You are on page 1of 9

USAHWAN YANG BERJAYA (BIOGRAFI!

KEHIDUPAN PERIBADI
Pada zaman ini, nama

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary cukup

dikenali ramai sebagai salah seorang usahawan Bumiputera yang Berjaya


meraih tempat ke 8 dalam Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2015
(Tim Majalah Niaga, 2015).
Keluarga

Beliau

berasla

dari

Hadhramat,

Yemen.

Ayahnya

mengembara ke Asia Tengah untuk menjalankan perniagaan kemudian


berhijrah ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an barulah ayah Beliau
telah membuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah.
Anak kelahiran kedah ini telah dilahirkan pada 1951 dan pada tahun
2015 ini, beliau berusia 64 tahun. Anak kepada pasangan Syed Nor Albukhary
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat ini merupakan anak ke tiga daripada
tujuh orang adik-beradik. Namun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hidup
dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang
terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai apa- apa jenis perabut
pun.

Pendidikan
Disebabkan kedaifan keluargannya, Beliau ketika berusia 9 tahun
telah dihantar ke Johor Bahru untuk diasuh oleh pak ciknya Syed Omar

sehingga beliau belajar tingkatan dua. Beliau telah menamatkan pelajarannya


sehingga tingktan 5 di Saint Micheals School setelah kembali ke Kedah.
Sebenarnya, beliau bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak
pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Kebanyakan ilmunya diperoleh
melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia
perniagaan sejak kecil lagi
Beliau rajin turun ke padang untuk membantu ibunya menanam serta
menjual hasil tanaman malah turut melibatkan diri dalam penjualan roti canai
di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary saya
terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya tiada pilihan lain setelah aktif
berniaga sewaktu kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun
1970 (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)
KELUARGA SENDIRI
Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary
(24) manakala beliau berusia 41 tahun dan telah di kurniakan 4 orang anak
iaitu Ilyas Muzaffar, Ilya Myasara, Iliya Melissa, Iffah Maryam. (Info214, 2010)

Penglibatan Awal perniagaan


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang
usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau
dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu. (Usahawan.com, 2015)

pada

awalnya beliau terlibat dalam perusahaan ayahnya dalam perniagaan bintang


ternakan. Namun apabila mengalami kerugian akibat wabak kaki dan mulut,
beliau membuat keputusan untuk menjual daging secara kecil-kecilan sahaja.
Beliau memperoleh kejayaan yang tinggi dalam perniagaan ini kerana usaha
keras beliau yang sering pergi ke pekan ke pekan yang lain sekitar Alor Setar
untuk menjual daging.
Seterusnya beliau mula menjinakan diri beliau dalam perniagaan
pengangkutan. Permit bagi empat buah lori kelas A telah berjaya beliau
memperoleh degan bantuan yang diberikan oleh pihak MARA. Syarikat

pengangkutan

yang

dibuka

telah

dinamai

Syarikat

Pengangkutan

Sentosa.Rezeki beliau cukup murah kerana beliau dapat melangsaikan


hutang beliau dengan MARA dalm masa 2 tahun (Syed Mokthar Al Bukahry
yang tidak begitu dikenali, 2008)
Perniagaan beras pula dimulakan dengan menggunakan lori-lorinya
itu.Syarikat Syah telah ditubuhakan dan permohonan lesen perdagagan
daripada lembaga Padi Negara yang kini lebih dikenali sebagai BERNAS
telah berjaya diraih oleh beliau.Syarikat usaha sama turut telah ditubukan
oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary bersama NG Ghiak Gee ( pedagang
beras dan 32% saham) manakala Chua ChongTan ( pengilang beras dan
16% saham) . Hal ini demikain, beliau menyedari kedudukan perniagaan
orang melayu pada masa itu dikuasai oleh orang cina. (Syed Mokthar Al
Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008). Syarikat usaha sama turut telah
ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary itu telah dinamakan Bukhary
Sdn Bhd setelah dibuka pada 15 Julai 1976 malah kini tetap beroperasi
dengan memperoleh pendapatan yang mencecah RM250 juta setahun.
Selepas itu, beliau telah beralih ke perusahan gula pula.
Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd
pula atas niat untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lebih memberi
tawaran kepada usahawan bumiputera. Bukary (KL)Sdn Bhd telah dibeli
melalui perjanjian sewa beli Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) .Kontrak
pembekalan beras, tepung susu, tepung coklat dan juga minyak sapi telah
berjaya diraih oleh beliau.
Bahagian bawah pejabatnya telah diubah suai sebagai pusat
pembungkusan. Syarikat Mas Sdn. Bhd telah dibuka pada tahun 1979
dengan usaha sama beliau( 51%) dengan New Zealand Milk Products (49%)
yang memasarkan jenama Fernleaf dan Anchor. Namun beliau telah menjual
semula kepentingannya dalm syarikat tersebut akibat kemelesatan ekonomi
pada pertengahan 80-an. (Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary,
2013). Walaupun begitu, beliau telah menghadirkan diri ke delegasi
perdagagan ke ekso Perdagagan Canton, China. Di sana, beliau telah

mengamalkan sistem pertukaran barter yang menukarkan the China dengan


kokonya.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut telah melangkah dalm indusri
pembuatan. Hal ini akibat beliau berjaya menakluki kontrak untuk membuat
pakaian seragam bagi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 330 000 (pasang
pakain seragam) dan 120 000 (pasang kasut) dari Kementerian Pertahanan
(MINDEFF ).Pada awalnya beliau telah mencari pembekal iaitu dari pihak
pengilang terus namun beliau telah membuat keputusan untuk menubukan
Oriental Garmental Uniform Division dan syarikat Amtek Holding.
yelah membeli

Beliau

Spark Manshop dan hak untuk mengeluarkan dan

memasarkan jenama Crocodile dengan mengunakan wang penyenaraian


Syarikat Amtek Holding dalam Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998. Pada era ini, Syarikat Amtek Holding menjalankan operasi
dalam bidang eksport bagi kasut tentera dan pakaian berjenama Loius dan
Lee Coopers.
Sementelahan itu, Bukhary Shipping yang bertindak sebagai broker
kapal di bawah polisi CABOTAGE telah ditubukan. Malah, sebuah kapal
bernilai USD 1juta serta berusia 28 tahun buatan German turut telah dibeli
oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Kegunaan kapal tersebut adalah untuk
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.

Sehubungan

dengan itu, kapal itu telah dinamai Angsa Mas. Namun, apabila mengalami
kerugian sebanyak USD 400 000, Beliau terpaksa mengambil langkah untuk
menjual Angsa Mas pada harga USD 600 000.

PENSWASTAAN
Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan Syarikat Bukary
Development

untuk

memulakan

beberapa

projek

perumahan.Dalam

perusahaan harta tanah ini, Beliau telah membeli beberapa bidang tanah di
selitar Alor Setar.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary juga telah melibatkan diri. Beliau dam
projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd.(RM 350 000 000) melalui tender
dan Johor Tenggara Palm Oil Sdn Bhd (RM135 000 000). Projek Pelabuhan
Tanjung Pelepas berjaya menarik syarikat perkapalan antarabangsa iaitu
Maersk Sealand (Denmark) dan Evergreen Marine (Taiwan) untuk memindah
operasi kontenanya

dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung

Pelepas. Untuk ini, beliau telah menerima pujian oleh kerajaan.


Syarikat

usahasama Equiventure Sdn. Bhd ditubuhkan bersama

Kembangan Dinamik, Pilecou Bhd. dan

Oneo (syarikat perancis).Hal ini

rentetan daripada projek penswastaan air.

Kepentingan
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah membeli MMC Corporation
yang merupakan sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham
daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kontrak lebuh Raya pantai
timur iaitu sambungan lebuh raya Kuala Terenganu ke Karak merupakan
antara projek MMC. Beliau juga memiliki 22.7 % pegangan dalam Malakoff
Berhad (syarikat pembekalan elektrik) dan 20% peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Beliau juga memiliki 18 % pegangan dalam Bernas (perdagangan
beras) dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad,
( konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan) Manakala
18.7% pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan
pengedaran barangan elektronik yang diperoleh Melalui Syarikat Perdana
Padu Sdn. Bhd. dan Corak Kukuh Sdn Bhd.beliau turut memegang saham
individu sebanyak 7.34% sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri
Holdings Berhad. Di samping itu, beliau turut memiliki 100% kepentingan
dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia serta
Singapura Kepentigan majority dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
turut dikaut oleh beliau malah , MMC juga telah membeli Senai Terminal

Servis Sdn bhd.(SATS). Melalui RM 80 juta, SATS Berjaya mengambil alih


Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airport Holdings
Bhd pada 1 November 2003

YAYASAN AL-BUKAHRY

Sebagai badan kebajikan yang telah ditubuhkan pada mac 1996,


yayasan tersebut membantu orang yang kurang kemampuan terutama dalam
bidang pendidikan. (Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji
masa, 2004).Kata beliau tuhan sudah member segal nikmat, semuanya saya
sudah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi
faedah kepada

orang ramai terutamanaya

pelajaran. Menerusi senuah

wawancara dengan Mingguan Malaysia. (Hari ini kita tolong orang Esuk orang
tolong kita, 2009)
Yayasan tersebut turut berperanan dalam menyokong perkembangan
seni dan budaya Islam selain menjadi pengalak dalam persefahaman antara
peradapan melalui dialog peradapan. Kini ia telah berkembang sebagai
kumpulan amal global.
DALAM NEGARA
Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks AlBukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks Albukhary yang
kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi
Dialisis dan Hospital Albukhary,Hostel Albukhary, Masjid Albukhary, Pusat

Pendidikan MasyarakatPusat Pondok Moden, Rumah Anak-anak Yatim


Albukhary, Pusat Kanak-kanak Istimewa dan Pusat Jagaan Warga Emasi.
Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala
Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium
pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12
buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia

LUAR NEGARA
Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada penduduk
negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM ).Yayasan Al-Bukhary pernah
terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi
mangsa

kekejaman

Israel.

Pada

tahun

2000,

Yayasan

Al-Bukhary

mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic


Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

SUMBAGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM


Yayasan itu turut menyumbang kepada organisani bukan islam.
Sebagai contoh, untuk Projek Langkahwi (RM1 juta) walaupun yayasan Al
bukahry ini lebih berorentasikan islam. Sumbangan kepada mangsa gempa
bumi Sichuan, China juga dilaksanakan oleh pihak yayasan ini.
Anugerah
Sebagai menghargai jasanya, beliau telah dianugerahkan pingat dan
darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri
dan Dato Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang
membawa gelaran

Dato.Tokoh Melayu Terbilang ( 2009). Menurut

(BERNAMA, 2008) beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H. Anugerah
Malaysias Chosen One serta Majalah Time (2002), Muzium Kesenian Islam
iaitu IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art
(2003). Muzium Kesenian Islam turut telah memperoleh Montblanc Arts &
Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)
Pencalonan Top 20 Progressive Asians oleh majalah World Business (20 Mei
2007) (Info214, 2010)
Kontroversi
Beliau sebagai insan yang berjaya tidak juga terhindar dari pelbagai
kontroversi. Antara kontroversi yang telah melibatkan dirinya adalah

pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor, penghapusan


subsidi gula, Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod
sebelumnya, ancaman kepada keselamatan makanan negara dan
kontroversi Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Kontroversi AiU. (wikipedia
(english))
1.

Pembangunan yang tidak terkawal di Pelabuhan Johor


Kontroversi ini tercetus apabila beberapa buak syarikat milik beliau

telah diserang kerana aktiviti pembangunan di tapak baru. Sebagai contoh,


pembersihan hutan paya laut bagi pembangunan Pelabuhan Johor telah
membawa kepada beberapa kritikan daripada kumpulan alam sekitar
tempatan
2.

Penghapusan subsidi gula

Pada tahun 2009, Gula Tengah yang dimiliki oleh Syed Mokhtar
Tradewind yang diperoleh daripada kumpulan Robert Kuok PBB. Berikutan
pengambilalihan Central Sugar, kerajaan telah komited untuk gula mentah
diimport dalam perjanjian tiga tahun bernilai AS $ 26 (sejumlah RM78.54)
bagi setiap 100 lbs (45.3 kg) pada bulan Januari 2012 apabila harga pasaran
global gula mentah ketika itu US $ 23,42 (RM73.57). Tetapi pada bulan
Januari 2014, harga global telah menurun kepada bawah AS $ 16 memaksa

Kerajaan untuk menarik balik subsidi (34 sen sekilogram) untuk pembuangan
gula. Namun, subsidi gula yang dibekalkan dalam Bajet 2013, keuntungan
Tradewind kini melonjak kepada RM 1 bilion

3.

Pemerolehan besar sebahagian band LTE tanpa rekod

sebelumnya,
Pada bulan Disember 2012, Syed Mokhtar Puncak Semangat Sdn Bhd
adalah salah satu daripada lapan syarikat yang berjaya membida LTE 2600
MHz dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Namun,
persoalan dibangkitkan apabila Puncak Semangat mempunyai sifar rekod
sebelum ditawarkan tetapi berjaya mendapat band 40 MHz. Sementara yang
lain 8 syarikat bersaing hanya mendapat 20 MHz jalur peruntukan.

4.

Ancaman kepada keselamatan makanan Negara

Pada bulan Mac 2014, Syed Mokhtar mendapatkan 90% daripada


Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selepas membeli saham-saham yang
dimiliki oleh Nafas dan Nekmat melalui syarikat proksinya iaitu Perspektif
Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal Sdn Bhd,
Acara Kreatif Sdn Bhd dan Tradewinds telah menyebabkan pengkritik
menentang kerana mengikut pandangan mereka ini meletakkan keselamatan
makanan negara ke dalam tangan seorang hartawan yang akan merosakkan
industri makanan negara dan dengan itu harga beras akan terus
meningkatkan lagi.
5.

Kontroversi AiU

Universiti Antarabangsa Al bukhary telah ditutup selepas di selar


pelbagai pihak selepas AiU telah disaman oleh 6 orang pelajar kerana gagal
mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, pada 15 April 2014.
(Sang, 2014)

You might also like