You are on page 1of 1

Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat

dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Pengkaji telah


menjalankan ujian rintis ke atas ujian pencapaian menggunakan kaedah uji-ulang-uji
untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan alat kajian. Dua ujian yang sama
ditadbirkan ke atas 34 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam jarak
masa tiga minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting
(2004), markat-markat yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran
kedua dikorelasikan. Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan,
sekiranya pekali korelasi positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat
ukur tersebut adalah tinggi.
Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi
Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut. Keputusan analisis korelasi Pearson
menunjukkan nilai pekali korelasi, r = 0.861 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa skor
ujian pertama dan skor ujian kedua mempunyai korelasi yang tinggi dan signifikan.
Oleh itu, alat kajian yang dibina untuk mengukur pencapaian murid dalam ujian pra
dan ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan.
RUJUKAN
Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis &
interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like