You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran : Bahasa Melayu Tema : Negeri-Negeri di Malaysia (Empat Lagu Negeri di Malalaysia) Tajuk : Bercerita dengan intonasi dan sebutan yang betul Tarikh : 29/07/11 Masa : 9.00 - 10.00 pagi Tahun : Tahun 4 Arif Bilangan Murid : 35 orang murid lelaki dan perempuan

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid akan dapat : 1. Menyatakan sekurang kurangnya tiga nama negeri dan warna bendera negeri tersebut dengan betul tanpa merujuk pada buku. 2. Bercerita di hadapan kelas dengan ayat yang lengkap mengunakan intonasi dan sebutan yang betul. 3. Menyanyikan sekurang-kurangnya dua lagu negeri dengan lirik yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah mendengar nama negeri yang terdapat di Malaysia Penerapan Nilai : Semangat berpasukan, bekerjasama dan disiplin Kemahiran Berfikir : Pelajar berfikir cara bercerita menggunakan ayat yang lengkap. Pengabungjalinan : Intonasi, sebutan dan ayat yang lengkap Kesepaduan : Mata Pelajaran Pendidikan Moral (bekerjasama, semangat berpasukan, semangat patriotisme) ABM/BBM : Pembentangan Powerpoint Negeri-negeri di Malaysia, lirik lagu negeri, muzik.

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN- PEMBELAJARAN (PPP) BAHASA MELAYU MASA / LANGKAH Set Induksi 9.00 - 9.05 pg (5 minit) Menceritakan mengenai negeri-negeri di Malaysia. Pembentangan powerpoint bertajuk negeri-negeri di Malaysia. ABM : Pembentangan Powerpoint 1) Pelajar didengarkan fakta mengenai negerinegeri di Malaysia. 2) Pelajar ditunjukkan gambar bendera negerinegeri di Malaysia. Pelajar mendengar dengan penuh perhatian. Nilai : Mendengar dengan teliti Strategi : Berpusatkan bahan ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Langkah 1 9.05 9.15 pg (10 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi empat negeri. Pelajar dikehendaki melukis

1) Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan memberi setiap kumpulan sebuah nama negeri di Malaysia. 2) Pelajar dikehendaki melukis dan mewarnakan bendera negeri yang diberi.

Strategi : Berpusatkan pelajar

Teknik dan Kaedah : Kerja kumpulan

bendera negeri tersebut dan mewarnakannya.

Bendera negeri yang dilukis pelajar ialah: Negeri Perak Negeri Pahang Negeri Kelantan Negeri Sarawak

3) Guru memaparkan keempat-empat bendera negeri di hadapan kelas.

Pelajar mengajar lagu Langkah 2 9.15 9.25 pg (10 minit) negeri kepada rakan sekumpulan yang lain.

1) Lirik lagu negeri masing-masing diberi kepada setiap kumpulan. 2) Pelajar didengarkan dengan minus-one lagu negeri bagi setiap kumpulan. 3) Pelajar dalam kumpulan yang mengetahui lagu negeri tersebut mengajarnya kepada rakan-rakan sekumpulan.

Strategi : Berpusatkan murid

KBT : Kontekstual

Nilai : Menghormati pandangan orang lain.

Langkah 3 9.25 - 9.45 pg (20 minit)

Pelajar dikehendaki untuk membentangkan bendera negeri dan mengajar rakan sekelas yang lain lagu negeri yang dipilih dengan iringan muzik.

1) Pelajar setiap kumpulan membentangkan memperkenalkan negeri yang diberi, membentangkan lukisan bendera negeri yang dilukis dan diwarna dan menerangkan warnawarna yang terdapat pada bendera negeri tersebut. 2) Pelajar dimainkan lagu minus-one dan pelajar kumpulan tersebut mengajar lagu negeri mereka kepada pelajar lain dalam kelas. 3) Setiap kumpulan mengambil giliran mengenalkan negeri, membentangkan lukisan bendera negeri, menerangkan warna yang terdapat pada bendera dan mengajar lagu negeri mereka.

Kaedah : Simulasi

Nilai : Berani menyatakan pendapat, menghormati pandangan orang lain.

Penilaian 9.45 9.55 pg (10 minit)

Guru bertanya soalan kepada pelajar mengenai negeri-negeri di Malaysia.

1) Guru bertanya soalan mengenai semua yang dipelajari pada hari tersebut. 2) Pelajar menjawab pertanyaan guru.

Kaedah : Penyelesaian Masalah Nilai : Menghormati guru

Penutup 9.55 10.00 pg (5 minit)

Guru membuat rumusan dan menyatakan kepentingan semangat patriotisme.

1) Guru membuat rumusan mengenai semua yang dipelajari. 2) Guru menyatakan bahawa walaupun masyarakat Malaysia dari negeri yang berlainan namun kita semua berasal dari satu negara yang sama.

Strategi : Berpusatkan guru KBT : Kontekstual

You might also like