You are on page 1of 14

Bab 1

Mengisahkan Tuk Ngah bercerita kepada Fadhil, Ramasamy


dan Ah Seng tentang Istana Menanti yang terletak di puncak Gunung
Datuk. Istana lama itu merupakan peninggalan sejarah berkaitan
dengan kedatangan orang Minangkabau dan pengamalan adat pepatih
di Negeri Sembilan. Tempat persembunyian Sultan Mahmud Shah
apabila Melaka di serang oleh portugis 1511. Sultan Mahmud
berpindah ke Muar kerana tempat persembunyian baginda di Gunung
Datuk diketahui oleh Portugis. Tahun 1945 Jepun menyerang kawasan
Gunung Datuk tetapi istana lama tersebut tidak musnah. Istana
tersebut tidak musnah kerana dipercayai dijaga oleh orang bunian clan
pembinaannya melibatkan tujuh orang wali dari Pagar Ruyung.
Dipercayai kawasan Gunung Datuk tersebut terdapat orang bunian
sebab itulah sesiapa yang hendak ke istana menanti pasti akan
tersesat. Terdapat tiga orang pelancong dari Eropah yang tersesat
semasa hendak ke Gunung Datuk tetapi berjaya diselamatkan oleh
pihak polls. Dalam istana menanti itu terdapat alat-alat kebesaran raja
melayu iaitu pada zaman dulu clan terdapat barang-barang berharga.
Tuk Ngah membantu tiga orang sahabat itu melakar pelan dan jalanjalan ke Istana Menanti untuk menjadi panduan kepada mereka.
Istana Menanti itu menjadi kebanggaan penduduk Rembau dan
menjadi tempat perlindungan pejuang Melayu ketika menentang orang
Jepun dan komunis dahulu.

Bab 2 - SEJARAH REMBAU DI NEGERI SEMBILAN

Mengisahkan tentang sejarah Rembau yang berasal daripada


pokok rembau yang terdapat di kaki Gunung Datuk. Tindakan orang
Jakun hendak menebang pokok tersebut mengambil masa selama
empat puluh hari empat puluh malam tetapi tidak berjaya. Mereka

meminta nasihat daripada orang alim akhirnya berjaya pokok Rembau


tersebut ditumbangkan. Istana Menanti pertama dibina di Negeri
Sembilan. Orang Minangkabau datang ke tanah Melayu sejak zaman
kesultanan Melaka. Negeri Sembilan dibawah jagaan kerajaan Johor
disebabkan kerajaan Johor lemah akibat pengaruh daripada orang
bugis diketuai Daeng Kemboja. Kejatuhan Melaka ke tangan portugis
kerana kesalahan pembesar Melayu. Ini kerana mereka tamakkan
kuasa dan saling hasad dengki serta fitnah antara satu sama lain.
Menurut nenek Timah tidak ada apa lagi yang menarik di istana lama
tersebut kerana sudah lama terbiar dan jarang dilawati oleh sesiapa.

Bab 3 - SEJARAH ISTANA MENANTI

Mengisahkan hasrat tigaorang sahabat untuk melawat istana


menanti tersebut. Menurut mereka istana tersebut banyak
meninggalkan kesan sejarah dan berkaitan dengan sejarah
kedatangan orang Minangkabau ke negeri Sembilan. Perang Naning
berlaku pada 1831. Orang Rembau membantu Dol Said menentang
orang Inggeris clan berjaya mengalahkan orang Inggeris. Perang
Naning ke-2 tahun 1832 orang Rembau tidak membantu
mengakibatkan Inggeris berjaya menakluki Naning. Istana lama
tersebut dipercayai tempat bersemayam Raja Malewar sebelum
berpindah ke istana Seri Menanti.

Bab 4 - PERANG BUKIT PUTUS

Memaparkan peristiwa Perang Bukit Putus berlaku pada


25.11.1875 di mana peperangan antara Inggeris dengan pengikut
Yamtuan Antah diketuai Datuk Siamang Gagap. Dalam pertempuran

tersebut pihak Inggeris berjaya mengalahkan Yamtuan Antah dan


berundur ke Rembau. Tiga orang sahabat bersetuju untuk
menyediakan keperluan ke Gunung Datuk. Mereka bercadang bertolak
jam 8.00 pagi pada hari Sabtu. Pada masa yang sama mereka
mengajak Tuk Ngah untuk sama-sama ke Gunung Datuk kerana beliau
berpengalaman tentang keadaan hutan tersebut.

Bab 5 - SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI MELAKA

Mengisahkan tentang persiapan tiga orang sahabat dan Tuk


Ngah untuk ke kaki gunung datuk. Dalam perjalanan Tuk Ngah
menceritakan tentang sejarah pembukaan negen Melaka. Nama
Melaka berasal daripada sepohon pokok di mana peristiwa berlaku
apabila anjing Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk hingga
jatuh ke sungai. Parameswara pemerintah yang bijak. Bagi menjamin
keselamatan dari ancaman Siam baginda mengadakan hubungan baik
dengan Cina melalui penyampaian utusan. Parameswara memeluk
Islam dan berkahwin dengan Raja Pasai 1414 dan menukar namanya
kepada Megat Iskandar Shah. Pemerintahan Sultan Muhammad Shah
baginda mengadakan hubungan baik dengan Cina dan menyebabkan
Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang dari Cina, India dan
Arab. Dalam perjalanan mereka berehat di jeram Lubuk Petai. Mereka
mengambil gambar di tempat tersebut yang dianggap berpuaka dan
mempunyai keistimewaan tersendiri. Lubuk Petai dipercayai didiami
makhluk bunian. Tuk Ngah berpesan supaya mereka ticlak
mengeluarkan sebarang perkataan yang tidak baik. Sepanjang
perjalanan Tuk Ngah berpesan supaya mereka menanda laluan
dengan mematahkan pucuk-pucuk kayu. Ah seng dinasihatkan supaya
tidak minum air terlalu banyak supaya dapat meneruskan perjalanan
pendakaian nanti. Dalam perjalanan mereka sempat melihat berbagaibagai binatang seperti kera dan burung-burung yang terdapat dalam
hutan.

Bab 6 - MENEMUI ISTANA MENANTI

Akhirnya mereka sampai di puncak Gunung Datuk yang


menjadi impian mereka selama ini. Mereka terpegun dengan
keindahan dan kecantikan istana tersebut. Tuk Ngah menceritakan
bahawa istana tersebut menjadi markas tentera Jepun di Negeri
Sembilan. Banyak tawanan yang dibunuh dan diseksa di istana
tersebut.Kebanyakan yang didera dan dibunuh berbangsa Cina. Di
samping itu berlaku pertempuran antara MPAJA dengan tentera Jepun
clan ramai terkorban. Ukiran istana tersebut mengkagumkan clan
banyak peninggalan sejarah yang terdapat di luar dan dalamnya.
Keluasan dan kelebaran serta rekabentuknya amat menakjubkan
sehingga boleh memuatkan 300 orang. Tuk Ngah menceritakan asal
usul nama Minangkabau. Peristiwa bermula apabila Raja Minangkabau
dicabar berperang oleh raja di Jawa. Tetapi Raja Minangkabau tidak
mahu berperang tetapi atas desakan raja di Jawa peperangan
bermula. Akhirnya Raja Minangkabau berjaya mengalahkan Raja Jawa
dengan cara melagakan kerbau mereka.

Bab 7 - TEROWONG BAWAH TANAH

Iistana lama yang tidak dapat dimasuki kerana terkunci dari


dalam. Mereka berusaha untuk masuk melalui tingkap tetapi tidak
berjaya. Tuk Ngah meminta mereka mencari dua batang kayu
panjang dan pendek untuk digunakan memanjat istana tersebut.
Akhirnya Fadhil berjaya membuka tingkap istana tersebut. Mereka
terpegun apabila berada dalam istana tersebut yang masih indah dan
bersih. Mereka beranggapan bahawa mungkin ada penunggu yang
menjaga istana tersebut. Dalam istana tersebut terdapat sebuah bilik

yang seram kerana terdapat bekas kemenyan yang barn dibakar clan
dalam bilik tersebut terdapat barang-barang antik yang masih cantik
dan unik. Mereka bercadang menulis surat kepada muzium supaya
dapat datang melihat dan menyiasat istana tersebut. Ini bertujuan
supaya peninggalan sejarah dapat dipelihara dan dikekalkan
keunikannya. Mereka terperanjat apabila pintu bilik tertutup dengan
tiba-tiba. Mereka berusaha untuk membukanya tetapi tidak berjaya.
Bermacam-macam andaian yang bermain difikiran mereka tentang
situasi tersebut. Mereka berusaha untuk mencari pintu rahsia dalam
bilik tersebut. Akhirnya Fadhil menyelak tikar mengkuang yang
menutupi lantai dan mereka terlihat pintu. Mereka memasuki
terowong tersebut yang gelap dan nasib balk ada lampu picit yang
dapat memberi cahaya kepada suasana dalam terowong tersebut.
Terdapat dua terowong dalam istana tesebut mereka mengikuti
sebelah kanan dan terkejut kerana banyak kelawar serta tikus yang
berkeliaran. Mereka terdengar suara jeritan orang dalam terowong
tersebut.

Bab 8 - TERPERANGKAP DI BILIK PERADUAN DAN MENDAPAT KAWAN


BAHARU

Fadhil. Ah Seng dan Ramasamy balik semula ke dalam bilik


peraduan raja kerana kepenatan untuk mencari jalan keluar dari
istana tersebut. Keadaan suasana semakin gelap mereka terpaksa
memasang lampu picit mengikut keperluan sahaja supaya dapat
menjimatkan tenaga bateri tersebut. Mereka beranggapan jika
dijadikan tebusan keluarga mereka bukannya orang yang berada.
Walaubagaimana pun mereka terus berada di dalam istana tersebut
bagi menyelamatkan diri. Mereka terdengar bunyi orang sedang
berjalan dari arah terowong. Ini menyebabkan mereka dalam keadaan
ketakutan kerana lembaga itu semakin hampir ke bilik peraduan
raja. Lembaga itu menghalakan cahaya lampu suluhnya ke arah
Fadhil. Fadhil ketakutan dan terus menghalakan parang ke arah

pemuda itu. Akhirnya pemuda itu memberitahu yang mereka samasama terperangkap dalam bilik istana tersebut. Lembaga yang
dimaksudkan ialah Khairil Anuar seorang pemuda yang samasama
henclak mengetahui keunikan istana tersebut, tetapi terperangkap
dalam istana tersebut sehingga tidak dapat melepaskan diri. Mereka
beranggapan mungkin Tuk Ngah yang memerangkap mereka, tetapi
semua tuduhan itu disangkal oleh Khairil Anuar. Justeru itu mereka
berusaha untuk mencari jalan keluar tetapi tidak berjaya.

Bab 9 - AH SENG DITANGKAP OLEH PENJENAYAH

Menceritakan tentang perasaan tidak puss hati ketiga-tiga budak


tersebut kepada Khairil Anuar tentang statusnya yang sebenarnya.
Mereka masih sangsi tentang keadaan istana tersebut yang dianggap
berpuaka clan berpenunggu. Khairil percaya bahawa terdapat orang
lain dalam istana tersebut selain daripada mereka. Khairil
memberitahu yang dia pelajar Universiti Putra Malaysia yang berminat
tentang penulisan sejarah Rembau. Dia tertarik terutamanya istana
lama yang menjadi sebutan orang-orang tentang keunikannya.
Ketiga-tiga budak tersebut masih berfikiran negatif tentang pemuda
bernama Khairil yang pada anggapan mereka seorang pemuda yang
tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Ini kerana dia seolah-olah tidak
risau tentang situasi yang mereka alami dalam bilik peraduan raja
tersebut. Ah Seng merasa sakit perut dan terus menuju ke terowong
untuk membuang air besar, belum sempat pun melepaskan hajatnya
kepalanya dipukul dari belakang. Dia telah diikat oleh kuncu-kuncu
seorang pak cik Bidin yang berada dalam terowong tersebut. Pak cik
Bidin dan kuncu-kuncunya sedang mencari harta karun yang ditanam
dalam istana tersebut semasa pemerintahan Inggeris selepas Jepun
menyerah kalah. Pakcik tersebut merupakan pejuang tanah air
berfahaman komunis yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara
selepas, semasa kedatangan orang Inggeris dan pendudukan tentera
Jepun di Tanah Melayu. Kawan-kawan pakcik tersebut masih

meneruskan menggali tanah untuk mengesan harta karun tersebut.


Akhirnya mereka pergi mencari kawan-kawan Ah Seng untuk
membantu mencari di mana letaknya harta karun tersebut.

Bab 10 - MENCARI HARTA

Fadhil merasa risau kerana Ah Seng masih belum balik daripada


membuang air besar dalam terowong Istana lama tersebut. Keluhan
Fadhi telah mengejutkan Khairil daripada tidurnya dan terus
bertanyakan di mana Ah seng. Ramasamy jugs tertanya-tanya
kenapa Ah Seng masuk dalam terowong tersebut bersendirian. Fadhil
memberi penjelasan kepada Ramasamy tentang Ah Seng yang masih
belum balik lagi. Mereka berusaha mencari Ah Seng dalam terowong
dengan memanggilnya dan mengesan beberapa tapak kaki dan kasut
Ah Seng berjaya ditemui. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
beberapa orang lelaki dan akhirnya mereka telah ditangkap dan di
bawa berjumpa dengan pakcik yang menjadi ketua operasi mencari
harta karun di istana lama tersebut.
Mereka telah dipaksa untuk
menggali lubang-lubang dalam terowong tersebut yang dipercayai
tertanamnya harta karun. Fadhil dan kawan-kawannnya terpaksa
melakukan kerja-kerja tersebut jika ingin selamat dan keluar daripada
istana lama itu.

Bab 11 - GERAKAN PENYELAMAT

lbu bapa Fadhil (Encik Karim dan Mak Joyah) Ah Seng (Encik
Leong dan Puan Lily) Ramasamy (Encik Shanty clan Pn Mary) sangat
risau kerana anak-anak mereka belum pulang dari istana lama
sehingga malam. Kenyataan Bidin tentang istana lama yang dianggap

berpuaka menambahkan lagi kebimbangan ibu bapa remaja tersebut.


Puan Mary mula menangis kerana terkenangkan anaknya yang masih
belum diketahui kedudukan keselamatan mereka. Berita tersebut
merebak dalam kalangan penduduk kampung Ulu Seperi. Pak Busu
memberitahu dia ternampak beberapa pelancong Cina clan Melayu
yang menghala ke Gunung Datuk tersebut. Kelegaan dalam hati
mereka sedikit terubat apabila mengetahui suami nenek Timah iaitu
Tuk Ngah menemani anak-anak mereka ke Gunung Datuk tersebut.
Mereka ke balai polls untuk membuat laporan yang diketuai oleh
ketua kampung Ulu Seperi Pak Senik. Sarjan Mokhtar mencatat semua
laporan yang diberikan oleh ketiga-tiga ibubapa remaja tersebut.
Semua yang terlibat berkumpul di perkarangan balai dan gerakan
akan dijalankan pada waktu malam. Sarjan Mokhtar mengarahkan
mereka yang terlibat berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
naik ke puncak bukit melalui sebelah kiri seramai 20 orang dan
kumpulan yang lain diketuai oleh Sarjan Mokhtar sendiri. Sepanjang
perjalanan mereka sengaja membuat bising supaya teriakan mereka
di dengar oleh orang yang hilang. Selama dua jam mereka berkumpul
di istana lama tetapi berasa kecewa kerana gagal menemui tiga
sekawan tersebut. Belum pun sempat mereka hendak batik kerana
gagal menemui tiga sekawan tersebut, tiba-tiba muncul Tuk Ngah.
Beliau menceritakan kepada Sarjan Mokhtar tentang keadaan budakbudak tersebut yang dalam keadaan bahaya. Ini kerana beliau
ternampak sekumpulan lelaki yang mencurigakan dan bersenjata
memasuki istana lama tersebut.. Tuk Ngah berusaha memasuki
terowong tersebut untuk menyelamat dan mencari tiga sekawan tetapi
keadaan gelap menghalang usaha pencarian tersebut. Akhirnya Sarjan
Mokhtar mengarahkan orangnya mengepung istana tersebut. Sarjan
Mokhtar sendiri mengetuai pasukan penyelamat memasuki terowong.
Mereka diarahkan supaya menggunakan senjata jika perlu sahaja
untuk mengelakkan budak-budak tersebut terkena peluru sesat.

Bab 12 - REMAJA-REMAJA BERJAYA DISELAMATKAN

Khairil clan tiga budak tersebut kepenatan setelah menggali


lubang yang dipercayai ada harta karun. Mereka meminta untuk
berehat kerana berasa lapar dan kehausan akhirnya penjahatpenjahat tersebut memberikan sebuku roti dan air kotak. Mereka
masih merungut kerana pads tanggapan mereka mans ada harta
karun dalam terowong tersebut, tetapi orang tua dan pengikutnya
mengarahkan supaya mereka meneruskan untuk menggali lubang
yang telah besar itu. Tiba-tiba cangkul Fadhil terkena sesuatu benda
keras di permukaan tanah yang digali mereka. Lelaki tua yang melihat
suasana tersebut terus meluru ke arah Fadhil kerana tidak sabar
melihat dan memiliki harta tersebut. Orang tua dan pengikutnya
mengangkat harta karun tersebut dan terus membawanya keluar
daripada terowong. Khairil dan tiga budak terebut bergerak perlahanlahan menuju ke pintu terowong dalam keadaan berpegangan tangan
kerana takut terpisah. Dalam pada itu Khairil clan tiga orang budak
meminta betas kasihan penjahat-penjahat untuk membebaskan
mereka tetapi tidak berjaya. Ini kerana mereka tidak clibenarkan
keluar bersama-sama dengan kumpulan tersebut, jika ingkar akan
ditembak. Kumpulan penjahat tersebut yang membawa harta karun
ticlak menyedari pergerakan mereka cliperhatikan oleh anggota polis.
Akhirnya mereka tertangkap dan Sarjan Mokhtar mengarahkan
anggotanya masuk ke dalam terowong untuk menyelamatkan budakbudak tersebut. Khairil berteriak apabila melihat beberapa orang
penjahat datang semula, tanpa berlengah mereka meneruskan
langkah untuk melarikan diri. Tetapi teriakan daripada anggota polis
telah mematikan langkah Khairil dengan tiga sekawan. Akhirnya
mereka berjaya diselamatkan dan dibawa keluar daripada terowong .
Semua orang ramai yang terlibat dalam pencarian tersebut berasa
terharu kerana semua budak tersebut terselamat.

Bab 13 - GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU

Pagi Jumaat Tuk Ngah menunggu kedatangan Khairil dan tiga


sekawan untuk menziarahinya. Dalam kira-kira jam 9.00 pagi mereka
pun sampai. Tuk ngah memulakan cerita dengan mengatakan bahawa
dia kenal betul orang tua yang menculik mereka yang bernama Dolah.
Dia menyertai perjuangan komunis clan terlibat dalam pertempuran
dengan anggota pasukan keselamatan. Kerajaan telah memberikan
pengampunan kepada anggota komunis yang terlibat. Tetapi telah
melakukan kesalahan lagi melalui pemberontakan akhirnya mereka
semua telah tertangkap. Tuk Ngah meneruskan ceritanya semasa
penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1945
clan penyerahan tentera Jepun apabila Amerika mengebom bom atom
di Hiroshima clan Nagasaki. Ekoran daripada peristiwa itu pasukan
MPAJA telah dibubarkan. Tahun 1948 anggota komunis melancarkan
pemberotakan kepada pihak kerajaan. Antara rancangan paling
berjaya membendung kegiatan komunis melalui Rancangan Briggs.
Melalui rancangan ini semua penduduk cina dipindahkan ke
penempatan baru dan diberi perlindungan. Kegagalan komunis untuk
memerintah negara kita kerana menurut Tuk Ngah akibat kezaliman
orang komunis clan kurang mendapat sokongan tambahan serta
ideologi yang berbeza. Tuk Ngah, Fadhil dan Khairil bersama-sama
menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Mereka solat bersama-sama
selepas bercerita dari pagi sampai tengahari. Dalam pada itu Fadhil
mengingatkan Tuk Ngah supaya datang ke balai raya malam ini
kerana ada majlis kesyukuran_
Bab14 - PENGHARGAAN UNTUK WIRA-WIRA NEGARA
Penduduk Kampung Ulu Seperi mengadakan majlis kesyukuran
dengan menjemput orang kenamaan antara lain Menteri Besar, wakil
rakyat dan lain-lain. Fadhil, Ah Seng Ramasamy, Khairil dan Tuk Ngah
menjadi perhatian daripada orang yang hadir kerana keberanian
mereka membantu pihak polis menangkap penjenayah. Menurut polis
kelima-lima penjenayah tersebut merupakan pengganas yang paling
dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa gerakan mengancam

keselamatan negara. Menurut ketua polis mereka berhasrat menggunakan harta karun tersebut
untuk membiayai pergerakan membuat huru hara di negara ini. Menteri Besar mengucapkan
terima kasih kepada polis kerana menjalankan tugas sehingga terhapusnya jenayah komunis.
Pada akhir majlis diadakan upacara penyampaian hadiah oleh Menteri Besar kepada mereka
yang terlibat. Peristiwa yang berlaku pada hari tersebut telah dimuatkan di dada akhbar pada
keesokan harinya.

Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan


kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi
pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga
bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja
bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut.
Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu
menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung
Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam
perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan
negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di Jeram
Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud
Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya
menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga
keselamatan bersama-sama.
Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang
dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk bumbungnya yang
kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena
memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam

perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama dengan


remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana.
Mereka bertiga masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana lama
tersebut. Ketika memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik tidur diraja, tiba-tiba
mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak
berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai lalu terjumpa pintu terowong
bawah tanah yang gelap dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal
kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka juga
khuatir kerana terdapat terlalu banyak kelawar dan tikusdi dalam terowong
tersebut.
Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda bernama Khairil,
seorang penuntut dari Universiti Putra yang keletihan turut terperangkap dalam
terowong tersebut. Ketika mereka melelapkan mata kerana keletihan. Ah Seng
terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap
oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di
dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka
berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka
sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga
berjaya ditawan ketika mereka mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut.
Mereka juga dipaksa menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah
harta tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari terowong
tersebut meninggalkan remaja-remaja itu
Pada masa yang sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang apabila
anak-anak mereka tidak pulang sehingga malam. Hasil perbincangan dengan
ketua kampung, mereka telah berpakat membuat laporan kepada pihak polis.
Pihak polis telah melancarkan gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendak
Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja-remaja tersebut.
Tuk Ngah yang berjaya bersembunyi dari penglihatan kumpulan penjenayah
itu muncul lalu menceritakan perkara sebenar. Hasil perancangan akhirnya pihak
polis berjaya memerangkap penjenayah-penjenayah yank sangat dikehendaki
tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira
kampung dan diraikan dalam suatu majlis kerana keberanian serta kegigihan

mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap


penjenayah negara tersebut.

You might also like