You are on page 1of 22

Warisan Darah dan Airmata di Muzium Perang Pulau Pinang .

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Pintu masuk Muzium Perang Pulau Pinang

Antara lokasi yang menarik untuk dilawati jika melancong ke Pulau Pinang ialah Muzium
Perang (War Museum) yang terletak di Batu Maung, atau alamat lengkapnya Lot. 1350, Mukim
12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960, Pulau Pinang. Muzium merupakan kubu perang
yang asalnya dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930an sewaktu era perang dunia kedua,
ianya dibina sebagai langkah mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh. Kubu
ini dibina dengan keluasan 20 ekar diatas Bukit Batu Maung, projek pembinaanya
dipertanggungjawabkan kepada pasukan jurutera diraja British ( The Royal British Engineer)
dengan bantuan buruh dari kalangan rakyat tempatan serta yang dibawa dari tanah jajahan
British yang lain.

Grafik kawasan muzium yang seluas 20 ekar.

Kubu ini dilengkapi dengan terowong bawah tanah serta kemudahan ketenteraan yang lain seperti kubu
peninjau, berek tentera, penjara, kubu anti kapal terbang, meriam, pusat rawatan dan lain-lain. Sewaktu
Pendudukan Jepun sekitar tahun 1942, kubu ini telah ditawan dan dijadikan markas dimana tawanan
perang ditahan, diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun. Antara peninggalan yang menarik ialah
dikawasan ini masih kekal beberapa buah perkuburan milik tentera British dan Jepun, malah kawasan
dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung turut dipelihara.

Menurut seorang petugas, muzium ini mula dibersihkan untuk dipelihara pada tahun 2002, iaitu pada
ketika projek pembangunan di kawasan Batu Maung mulai rancak, sebelumnya kubu lama ini terbiar
dalam misteri, malah Bukit Batu Maung itu juga dikenali sebagai 'Bukit Hantu'. Pengurusan muzium
perang ini dibawah tanggungjawab Penang War Museum Sdn. Bhd. Para pengunjung dikenakan yuran
masuk sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atau tiket keluarga (2 dewasa dan 2
kanak-kanak) bernilai RM55.

Tiket keluarga bernilai RM55(dua dewasa

Beg galas milik tentera British

Dan dua kanak-kanak)

Ruang pengudaraan bagi salah satu bilik bawah

Selaras senapang yang dibekalkan bagi kegunaan

Tanah yang dibina

tentera Gurkha

Antara peralatan peribadi yang dibekalkan kepada tentera,


peralatan ini dipercayai dikilangkan di Australia, ianya turut
digunakan dalam perang Korea.

Laluan dalam lorong yang masih kukuh. Untuk merasai


pengalaman masuk ke terowong ini, pelawat akan
dibekalkan dengan lampu picit oleh petugas dek kerana
terowong ini memang gelap dan tiada sumber pencahayaan
asli.

Telaga yang dibina oleh Tentera pasukan Jurutera Diraja


British

Tempat asal dimana salah satu senapang anti kapal


terbang diletakkan

kuarter bagi pegawai pangkat tinggi yang bertugas


mengikut giliran.

Tangga asal menuju kawasan meriam yang masih dalam


keadaan asal.

Dua buah peluru sebagai hiasan

Salah satu daripada 20 senapang anti Kapal Terbang yang


terdapat di Kubu ini, senapang ini mampu menembak
sejauh 14,000 kaki, untuk mengelak dari ditembak, pasukan
udara Jepun terpaksa menerbangkan pesawat melebihi
sekitar 16,000 kaki di udara.

Kubu peninjau dengan tapak mesin gun.

Kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman


pancung!!..

Peralatan yang digunakan oleh tentera Jepun bagi


menyiksa tahanan perang mereka.

Bilik dimana tahanan perang diseksa oleh tentera Jepun

Bilik yang menempatkan generator yang menjadi sumber


tenaga letrik bagi kawasan kubu ini.

Kawasan dimana tahanan perang dipancung oleh tentera


Jepun yang bernama Suzuki. Setelah mangsa dipancung,
Suzuki akan menitiskan darah yang menitik dari pedang
beliau kedalam botol wain. Menurut kepercayaan, bangsa
yang darahnya diminum tidak akan berani bangkit
menentang tentera imperial Jepun.

Sistem kumbahan yang digunakan di setiap kuater, siapa


agaknya yang ditugaskan untuk mengosongkan tong-tong
najis itu ya...

Kuater pegawai British, kuater ini boleh menempatkan


sehingga 11 orang pegawai.

Buku-buku yang terdapat di bilik pegawaitentera British,


tidak pasti sama ada buku-buku tersebut adalah yang asal
atau sekadar hiasan.

Siren kecemasan yang digunakan...tuil perlu dipusingkan


untuk menghasilkan bunyi.

Alat pemadam api (seperti yang ada di sekolah sekitar


tahun 1980an) yang ada di Kuater tentera British.

Lokap yang digunakan untuk mengurung tahanan perang.

Kuater yang dikhaskan untuk tentera Melayu yang bertugas


di Kubu ini.

Salah satu bilik di kuater askar melayu, ianya boleh


menempatkan seramai 14 orang tentera. para pengunjung
diberi amaran adanya ular di kawasan berek ini.

Dapur yang terdapat di kuater tukang masak yang khusus


menyediakan makanan untuk askar melayu, antara menu
yang sering disediakan ialah yang berasaskan daging, roti,
ubi kentang dan kari.

Bilik tidur dikuater yang dikhaskan untuk Tukang Masak.

Bangunan yang menempatkan bilik-bilik rawatan yang


diasingkan mengikut kategori penyakit.

Bilik yang dikhaskan untuk pegawai perisik tentera.

Perabot yang terdapat didalam bilik khas untuk pegawai


perisik tentera.

Salah satu bilik bawah tanah yang terdapat didalam kubu


ini.

Salah satu terowong yang agak moden dibina oleh


tentera British, ianya mempunyai binaan yang kukuh
serta sistem pengudaraan yang baik seandainya pintu
terowong gagal dibuka.

http://harithsidek.blogspot.my/2012/11/warisandarah-dan-airmata-di-muzium.html

Pulau Pinang
Muzium Perang

Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit


Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan
asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua.
Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek
yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan
kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.

Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang


Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung
adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang
dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi
ketenteraan British pada Oktober 1939.

Berbeza dengan muzium lain, pengunjung


berpeluang merasa pengalaman melalui satu
daripada tiga terowong keselamatan rahsia yang
pernah
digunakan
tentera
British
dan
Jepun.Bagaimanapun,
untuk
memasuki
terowong keselamatan pertama yang panjang,

gelap, sempit, berbelok-belok dan pasti amat


menyeramkan itu, pengunjung perlu berjalan
dalam keadaan tunduk.Satu terowong lain pula
menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang
ramai, tetapi pernah digunakan sebagai
terowong rahsia askar British meninggalkan
Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura
ketika Jepun menyerang.

Pengunjung juga berpeluang melawat dalam


kubu yang terbahagi kepada tiga bangunan
utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk
kubu yang menjadi tempat perlindungan askar
apabila mendengar semboyan kecemasan dibina
dengan teliti.Mengikut sejarah, kubu pertahanan
British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada
1942 selepas satu pertempuran membabitkan
lebih 1,500 anggota tentera British termasuk
askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu
menyebabkan ramai tentera British mati dan
cedera di tangan tentera Jepun.

Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu


tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira
dua tahun setengah sebelum menyerah kalah
kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus
menamatkan
Perang
Dunia
Kedua.

Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu


ditinggal dan dibiarkan begitu saja menyebabkan
ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala
haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi
berkenaan
sebagai
habitat
mereka.Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun
diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu
pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang
Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia
dan sejarah.

Saya di meja pegawai tentera jepun

Dengan lokasi ketinggian 75 meter dari aras laut,


kubu usang yang dikelilingi rimbunan pokok itu
masih berada dalam keadaan yang baik
walaupun banyak kesan peluru dan bom di
setiap bangunannya.Ketika itu, kubu berkenaan
dijadikan pusat mengawal keselamatan tiga

perempat daripada keseluruhan Pulau Pinang


daripada serangan musuh dan ia dipamerkan
kepada pengunjung dalam keadaan seperti lebih
60 tahun lalu.Malah, laluan pejalan kaki dan cat
hijau suram di sesetengah bangunan terutama di
berek askar, masih dikekalkan warna asalnya
selepas terbiar apabila negara merdeka.

Adik saya Firdaus mencuba meriam di


atas bukit War Museum ini

Berhampiran bangunan pertama terletak sebuah


perigi sedalam 30.5 meter (100 kaki) iaitu laluan
menghantar barang seperti senjata api dan
sebagai laluan kecemasan.Dalam bangunan
kedua pula banyak dipamerkan gambar koleksi
peribadi dirakamkan tahanan perang ketika
penjajahan Jepun, James Tait sekitar 1941 dan
1942.Untuk keluar dari bangunan berkenaan,
pengunjung boleh memilih sama ada merangkak
dalam terowong yang lebih kecil dan sempit
sebelum terpaksa memanjat tangga besi menuju

pintu keluar rahsia atau hanya melalui


jalan biasa saja.
ke

Kenangan di hadapan blok pegawai tentera


jepun

Muzium itu mempunyai 29 lokasi perlu


dikunjungi antaranya bilik teater terbuka,
menara tinjau, 20 ruang menembak pesawat
udara, penjana elektrik dan bilik rehat
pegawai yang turut dijadikan bilik hukuman
dan seksaan ketika zaman Jepun.Di
bahagian belakang menara pemerhati yang
terletak betul-betul di puncak Bukit Batu
Maung pula, didirikan 12 berek berasingan
untuk askar British, Melayu dan Gurkha
mengikut pangkat masing-masing.Terdapat
juga penjara, dapur, klinik, stor menyimpan
barang dan bilik tukang masak.Malah,
kebanyakan peralatan yang dipamerkan
pula adalah artifak asal yang dijumpai
ditapak berkenaan seperti kuali, peralatan
untuk menyeksa tahanan dan serpihan
pinggan mangkuk.

Patung gadis melayu yang dijadikan hamba seks

Artifak peninggalan tentera Jepun dan British


yang ditemui dan kini dipamer kepada orang
ramai menjadi bukti tempat itu pernah menjadi
kubu
pertahanan
sebelum
dijadikan
muzium.Malah, terdapat juga gambar tokoh yang
terbabit dalam Perang Dunia Kedua di Malaya
turut dipamerkan seperti Jeneral Yamashita yang
dikenali sebagai Harimau Malaya dan Jeneral
MacArthur.

Laluan ke kem bawah tanah tentera


jepun

Terdapat misteri disebalik muzium ini yang


dapat saya rakamkan .

Makcik saya bergambar di dalam terowong


sempit yang hanya memuatkan laluan
seorang sahaja

http://misteri14negeri.blogspot.my

Cara Memelihara Binaan Bangunan Sejarah di Malaysia


Cara Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia
Usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

1.

Kerajaan

mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan


Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu
dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur.
mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan
bersejarah
Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat
lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan
Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya
mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih
Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah
menelan belanja sebanyak RM20 juta.
diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan
Balai Polis Bukit Kepong
dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad
ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua
keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.
Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

2. Sekolah

melukiskannya di dinding sekolah


mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah
kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah
universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini
menepati ciri-ciri yg diharapkan
pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunanbangunan bersejarah
mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik.
Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut

diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi
dengan kemudahan lift, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan

http://www.ohpt3.com/2016/06/cara-memelihara-binaan-bangunansejarah.html

You might also like