You are on page 1of 3

Soalan 3

Bilik darjah merupakan tempat yang paling menyeronokkan bagi semua pihak. Bilik darjah
ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima
seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang dari semua aspek
kehidupan. Pelajar dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf sosiekonomi, latar
belakang keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza.
Lantaran itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan
memberikan perhatian terhadap pelajar. Guru membolehkan setiap pelajar mendapat peluang
yang adil untuk pembelajaran yang berkesan bagi mengelakkan isu perkauman.
Antara langkah-langkah yang boleh mengatasi bagi mengelakkan isu perkauman dalam
konteks bilik darjah adalah guru perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi
antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling membantu serta hormatmenghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks
bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala
maklum balas yang berlaku antara kedua-dua pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan
perlu segera, malah seolah-olah langsung tidak memberikan kesempatan untuk merancang dan
berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu
kreatif dan inovatif, malah lebih daripada itu.
Selain daripada itu guru juga boleh menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam
bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai
kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.
Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan
terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam
satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana
mesra budaya secara tidak langsung.
Seterusnya aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya
tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai
kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai
yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya
dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan
untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk

bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung
untuk mewujudkan perpaduan dalam kelas.
Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi
sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan muridmurid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum
etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan pelbagaii aktiviti - aktiviti
multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat muridmurid. Contohnya di sudut budaya ini Kamal dapat mengetahui tentang kebudayaan serta
agama Thiban dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak wujud
perasaan prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu
kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan
sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan
sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to
explore, investigate and discover knowledge.
Cadangan yang seterusnya adalah guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan
patriotik di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan
antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang
aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah.
Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di
mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak
atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang
etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti
interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa
membuat

tugasan

murid-murid

dapat

memupuk

serta

menghayati

nilai-nilai

seperti

bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.


Kesimpulannya, kepelbagaian budaya memberikan implikasi yang besar terhadap
masyarakat dan pendidikan. Implikasi terhadap sekolah, guru serta murid telah menyebabkan

sistem pendidikan di negara kita mengambil kira kepelbagaian budaya yang ada di
sekelilingnya.

You might also like