You are on page 1of 26

PENGHARGAAN

Syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan baik, lancar dan sempurna. Namun, tidak dinafikan bahawa sememangnya
wujud pihak-pihak tertentu yang turut sama berkolaborasi, berganding bahu serta membantu saya
dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Pertama sekali, ucapan jutaan terima kasih saya lampirkan khusus buat Encik Kamaruddin
Bin Hashim selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kerana telah memberi
peluang serta kebenaran kepada kami semua untuk menggunakan segala bentuk kemudahankemudahan di institut ini bagi memudahkan prosedur melengkapkan kerja kursus.
Selain itu, sekalung apresiasi disulami ucapan jutaan terima kasih turut ditujukan kepada
Encik Mohd Ariff Bin Abd Rahman, pensyarah matapelajaran Kebarangkalian kerana berkat
daripada nasihat, tunjuk ajar, teguran serta bimbingan yang berterusan daripada beliau, akhirnya
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
daripada unit Matematik Pendidikan Rendah semester 1 kerana turut sama menyumbang ideaidea bernas bagi meningkatkan kualiti hasil kerja kursus saya serta membantu dalam mencari
maklumat dan informasi yang diperlukan.
Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kdua-dua ibu bapa
saya, Puan Margaret Marcillus dan Encik Silvester Siga yang berada di Sabah kerana berkat
sokongan moral dan doa daripada mereka, saya mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan
sebaik mungkin.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak
lain yang turut terlibat secara langsung dan memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk
kewangan, material, buah fikiran,tenaga atau apa-apa sahaja bentuk bantuan yang telah
memudahkan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan 1 : Anda dikehendaki membina satu peta minda yang kreatif bogi topik kebarangkalian.
Peta minda yang dibina perlulah mengandungi tajuk-tajuk :
1

i)
ii)
iii)
iv)

Asas kebarangkalian
Kebarangkalian
Taburan kebarangkalian diskret
Taburan kebarangkalian selanjar

Jawapan
(sila rujuk halaman seterusnya)

Tugasan 2 : Dengan menggunakan kaedah penyelesaian yang sesuai, selesaikan dua masalah
kebarangkalian berikut :

Kes 1 :
Katakan X ialah pemboleh ubah rawak diskret dengan taburan kebarangkalian berikut ;

P X x

1
8

3
8

1
8

3
E( X ) 2
Dengan mencari nilai c, tunjukkan bahawa

Jawapan

ialah pemboleh ubah rawak diskret,maka

P X x 1

Oleh itu,

1
3 1
c 1
8
8 8
c 1

5
8

3
8

(X )
. Seterusnya cari nilai Var

E( X )
Seterusnya, untuk mencari

(X )
dan Var

, sediakan taburan kebarangkalian seperti berikut :

P ( X x)

XP( X x)

X 2 P ( X x)

1
8

3
8

3
8

3
8

3
8

6
8

12
8

1
8

3
8

9
8

3
2

Jumlah

Maka,

E X XP X x

3
2

X
Bagi Var

E X 2 X 2 P X x 3

E X

3
2

Maka, Var

X E X 2 E X 2

X E( X 2 ) E X 2
Var

3
3
2

3
4

Kes 2 :
Dalam suatu peperiksaan statistik PPISMP, markah diselaraskan kepada suatu taburan normal
dengan min 60 dan sisihan piawai 20. 10% markah yang tertinggi gred A, 15%, 35%, 25% dan
15% yang berikut adalah masing-masing gred B, C, D dan E. Apakah selang markah bagi setiap
gred?

Jawapan

X ~ N (60,400)
Diberi
10% markah yang tertinggi mendapat gred A,

P X 0.90
X 60
0.90
20

X 60
1.282
20

X 60 25.64
X 85.64
6

X 86
Jawapan perlu dibundarkan kepada integer yang terdekat kerana markah tidak terdapat dalam
bentuk perpuluhan.
Maka, selang markah bagi gred A ialah

86

Bagi gred B, andaikan markah terbawah ialah

P( X ) 0.75
Maka

X 60
0.75
20

X 60
0.674
20
X 60 13.48
X 73.48
X 73
Maka, selang markah bagi gred B ialah daripada 73 hingga 85.

Bagi gred C, andaikan markah terbawah ialah

P( X ) 0.40
Maka

X 60
0.40
20

X 60
0.253
20
z

( adalah negatif)

X 60 5.06
X 54.94
X 55
Maka, selang markah bagi gred C ialah 55 hingga 72.

Bagi gred D, andaikan markah terbawah ialah

P( X ) 0.15
Maka

X 60
0.15
20

X 60
1.036
20
z

( bernilai negatif)

X 60 20.72
X 39.28
X 39
Maka selang markah bagi gred D ialah 39 hingga 54.

Jika selang markah bagi gred D ialah 39 hingga 54, maka markah yang kurang daripada 39 secara
automatik merupakan selang markah bagi gred E.

Selang markah bagi gred E ialah

38

Perbandingbezaan antara taburan kebarangkalian diskret(binomial) dan


taburan kebarangkalian selanjar(normal).

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis taburan kebarangkalian yang wujud.
Yang pertama ialah taburan kebarangkalian binomial dan yang kedua ialah taburan
kebarangkalian normal. Taburan kebarangkalian binomial mempunyai cabang-cabangnya yang
9

tersendiri, contohnya taburan kebarangkalian diskret dan sebagainya manakala taburan


kebarangkalian normal pula merangkumi taburan kebarangkalian selanjar dan sebagainya.
Meskipun berada dalam satu induk iaitu kebarangkalian, terdapat banyak perbezaan di antara
kedua-dua jenis taburan ini. Perbezaan tersebut boleh dikenalpasti sekiranya kita memahami,
mendalami serta mengkaji secara spesifik berkaitan definisi dan fungsi serta rumus-rumus dan
cara penggunaannya berhubung dua jenis taburan ini.
Pertama sekali, dari sudut definisi. Taburan kebarangkalian binomial sebenarnya berfungsi
untuk mencari nilai kebarangkalian berdasarkan eksperimen Bernoulli, bermakna hanya terdapat
dua kemungkinan bagi sesuatu peristiwa. Contoh kemungkinan yang dimaksudkan ialah sama ada
peristiwa tersebut berjaya atau tidak ataupun berlaku atau tidak. Melalui penyataan ini, dapat
disimpulkan bahawa taburan kebarangkalian binomial adalah sesuai digunakan sekiranya
kesudahan bagi satu peristiwa

adalah tetap, jelas dan tidak bersandar antara satu sama lain.

Selain itu, jika ditinjau dari segi rumus pula, taburan kebarangkalian binomial berbeza
dengan taburan kebarangkalian normal kerana taburan kebarangkalian binomial mempunyai nilai

n
,

q
dan

n
yang terlibat dalam pengiraan dimana

merujuk kepada jumlah percubaan yang

p
dilakukan,

q
pula mewakilli jumlah percubaan yang berjaya atau berlaku manakala

pula

p q 1
mewakili jumlah percubaan yang gagal atau tidak berlaku dan

. Tidak cukup dengan itu,

P( X r ) n C r p r q n r
taburan kebarangkalian binomial juga mempunyai rumus

dimana

merujuk

n
kepada kesudahan yang mungkin dan bernilai 0, 1, 2,,

. Melalui rumus ini, kita kemudiannya

mampu menghasilkan satu graf bagi binomial untuk mewakilkan kesemua nilai yang diperoleh.
Berikut merupakan antara contoh graf binomial yang telah dilengkapkan.

Di

samping

itu,

kita juga

boleh

mengenalpasti perbezaan antara taburan


kebarangkalian binomial dan normal iaitu

dengan

merujuk

Sebagai

situasi

soalan

yang

diberikan.
10

contoh soalan, sekiranya dua biji dadu dilambungkan, cari kebarangkalian untuk mendapatkan
nombor 3. Berdasarkan situasi soalan ini, dapat dikenalpasti bahawa soalan ini sebenarnya
merujuk kepada taburan kebarangkalian binomial. Hal ini kerana, nilai bagi

iaitu kebarangkalian

mendapat bahagian nombor 3 adalah jelas dan tidak berada dalam julat. Bagi membuktikan
penyataan ini, senaraikan semua kesudahan bagi dua biji dadu yang dilambungkan. Maka, semua

1,1 , 1,2, 1,3 , 1,4 , 1,5


kesudahan

yang

wujud

ialah

1,6 , 2,1 , 2,2 , 2,3 , 2,4 , 2,5 2,6 , 3,1 , 3,2 , 3,3 , 3,4 , 3,5 , 3,6 , 4,1 , 4,2 , 4,3 , 4,4 , 4,5
,

4,6 , 5,1 , 5,2 , 5,3 , 5,4 , 5,5 , 5,6 , 6,1 , 6,2 , 6,3 , 6,4 , 6,5 , 6,6
. Melalui kaedah ini, kita dapat
melihat bilangan kesudahan bagi nombor 3 seterusnya dapat mengira kebarangkalian untuk
mendapatkannya.

Bilangan mendapatkan

Kebarangkalian untuk

nombor 3
0

mendapatkan nombor 3

5
18

1
36

25
36

Berbalik kepada tugasan 2, jika ditinjau dari segi soalan, dengan jelas dapat dilihat bahawa

c
soalan bagi kes 1 merupakan soalan bagi topik taburan kebarangkalian diskret. Buktinya, nilai
yang diinginkan adalah cukup jelas dan tidak berada dalam sebarang julat, maka ini merupakan
soalan bagi taburan kebarangkalian diskret. Selain itu, jika dirujuk pada soalan seterusnya, soalan

E( X )
mengkehendakkan kita untuk mencari nilai bagi

Var (X )
dan

. Bentuk-bentuk soalan

sebegini merupakan contoh soalan bagi taburan kebarangkalian diskret kerana berdasarkan
analisis daripada soalan-soalan bersumberkan buku dan internet, rumus bagi mendapatkan

11

varians hanya terdapat pada taburan kebarangkalian binomial sahaja manakala bagi taburan
kebarangkalian normal adalah seballiknya. Justeru itu, ini merupakan antara bukti kukuh untuk
menunjukkan perbandingbezaan antara kedua-dua taburan tersebut.
Bagi taburan kebarangkalian normal pula, taburan ini selalunya digunakan untuk
menentukan kebarangkalian bagi satu nilai yang berada dalam julat tertentu. Dari sudut rumus

N ( , 2 )
pula, taburan kebarangkalian normal biasanya diwakilkan dengan

min dan

dimana

mewakili

pula mewakili varians.

Selain itu, nilai bagi taburan kebarangkalian normal juga boleh diwakilkan dalam bentuk
graf. Graf yang digunakan adalah berbentuk loceng(bell-shaped curve) dimana persamaan garis

x
simetri bagi graf tersebut ialah

. Bagi graf ini, nilai kebarangkalian boleh diperoleh dengan

mencari luas di bawah graf.


Seterusnya, terdapat satu kes khas dalam taburan kebarangkalian normal yang dikenali

0
sebagai taburan kebarangkalian normal piawai dimana min,

varians,

2 1

, sisihan piawai,

dan

. Graf bagi taburan kebarangkalian normal piawai ini dikenali sebagai skor z atau

skor piawai. Graf ini boleh digunakan untuk mencari nilai pemboleh ubah rawak
menukarkan nilai pemboleh
pemboleh ubah rawak

ubah

rawak

dengan
kepada

Kaedah ini boleh dilaksanakan

Z
menggunakan

rumus

Pengiraan

mendapatkan jawapan akan menjadi lebih mudah kerana nilai kebarangkalian bagi

bagi

iaitu

P( Z z )
boleh diperoleh menggunakan melalui jadual skor z. Berikut merupakan contoh-contoh
graf taburan kebarangkalian normal piawai.
12

Seterusnya, jika dilihat pada tugasan 2, kita boleh menentukan sama ada soalan tersebut
adalah soalan bagi taburan kebarangkalian binomial atau normal. Hal ini dapat dilakukan dengan
meneliti soalan yang diberikan. Sebagai contoh, soalan bagi kes 2, soalan ini merupakan contoh
bagi taburan kebarangkalian normal kerana soalan ini menginginkan kita untuk mencari selang
markah. Situasi ini begitu sinonim dengan definisi bagi taburan kebarangkalian normal dimana
taburan kebarangkalian normal adalah sesuai digunakan sekiranya soalan menginginkan kita
untuk mencari nilai pemboleh ubah

yang berada dalam julat atau selang tertentu. Maka, hal ini

sangat bersesuaian dengan soalan kes 2 yang mengkehendakkan selang markah bagi setiap
gred.
Perkataan selang atau julat sememangnya merujuk kepada taburan kebarangkalian
normal kerana soalan sebegini hanya mampu diselesaikan menggunakan kaedah penggantian
pemboleh ubah

kepada pemboleh ubah

dan seterusnya menggunakan skor z untuk mencari

jawapan. Selain itu, berdasarkan pemerhatian, soalan kes 2 merupakan taburan kebarangkalian
normal kerana soalan ini telah memberikan nilai min dan sisihan piawai. Kebiasaannya, soalan
yang memberikan nilai min dan sisihan piawai adalah soalan taburan kebarangkalian normal
kerana seperti yang kita tahu, kedua-dua nilai ini
digunakan

13

untuk

menukarkan pemboleh ubah

kepada

. Maka, jika diperhatikan, terdapat perbezaan antara

soalan taburan kebarangkalian binomial dan taburan kebarangkalian normal.


Namun, perlu diingat, berdasarkan pemerhatian terhadap perbezaan bagi kedua-dua
taburan ini, saya dapati terdapat juga persamaan antara taburan kebarangkalian binomial dan
taburan kebarangkalian normal. Persamaan ini dikesan kerana kedua-dua taburan tersebut
mempunyai rumus yang sama iaitu kedua-duanya turut menggunakan min dan sisihan piawai
dalam pengiraan. Walaubagaimanapun, komponen bagi menghasilkan rumus-rumus tersebut(min
dan sisihan piawai) masih berbeza bagi kedua-dua taburan. Bagi taburan kebarangkalian binomial,
nilai min tidak semestinya diberikan dalam soalan namun bagi taburan kebarangkalian normal
pula, nilai min akan diberikan dalam soalan kerana nilai min amat penting iaitu bagi menukarkan
pemboleh ubah

kepada pemboleh ubah

. Selain itu, antara persamaan yang wujud ialah

kedua-dua taburan, baik binomial mahupun normal boleh diwakilkan dalam bentuk graf.

Esei bagaimana kemahiran dalam kebarangkalian dapat membantu saya


dalam kehidupan seharian terutamanya sebagai seorang pelajar.

Seperti yang kita sedia maklum, Kebarangkalian merupakan antara cabang dalam
Matematik yang diajar di sekolah menengah serta di peringkat institut pengajian tinggi. Mata
pelajaran Kebarangkalian secara umumnya mengetengahkan serta lebih menjurus kepada
kemampuan seseorang untuk meramal kejadian yang belum atau akan berlaku. Objektif mata
pelajaran ini adalah seperti mata pelajaran yang lain iaitu untuk memberi pengetahuan kepada
pelajar sekaligus dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam kehidupan seharian bagi
menyelesaikan masalah. Justeru itu, tidak dinafikan bahawa initipati mata pelajaran ini banyak
membantu dalam kehidupan seharian.
Antara contoh bagaimana kemahiran dalam kebarangkalian dapat membantu saya dalam
kehidupan seharian ialah ketika menaiki kenderaan. Sebaik sahaja saya menaiki kenderaan
misalnya kereta, saya akan memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku ketika di jalan
14

raya. Dua kemungkinan yang boleh berlaku ialah sama ada terlibat dalam kemalangan atau tidak.
Berlandaskan pertimbangan ini, saya boleh mengambil langkah-langkah bagi menghadapi segala
kemungkinan misalnya memakai tali pinggang keledar, mematuhi arahan lampu isyarat dan
sebagainya bagi mengelakkan daripada terlibat dengan kemalangan. Selain itu, jika terlibat dalam
kemalangan,

langkah

keselamatan

seperti

memakai

tali

pinggang

keledar

tadi

dapat

mengurangkan risiko kepada kejadian yang lebih teruk. Melalui senario ini, kita dapat melihat
bagaimana kemahiran dalam kebarangkalian ini dapat membantu saya untuk meramal segala
kemungkinan. Kesannya, saya dapat mengambil langkah yang sepatutnya dalam menghadapi
kejadian yang bakal berlaku dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Selain itu, kemahiran dalam kebarangkalian yang acapkali saya gunakan dalam kehidupan
seharian ialah dalam meramal cuaca. Situasi ini sering saya gunakan ketika ingin melakukan
aktiviti luaran atau ketika hendak bersiar-siar. Sebelum bergerak keluar dari rumah, saya akan
meninjau keadaan cuaca pada ketika itu. Sekiranya cuaca panas terik, saya berpendapat bahawa
hari tidak akan hujan dan sesuai untuk melakukan aktiviti luar seperti berjoging atau bersukan dan
begitu juga sebaliknya. Selain itu, saya juga akan melihat keadaan cuaca dalam masa-masa yang
terdekat untuk meramal cuaca pada hari itu. Misalnya, jika majoriti hari-hari dalam minggu tersebut
adalah panas terik, maka tanggapan saya akan lebih menjurus bahawa cuaca pada hari tersebut
juga akan panas terik. Tanggapan ini adalah berdasarkan kepada analisis yang dilakukan terhadap
keadaan cuaca sejak kebelakangan itu. Namun, saya tidak hanya membuat penilaian berdasarkan
keadaan cuaca pada ketika itu sebaliknya saya sentiasa memikirkan bahawa kebarangkalian
untuk hujan akan turun masih berlaku. Maka, saya akan mencari cara penyelesaian sekiranya
hujan akan turun pada hari tersebut. Contohnya, saya akan membawa payung atau baju hujan
bersama-sama untuk digunakan sekiranya hari hujan. Melalui kaedah ini, kebarangkalian saya
mendapat demam juga turut berkurang kerana saya telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi
memastikan kesihatan diri. Berdasarkan tingkahlaku terbabit, dapat ditonjolkan bagaimana
kemahiran dalam kebarangkalian ini dapat membantu saya dalam menjaga kesihatan seterusnya
menghadapi kehidupan seharian. (Rudnicki A., 2013)
Kemahiran dalam kebarangkalian juga dapat membantu saya dalam bidang sukan. Hal ini
dapat dilihat ketika saya sedang bermain bola sepak. Saya menyedari hal ini sejurus selepas
mengkaji corak percubaan-percubaan ke arah gawang gol oleh rakan-rakan saya. Berdasarkan
percubaan-percubaan menjaringkan gol yang dilakukan, saya dapat menaakul dan membuat
keputusan bahawa kebarangkalian untuk menjaringkan gol turut bergantung kepada posisi.
Contohnya, jika seseorang bermain di posisi penyerang, kebarangkalian untuk menjaringkan gol
adalah lebih tinggi kerana jarak dengan gawang adalah lebih dekat serta kekerapan mendapat
bola adalah lebih tinggi berbanding pemain lain. Manakala, jika seseorang bermain di posisi
15

pertahanan, kebarangkalian untuk menjaringkan gol adalah lebih rendah berikutan faktor
kekerapan percubaan yang dilakukan adalah lebih rendah. Namun, saya juga menyedari bahawa
setiap seorang pemain mempunyai kebarangkalian untuk melakukan jaringan berdasarkan statistik
perlawanan-perlawanan sebelumnya.
Dari sudut seorang pelajar pula, kemahiran dalam kebarangkalian telah banyak membantu
saya dalam kehidupan seharian khususnya dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh
pensyarah. Saya telah meramal dan memikirkan semua kemungkinan yang boleh terjadi ketika
menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai contoh, memandangkan hampir kesemua kerja kursus
memerlukan komputer riba dan rangkaian Internet, saya sentiasa memikirkan kemungkinan yang
boleh berlaku misalnya rangkaian Internet terputus atau jika komputer riba saya mengalami
kerosakan. Melalui pertimbangan sebegini, secara tidak langsung saya dapat menyediakan inisiatif
lain bagi menghadapi kejadian yang bakal berlaku. Contohnya, jika rangkaian Internet terputus,
saya telah menyediakan inisiatif lain seperti berkunjung ke pusat jalur lebar berdekatan atau
berkunjung ke restoran yang menyediakan perkhidmatan Wifi. Selain itu, saya juga boleh meminta
bantuan daripada rakan-rakan mahupun ahli keluarga saya berhubung masalah ini. Begitu juga
dengan kerja sekolah yang diberikan oleh pensyarah, saya akan memikirkan perkara-perkara yang
boleh berlaku seperti bekalan elektrik terputus jika saya menyiapkan kerja tersebut pada waktu
malam. Oleh itu, ekoran daripada ramalan-ramalan sebegini, secara tidak langsung saya dapat
bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga contohnya seperti menyiapkan kerja tersebut pada
waktu siang. Situasi ini dengan jelas dapat menggambarkan bagaimana kemahiran dalam
kebarangkalian dapat membantu saya terutama dari sudut seorang pelajar.
Seterusnya, kemahiran dalam kebarangkalian juga sering saya aplikasikan dalam hidup
sebagai seorang pelajar terutama apabila menjelang musim peperiksaan. Saya seringkali
membuat analisis soalan tahun-tahun lepas dan cuba mencari corak soalan. Saya akan cuba
mengenalpasti topik yang seringkali disoal dalam peperiksaan. Kemudian, setelah mengetahui
corak soalan, saya akan meramal soalan-soalan yang berkemungkinan akan disoal dalam
peperiksaan berdasarkan analisis yang dilakukan. Namun, dalam memberi tumpuan kepada topik
yang diutamakan, saya juga tidak terlepas pandang topik-topik yang lain kerana soalan-soalan
terbabit juga berkemungkinan untuk disoal. Hasilnya, saya dapat menjawap soalan-soalan
peperiksaan dengan baik. Kesimpulannya, senario tersebut merupakan antara dalil kukuh yang
menunjukkan bahawa kemahiran dalam kebarangkalian iaitu dalam meramal dan mengenalpasti
segala kemungkinan yang boleh berlaku sememangnya dapat membantu dalam kehidupan
seharian.
Seterusnya, kemahiran dalam kebarangkalian juga dapat membantu saya iaitu dalam
membentuk organisasi kelas. Sebagai contoh, ketika hendak membentuk organisasi unit
16

Matematik, saya telah menggunakan kaedah pilih atur dan gabungan iaitu antara elemen dalam
kebarangkalian. Situasi ini bermula apabila berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan rakanrakan saya setelah membentuk organisasi kelas. Justeru itu, oleh kerana bilangan yang terlalu
sedikit iaitu hanya 6 orang, saya telah menggunakan kaedah gabungan iaitu dengan
menyenaraikan semua jawatan yang mungkin bagi setiap orang. Melalui kaedah ini, masalah
ketidakpuasan hati dapat diselesaikan kerana setiap orang dapat memilih jawatan yang sesuai.
Justeru itu, saya telah menyedari bahawa kemahiran dalam kebarangkalian sebenarnya boleh
membantu dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, antara kegunaan kebarangkalian dalam kehidupan saya sebagai seorang
pelajar ialah dalam menentukan masa ke sekolah. Semasa berada di peringkat sekolah rendah
dan menengah, saya telah menggunakan kemahiran dalam kebarangkalian iaitu dalam meramal
masa bas sekolah untuk sampai ke kawasan perumahan. Saya telah membuat ramalan
berdasarkan waktu bas sekolah tersebut sampai ke kawasan perumahan pada hari-hari
sebelumnya. Saya juga akan menganggar jarak dan kelajuan bas berdasarkan pengalaman
menaiki bas tersebut. Melalui kaedah ini, saya dapat meramal masa yang diambil oleh bas untuk
sampai ke kawasan perumahan sekaligus dapat menganggar waktu yang sesuai untuk menunggu
bas agar saya tidak menunggu terlalu lama atau terlewat. Namun, saya juga turut mengambil kira
faktor lain seperti cuaca kerana saya berpendapat bahawa bas tersebut berkemungkinan akan
datang lebih lewat sekiranya hari hujan. Kesannya, sepanjang persekolahan di peringkat rendah
dan menengah, saya tidak pernah terlewat ke sekolah atau menunggu terlalu lama di tempat
perhentian bas. Senario ini dengan jelas telah menggambarkan bagaimana kemahiran dalam
kebarangkalian dapat membantu saya dalam kehidupan terutama sebagai seorang pelajar.
Akhir sekali, antara contoh bagaimana kemahiran dalam kebarangkalian dapat membantu
saya sebagai pelajar ialah dalam meramal menu makanan di kantin sekolah. Situasi ini terjadi
ketika saya berada di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya dapat meramal menu
makanan yang disediakan oleh pihak kantin berdasarkan pemerhatian daripada hari-hari
sebelumnya. Sebagai contoh, pada hari Khamis, menu yang disediakan ialah mee goreng. Saya
telah mengenalpasti bahawa menu ini akan disediakan pada setiap hari Khamis setelah meninjau
menu makanan pada hari Khamis selama beberapa minggu. Berdasarkan prosedur ini, saya dapat
menganggar menu makanan pada hari Khamis di minggu seterusnya. Setelah itu, saya turut
membuat tinjauan terhadap menu makanan pada hari-hari lain dan dapat meramal menu makanan
yang disediakan di kantin dengan tepat. Hal ini dapat membantu saya kerana sekiranya saya tidak
berminat untuk makan mee goreng pada hari Khamis, maka saya tidak perlu untuk pergi ke kantin
bagi menjimatkan masa serta tenaga. Masa tersebut juga boleh saya gunakan untuk ke pusat
sumber bagi menelaah pelajaran atau bagi tujuan lain. (Rudnicki A., 2013)
17

Tuntasnya, kemahiran dalam kebarangkalian iaitu dalam membuat ramalan serta


menganalisis setiap kemungkinan sememangnya amat berguna dalam kehidupan seharian.
Kemahiran sebegini seyogianya diaplikasikan dengan baik agar dapat memberi faedah dan
membantu dalam kehidupan.

RUJUKAN
18

Bibliografi

Buku :
Abd Shukor Abd Rahman. (1997) Matematik Matrikulasi Jilid 2. Selangor Darul Ehsan. Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
_________. (2013) Mathematics For Matriculation. Selangor Darul Ehsan. SAP Education.
Lial, Margaret L., Hungerford Thomas W. (2002) Mathematics with Application. United States of
America. Pearson Education.
Forsters, I., Thompson, S. (2001) Access to General Maths. Australia. Longman.
Yaw, Sim K., Teck, Pua K., Hin, Chang T. (2013) Target Bestari Additional Mathematics SPM.
Selangor Dahrul Ehsan. Sasbadi Sdn.Bhd.
Eng, Tan C., Bew, Chong C., Soon, Min L., etl. (2001) Matematik STPM Jilid 2( Tulen dan Statistik ).
Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Internet :
_________. (Tahun tidak dinyatakan). Differences between Normal and Binomial distribution diakses
daripada http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20061231220618AAwZMIX pada 29 Julai

19

2013
Rudnicki, A. (2013). Uses Of Probability diakses daripada http://www.ehow.com/info_7922290_everydayuses-probability-elementary-math.html pada 4 Ogos 2013
_________. (Tahun tidak dinyatakan). Probability distribution diakses daripada
http://stattrek.com/probability-distributions/discrete-continuous.aspx pada 18 Ogos 2013.
Hansen, R. (2003). Normal and binomial diakses daripada
http://staweb.sta.cathedral.org/departments/math/mhansen/public_html/23stat/handouts/normbino.htm pada
18 Ogos 2013.
Chen, M. (Tahun tidak dinyatakan). Introduction to binomial and normal distribution diakses daripada
http://classes.smileschen.com/resources/introduction-to-r/binomial-and-normal pada 20 Ogos 2013.

LAMPIRAN
20

21

22

23

24

25

26

You might also like