You are on page 1of 2

Laporan AJK Fotografi Lawatan Ilmiah Lawatan Ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga Kompleks

Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 21 Februari 2012. Lawatan ini merupakan salah satu tugasan bagi melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. AJK fotografi telah dibentuk untuk menangkap gambar dan juga mebuat rakaman video sepanjang lawatan ini. AJK fotografi terdiri daripada dua orang bagi setiap kelas. AJK bagi kelas pengajian Matematik adalah Farhan dan Amirul Aliff. Kami telah membahagikan kepada AJK gambar dan juga AJK video. Sepanjang program, kami telah menyediakan satu kamera DSLR dan juga perakam video. Kami menangkap beberapa keping gambar sepanjang lawatan tersebut meliputi tempat latihan yang terdapat di MSN, sesi penerangan oleh pegawai MSN dan juga sesi dialog bersama pegawai Kompleks Belia dan Sukan. Rakaman turut dibuat berkaitan sesi penerangan dan majlis penyampaian cenderamata . Segala gambar dan juga rakaman video akan dijadikan sebagai bahan bukti perjalanan lawatan yang kami jalankan ini. Ia akan dimuatkan dalam bentuk cakera padat dan video diedit untuk menggabung keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ilmiah ini. Segala semua gambar yang ditangkap dan rakaman video akan menjadi satu kenangan dan panduan untuk semua.

Laporan AJK Fotografi Karnival Permainan tradisional Satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan pada 21 Februari 2012. Karnival ini merupakan salah satu tugasan bagi melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. AJK fotografi telah dibentuk untuk menangkap gambar dan juga mebuat rakaman video sepanjang lawatan karnival ini. Semua pelajar semester 5 digabungkan untuk membentuk satu jawatankuasa. AJK fotografi telah dibentuk dan terdiri daripada tiga orang, iaitu Mohd Farhan daripada Kelas Pengajian Matematik, Mohd Affan daripada kelas Pengajian Pendidikan Seni Visual dan seterusnya Mohad syafiq daripada Kelas Pengajian Sains. Kami telah membahagikan kepada dua orang untuk menangkap gambar dan juga seorang untuk merakam video. Sepanjang program, kami menghadapi sedikit masalah berkaitan rakaman kerana terlepas pandang untuk pinjaman perakam video. Jadi, kami telah menggunakan kamera DSLR untuk merakam perjalanan karnival dan setiap permainan yang terdapat dalam karnival ini. Kami menangkap beberapa keping gambar sepanjang karnival tersebut meliputi raptai majlis perasmian, perjalanan majlis perasmian, perjalanan setiap permainan dan juga majlis penutup yang melibatkan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang . Segala gambar dan juga rakaman video akan dijadikan sebagai bahan bukti pengelolaan karnival ini dengan jayanya. Ia akan dimuatkan dalam bentuk cakera padat dan video diedit untuk menggabung keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang carnival ini berlangsung. Segala semua gambar yang ditangkap dan rakaman video akan menjadi satu kenangan dan panduan untuk semua untuk diaplikasikan di sekolah suatu hari nanti.

You might also like