You are on page 1of 9

SEK. MEN. KEB.

KEPONG
JALAN FRI, KEPONG
52100 KUALA LUMPUR, SELANGOR.

KERTAS KERJA
KEJOHANAN HOKI (4 vs 4) SMK KEPONG 2015
BERSEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SMK KEPONG (1965 2015)
TARIKH: 12 APRIL 2015
MASA: 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: GELANGGANG HOKI SMK KEPONG

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.

PENDAHULUAN

2.

NAMA PROGRAM

3.

TARIKH / HARI / MASA PELAKSANAAN

4.

TEMPOH

5.

TEMPAT AKTIVITI

6.

TEMA

7.

MATLAMAT

8.

OBJEKTIF

9.

RASIONAL

10.

SASARAN

11. JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk:
Jawatankuasa Pelaksana:
12. ANGGARAN PERBELANJAAN

13. SUMBER KEWANGAN

14. TENTATIF AKTIVITI

15. LAMPIRAN 1

PENDAHULUAN
Sukan hoki adalah satu sukan yang popular dan diminati oleh semua golongan pelajar
tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan negara. Ia merupakan sukan yang kian
diminati oleh golongan pelajar masa kini. Sukan ini merupakan salah satu aktiviti yang
boleh mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru. Di samping itu, ia memberi
peluang kepada pelajar yang tidak berpeluang bermain sukan yang mendapat perhatian
seperti bola sepak, bola jaring dan juga bola keranjang. Ia membuka peluang untuk
pelajar untuk memceburi satu sukan baru bagi diri mereka. Dengan adanya aktiviti
sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan perhubungan yang sihat
dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia selaras dengan seruan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah melancarkan program 1 Murid 1 Sukan.
PENGENALAN KELAB HOKI SMK KEPONG
- Kelab Hoki SMK Kepong telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 2012,
dicadangkan oleh En Ahmad Nordin Bin Pauzi dan dipersetujui oleh YM Tuan Haji Raja
Baharudin Bin Raja Husain (PK Kokurikulum 2011). Setelah diperkenan oleh Pengetua
baru iaitu Dr. Sarojini Devi A/P Algaretnam (mulai Ogos 2011), maka kelab ini telah mula
beroperasi dengan rasminya pada tahun 2012.
- Mula mewakili SMK Kepong di peringkat daerah Gombak ( Kejohanan Hoki MSSD
Gombak) buat pertama kali pada tahun 2013 untuk pasukan lelaki bawah 18 tahun
sahaja dan pada tahun 2013 satu pasukan perempuan pula ditubuhkan dan dihantar ke
kejohanan daerah bersama pasukan lelaki.
- Pada tahun 2014, pasukan hoki SMK Kepong melakar sejarah tersendiri apabila
menjadi JOHAN kategori Lelaki Bawah 18 Tahun dan KETIGA bagi kategori Perempuan
Bawah 18 Tahun dalam Kejohanan Hoki MSSD Gombak 2014 yang berlangsung di
Stadium Hoki UIAM, Gombak.
- Penyertaan di peringkat kebangsaan menerusi Kejohanan Hoki UNITEN 2014, berjaya
ke peringkat Suku Akhir bagi kategori sekolah terbuka bawah umur 18 tahun.

NAMA PROGRAM

Kejohanan Hoki Dewan (4 vs 4) SMK Kepong


TARIKH / HARI / MASA PELAKSANAAN
Tarikh:12 April 2015
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPOH
1 hari
TEMPAT AKTIVITI
Gelanggang Hoki Dewan SMK Kepong
TEMA
Kemahiran, Kepantasan dan Ketangkasan (Skill, Speed and Agility)
MATLAMAT
Memperkenalkan sukan hoki dewan kepada murid-murid melalui pertandingan berskala
kecil supaya mudah difahami dan dipraktik dalam sukan hoki padang. Skil dan cara
bermain adalah sama. Cuma perbezaannya ialah ianya dimainkan dalam kumpulan
kecil dan masanya juga pendek. Namun begitu, peraturan dan undang-undangnya juga
berbeza. Semoga melalui program seperti ini dapat melahirkan pemain hoki yang
berkaliber dan berkualiti suatu hari nanti.
OBJEKTIF

Memberi pelajar peluang mempelajari cara kemahiran dan teknik dalam


permainan hoki dewan dengan betul dan selamat.

Melahirkan pemain hoki yang berkualiti dari segi disiplin, kemahiran dan
intelektual.

Membentuk jati diri dan keyakinan bermain dengan baik.

Mendisiplin dan motivasikan murid melalui sukan hoki.

Memupuk minat untuk terus bersukan dan belajar bersosial dengan sihat.

Membangun potensi individu melalui sukan.

RASIONAL
Permainan hoki dewan lebih mudah dikuasai dari segi kemahiran dan skil kerana
bermain dalam skala kecil. Oleh yang demikian, ramai murid dapat menikmati masa
permainan dengan lebih panjang berbanding dengan pertandingan di padang yang ada
kekangan dari segi masa, tempat dan kemudahan padang hoki.
SASARAN
Terbuka kepada semua pelajar berdaftar di JPN Selangor yang berumur dari 13 hingga
17 tahun.

JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk:
Penasihat
Timb. Penasihat

Penyelaras
AJK

Dr. Sarojini Devi A/P Algaretnam

(Pengetua)

En Goh Boon Fuh

(YDP PIBG)

Tn. Hj. Mohd Shoed Bin Mansor

(PK KoKurikulum)

Pn Teo Guat Hee

(PK HEM)

Pn Hasiah Bt Mamat

(PK Petang)

En Ahmad Nordin B Pauzi

(Penasihat Kelab Hoki)

En Renganathan A/L Kaliappan

(S/U Sukan)

Pn Preemeta Rai A/P Surase Prasad (Guru Penasihat Kelab


Hoki SMKK)

Pn Nor Maziah Bt Md Isa

(Guru Kelab Hoki SMKK)

Cik Siti Amirah Bt Aminuddin

(Guru Kelab Hoki SMKK)

Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi

En Ahmad Nordin B Pauzi (Guru/Jurulatih Kelab Hoki SMKK)

N. Pengerusi

Pn Preemeta Rai A/P Surase Prasad (Guru Penasihat Kelab


Hoki SMKK)

Setiausaha

- Pn Zulmaznee Binti Ishak

Bendahari

- Pn Noor Hafiza Binti Shaari

Pendaftaran

- Cik Siti Amirah Bt Aminuddin

Promosi dan

- Pn Tam Binti Abdul Hamid

penajaan
Jemputan

- Pn Hafiza Binti Che Idris

Brosur Kejohanan

- Pn Haslyn Binti Hashim

Pengurus Pasukan - Cik Siti Amirah Bt Aminuddin

(Guru Kelab Hoki SMKK)

Disiplin

- En Ahmad Nordin B Pauzi (Guru/Jurulatih Kelab Hoki)

Pengacara Majlis

- Pn Nor Maziah Bt Md Isa (Guru Kelab Hoki SMKK)

Teknikal dan Peralatan En Renganathan A/L Kaliappan ( Guru Kelab Hoki SMKK)
Pengadilan

- En Ahmad Nordin Bin Pauzi

Fotografi

- Pn Nor Farahin Binti Mahat

Dokumentasi

- Pn Preemeta Rai A/P Surase Prasad

Sijil dan Hadiah

- Pn Nor Maziah Binti Md Isa

Kecemasan

- BSM dan St. John SMK Kepong

Urusetia Sokongan - Ahli (Pelajar) Kelab Hoki SMK Kepong


- Pengawas Sukan SMK Kepong

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.
1.

Perkara

Nilai (RM)

Anggaran Kos (RM)

Hadiah
Johan L= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

N.Johan L= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Ketiga L= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Keempat L= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Johan P= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

N.Johan P= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Ketiga P= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Keempat P= 6 medal + sijil

RM8.00 x 6 medal

RM48.00

Piala = 2 unit

RM12.00 x 2 piala

RM24.00

Johan = 2 Kategori (L/&P)

RM150 x 2 kategori

RM300.00

N. Johan = 2 Kategori (L/&P)

RM100 x 2 kategori

RM200.00

Ketiga X 2 Kategori (L/&P)

RM80 x 2 kategori

RM160.00

Keempat X 2 Kategori (L/&P)


Peralatan

RM50 x 2 kategori

RM100.00

1. Bola Hoki = 30 unit

RM10.00 x 30 biji

RM300.00

2. Cat kayu = 1 tin besar

RM50.00 x 1 tin

RM 50.00

3. Shin guard = 10 unit


Makan dan Minum Petugas

RM25.00 x 10 unit

RM250.00

1. Petugas = 20 orang

RM10.00 x 20 orang

RM200.00

2. PBSM / St. John = 5 orang

RM10.00 x 5 orang

RM 50.00

3. Pemain SMK Kepong = 24 orang

RM10.00 x 24 orang

RM 240.00

3. Pengadil = 6 orang
Sijil penyertaan

RM30.00 x 6 orang
RM0.80 x 138 orang

RM240.00
RM1256.40

Wang Tunai

2.

3.

4.

JUMLAH BESAR

RM2658.40

SUMBER KEWANGAN
Pihak sekolah

- Kewangan daripada dana sukan / permainan untuk pelajar

MSSD PPD Gombak

- Sumbangan daripada MSSD PPD Gombak

Sumbangan Penyertaan

- Sumbangan wang penyertaan oleh sekolah yang


menghantar peserta menyertai pertandingan Hoki Dewan
SMK Kepong

Sumbangan Luar/Penaja - Sumbangan daripada badan NGO atau sektor koperat


TENTATIF AKTIVITI
Aktiviti yang dijalankan akan mengikut sistem pertandingan dan peraturan FIH dan
peraturan pertandingan semasa oleh penganjur. Sistem liga round robin dan system
kalah mati akan dijalankan. (rujuk lampiran)

Disediakan oleh:

_________________________
EN AHMAD NORDIN BIN PAUZI
(Penyelaras Kejohanan)
(Guru/Jurulatih Kelab Hoki SMKK)

Disahkan oleh:

_________________________
TN. HJ. MOHD SHOED BIN MANSOR
(PK Kokurikulum SMKK)

Disahkan oleh:

_________________________
DR SAROJINI DEVI A/P ALGARETNAM
(Pengetua SMKK)

Lampiran 1
TENTATIF KEJOHANAN HOKI DEWAN 4 vs 4

SMK KEPONG
Tarikh: 12 April 2015
Hari

: Ahad

Masa : 7.30 pagi 5.00 petang


Masa

Perkara

7.30 8.00 pagi

- Pendaftaran peserta

8.00 9.00 pagi

- Bacaan doa, Perasmian , penerangan sistem pertandingan


dan peraturan penganjur dan undian kumpulan

9.00 1.00 tengahari

- Pertandingan dijalankan (peringkat pusingan awal)

1.00 2.00 petang

- Rehat dan solat

2.00 4.00 petang

- Pertandingan bersambung (peringkat pusingan


separuh akhir dan akhir)

4.00 5.00 petang

- Penutup dan penyampaian hadiah

5.00 petang

- Bersurai

You might also like