Professional Documents
Culture Documents
Bab.1.apakah Tamadun PDF
Bab.1.apakah Tamadun PDF
1.1 Preamble
1.2 Apakah tamadun?
1.3 Ciri-ciri sesuatu tamadun
1.4 Tamadun Mesopotamia
1.5 Tamadun Mesir
1.6 Faktor Kejatuhan Tamadun
1.1 Mukadimah
Bab ini cuba menghuraikan maksud istilah tamadun dengan merujuk kepada definisi yang
diberikan oleh beberapa pakar. Juga disentuh ialah ciri-ciri sesuatu tamadun, kegemilangan
sesuatu tamadun serta faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan sesuatu tamadun. Dua
tamadun awal dibincangkan, iaitu tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir serta
sumbangan tamadun-tamadun awal ini.
Arnold Toynbee (1935), seorang pakar sejarah terkenal, mentakrif tamadun sebagai
budaya yang berkembang di kota yang terbentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral. Dengan kata lain, tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dan terdiri daripada elemen
utama; iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
Standage (2005) memberi takrifan tamadun yang mudah iaitu manusia yang tinggal
di bandar.
Ibnu Khaldun (ilmuan Islam pada abad ke 14) menyifatkan tamadun sebagai
sekumpulan manusia yang tinggal disesuatu kawasan yang mempunyai bekalan
ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang
membolehkan pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang.
yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Bagaimana pun tidak
semua kawasan penempatan manusia dipanggil tamadun.
Kesimpulannya, tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi (peradaban). Negara dan
penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang
tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman)
tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus dan nilai-nilai kerohanian yang
tinggi.
Walau pun, para cendekiawan tidak bersetuju dengan definisi tamadun, mereka mengakui
bahawa sesuatu tamadun harus mempunyai tertentu. Contohnya, Edward L. Farmer dalam
bukunya Comparative History of Civilization in Asia menggariskan TUJUH ciri utama
tamadun Lihat Rajah 1.1
Pertanian
Stratifikasi
Sosial
Penempatan
Tetap
TAMADUN
Kehidupan
Beragama
Sistem
Penulisan
Urbanisasai
ekonomi mereka bertumpu kepada memburu binatang dan memungut hasil hutan. Lazimnya,
manusia awal ini hidup berkelompok kecil dan berpuak. Ketinggalan mereka yang pernah
dijumpai oleh ahli arkeologi terdiri daripada senjata, perkakas memasak (seperti periok, sudu)
peralatan memotong dan tulang-tulang haiwan yang menjadi sumber makanan mereka.
Rajah 1.2 Manusia menyara diri dengan memburu dan mengutip buah-buahan
dan berpindah-randah
Apabila manusia mula mengetahui cara-cara
bercucuk tanam dan menternak haiwan, manusia
secara beransur-ansur menetap di sesuatu tempat
dan tidak lagi berpindah-randah. Dengan
kewujudan kampung-kampung,
manusia
berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersamasama untuk menghadapi berbagai cabaran serta
menguasai persekitaran dengan lebih berkesan
(Lihat Rajah 1.3).
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di Rajah 1.3 Kewujudan penempatan awal
apabila manusia tidak lagi berpindahlembah sungai untuk menjalankan aktiviti
randah
pertanian dan penternakan. Contohnya, kegiatan
pengairan menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan
pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di
lembah-lembah sungai besar seperti Sungai Nil, Sungai-sungai Tigris dan Euphrates,
Sungai Indus, dan Sungai Hwang-He.
Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kepada kemajuan teknologi.
Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa, dan besi yang digunakan
untuk menghasilkan pisau, kapak dan tajak.. Tenaga haiwan digunakan bagi meringankan
pekerjaan untuk membajak tanah (iaitu penggunaan teknologi). Haiwan seperti kuda dan
kerbau dibela untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Di penempatan ini telah
wujud organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat dengan adanya pemimpin
untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga
keamanan.
Juga terdapat ketua-ketua agama seperti pendeta, ulama dan paderi untuk menjalankan
kegiatan agama. Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai peranan tertentu menjadi
pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu penempatan itu terbahagi kepada kelas
pemerintah dan rakyat (iaitu, stratifikasi sosial).
Bagi menjalankan kegiatan ekonomi, masyarakat telah dibahagikan kepada jenis
pekerjaan yang dilakukan. Contohnya, penduduk dikhususkan untuk menjalankan kegiatan
pertanian, membuat tembikar, membina rumah, menghasilkan kesenian dan aktiviti
keagamaan mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing. Hal ini membawa kepada
bermulanya pengkhususan kerja (specialisation of work) dalam masyarakat. Ini adalah
antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan
bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun dan
mundur.
a) Apakah tamadun?
b) Nyatakan aktiviti manusia sebelum bertapak di sesuatu tempat
c) Bincangkan ciri-ciri sesuatu tamadun.
Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan empat tamadun awal terkenal di Benua Asia, iaitu;
Adalah dianggarkan, manusia telah berada dalam dunia kira-kira 300,000 tahun yang lampau
dan tidak ketahui tentang mereka kerana tidak ada rekod tulisan. Zaman prasejarah ini
melihat manusia berpindah-randah dan memburu untuk makanan, mendirikan tempat
perlindungan yang agak primitif yang melindungi mereka elemen cuaca haiwan buas.
Bagaimana pun, sekitar 5000 yang lalu keadaan mula berubah dengan manusia bercucuk
tanam, memelihara haiwan, menggunakan logam untuk membuat peralatan (tidak lagi
menggunakan batu) dan mendirikan pekan-pekan kecil yang telah menjadi bandar-bandar
besar.
Tamadun
Mesopotamia
3500 SM
3000 SM
2500 SM
2000 SM
1500 SM
1000 SM
Sumeria
Babylon
Mesir
Mesir
Indus
Harappan
Aryan
Hwang He
Shang/Zhou
Lihat Rajah 1.4 Peta yang menunjukkan taburan empat tamadun awal dan masa kewujudan
tamadun-tamadun tersebut di Asia
Ini telah membawa kepada kewujudan Tamadun Mesopotamia yang wujud pada 3500 SM
(iaitu kira-kira 5500 tahun lalu) dengan mulanya Tamadun Sumeria (Lihat Rajah 1.1).
Tamadun Mesir wujud kira-kira 5000 tahun yang lalu dan Tamadun Indus wujud kira-kira
4500 tahun yang lalu. Tamadun Hwang-He dianggap sebagai yang paling muda, yang wujud
6
kira-kira 3500 tahun yang lalu. Pada masa tertentu, ke-empat-empat tamadun awal in wujud
serentak di benua Asia dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan perdagangan pernah
berlaku antara tamadun tersebut.
Bab ini membincang secara ringkas Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir. Tamadun
Hwang He dan Tamadun Indus akan dibincangkan dalam Bab 4 dan Tamadun Hwang-He
dibincangkan dalam Bab 6.
Mesopotamia bermakna antara dua sungai dalam bahasa Yunani; iaitu, di antara Sungai
Euphrates dan Sungai Tigris. Tamadun awal Mesopotamia terletak di kawasan yang meliputi
Iraq disebelah barat, Syria disebelah selatan dan Iran disebelah timur (Lihat Rajah 1.5).
Walau pun dalam bab ini kita membincang Tamadun Mesopotamia sebagai satu tamadun,
sepanjang sejarah 5000 tahun, Tamadun Mesopotamia terdiri daripada beberapa tamadun.
Sejarah Mesopotamia:
3500 SM (iaitu kira-kira 5500 tahun dahulu)
Kemunculan Tamadun Sumeria
IRAQ
IRAN
SYRIA
A) SUMERIA
Orang Sumeria telah menetap di diselatan Lembah Tigris-Euphrates berdekatan Teluk Parsi
5500 tahun yang lampau (Lihat Rajah 1.5). Kawasan berkenaan sungguh subur dan kegiatan
pertanian dijalankan dengan meluas. Bagaimana pun, ahli sejarah kurang pasti asal usul orang
Sumeria.
7
Rajah
1.6
Peta
Menunjukkan
Kedudukan Tamadun Sumeria
b) Kerajaan
Sumeria terbahagi kepada 11 negara-kota (city-state) dan diperintah oleh raja masingmasing. Setiap negara-kota mempunyai sebuah bandaraya utama dan tanah sekeliling yang
luas. Raja bersama individu tertentu yang dilantik ke Dewan bersama-sama memerintah
sesuatu negara-kota. Raja perlu memohon kebenaran Dewan untuk melakukan sesuatu.
Kerajaan ditugaskan membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladangladang pertanian serta membina tembok untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan
untuk memberi perlindungan kepada penduduknya. Setiap negara-kota ditadbir berdasarkan
peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan. Walau pun undang-undang Sumeria
tidak ditulis, rakyat mengetahui apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. Organisasi
sosial Sumeria ialah seperti berikut:
Raja / Pendeta
Saudagar / Peniaga
Hamba
Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba.
Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta
orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka
boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia
kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil
bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman
yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu
dua kali ganda daripada hukuman biasa atas
bangsawan.
Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka
merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan
batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata
(Lihat Rajah 1.8)..
e) Sistem Tulisan
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar atau piktografi
untuk merekodkan segala urusan perdagangan dan pentadbiran. Tulisan ini dipanggil
cuneiform (disebut sebagai kiu-ni-fom) yang merupakan sejenis tulisan berbentuk simbol
yang ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku (Lihat Rajah 1.9). Tulisan ini debentuk
10
dengan menggunakan sejenis pen buluh yang ditekan pada tanah liat basah. Kepingan tanah
liat ini dijemur hingga keras.
12
Je
B) BABYLON
a) Siapakah orang Babylon?
Kira-kira seribu tahaun setelah orang
Sumeria menetap di selatan Lembah
Tigris-Euphrates, munculnya tamadun
Babylonia di tengah lembah dengan ibu
J
kota Babylon
(Lihat Rajah 1.11).
Penduduknya terdiri daripada kaum
Amorite dengan pemimpin mereka
bernama
Sumuabum
yang
mengasaskan dinasti Babyon yang
pertama kira-kira 4000 tahun yang
lampau. Perkataan Babylon berasal
daripada
bahasa
Akkadia
yang
bermaksud pintu masuk Dewa.
c) Kod Hammurabi
Hammarubi terkenal dengan kod undang-undang Babylonia
yang dilaksanakan sebagai Kod Hammarubi (Code of
Hammarubi). Kod Hammarubi dianggap sebagai undangundang bertulis yang pertama dalam dunia dan dipamerkan
ditempat-tempat umum yang dapat dibaca oleh rakyat walau
pun tidak ramai penduduk boleh membaca (Lihat Rajah
1.13). Ahli kaji purba telah menjumpai ukiran yang
mencadangkan Hammurabi telah dipilih untuk menerima
undang-undang daripada tuhan Marduk.
Rajah 1.13 Tablet tanah liat dengan
ukiran kod Hammurabi
14
Sekiranya
seorang
bangsawan
mematahkan
tulang
seorang
bangsawan lain, tulangnya akan
dipatahkan.
Sekiranya
seorang
bangsawan
mematahkan tulang seorang rakyat
biasa, bangsawan itu akan didenda
satu mina perak.
Sekiranya,
seorang
anak
lelaki
melakukan jahat terhadap bapanya,
bapanya mesti mengampunnya. Jika
dia berkelakuan jahat buat kali kedua,
bapanya berhak menghalau anaknya
keluar daripada rumah.
15
2) Kemerosotan Sumber
Perubahan iklim telah menyebabkan kemerosotan sumber. Air di Sungai Tigris dan
Euphrates berkurangan dan sumber ikan mula merosot serta air untuk pengairan tidak
cukup menampung pengeluaran hasil pertanian yang diperlukan. Ini juga
menyebabkan haiwan ternakan tidak cukup makanan dan kekurangan tanah liat
bermakna pembinaan bangunan dihentikan. Iklim yang lebih panas menyebabkan
sungai menjadi lebih masin dengan kawasan-kawasan bergaram.
3) Konflik antara Kaum
Konflik antara kaum yang begitu kerap menyumbang kepada keajatuhan Tamada
Mesopotamia. Contohnya, orang Akadia telah berperang dengan orang Sumeria. Pada
akhir zaman Tamadun Mesopotamia, orang Babylon diserang oleh Empayar Parsi dan
menakluki Mesopotamia. Walau pun orang Babylon dibenar meneruskan kehidupan
mereka seperti sedia kala, lama kelamaan mereka kehilangan budaya dan identiti
mereka dan diserapkan oleh budaya Parsi.
a)
b)
c)
d)
e)
f)
1.5
TAMADUN MESIR
Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil (gift of the Nile)
yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean (Lihat Rajah 1.14). Di tebing
sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak
sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih
yang bermula dari tasik Victoria di Uganda.
16
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya
menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar
yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan
penempatan manusia. Penempatan awal yang terdiri daripada kampung-kampung yang
bergabung dan menjadi daerah atau nome. Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan
dan menjadi pusat pentadbiran seperti bandar Memphis, Aswan, Napata dan Thebes (Lihat
Rajah 1.14).
Pada tahun 3200 S.M., Firaun Menes telah berjaya menyatukan kesemua nome menjadi
sebuah kerajaan. Bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil telah menjadi
pusat pentadbiran beliau. Kemudian, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis yang
hamper dengan delta Sungai Nil dan berpindah pula bandar Thebes. Kehidupan di bandar
merupakan ciri penting Tamadun Mesir. Bandar-bandar ini menjadi tempat kediaman firaun,
pusat pemerintahan, pentadbiran dan pelabuhan penting. Bandar juga merupakan pusat
keagamaan dan tumpuan penduduk.
Kerajaan Mesir Purba berbentuk empayar yang meliputi Nubia di selatan Mesir hingga ke
utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan
dan Syria.
17
Wazir (vizier) adalah seperti perdana menteri yang menjaga hal-ehwal kewangan,
gudang-gudang bijirin, lembu, ketua kampung dan datuk bandar.
Kemudian diikuti oleh golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani (farmers),
pedagang (traders) dan pekerja mahir (craftsmen).
Lapisan yang paling bawah ialah golongan hamba (slaves).
18
20
Pengiktirafan Wanita
Tamadun Mesir Purba telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin.
Contohnya, seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun
Hatshepsut yang memerintah antara 1501 hingga 1479 SM (lihat
Rajah 1.18). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti
pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian
yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah
meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini
menunjukkan bahawa wanita dalam Tamadun Mesir mampu
memerintah serta memiliki status yang tinggi.
Rajah 1.18 Seorang wanita bernama Hatshepsut menjadi firaun
Rajah 1.19
Re
Ra-Atum
Amun
Orang Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas mati, maka mayat disimpan dan dijaga
dengan teliti. Makam dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.
Mayat diiringi dan ditanam dengan barangan serta kelengkapan harian. Solekan mayat, alat
kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan menunjukkan status mayat.
Pengkhususan Kerja (Specialisation of Work)
Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir
Purba. Pengkhususan kerja dan ini memajukan industri tenunan, pembuatan barang
tembikar dan juga peralatan. Eksport utama Mesir ketika itu ialah tekstil, kertas dan emas
21
yang dijumpai sekitar Nubia. Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam tamadun
Mesi. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan
berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis. Sistem
pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang
Sistem Tulisan
Hieroglif (hieroglyphic dalam bahasa Inggeris) merupakan salah satu sistem penulisan paling
tua dalam dunia. Lihat Rajah 1.20. Perkataan hieroglif bermakna ukiran suci. Ia merupakan
tulisan formal yang digunakan masyarakat Mesir purba yang terdiri gambar, simbol dan
abjad.
Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya
untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga
memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual
kepercayaan.
Hieroglif
Hieratik
Demotik
Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis
dan terpahat dalam sistem tulisan hieroglif. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik,
tulisan berangkai dan pada tahun 700 SM, tulisan hieratik berkembang ke tulisan demotik.
Kemudian batang-batang itu diletak berdekatan dan bersilang dan ditumbuk hingga leper dan
menjadi kepingan untuk menulis di atasnya. Penciptaan kertas ini telah memudahkan
penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan
segala khazanah bangsa.
Sistem Pendidikan
Pendidikan dikhususkan untuk kanak-kanak keluarga atasan. Pendidikan dimulakan pada
peringkat awal yang diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan dan diuruskan oleh rumah
ibadat. Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih, khususnya
jurutulis yang bertugas menyimpan rekod. Pelajar diajar matematik, geometri dan sains
supaya mereka dapat mengurus hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil, pembinaan
piramid dan bangunan.
Kesusasteraan
Kesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan daripada
kesusasteraan Tamadun Mesir yang dihasilkan adalah berbentuk keagamaan dan falsafah.
Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan tentang
tuhan-tuhan mereka. Begitu juga dengan nasihat-nasihat Ptahhotep (seorang cendikiawan
Mesir purba) telah direkodkan ke dalam buku. Buku ini digunakan di sekolah-sekolah
beberapa tahun selepasnya dan tidak syak lagi banyaklah keturunan orang Mesir yang dididik
mengikut pengajarannya. Nasihat-nasihatnya amatlah mudah diamalkan. Dia mengesyorkan
seseorang itu menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya agar tidak diseksa oleh mereka
dan juga orang yang lebih rendah darjatnya agar tidak dimurkai tuhan. Orang kaya diberi
amaran supaya jangan sombong dan mengikut pendapatnya orang yang bijak sekali ialah
orang yang kurang bercakap. Ptahotep juga memberi nasihat mengenai tingkah laku dan
mengenai cara-cara menjaga isteri. Katanya,
"seseorang isteri perlu diberi makanan, pakaian dan
minyak wangi. Janganlah hendaknya seseorang suami
itu bengis kerana seseorang isteri lebih mudah menurut
jika dipujuk.
Kesusasteraan klasik bermula pada Zaman Kerajaan Pertengahan. Nasihat-nasihat yang
berguna dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara yang terkenal ialah Hymn To The Sun dan
Book of The Dead.
23
Astronomi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar)
dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit,
peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim atau
kalendar yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari
lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian
dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang
matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan,
menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu
yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka
dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga, baji dan
tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet
mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan
mengenai pembedahan.
Perubatan
Bidang perubatan sangat maju ketika tamadun
Mesir purba. Firaun telah mengarahkan setiap
pengamal perubatan hanya mengubati satu jenis
penyakit seperti mata, perut dan sebagainya.
Pengamal Mesir banyak menggunakan herba,
sayur-sayuran dan rempah untuk mengubati
penyakit. Contohnya, bawang putih digunakan
untuk penyakit asma, bawang digunakan untuk
penyakit yang berkaitan dengan sistem
penghadaman, ketumbar dan daun ketumbar
digunakan untuk penyakit perut dan jintan
manis digunakan untuk sakit-sakit sendi.
Rajah 1.22 Herba digunakan untuk
Pengamal-pengamal perubatan tamadun Mesir mengubati pelbagai penyakit
telah menulis tentang pelbagai penyakit pada
daun-daun papyrus yang telah dijumpai. Juga
dinyatakan ialah cara-cara mengubati luka pada muka, leher, tulang dan dada. Mereka juga
melakukan pembedahan. Pengetahuan mereka tentang anatomi manusia diperolehi ketika
mereka memumiakan mayat (iaitu, mengawetkan mayat supaya tidak reput).
24
Menurut Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History, tamadun mula merosot
apabila pemimpin-pemimpin mereka berhenti berinteraksi dengan rakyat dan juga
disebabkan kezaliman golongan pemerintah. yang minoriti yang zalim.
25
Menurut Ibn Khaldun, konsep asabiyyah atau ikatan perpaduan dalam kalangan
rakyat adalah paling penting dalam mengekal sesuatu tamadun. Beliau memerhati
bahasa asabiyyah adalah paling kuat dalam kalangan masyarakat nomad dan merosot
dengan kemajuan tamadun (iaitu apabila manusia berkelompok di bandar-bandar atau
proses urbanisasi). Ini menyebabkan kejatuhan sesuatu tamadun apabila tamadun lain
yang lebih menarik mengambilalih yang membawa perubahan, pemimpin dan
tamadun lain.
Menurut. Arthur Demarest dalam bukunya berjudul, Ancient Maya: The Rise and
Fall of a Rainforest Civilization masih tidak diketahui dengan tepat kejatuhan sesuatu
tamadun. Bagaimana pun, beliau menyifatkan kejatuhan sesuatu tamadun kepada
kehilangan kesuburan tanah, kemarau dan penambahan keganasan antara penduduk.
Beliau berhujah bahawa faktor-faktor kejatuhan sesuatu tamadun purba adalah ajaran
bagi kita pada masa kini.
Menurut, Jared Diamond (2005) dalam bukunya Collapse: How Societies Choose to
Fail or Succeed terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan sesuatu
masyarakat; iaitu kerosakan alam sekitar ( seperti penebangan hutan dan hakisan
tanah), perubahan iklim, pergantungan kepada perdagangan jarak jauh untuk
mendapatkan sumber yang diperlukan, peningkatan tahap keganasan dalaman dan
luaran ( seperti peperangan atau serangan), dan cara bertindakbalas kepada masalah
dalaman dan masalah alam sekitar.
Berikut dirumuskan beberapa faktor umum yang mungkin menjelaskan mengapa sesuatu tamadun yang
begitu cemerlang boleh merosot dengan mudah sekali.
Ketidakadilan
Keruntuhan Moral
Kejatuhan
Tamadun
Malapetaka
27
RUJUKAN
28