You are on page 1of 1

TAJUK : KAJIAN NOVEL KOMSAS TINGKATAN 4 (LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA)

KAJIAN : PLOT - Rangkaian kejadian-kejadian dalam sebuah cerita yang disusun secara berkronologi.

1. Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak
Saidi dan ibunya, Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris di pekan sungai Ramal
sebelum memasuki kem tentera di Kem Haig Lines untuk melayakkannya menjadi seorang tentera. Adnan telah
berjaya menjadi rekrut terbaik selepas tamat sesi latihan di Port Dickson. Dia kemudiannya berkahwin dengan
Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainuddin dan Fatimah sebelum Perang Dunia
Kedua.

2. Perkembangan

Peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kamung Sungai Ramal yang hidup dalam kemiskinan.
Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberi pelajaran yang sempurna agar mereka lebih
berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa dan negara. Pak Saidi juga
turut membekalkan anak ilmu silat sebagai pertahanan diri dan mengajar anak-anaknya ilmu agama dengan
mengaji al-Quran pada waktu malam.

3. Perumitan

Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir Panjang dan Bukit Candu bagi
menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah
Melayu. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur.

4. Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar
Melayu terus berjuang dan tidak berputus asa. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu mati
sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan
Leftenan Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu menikam Leftenan
Adnan sehingga mati. Peristiwa ini telah dilihat oleh Koperal Yaakob yang cedera parah. Beliaulah yang telah
menceritakan peristiwa ini kepada penduduk kampung yang telah menyelamatkannya.

5. Peleraian

Zaman pemerintahan Jepun merupakan zaman yang penuh penyiksaan bagi seluruh penduduk Tanah Melayu
tidak kira bangsa. Perlakuan kejam berlaku di mana-mana dan penduduk tiada kebebasan. Pada 15 Ogos 1945
Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Penduduk kampung kembali bebas
dengan melakukan kerja-kerja pertanian.

You might also like