You are on page 1of 12

SMK PASIR GUDANG

KAJIAN KES TINGKATAN 4 2021


BAB3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN D
NEGARA KITA
Nama : Ainin Sofiya Binti Nazri
Kelas : 4sk1
Nama Guru : Tuan Norhayati
TAJUK/ISU
Perjuangan rakyat menentang pendudukan jepun
merupakan tindak balas terhadap kekejaman dan
kesengsaraan yang dihadapi di bawah pemerintahan Jepun.
Buktikan perjuangan individu dlam gerakan menentang
jepun.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji perjuangan rakyat menentang pendudukan jepun


2. Mencerakinkan maklumat tentang perjuangan rakyat semasa
pendudukan jepun
3. Menilai perjuangan rakyat semasa pendudukan jepun
KAEDAH KAJIAN

● Pembacaan
● Media massa
● Melayari internet
DAPATAN KAJIAN

● Pengenalan
● Perkembangan idea
● Kesimpulan
PENGENALAN : JELASKAN KEMARAAN TENTERA
JEPUN DI TANAH MELAYU DAN MAKSUD PERJUANGAN

Kemaraan tentera jepun di tanah melayu sejak pengunduran pasukan tentera British
yang melemahka pertahanan Kedah. Serangan Jepun yang ingin menawan kedah
dimulakan dari penawanan Jambatan Jitra. Pada tahun 11 Disember 1941 Jepun dengan
pantas menyerang Beachhead Kota Bharu melalui darat untuk mengatasi pertahanan
British. Tanpa ada serangan di udara, Jepun dengan mudah mengebom Pulau Pinang.
Pada 13 Disember 1941 Jepun sampai ke Alor Setar. Penduduk berjaya menyeberangi
jambatan sungai Kedah dan Murray-Lyon meletupkan jambatan tersebut untuk
menghalang Jepun untuk melaluinya. Pada tahun 12 Disember 1941, British
menyerahkan Pulau Pinang kepad Jepun dan akhirnya Pulau Pinang dibom hebat pada
setiap hari dari 8 Disember hingga 17 Disember.
Selain itu, maksud perjuangan adalah satu perkataan yang mempunyai
makna dan nilai yang tinggi. Perjuangan adalah satu usaha gigih yang berani
dan sanggup berkorban untuk mencapai maklumat, objektif, dan halatuju yang
digariskan. Perjuangan yang tegak di atas dasar prinsip yang jitu. Ia tidak
sekadar semangat tetapi bersandarkan ilmu yang mantap, kesefahaman yang
jelas, keikhlasan yang tulis dan kesungguhan yang cekal.
PERKEMBANGAN IDEA : JELASKAN PERJUANGAN
INDIVIDU YANG MENENTANG PENDUDUKAN JEPUN

Pejuangan individu yang menetang Jepun ialah Gurchan Singh. Beliau merupakan
seorang anggota polis sebelum pendudukan jepun.
Beliau berjaya menggerakan penentangan pendudukan jepun dengan propaganda dan
risalah yang bertajuk “Lion of Malaya”. Risalah tersebut dihasilkan dan diedarkan secara
teratur dan berkesan untuk memberitahu penduduk tanah melayu tentang agenda sebenar
pendudukan Jepun di tanah melayu. Beliau juga pernah berjaya menyamar sebagai
wartawan untuk mensabotaj pengangkutan tentera jepun.
Selain itu, pejuang individu wanita iaitu Sybil Medan Daly atau dikenali sebagai Sybil
Kathigasu yang merupakan seorang jururawat yang merawat mangsa perang dan pasukan
gerila anti-jepun di Perak. Beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan cekal kerana
beliau berjaya menyembuyikan radio dan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada
siaran radio British dengan gerila anti-jepun. Dalam masa yang sama, beliau
dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di Ipoh
sebelum perang sehingga kedatangan Jepun. Pada pendudukan Jepun, pasangan ini telah
memberikan rawatan dan bantuan ubat-ubatan kepada pasukan gerila anti-jepun. Pada
suatu hari, pasangan ini telah ditangkap oleh Jepun kerana telah diketahui
menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat bersama pasukan gerila anti-jepun.
Semasa berada di tahanan, segala penyiksaan telah dilakukan terhadap pasangan ini yang
menyebabkan suaminya meninggal dunia. Ketika Jepun menyerah kalah, Sybil Kathigasu
telah dibebaskan dan dibawa ke Britain. Beliau juga telah dianugerahi Pingat King
George atas keberaniannya.
KESIMPULAN : JELASKAN NILAI ATAU PENGETAHUAN
YANG DIPEROLEH DARIPADA KAJIAN TERSEBUT

Nilai yang dapat saya peroleh dalam kajian ini ialah sifat keberanian. Keberanian untuk
menentang penjajah yang berada di negara kita. Individu yang sentiasa kita kenang
perjuangannya iaitu Gurchan Singh dan Sybil Kathigasu yang tidak mengenal erti takut
terhadap tentera jepun. Selain itu, sofat pantang menyerah yang dapat saya lihat dalam
kajian ini dimana individu ini telah mengharungi pelbagai ancaman daripada tentera
jepun tetapi tetap bangkit demi negara tercinta. Sifat sanggup berkorban seperti Gurchan
Singh dapat saya lihat ketika beliau sanggup menyamar sebagai wartawan dan
mensabotaj pengangkutan tentera jepun. Beliau sanggup berkorban demi menggagalkan
misi tentera jepun walaupun akhirnya beliau ditangkap. Bijak dalam membuat keputusan
dapat saya lihat dari Sybil Kathigasu yang mengelakkan tentera jepun dari mengetahui
beliau mempunyai radio dan berkongsi maklumat dengan gerila pasukan anti-jepun pada
masa yang lama untuk tentera jepun mengetahuinya.
Lampiran

Gurchan Singh Sybil Kathigasu. Dr. Abdon


Clement Khatigasu
SUMBER RUJUKAN

Buku Teks
Ridzuan bin Hassan, Muslimin bin Fadzil, Subramaniam a/l Raman,
2019,Dewan Pustaka dan Bahasa, Jalan Dewan Bahasa, 50460, Kuala Lumpur
Video
https://pekhabar.com/h-i-d-s-jepun-menakluki-tanah-melayu/
Internet
● https://dinmerican.wordpress.com/2012/12/09/gurchan-singh-the-lion-of-
malaya/
● https://harakahdaily.net/index.php/2017/10/31/erti-perjuangan/
● https://pekhabar.com/h-i-d-s-jepun-menakluki-tanah-melayu/

You might also like