You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) PUSAT TELOK DATOK

42700 BANTING, SELANGOR.

KERTAS KERJA
MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN
ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP

TARIKH :
5 - 16 OKTOBER 2015

TEMPAT :
PAPAN KENYATAAN SJK(T) PUSAT TELOK DATOK.

MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN


1.0 PENGENALAN
Di SJK(T) PUSAT TELOK DATOK, terdapat banyak papan kenyataan yang biasanya
dihiaskan dengan maklumat - maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya murid - murid dapat
membaca maklumat tersebut pada masa lapang. Murid - murid biasanya akan berbual kosong
atau menceritakan hal - hal mereka seharian apabila mereka lapang.
Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar papan kenyataan yang terdapat
di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuai dan dihiaskan dengan cantik dimana ia boleh
menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh memberikan informasi. Justeru itu, papan
kenyataan akan memberi ilmu kepada murid - murid secara tidak langsung.
Papan kenyataan di sekitar kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan - bahan yang
menarik dan dapat menarik perhatian murid - murid walaupun hanya membaca sepintas lalu.
Maklumat - maklumat yang diperolehi daripada

papan kenyataan sedikit sebanyak dapat

membantu murid - murid untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana
pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada
pembelajaran formal di dalam bilik darjah.
Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat murid untuk
lebih menerokai sesuatu yang baru dimana mereka belum ketahui. Mereka berkemungkinan akan
berasa bosan dengan situasi yang sama di dalam kelas dan ini akan membuka satu peluang
kepada murid murid untuk mengadapatasi ilmu pengetahuan yang baru.

2.0 RASIONAL
Papan kenyataan yang

dirancang ini akan dapat membantu murid - murid agar lebih

mengenali misi sekolah, panitia setiap matapelajaran, kokurikulum sekolah

dan pencegahan

jenayah. Maklumat - maklumat yang terdapat di papan kenyataan dapat membantu tahap
pembacaan dan meluaskan pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat - maklumat yang
terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid - murid dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.

3.0 MATLAMAT
Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu murid - murid
mendapatkan maklumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa
pengawasan guru. Mereka tidak lagi akan membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika
waktu lapang.

4.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pusat Telok Datok dapat:

1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.


2. Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan maklumat terkini.
4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat terkini
kepada murid - murid.
5. Melahirkan murid - murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


5 16 Oktober 2015

6.0 MASA
Sepanjang sesi persekolahan.

7.0 TEMPAT
3 buah Papan kenyataan:
-

Papan Kenyataan Bahasa Tamil.


Papan Kenyataan Sains
Papan Kenyataan di Kantin.

8.0 SASARAN
Semua murid

9.0 JAWATANKUASA PROJEK


Pengerusi

EN. N. ANPALAGAN
( Guru Besar SJK (T) PUSAT TELOK DATOK)

Ketua & Mentor

Projek

EN.
( Guru Pembimbing )

Setiausaha

TINESH A/L MEROIVIRAN


(Guru Pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)

AJK

Warga Pendidik SJKT Pusat Telok Datok.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan
Kertas warna

: RM 24.00

Kertas Gambar

: RM 13.00

Kertas Glitter

: RM 11.80

Kertas Aluminium

: RM 7.90

Ribon

: RM 39.60

Manik

: RM 18.70

UHU Glue

: RM 5.90

Sticker

: RM 7.80

Lain lain

: RM 3.50

JUMLAH

: RM 132.20

11.0 CADANGAN BAHAN :


1. Misi sekolah & Visi sekolah
2. Bahan kurikulum ( panitia )
3. Bahan kokurikulum ( kelab, badan beruniform & permainan )
4. Bahan Makanan Sihat

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah
mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia dapat memanfaatkan
masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah
kepada mereka.

Disediakan oleh :
..
( TINESH A/L MEROIVIRAN)
Setiausaha,
Projek Menghiaskan Papan Kenyataan.
SJK(T) Pusat Telok Datok.

Disemak oleh :

..............................................
( EN. NANTHAKUMAR A/L SEVAPERUMAL)
Ketua dan Mentor,
Projek Menghiaskan Papan Kenyataan
SJK(T) Pusat Telok Datok.

Diluluskan oleh :
...
( EN. N. ANPALAGAN)
Guru Besar,
SJKT Pusat Telok Datok.

You might also like