You are on page 1of 3

Pembelajaran yang kondusif bermaksud tempat murid melibatkan diri dan

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Persekitaran ini akan merangsang


minat dan semangat murid untuk belajar untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran.
Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikal bilik darjah amat penting kerana ia menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah
mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Guru sebagai
pengurus yang efektif perlu melakukan beberapa usaha bagi mewujubkan
persekitaran fizikal.
Antaranya guru perlu memberi perhatian kepada beberapa elemen dalam
merancang pelan bilik darjah. Penyusunan kerusi meja yang sesuai akan
memudahkan interasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Guru
perlu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini kerana, elemen ini
merupakan sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat membantu guru untuk
merancang susun atur bilik darjah. Seterusnya meja guru mesti menghadap murid
supaya dapat membantu berlakunya konteks visual antara murid dan guru
sepanjang proses PdP. Seterusnya, perkara utama yang diberi perhatian pada
setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi
dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid.
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk
keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan
kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam
bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap
untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Papan
kenyataan hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan
gambar aktiviti murid untuk rujukan dan hiburan. Jadual tugas dapat melatih sifat
bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan
menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila

mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung
mencetuskan minat mereka untuk belajar.
Persekitaran Psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah
mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman
dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan
pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Oleh
itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi
seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang
terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan
asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan
tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil
kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat
membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan
pembelajaran dan psikososial murid.
Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid,
perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara
keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif
pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui
hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan
mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara
positif dengan rakan sebaya. Gaya kepimpinan yang berbeza juga akan memberi
kesan kepada suasana pembelajaran pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal
pelajar melalui ganjaran dan hukuman dan menekan murid yang membuat
kesilapan. Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah
bersifat demokratik.

Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan

muridnya. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Dengan
berkongsi tanggungjawab, guru menolong murid membina penghargaan kendiri.
Kesimpulannya, guru perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih
sempurna sebagai pengurus bilik darjah supaya dapat mewujubkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif.

(480 patah perkataan)

You might also like