You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

Bulatkan jawapan yang betul.


1. Antara yang berikut, manakah merupakan keperluan asas manusia?
A. Bas
B. Nasi
C. Batu
2. Kita harus makan lebih banyak _________ .
A. Makanan yang berkhasiat
B. Makanan yang bergoreng
C. Makanan yang enak rasanya
3. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak makan selama beberapa hari?
A. Kita bertambah besar
B. Kita semakin sihat
C. Kita akan jatuh sakit
4. Kita perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk __________.
A. Membantu kita membesar
B. Membantu memberi tenaga
C. Membantu kita menjaga kesihatan
5. Makanan yang berikut boleh membantu tumbesaran kita kecuali __________.
A. Ayam
B. Biskut
C. Susu
6. Antara makanan yang berikut, manakah yang memberi kita tenaga?
A. Ikan
B. Buah epal
C. Batu

7. Jika terminum air yang kotor, kita akan ____________.


A. Cirit-birit
B. Menjadi gemuk
C. Menjadi lebih sihat
8. Semburan racun lalang boleh mencemarkan _____________ di persekitaran.
A. Makanan
B. Tumbuhan
C. Udara
9. Antara makanan berikut, manakah yang tidak boleh dimakan mentah?
A. Tembikai
B. Pisang
C. Daging
10. Berbanding dengan sekarang, pakaian kita pada masa kecil adalah lebih
________ kerana saiz kita telah _________.
A. Kecil, bertambah
B. Kecil, berkurang
C. Besar, bertambah
11.
Kanak-kanak
Bayi
Remaja

Susun urutan peringkat tumbesaran yang betul bagi manusia.


A. Kanak-kanak Bayi Remaja
B. Bayi Kanak-kanak Remaja
C. Remaja Kanak-kanak Bayi

12. Semakin kita membesar, kita menjadi ___________.


A. Lebih tinggi
B. Lebih rendah
C. Kurang berat

13. Semua yang berikut dimakan oleh burung helang kecuali ___________.
A. Ular
B. Tikus
C. Daun
14. Antara haiwan-haiwan berikut, manakah yang makan tumbuhan sahaja?
A. Tikus
B. Gajah
C. Lipas
15. Rajah di bawah menunjukkan keadaan seekor tikus yang dimasukkan ke dalam
botol yang bertutup rapat.

Tikus itu mati kerana kekurangan ________________.


A. Air
B. Udara
C. Makanan

16. Antara haiwan berikut, manakah yang dipadankan dengan betul dengan
makanannya?
Haiwan
A. Tupai
B. Cicak
C. Kuda

Makanan
Buah
Daun
Daging

17. Antara haiwan-haiwan berikut, manakah yang membuat sarang di atas pokok?
A. Semut
B. Monyet
C. Burung
18. Tempat perlindungan bagi kelawar ialah _________.
A. Di dalam gua
B. Di celah batu
C. Di dahan pokok
19. Antara yang berikut, manakah yang tidak benar tentang kepentingan haiwan?
A. Sesetengah haiwan merupakan makanan bagi haiwan lain.
B. Najis haiwan boleh dijadikan baja untuk tanaman.
C. Haiwan boleh bekerja dengan lebih cekap daripada mesin.
20. Antara anak-anak haiwan berikut, manakah yang tidak menyerupai ibunya?
A. Katak
B. Harimau
C. Itik
21. Antara yang berikut, manakah yang akan membesar menjadi rama-rama?
A. Cacing
B. Beluncas
C. Berudu

22. ___________ boleh berjalan dan berenang.


A. Ayam
B. Itik
C. Katak
23. Antara yang berikut, manakah yang tidak betul tentang cara pergerakan haiwan?
A. Semut --- Merayap
B. Lipan --- Menjalar
C. Cicak --- Mengengsot

Kuda belang berlari dengan pantas apabila dikejar oleh singa.

24. Berdasarkan penyataan di atas, kuda belang bergerak untuk __________.


A. Mencari makanan
B. Mencari tempat perlindungan
C. Mengelakkan diri daripada bahaya

25. Apakah yang dimakan oleh beluncas?


A. Daun
B. Ular
C. Katak
26. Apakah haiwan yang memakan tumbuhan?
A. Harimau
B. Singa
C. Lembu

27. Apakah haiwan yang memakan haiwan lain?


A. Itik
B. Harimau
C. Rama-rama

28. Manakah tempat perlindungan bagi seekor tupai?


A. Di dalam gua
B. Di dalam pokok yang berlubang
C. Sarang burung
29. Haiwan manakah yang bertelur?
A. Lembu
B. Kuda
C. Penyu
30.

Katak
Telur
Berudu

Susun peringkat tumbesaran bagi seekor katak.


A. Katak Telur Berudu
B. Telur Katak Berudu
C. Telur Berudu Katak

You might also like