan sejak runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah.

Sekian, terima kasih.

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101 REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya dan rakan-rakan sekumpulan menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi mata pelajaran Tamadun Islam dan Asia (WAJ 3101). Soalan tugasan ini mengkehendaki saya dan kawan-kawan menjelaskan 5 prinsip dalam Tamadun Islam beserta contoh dan menghuraikan bagaimana prinsip-prinsip ini dapat mengatasi masalah sosial.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini kerana telah membantu dan membimbing saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan sekumpulan atas kerjasama yang diberikan.

Sewaktu soalan tugasan ini mula diedarkan, saya merasakan untuk melaksanakan tugasan ini agak sukar kerana belum pernah mempelajari mata pelajaran ini. Tetapi setelah penerangan jelas yang diberikan oleh pensyarah, dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan melalui e-mel, saya yakin bahawa saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Sebaik sahaja mendapat soalan tugasan, kami telah mengagihkan tajuk tugasan pada beberapa bahagian untuk memudahkan proses penghasilan tugasan ini.

Akhir kata, saya begitu gembira menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : Mohd Firdaus bin Md Shamsuri 830813-07-5791 PPG Pendidikan Muzik

TAMADUN ISLAM & ASIA WAJ 3101

You might also like