You are on page 1of 16

NURUL AIN FARHANA BINTI SAHARI NURUL SYAZWANI BINTI MAHMUD ZUHUDI

CIRI-CIRI UJIAN
KESAHAN

KEBOLEHTAFSIRAN

KEBOLEHPERCAYAAN

KEBOLEHTADBIRAN

KEOBJEKTIFAN

DEFINISI KESAHAN
Suatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut.
(Hanna & Dettmer, 2004)

Ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur.

Kesahan Kandungan

Kesahan HubunganKriteria

JENIS KESAHAN

Kesahan Gagasan

Kesahan Muka
Empat jenis kesahan ( Mehrens & Lehmann, 1991)

KESAHAN KANDUNGAN

Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan.

KENAPA KESAHAN KANDUNGAN PENTING????

Penting terutama bagi UJIAN PENCAPAIAN. Sebab : markah yang diperoleh pelajar akan menunjukkan TAHAP PENCAPAIAN pelajar tersebut bagi kandungan pelajaran tertentu. Sekiranya soalan ujian meliputi secukupnya kandungan pelajaran tersebut, penilaian terhadap pencapaian pelajar menjadi TIDAK SAH / BIAS.

KESAHAN GAGASAN / KONSTRUK


Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu gagasan / konstruk berasaskan teori psikologi.

KESAHAN MUKA
BUKANLAH kesahan seperti definisinya yang kita fahami

TETAPI ia lebih kepada sesuatu alat ukuran nampak pada permukaan yang mempunyai kesahan yang tinggi

Ini bermaksud, sekali pandang, nampak alat ukuran itu sah atau orang biasa / tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

KESAHAN HUBUNGAN-KRITERIA
Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran (kriteria).

UKURAN LUAR

UKURAN SERENTAK

UKURAN RAMALAN

Apabila ukuran luar diambil serentak dengan ukuran alat.

Apabila ukuran luaran diambil selepas ukuran alat.

KESAHAN SERENTAK
Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil serentak.

CONTOHNYA
Sekiranya alat ukuran kecerdasan A menghasilkan skor yang mempunyai hubungan (pekali kolerasi tinggi) yang kuat dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan B, maka alat A dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Dengan ini alat A boleh mengganti alat B untuk mengukur kecerdasan.

KESAHAN RAMALAN
Merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian.

CONTOHNYA
Sekiranya ujian percubaan Matematik menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred Matematik SPM, maka ujian Matematik percubaan dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna pencapaian pelajar dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan SPM.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

You might also like