You are on page 1of 6

SOALAN FORUM SMU 3063 STATISTIK ASAS

Topik perbincangan:
-Jenis-jenis statistik
-Pembolehubah kuantitatif diskret dan selanjar
-Pembolehubah kualitatif
-Populasi dan sampel
-Parameter dan statistik
-Data sumber primer dan data sumber sekunder
-Taburan kekerapan dan graf
Kebarangkalian
Topik perbincangan:
-Statistik pemerihalan
-ruang sampel
-ruang kebarangkalian
-kebarangkalian bersyarat
-peristiwa merdeka
Topik perbincangan:
-persampelan rawak mudah
-persampelan rawak sistematik
-persampelan rawak berstrata
-persampelan rawak berkelompok
-ralat persampelan dan ralat bukan persampelan
-teknik persampelan keselesaan
-teknik persampelan pertimbangan
-teknik persampelan kuota
Forum 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan.

Terdapat beberapa jenis statistik iaitu :
a) Statistik deskriptif atau huraian
b) Statistik inferen atau penerangan

Statistik inferens adalah digunakan untuk membuat rujukan tentang populasi
berdasarkan aspek yang tidak diketahui dalam populasi berdasarkan sampel. Ia
digunakan dalam penganggaran, mengukur selang keyakinan, pengujian hipotesis,
analisis regresi dan korelasi dan lain-lain lagi. Statistik deskriptif adalah teknik statistik
digunakan bagi merumus dan menerangkan tentang sesuatu set data dan
menghuraikan cirri-ciri sampel . Penjadualan dan persembahan data adalah contoh
statistik deskriptif. Begitu juga perumusan dan penerangan tentang ukuran
kecenderungan memusat dan ukuran serakan termasuk dalam statistik deskriptif.

Pembolehubah kuantitatif diskret ialah pembolehubah yang boleh diukur secara tepat
seperti bilangan peserta di sebuah seminar atau bilangan kesalahan menaip yang
dilakukan oleh jurutaip . Pembolehubah kuantitatif selanjar ialah sesuatu pembolehubah
yang mengambil sebarang nilai antara nilai minimum dan nilai maksimum.
Pembolehubah kuantitatif selanjar diperolehi dengan cara mengukur dan mungkin
terdiri dari nombor pecahan dan nombor perpuluhan.

Pembolehubah kualitatif ialah melibatkan maklumat yang tidak boleh dikira. Ia terdiri
daripada angka-angka atau skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti. Angka-angka
atau skor-skor ini cuma menunjukkan kategori, nama, jenis, kelas atau pangkat
bandingan.
Populasi didefinasikan sebagai pungutan manusia, objek, atau item yang diminati. Ia
mengandungi kesemua subjek berdasarkan kepentingan sesuatu kajian. Populasi boleh
juga sebagai kumpulan manusia atau set objek. Sampel adalah bahagian daripada
keseluruhan, jika ia diambil dengan sempurna, ia mewakili keseluruhan. Untuk
beberapa sebab yang tertentu, penyelidik biasanya lebih gemar untuk menggunakan
sampel berbanding dengan populasi.

Parameter adalah ciri-ciri yang menerangkan populasi. Ukuran pemerihalan berangka
yang dihitung daripada sesebuah populasi dinamakan parameter. Manakala statistik
adalah ciri-ciri yang menerangkan sampel. Ukuran pemerihalan yang dihitung daripada
sesebuah sampel dinamakan statistik. Perbezaan antara parameter dan statistik adalah
statistik menggambarkan sampel, manakala parameter menggambarkan keseluruhan
populasi.


Data sumber primer adalah data yang belum pernah diterbitkan, iaitu data yang
diperolehi daripada kajian penyelidikan yang baru dan dipungut dari sumber asalnya.
Data sekunder atau data peringkat kedua adalah data yang telah pun dikumpulkan
sebelum ini dan mudah didapati daripada sumber-sumber lain.

Taburan kekerapan ialah proses menyusun dan membentang set data dalam bentuk
baris dan lajur. Kebaikan menggunakan taburan kekerapan ialah data yang kompleks
dapat diringkaskan dan dibandingkan serta boleh dianalisa. Salah satu kegunaan
taburan kekerapan ialah untuk meringkaskan data yang tidak tersusun dan boleh
digambarkan dalam bentuk graf . Tujuan dipersembahkan dalam bentuk graf adalah
untuk menunjukkan keadaan pola dan bentuk taburan kekerapan.

Sekian.


MEMPERIHALKAN TABURAN DEAMBARAJAH

Forum 2

Kebarangkalian
Topik perbincangan:
-Statistik pemerihalan
-ruang sampel
-ruang kebarangkalian
-kebarangkalian bersyarat
-peristiwa merdeka


Salam sejahtera.
Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan yang
akan atau telah berlaku. Kebarangkalian biasanya digunakan secara meluas dalam
bidang seperti statistik dan matematik .Statistik pemerihalan bermaksud ukuran
pemerihalan berangka yang diukur daripada sampel. Contohnya min sampel yang dikira
berdasarkan cerapan dalam sesuatu sampel dan dikira menggunakan rumus. Dalam
statsitik pemerihalan menyatakan kaedah mengira min bagi data terkumpul atau data
tidak terkumpul , mengira median dan juga mengira mod. Kaedah pengiraan juga
melibatkan penggunaan ogif kurang daripada atau lebih daripada untuk mengira min,
mod dan median.
Sekian.

Salam sejahtera .
Cikgu berpendapat kebarangkalian menekankan kepada perkara yang akan berlaku
mengikut ramalan kita. Saya juga berpendapat begitu dimana sesuatu peristiwa atau
perkara boleh berlaku dalam keadaan yang kita ramalkan. Ini menunjukkan
berkemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa mengikut jumlah ramalan yang dibuat.
Seperti dalam permainan bola sepak. Ada kebarangkalian pasukan Harimau menang 3
kali dalam kumpulan A.Manakala pasukan Kijang mempunyai kebarangkalian menang
adalah kurang 1 daripada pasukan Harimau.

Salam sejahtera cikgu.

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai konsep kebarangkalian. Definisi
kebarangkalian sesuatu peristiwa adalah seperti contoh berikut.
Jika X mewakili sesuatu peristiwa atau suatu set kesudahan yang dikehendaki dan Y
mewakili ruang sampel bagi semua kesudahan yang mungkin berlaku, kebarangkalian
peristiwa X berlaku ialah :

P (X) = n (X)
n (Y)
n(X) = bilangan kesudahan dalam set
n (Y) = jumlah semua kesudahan yang mungkin dalam ruang
sampel


Maka kebarangkalain sesuatu peristiwa itu berlaku adalah 0 hingga 1 iaitu 0 P (X)
1 .
Jika pelengkap X ( X) mewakili pelengkap bagi set X, iaitu peristiwa X tidak akan
berlaku. Kebarangkalian peristiwa X tidak akan berlaku ialah P (X) = 1 P (X)
Sekian.

Salam sejahtera.
Saya ingin berkongsi juga maklumat mengenai ruang kebarangkalian. Terdapat ruang
kebarangkalian terhingga dan tak terhingga. Berdasarkan modul, ruang kebarangkalian
diperolehi dengan menguntukkan kebarangkalian nombor nyata. Nombor-nombor nyata
boleh dianggap sebagai sama sahaja dengan titik-titik pada garis selanjar. Semua
nombor nisbah adalah nombor nyata dan seperti dengan nombor nisbah, nombor nyata
boleh dikelaskan, baik sebagai positif, sifar, mahupun negatif. Nombor nyata boleh
dicirikan dengan unik melalui sifat matematiknya. Ruang kebarangkalian sama
terhingga adalah ruang kebarangkalian terhingga dengan setiap titik sampel
mempunyai kebarangkalian yang sama. Kebarangkalian bersyarat merupakan
terjadinya sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan peristiwa yang lain. Seperti sesuatu
kejayaan diperolehi disebabkan kesungguhan untuk berjaya telah berlaku.
Sekian.

Salam sejahtera cikgu.
Saya juga berpendapat bahawa statistic pemerihalan merujuk kepada kecenderungan
memusat seperti pencarian atau pengiraan min, median dan mod sesuatu peristiwa
yang melibatkan maklumat seperti data. Saya ingin menambah maklumat mengenai
peristiwa medeka. Peristiwa merdeka merujuk kepada Dua peristiwa X dan Y dikatakan
merdeka jika kebarangkalian terjadinya peristiwa X tidak mempengaruhi kebarangkalian
terjadinya peristiwa Y. Untuk mengatakan peristiwa merdeka adalah bahawa
berlakunya satu peristiwa menjadikan ia tidak lebih atau tidak kurang kebarangkalian
yang lain berlaku. Sebagai contoh:
Peristiwa mendapat 6 pertama kali melontar dadu; dan peristiwa mendapat 6
apabila melontar kali kedua adalah bebas.
Sebaliknya, peristiwa mendapat 6 pertama kali melontar dadu dan peristiwa bahawa
jumlah nombor yang dilihat pada cubaan melontar kali pertama dan kali kedua
adalah 8 adalah tidak bebas.
Sekiranya dua kad diambil dengan gantian dari dek kad , peristiwa menarik kad
merah pada cubaan pertama dan menarik kad merah pada cubaan kedua
adalahbebas.
Sebaliknya, sekiranya dua kad ditarik tanpa penggantian dari dek kad, kemungkinan
menarik kad merah pada cubaan pertama dan menarik keluar kad merah pada
cubaan kedua juga tidak bebas.

Forum 3

Salam sejahtera.
Teknik persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan yang ingin diselidiki oleh
pengkaji. Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan oleh pengkaji untuk
sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar yang dipilih. Tujuan
persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang,
institusi, tempat, atau fenomena). Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh
sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan
pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan
pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel
tersebut. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili
pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.
Dalam teknik persampelan pula terdapat beberapa

You might also like