Pembalut cincin -Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. -Diperbuat daripada pembalut tirus. -Digunakan untuk menutup luka.
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. Anduh besar/ Anduh lengan -Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. -Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas