You are on page 1of 20

Saturday, 19 January 2013

PISMP SEM 3: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS


Subjek major terbaru bakal saya pelajari pd semester ini......Time intro pun rasa mcm susah je
subjek ni....Lagi2 Lecture saya tells us, semester lepas ade segelintir guru pelatih nyaris2
gagal dalam exam coz kurang bagi tumpuan pada kuliah beliau....seram sejuk
dengar....mintak2 tu bukan ak....hopefully.... ^_^
BTW, alhamdulillah saya memulakan kuliah dengan rasa tenang dan ada sedikit kemanisan
untuk ambil perhatian dalam kelas......lecture saya pun agaknya take serious about this
subjek...
P/S: Nota subjek ini sekadar untuk menambah kefahaman (maybe) dan menambah nota2 yang
korang sudah ada.......semua maklumat ini diperoleh semasa pembentangan kumpulan dan
penerangan yang terperinci (tapi saya x ambil perhatian 100% kerna banyak
gangguan....hahahaha) oleh lecture saya semasa berada di IPGKKB.....sebarang penambahan
atau pembetulan amat digalakkan untuk memperkayakan lagi nota yang kurang kaya
ini..hehehehe
Oklah tanpa membuang masa, jom saya perkenalkan Bab 1 dalam subjek ini iaitu:
BAB 1: Kepentingan Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

Perkara or subtopic yang perlu kita pelajari dan tahu dalam bab ni ialah:
A. Maksud Pentaksiran
Ape yang dimaksudkan dengan pentaksiran wahai sahabatku??? Pernah dengar x Pentaksiran
Berasaskan Sekolah??? Lebih kurang same je sahabat oi......
Gronlund (1993) mendefinisikan Pentaksiran sebagai proses menentukan, mendapatkan dan
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang
selanjutnya.

David Lambert dan David Lines (2000), pula tells us the meaning of
Assessment@pentaksiran is proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan
maklumat mengenai respon murid kepada tugas pendidikan.
Gearheart (1990), mengatakan pentaksiran ialah proses pengumpulan dan penterjemahan
secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan
apabila bersesuian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.
Slavia dan Yseldyke (1978), pulok royak pentaksiran ni sebagai proses pengumpulan data
dengan tujuan untuk kenal pasti dan mengesan masalah murid serta membuat keputusan...
Kesimpulan yang dapat sayo buat berdasarkan definisi org2 hebat di atas ialah, pentaksiran ni
ialah usaha guru dalam mengumpul data atau maklumat berkenaan kelemahan muridnya bagi
merancang aktiviti PDP dengan lebih berkesan untuk tingkatkan lagi pemahaman mereka
berkenaan topik yang diajar.. Nadzim Bakri (2013)....sayo pun nak jadi tokoh jugok la...hik2
B. Tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Apelahkan tujuan pentaksiran ni digunakan di sekolah terutamanya dalam pendidikan khas??
Berdasarkan definsi di atas, korg dah boleh buat andaian tentang tujuan or pentingnya
pentaksiran ni dibuat di sekolah.
Antara tujuan pentaksiran ialah:
1. Beri maklum balas kepada murid untuk perbaiki pencapaian. Contohnya, murid yang
tak pandai mengeja or membaca,guru akan laksanakan intervensi untuk perbaiki
masalah tersebut.
2. Mendapatkan maklumat yang berkualiti bagi membuat interpretasi yang sah dan boleh
dipercayai mengenai pembelajaran murid.
3. Dapat kenalpasti jika murid fahami kurikulum yang diajar atau sebaliknya. Guru perlu
mengajar semula dengan kaedah yang berlainan atau menggunakan BBM yang lebih
baik jika kurikulum yang diajar tidak difahami atau tidak mencapai objektif.
4. Memberi maklumat kepada ibubapa/penjaga tentang prestasi pembelajaran
anak/jagaan mereka.
5. Penentuan kumpulan untuk proses PdP.
6. Pemilihan BBM yang sesuai.
C. Bidang Pentaksiran
Guru seharusnya melaksanakan pentaksiran secara individu......lebih molek katanya....Bila
difikirkan balik, betul jagak kan??? Pentaksiran ni perlulah dilakukan secara perseorang
supaya intervensi dapat dibuat dengan lebih baik dan sempurna. Pentaksiran perlu mengambil
kira beberapa aspek iaitu:
1. Kemahiran Kognitif
2. Kecerdasan

3. Memori
Selain daripada aspek tersebut....Guru juga boleh melihat aspek lain yang termasuk dalam
Bidang Pentaksiran. Antaranya ialah:
1. Kemahiran Motor - termasuklah motor kasar dan motor halus.
2. Kemahiran Persepsi - kemahiran ini termasuklah persepsi visual (melibatkan
penglihatan) dan persepsi auditori (melibatkan pendengaran).
3. Pencapaian Akademik
4. Bacaan - tulisan, matematik dan lain2.
5. Kemahiran Bahasa - bahasa expresif (luahan murid melalui tulisan dan pertuturan) dan
bahasa reseptif (pendengaran dan penglihatan).
6. Tingkahlaku - Sosial, emosi, kesihatan, pemeriksaan penglihatan dan pemeriksaan
pendengaran..
D. Instrumen Pentaksiran dan Penilaian
i) Pentaksiran Alternatif

berasaskan pendapat bahawa murid ni boleh membuat akses pembelajaran kendiri dan
belajar dari proses penilaian tersebut.

memberi peluang kepada murid untuk semak perkembangan diri sendiri termasuklah
perkembangan linguistik (semantik, morfologi, pragmatik dan fonologi) dan proses
pembelajaran.

ii) Pentaksiran Pencapaian

berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru ketika murid sedang melakukan
sesuatu aktiviti, tingkahlaku serta berinterkasi dengan orang lain....dengan membuat
pemerhatian yang teliti, guru akan dpt karekter yang real drp student diorg...bukan
karekter rekaan semata-mata.

nama lain ialah pentaksiran autentik (nilai kebolehan murid untuk lakukan sesuatu
tugas dalam keadaan dan situasi sebenar).

iii) Pentaksiran Real lifetask/Situation

beri peluang untuk tafsir kreativiti, kemahiran merancang, kebolehan untuk


mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran untuk belajar dengan orang lain.

iv) Ujian Saringan

dijalankan untuk kenalpasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah.

satu alat pengurusan yang menyeluruh membantu mengesan murid yang lemah (utk
asingkan&tentukan kumpulan murid dan dilaksanakan melalui ujian formal@x formal
sama ada secara individu@kumpulan)

dalam pemulihan, ujian saringan adalah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh
terhadap kekuatan dan kelemahan dalam kemahira2 asas.

dapat kenalpasti kelemahan dan memerlukan bantuan pemulihan.

v) Ujian Diagnostik
Ialah instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan kawasan lemah secara
saintifik yang dihadapi murid.....aaahaaa.....dengan kate lain, cikgu boleh tau ape masalah
murid dengan lebih detail, adakalah masalah dalam mengenal abjad, mengenal suku kata KV
or what ever (Bahasa Melayu).
Ujian ini adalah bertujuan untuk:

kenalpasti secara khusus kesulitan2 yang dihadapi murid.

kenalpasti punca kegagalan murid untuk kuasai kemahiran.

kenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan2 kesulitan yang


dihadapi murid.

bantu guru untuk merancang satu program pengajaran yang khusus (secara
individu@kumpulan) dengan lebih tepat dan sistematik.

bantu guru rancang objektif pengajaran.

membolehkan guru rancang dan bina bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut
tahap.

vi) Portfolio

popular digunakan dalam kalangan guru.

dijalankan secara berterusan.

sampel2 kerja yang disimpan dalam portfolio boleh tunjukkan kemajuan yang dicapai
oleh murid.

bahan2 bukti pencapaian.

vii) Pemerhatian

selalu je guru guna di sekolah.....guru ni suka tengok tingkah laku or masalah kita.

lebih diutamakan pada masalah tingkah laku.

perlu direkod sesuai untuk kemahiran tingkah laku dan sosial murid.

E. CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT


i) Rekod Lama

ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau peristiwa atau
keadaan pada masa sebelumnya.

contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap pencapaian
murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya rekod lama ini, guru dapat
membandingkan tahap pencapaian murid tersebut..sama ade meningkat atau semakin
menurun...

ii) Sample Kerja

juga dikenali sebagai hasilan kerja.

berdasarkan kerja murid yang telah siap.

example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah korang (homework).

iii) Pengujian

bertujuan untuk menilai pencapaian murid.

contoh paling dekat dengan korang ialah EXAM, I hate exam okey...lalaala

Pengujian ni satu prosedur yang lebih sistematik dan boleh dinilai dengan
menggunakan skala bernombor atau sistem berkategori.

iv) Pemerhatian

digunakan untuk mengenalpasti ciri2 perkembangan murid dari aspek afektif dan
psikomotor.

v) Soal Selidik

melalui teknik temubual untuk mendapatkan maklumat daripada murid.

BAB 2: Mentafsir Kebolehan Pembelajaran Asas


Waduhh....waduhh....kejap je belajar bab satu...tum2 masuk bab 2 dah.........moga2 bab satu tu
dlm kepala 120%....amin...
Oklah, without wasting time and energy yang gew ade ni untuk menaip..jom kita terus ke
subtopic yang bakal saya and sahabat saya sekelas yang pokpekpokpek tu ye....
A. Maksud Kebolehan Pembelajaran Asas

BTW for those yg terbaca catatan saya mengenai tajuk ni....ape yang saya tulis ni adalah
berdasarkan ape yang lecture saya kuliahkan kepada saya dan kwn2 saya.......tapi bile dilihat
mcm x sama je kuliah lecture saya dengan proforma ini....ape2 pun saya share je la kan?? ^_^
Akuiti Sensori ???? Ialah keupayaan menggunakan ketajaman deria yang ada untuk membuat
pengamatan dan amat berkait rapat dengan pengamatan Pendengaran dan Penglihatan.
Pengalamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara@situasi melalui sensori@deria
(berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman2
yang dilalui oleh seseorang). Ianya boleh dikembangkan dan dipelajari...mcm tingkah laku la,
boleh diubah-ubah dengan kata lain...
B. Jenis2 Pengamatan

Penglihatan

Pendengaran

SensoriMotor

C. Keperluan Pentaksiran Pengamatan

kesan masalah pengamatan seawal mungkin.

sediakan program2 yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak2


berkeperluan khas.

sediakan penempatan yang bersesuaian dengan masalah.

kenalpasti pasukan pelbagai disiplin (multidisplinary).

D. Masalah Pentaksiran Akuiti Sensori

kekurangan bahan/material

kekurangan pakar penilai

kemahiran di kalangan pelaksana (guru/pembantu guru)

kolaberasi antara guru-guru, guru-pentadbiran, guru- ibubapa

sikap rendah diri, akibat daripada kekurangan motivasi kendiri

E. Pentaksiran Pengamatan Penglihatan (Umum)

ujian kecerdasan (IQ test) yang dijalankan terhadap kanak-kanak bermasalah


penglihatan actually didapati tidak menguji kecerdasan sebenar kanak2 berkenaan.
Contohnya, "Apakah warna cat yang paling sesuai untuk rumah itu?".

kanak2 bermasalah pengluhatan sering kali didapati mengalami kesukaran dalam


memahami konsep2 yang melibatkan orentasi penglihatan seperti dalam matapelajaran
sains, bahasa melayu dan lain2.

F. Pelbagai Masalah Pentaksiran Kesukaran Visual

i) kekurangan visual aids - akan berlaku ketidaksahaan......contoh terdekat ialah, ibu


bapa tidak pasti dengan masalah anaknya kerana kekurangan aids atau dengan kata
lain bahan bantu mengajar. - aids seperti mesin braille, bahan2 yang diperlukan untuk
sentuhan.

ii) kepakaran guru - btw, kepakaran guru juga perlu diambil kira tau.....kalau guru x
pakar jgn jadi guru pendidikan khas tau, kesian budak2 pk...hehe....guru perlulah
mendapat latihan khas, contohnya di IPG (Institut Pendidikan Guru) atau lain2.
Dalam konteks kesukaran visual ini, guru perlulah pakar dalam menggunakan tulisan
braille, kalau guru x dapat menggunakan tulisan braille, tentulah guru tersebut x layak
untuk menjalankan tugasan sebagai guru pendidikan khas terutamanya yang
melibatkan visual murid khas.

iii) sikap murid yang mengalami masalah penglihatan - sikap murid juga
mempengaruhi berjayanya sesebuah pengajaran.....murid yang terlalu bergantung pada
guru dalam mengajarnya akan mengalami masalah....selebihnya..pkir sendiri...sya x
tau nak bagi contoh...hehe

iv) stigma/pelabelan masyarakat - contoh paling jelas ialah, masyarakat x suka


bergaul dengan kanak2 pendidikan khas, x mengiktiraf kekurangan yang dimilik oleh
golongan ini.

v) tempat/ruang untuk melaksanakan pentaksiran - ianya berbeza mengikut


kategori@tahap kecacatan penglihatan...contohnya, kanak-kanak rabun (low vision)
memerlukan bilik darjah yang cerah.

vii) tiada tindakan susulan diambil oleh pihak bertanggungjawab - individu yang
mengalami kemalangan dan menyebabkan kesukaran visual, mereka memerlukan
perkhidmatan daripada orang yang pakar untuk membantunya.

G. Pentaksiran Pengamatan Pendengaran


Apa Kecacatan Pendengaran???????
Utk pengetahuan u guys, kecacatan pendengan happen when terhadap masalah@kerosakan
pada 1 or lebih bahagian-bahagian tertentu di dalam telinga.....Kehilangan pendengaran
konduktif terjadi sekiranya terdapat masalah pada luaran, dalaman telinga termasuk salur
telinga (ossicles), ade sekatan@masalah struktur lain yang mengganggu pengaliran bunyi
melalui telinga....contohnyer tahi telinga..euwwwww.....kapas yang tersumbat.....dan
lain2....kehilangan pendengaran konduktif berlalu apabila bahagian penting telingan like
gegendang telinga, saluran telinga dan ossciles telinga rosak......manakala, kehilangan
pendengaran sensorineura terjadi kerana kerosakan dalaman telinga dan sistem sensori.

i) pendengaran biasa - boleh m'dgr semua bunyi pertuturan walaupun pd peringkat


perbualan perlahan, 10 - 15 decibel diaudiogram@audiologis (tahap pendengaran)

ii) pendengaran minimal - masalah dalam m'dgr pertuturan yg perlahan @ x jelas, 16 25 decibel (tahap pendengaran), contoh, murid lain di dalam kelas berbual dalam
masa yang sama guru memberi arahan, dan ini berkemungkinan informasi@arahan
tersebut x sampai.

iii) ringan - perlukan alat bantuan pendengaran@sistem FM peribadi, 26 - 40 decibel


(tahap pendengaran), 50% x dpt mendengar perbincangan kelas.

iv) sederhana - 3 hingga 5 kaki boleh didengari, alat bantuan pendengaran@sistem


FM peribadi sgt diperlukan, 41 - 55 decibel (tahap pendengaran).

v) sederhana hingga teruk - murid mungkin x dpt mendengar 100%, perlukan bantuan
tambahan utk kesemua subjek akademik bahasa, 56 - 70 decibel (tahap
pendengaran).

teruk - bunyi yang kuat pada jarak yang dekat, 71 - 90 decibel (tahap pendengaran).

vi) sgt teruk - menggunakan keseluruhan penglihatan untuk proses maklumat, 91


decibel ke atas (tahap pendengaran).

BAB 3: Mentaksir Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku


Hehehe...u all boleh search pasal tingkah laku ye.....maklumatnya lebih details.....
utk pengetahuan juga, tingkah laku dalam pendidikan khas ni dipelajari pada SEM 2 Ijazah
bagi guru pelatih IPG yang ambik kos Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)....Selamat
google.... ^_^
BAB 4: Mentaksir Bahasa Lisan
4.1 Komponen-Komponen Bahasa Lisan
Before kite masuk bab ni lebih mendalam, kita lihat dulu 5 komponen utama dalam
bahasa...hehe....that is:

a) Fonologi
Fono...fono...fono...fonologi ialah melibatkan bunyi2 bahasa yang diucapkan dan peraturan
bagi menentukan bagaimana bunyi itu digunakan....Contoh perkataan ialah:

Pin

Tin

Kebiasaannya, individu yang alami masalah pembelajaran, sukar utk bunyikan fonek dengan
betul.
Kadangkala, mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan
sebagainya...Contoh perkataan ialah:

Bahu ------> Bau

Kanak-kanak yang mengalami Down Sindrom sering mengalami masalah dari segi Fonologi.
b) Morfologi
Kebenda la Morfologi ni ye?? ayoyo...time saya dengar lecture beri keterangan about this
topik..mata ni hampir2 nak terlelap...........Morfologi ialah bidang yang mengkaji kata@bidang
yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas iaitu
morfem.
Sorry....saya x tau nak bagi contoh....korg cari sendiri la ek....
Morfem terbahagi kepada 2 pulak......morfem bebas (boleh berdiri sendiri) and morfem terikat
(x boleh berdiri sendiri)...ni punya penerangan u olls tengok sendiri dalam buku bahasa
melayu 1 or 2......penerangan terperinci ade dlm buku tu...atau...guna cara
biasa..GOOGLE..hik3
Kanak-kanak Terencat Akal sering mengalami masalah dalam Morfologi.....utk keterangan
lanjut...korg tanya sendiri lecture korg ape kaitan kanak2 terencat akal ngan masalah

morfologi...saya lupa nak catat time lecture bagi penerangan... :)


c) Sintaksis
Sintaksis ialah unsur terbesar dalam tatabahasa.....Ianya boleh dibina daripada unit2
tatabahasa yang lebih kecil seperti Frasa,Perkataan dan Morfem. pergi = perkataan, Ibu ke
pasar = frasa...apabila di gabungkan perkataan tersebut akan membentuk....Ibu pergi ke pasar.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis ini, kanak-kanak
tersebut hanya mampu menyebut "Ibu pasar"....ermmmm....kesian kan??....so sebagai guru
pendidikan khas yang betul2 mementingkan kesempurnaan dalam pengajarannya...masalah ini
perlu diatasi dengan betul agar murid dapat menguasai tatabahasa......ekkk...
d) Semantik
Gapo dio pulok semantik ni??kecek Kelate la puloksss...Semantik ni pulak berkaitan dengan
Makna or Meaning dlm Bahaso Inggeris.....
Ianya merujuk kepada cara perkataan tersebut digunakan secara bermakna dalam proses
berkomunikasi...
Contoh: Semak (belukar), Semak (kertas peperiksaan)
Murid berkeperluan khas like autisme and lain2 mungkin akan keliru dengan penggunaan
makna perkataan ini ^_^.
e) Pragmatik
Pragmatik ialah bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul...ermm..x tahu
nak terang mcm mane...korg cari sendirilah ek...hoho
4.2 Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif
Reseptif and Ekspresif.......dua perkataan yang selalu bersama..di mana ade
respetif...semestinya ada ekspresif...hehehe..bagai isi dan kuku yoo....always together

Bahasa Reseptif = Ialah keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa
yang diterima daripada persekitaran.....lebih kepada kemahiran mendengar dan melihat.....
Bahasa Ekspresif = Merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi dan meluahkan
idea, perasaan, pemikiran dan pendapat kepada orang lain.....lebih kepada kemahiran menulis
dan membaca.

Pentaksiran terhadap bahasa Reseptif melibatkan:

keupayaan murid untuk mendengar perkataan@frasa dan dapat mempamerkan


kefahaman mereka terhadap isi yang diperkatakan@diperdengarkan.

Apakah Elemen2 penting dalam meningkatkan bahasa Reseptif???

laras bahasa yang digunakan

persekitaran.....persekitran perlulah tidak mempunyai gangguan...tidak bising......kalau


kat sekolah bunyi mesin rumput akan mengganggu penerimaan bahasa Reseptif murid.

pendengaran..sorry..x tahu nak hurai

tumpuan...x tahu nak hurai jgak... :(

Ciri2 murid yang mengalami masalah Ekspresif & Reseptif ialah:

gemar berdiam diri

x mahu terlibat dalam perbincangan kumpulan atau perbualan

kesukaran dalam bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap mereka


diminta.....budak2 yang suka menyampuk juga terlibat...menyampuk yg melebih2.

beri respon yang salah...org tanya lain jawap lain..ayoyoyo....Why...why...this problem


happen....??? Ini kerana ada sikap malu dalam diri murid tersebut...selain itu, x faham
dengan apa yang guru terangkan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung....and akhir sekali masalah artikulasi......

4.3 Cadangan Intervensi Atasi Kelemahan Bahasa Lisan Murid


BTW, there are a lot of ways to help students terutamanya dalam bahasa lisan ni.....korang
juga boleh kaitkan dengan subjek Literasi Bahasa yang sudah dipelajari semasa Sem 2 Ijazah
tau...Bagi yang major or minor Bahasa Melayu....mesti banyak intervensi yang boleh
digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan ni..hehe

pemintal lidah

latihan bercerita

baca petikan dengan kuat

mendengar cerita

latih tubi sebut perkataan kompleks

latihan nyanyian

4.4 Cadangan Aktiviti Menguji Kemahiran Lisan

story telling = beri satu tajuk mudah contohnya hobi saya, murid akan bercerita
mengenai hobi mereka.

bincangkan objek = contoh apple, bincangkan tentang objek tersebut yang melibatkan
saiz, warna, rasa dan lain2.

aktiviti pemintal lidah

perbualan

temu bual

aktiviti bercerita and many more....korang pikir la sendiri..pikir logik and sesuai utk
students...

BAB 5: Mentaksir Bacaan


Everybody take a book and read
To gain knowledge
Everyone has to readd...lalalalalal...masih ingat lagu tu kwn2..hehe
Ia amat berkait dengan bab seterusnya tau..iaitu bab 5......this chapter will discuss about
reading...

Guru sebenarnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses pengajaran kemahiran


membaca......
Dalam konteks ujian pula, Ujian Diagnostik paling banyak digunakan untuk mendapatkan
maklumat&membantu guru kenalpasti daerah kelemahan murid berkenaan membaca....
Terdapat beberapa problems yang dihadapi oleh murid2 dalam membaca ini...Antaranya ialah:

Murid Disleksia: Alami masalah apabila perkataan yang sama bunyi dilambangkan
dengan huruf yang sama iaitu semak = belukar, semak = lihat semula, murid ini
membaca secara terbalik (huruf bertindan) "d & b, m & n, p & q", x dapat
menghubungkait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka
terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca.....ayoyoyo...x tahu nak hurai
camne....boleh spe2 tolong??

Before guru melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat
terlebih dahulu......Antaranya ialah:

pentaksiran perlu dilakukan secara variasi...

ambil kira tentang kebolehan memproses bacaan yang kompleks

perlu laksanakan berdasarkan tahap murid...jgn ikut sedap je cikgu buat pentaksiran....

Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan analisis kesalahan, tembual, perbuatan,


penilaian kendiri, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan serta cara2 lain yang
bersesuaian.
Antara kesilapan yang sering berlaku adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi
seperti b-d iaitu buku-duku.
BAB 6: Mentaksir Kemahiran Menulis
Alahai......kejap je...masuk bab 6 dah...ermmm.....
Sebelum kita ulas panjang2 about this chapter, kita tengok dlu ape itu tulisan...
Tulisan ialah lambang2 bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea......

Tujuan menulis pula ialah:

mendirikan asas yang kukuh supaya kanak2 dapat melahirkan idea, fikiran serta
perasaannya dengan baik, pantas dan cekap....

membolehkan kanak2 menyusun huruf2 menjadi suku kata, perkataan, ayat supaya
menjadi alat untuk berkomunikasi...

membolehkan kanak2 berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan
pengetahuan, perhubungan kanak2 dengan dunia luar.

menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak2


sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden.

hasilkan penulisan yang kreatif seperti pantun, syair dan sebagainya yang dapat
memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran perasaan bukan sahaja diri kanak2
bahkan juga seluruh insan.

Matlamat kemahiran menulis pula ialah:

murid dapat menulis suku kata, perkataan dan ayat dengan baik....

murid dapat menulis dengan serta merta...

murid dapat menulis menggunakan tanda baca yang betul dalam penulisan....

murid dapat menulis dalam tatabahasa yang betul....

dapat mengisi borang kiriman wang, pemohonan kerja dan sebagainya

dapat menulis surat kiriman....

dapat menulis rencana...

Faktor2 kesukaran menulis:

kecacatan ringan dlm otak...

gangguan penglihatan "disleksia,myophia,astigmatism dlln"....

gangguan/kecacatan pendengaran...

kesukaran2 pengamatan (pendengaran & penglihatan)....

masalah keselarasan moto tangan......ermmm...biasa kite tgok tau kat sekolah...budak2


x dpt menulis dgn baik....biasanya dialami oleh kanak2 SP "seberal palsi"...hehe

kesukaran dalam menentukan dominan........x tahu tangan kiri or kanan yang


dominan...

kurang dapay pengalaman pratulisan....ni time kecik2 lagi..ibubapa kanak2 tersebut


tak dedahkan awal mengenai tulisan.....ade jgak ibubapa yang melarang untuk
menulis...x leh melukis and lain2...akibatnya....budak2 tu terbantut dalam kemahiran
menulis..kesian kan....??...ermrmm

Tanda2 kelemahan dalam tulisan:

tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca "murid disleksia".

tulisan tanpa ketepatan bentuk dan condong huruf...

tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan...dlm bahasa kelate
kito panggil..tulise hok belok beleka....haha...."murid seberal palsi"...

tulisan yang mengandungi huruf2 terbalik...

tulisan yang dihasilkan dengan urutan & arah yang salah...

tulisan tanpa ketentuan & ketetapan jarak huruf/perkataan...

tulisan yang x seragam saiz huruf & mencampurkan huruf besar and kecik...main
campur je budak2 ni...her....geram ak....

Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahitan Menulis

saiz huruf@pembentukan huruf

jarak huruf, perkataan

ejaan

bentuk huruf

Aktiviti Tingkatkan Kemahiran Menulis

cara pegang pensil....this is paling basic k....guru perlu pastikan murid pegang pensil
ngan betul

kedudukan semasa menulis...bior le selesa...

latihan mewarna

adakan aktiviti motor halus

cara menulis abjad dengan betul

latihan menyudah gambar

sambung titik2 huruf

latihan menekap

dan lain2.....tengok dlm Literasi Bahasa....a lot ok...

BAB 7: Mentaksir Matematik


Mate..ayoyo....bukan subjek kegemaran sayo lah mano...dok brehi kijo2 ngiro ni...tapi
gak...nok wak lagu mano...keno belajar jugok....kesian....
Tanpa membuang masa menulis perkataan mengarut..meh kito ke bab hok terakhir dalam
subjek pentaksiran ni....iaitu bab 7....

7.1 Kemahiran Matematik


Kemahiran matematik dalam pendidikan khas ado 3 jenis..iaitu

kemahiran asas nombor = warna,saiz,bentuk,jenis....ermm......saya x leh nak hurai


panjang sgt coz lecture x ajar sgt benda nih..hehe....

kemahiran komputasi = pengiraan dalam matematik, 4 operasi asas iaitu (+,-,bahagi,


darab)....4 operasi tersebut adalah bertujuan untuk menilai kebolehan dalam operasi
arithmatik secara tradisi, terdapat bidang pembelajaran utama iaitu Pertama: Nombor
(bulat,pecahan,perpuluhan,wang,peratus), Kedua: Urutan
(masa,waktu,berat,panjang,isipadu air), Ketiga: Bentuk & Ruang (bentuk 2
mata,bentuk 3 mata), Keempat: Statistik (purata,perwakilan data)..

kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah = digunakan dalam kehidupan seharian,


aplikasi dalam kehidupan seperti Ukuran (penggunaan unit biasa seperti
panjang,berat,suhu), Pembacaan Graf & Jadual, Masa (perbezaan
masa,percutian,musim2), Belanjawan & Kewangan.

7.2 Masalah Matematik


Sape2 boleh tolong share maklumat mengenai masalah matematik ye....saya punya nota x
cukup sgt nak share....

kenalpasti bentuk dan pola

penguasaan konsep dan nombor

penguasaan operasi asas matematik

NOTA TAMBAHAN Je ^_^


A) Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid
Konsep Penilaian

penilaian ialah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan & kemajuan


murid dengan menggunakan pelbagai kaedah...

sebahagian daripada PdP...

perlulah dilaksanakan secara berterusan...

x formal...

bertujuan untuk kenalpasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk pertingkatkan dan
beri pengukuhan....

Tujuan Penilaian

kesan perkembangan murid secara menyeluruh...

kenalpasti pelbagai potensi murid....

kesan keberkesanan pengajaran...haaa.....time buat penilaian or pentaksiran nilah guru


dapat kenalpasti keberkesanan pengajarannya.....sama ada pendekatan or gaya
pengajaran guru tu bersesuaian or masuk dengan murid.......dengan kata lain...murid
paham ke tidak ape yang guru ajar....simple kan??

kenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran...

merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran...

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Proses Membuat Penilaian


Lagu mano gak nok wak penilaian ni???
senang jah awe and mek oi....antara step2 yang perlu dibuat oleh guru dalam membuat
penilaian ialah:

merancang (plan) = sediakan instrumen terlebih dahulu, murid mane yang hendak
dinilai, domain aspek yang hendak diberi perhatian, kaedah yang sesuai (pemerhatian,
ujian or what ever), cara merekod (senarai semak, anekdot, skala kadar, time
sampling), tempoh masa yang diperlukan....

membina indikator (built) = senarai semak (pertalian jarak, mazing dan


lain2).....ayoyo...saya pun dah lupa ni...mcm mane ek??..korang try tanya lecture
korang la ye...hak3

melaksanakan penilaian (do it) = pemerhatian (tingkah laku, perbualan interaksi,


hasil kerja, sikap , amalan, komunikasi sosial, kemahiran kinestetik)......dalam proses
ni...guru perlulah memerhatikan semua benda or perkara yang berlaku terhadap murid
yang dibuat penilaian..pemerhatian dalam pelbagai aspek tau....

B) Pengamatan
Janet W.Learner (1971) Children With Learning Disabilities mengatakan bahawa Pengamatan
adalah satu proses untuk kenalpasti maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan
bantuan kuasa intelek....ahhhhhh..lagu mano pulok tuh......dok pehe lah mano la kito kato2
Janet ni..haha...demo paham2kan sendiri la ye...hik3
Pengamatan ni ado 3 iaitu Pengamatan Penglihatan, Pengamatan Pendengaran and last sekali
Pengamatan Sensori Motor
Penglihatan

Diskriminasi = ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan


perkataan.

Ingat kembali = ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati...

Orentasi Kedudukan = ketidakbolehan membeza kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan


nombor...

Turutan = ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan


huruf2 dalam perkataan.

Menyudah & Melengkap = ketidakbolehan mengenal sesuatu benda@objek, nombor,


perkataan dan ayat..

Menyalin = ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan dan


ayat..

Rajah Latar Belakang = ketidakbolehan menentukan..

Pertalian Jarak/Ruang = ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan
serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain..

Gambar Bersiri

Pembalikan

Mazing@Cari Jalan Keluar

Pendengaran

Diskriminasi = x ingat bunyi2 yang didengar, x boleh kenal arah bunyi (jauh or dekat),
x boleh mengulang corak bunyi dan turutannya.

Sensori Motor

Motor Kasar = x boleh dalam pergerakan badan secara automatis...errrkkk....dok tahu


nok hurai wei..haha....mohon share ye kalau spe2 paham....

Punca2 berlakunya ketidakbolehan dalam Pengamatan ini ialah pertama Faktor


Internal.....faktor ni lebih kepada minat or kecenderungan yang kurang and also kerosakan
pada pendengaran or penglihatan...Faktor kedua pulak ialah Faktor External......somethings
like kurang pendedahan, kurang rangsangan and persekitaran jugak.....
Ciri2 person yang mengalami kesukaran pengamatan.....haaaa...let's see ape tanda2 org ade
problem dlm pengamatan nih...

cpt lupa

buat keputusan terburu-buru

lemah koordinasi motor mata dan tangan...

sukar memamahi undang2/peraturan permainan

kesukaran mengaitkan pengalaman dengan situasi baru...

lambat menyelesaikan kerja...

YEAHHHH...rasanya dah habis dah nota2 ni....Hope this note membantu Awok2 sekalian
dalam mencari maklumat mengenai pentaksiran pendidikan khas....sebarang penambahan
amat..amat..amat dialu-alukan.......
Akhir kata..bye2..Asslm..jgn lupa FOLLOW Blog Saya deh..hik3 ^_^

Posted by nadzim bakri at 08:31


http://nadzimbakri.blogspot.my/2013/01/pismp-sem-3-pentaksiran-dalam.html

You might also like