You are on page 1of 5

Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pendahuluan
Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah
Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada
pelbagai pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.
Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciriciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu
mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah
satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan
pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahankemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer,
kantin dan sebagainya.
Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha
penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman
dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di
peringkat rendah lagi.
Matlamat
Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa,
latar belakang dan fahaman agama.
Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan


Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
a. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa
pengantar masing-masing.
b. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana
sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang
sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
c. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan
Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan
personel yang lain-lain) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh
sekolah kerajaan.
d. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah
berkenaan.
e. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah
secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan
padang.
f. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang
guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai
kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari
Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada
satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan
fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).
g. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan.
Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan
diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.
Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira

sensitiviti pelbagai kaum.


Kurikulum dan Bahasa Pengantar
a. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa
pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C)
menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
b. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian
bagi jenis aliran sekolah.
c. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis
aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan
yang telah ditetapkan.
Kokurikulum
a. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga
Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara
bersama.
Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan oleh sekolah masing-masing.
b. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti
kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah
masing-masing.
Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan
sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan
yang mempunyai ramai penyertaan.
c. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah
digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan,
Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh
mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan.
d. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan.
Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk

memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan.


Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan
perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masingmasing.
Kesimpulan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang
bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.
Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya
dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan
politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat
penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami
antara satu sama lain.
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC
dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan
menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan
sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan sekolah
wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir
Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Pengujudan
sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik
yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya.Sistem
persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.Di sini
terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga
disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang
ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada
peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat
perkauman yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan
sistem pendidikan yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem
pendidikan masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat
perkauman ini terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13
Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran
Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua
bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa
kebangsa

Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran diketuai oleh Guru
Besar dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras di antara aliranaliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat
juga penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di dalam
sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan pertindihan pengurusan subjek

bagi setiap aliran. Hal ini dapat dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor
Mahathir Mohamad ada memberi kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian Sekolah
Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.
Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara bersama. Sebagai
contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan mingguan,kegiatan
kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya.
Hal ini dapat mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan menguatkan tali persaudaraan
antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.
Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah
Bahasa Melayu.Dengan ini taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin meningkat.

You might also like