Professional Documents
Culture Documents
Contoh Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Contoh Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1. Tajuk Kajian
Pembelajaran Kendiri: Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Am
Dalam Kalangan 20 Orang Pelajar Tingkatan 6R1.
2. Nama Penyelidik
Encik Chai Yee Wah
3. Nama dan Alamat Sekolah
SMJK Heng Ee,
99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang.
4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
Pada bulan Mei 2010, 80% pelajar 6R1 masih belum menyesuaikan diri dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6.
Pelajar banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat
terutamanya dalam Kertas 2 Bahagian B iaitu Esei Laras Sains.
Semasa ujian prestasi yang pertama, 16 orang pelajar telah gagal kerana tidak
memiliki maklumat yang secukupnya terutamanya dalam penulisan Esei Laras
Sains.
5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian
Fokus kajian ini ialah memastikan pelajar untuk mencari maklumat tanpa bantuan
guru. Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator.
6. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai
objektif berikut:
i.
Objektif Umum
Diharapkan pelajar dapat mengubah cara pembelajaran dengan lebih fokus
kepada pembelajaran kendiri.
ii.
Objektif Khusus
Diharapkan 100% pelajar memperoleh 15 markah dan ke atas daripada 25
markah bagi Bahagian B iaitu Bahagian Esei Laras Sains
Pelajar dapat berkongsi bahan maklumat yang diperoleh bersama dengan
rakan- rakan.
7. Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 6R1 yang terdiri daripada 2
orang pelajar Melayu, 10 orang pelajar Cina dan 8 orang pelajar India.
Majalahku
Pelajar diwajibkan membeli Majalah Dewan Kosmik pada setiap bulan.
iii.
My Akses
Membawa pelajar ke bilik akses sekurang- kurangnya dua kali seminggu.
iv.
Mujami
Pelajar perlu membuat catatan maksud perkataan Laras Sains.
v.
Ujian Post
Data perubahan tingkah laku pelajar.