You are on page 1of 15

PEKELILING IKHTISAS

PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS


Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam
melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan Merupakan satu punca kuasa yang perlu
dipatuhi oleh penjawat awam.
TUJUAN SPI DIWARTAKAN
1. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.
2.Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna.
3. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan.
4. Sebagai satu peraturan dan perlindungan.
SASARAN SPI
1. Pelajar 2. Guru 3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN) 4. Ibubapa 5. Agensi Luar (NGO & GO)
PUNCA KUASA Pekeliling Ikhtisas
MENARIK DI BAWAH:
1. ETIKA KEGURUAN2. ETIKA KEPIMPINAN3. KOLEKSI PEKELILING IKHTISAS
TANGGUNGJAWAB
" Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin
dan dedikasi.
" Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri
sendiri.
" Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
" Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam
melaksanakannya.
SIKAP
" Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri
dengan keadaan sekeliling.
" Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
" Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk
faedah organisasi dan negara.
" Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun
rakan sejawat dibawahnya.
PERAWAKAN DAN PERIBADI
" Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekeri dan perawakan yang baik.
" Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
" Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
" Menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyrakat.

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan
menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tinggnya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION


KEGURUAN
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam
profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

PEKELILING IKHTISAS

PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS


Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
diedarkan dari semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam
melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan Merupakan satu punca kuasa yang perlu
dipatuhi oleh penjawat awam.

TUJUAN SPI DIWARTAKAN


1. Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.
2.Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna.
3. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan.
4. Sebagai satu peraturan dan perlindungan.

SASARAN SPI
1. Pelajar 2. Guru 3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN) 4. Ibubapa 5. Agensi Luar (NGO & GO)

SPI.BIL.4 / 75: Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku"


1. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadusuarakan tetapi sebaliknya
hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara sahaja.
2. SPI yang berkaitan :
a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh
29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.

b. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei,
1975.
c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar
Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan',
bertarikh 8hb.September, 1975.

PEKELILING BERKAITAN LAGU NEGARAKU


1. SPA.Bil .23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966,
keluaran Jabatan Perdana Menteri.
2. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei,
1975.
3. SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar
Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan',
bertarikh 8hb.September, 1975.
4.SPI. Bil. 8/1975: Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera
Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan

1.Menaikkan Bendera
(a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu.
(b) Bendera Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan menyanyikan Lagu
Kebangsaan. Apabila tamat nyanyian Lagu itu, Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.
2.Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat
3. Memelihara Bendera-bendera
i) Turun dan simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan semula setelah
hujan berhenti, jika sekolah belum bersurai.
(ii) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00 petang atau pada waktu sekolah petang
bersurai.
(iii) Bendera-bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan cermat dan yang telah luntur
dan koyak hendaklah diganti baru.

SPI. Bil 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah


Kandungan: Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian , nilai
bahasa , pakaian maupun perlakuan , harus ditanam dijiwa pelajar.

SPI.BIL. 4/1984 : PERHIMPUNAN SEKOLAH.


1. Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap_tiap minggu persekolahan dan
dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah.
2. Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah digalakkan.

3.Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang
berlarutan.
4. Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk
menjalankan hukuman kepada murid-murid.
5. Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan itu.
6. Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama.
7.Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, serta membentuk sikap murid-murid
ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan kepada murid-murid dalam
perhimpunan

Aturcara Perhimpunan sekolah


a. Nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu Kebangsaan Negeri / dan Lagu Sekolah
(jika ada).
b. Upacara menaikkan bendera.
c. Upacara membaca ikrar Rukunegara.
d. Ucapan Guru Besar.
e. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan.

SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan Badan Induk Sukan.
1. Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah
Pelajaran Negeri.
2. Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.

SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM


PROGRAM ANJURAN AGENSI SELAIN KPM

1.Semua penglibatan murid dalam program anjuran agensi selain KPM hendaklah melalui
Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar
3.Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid hendaklah tidak mengganggu atau menjejaskan proses P&P
5. Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah
6. Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos perbelanjaan.
7.Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah- langkah keselamatan
murid terjamin.

Dibaca bersama SPI.Bil. 7/1998 dan SPI.Bil.24/1998.

SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan
(b)Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
(c)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah


1. Penyampaian ucapan hendaklah dilakukan oleh TIGA pihak sahaja
a. Pengetua / Guru Besar
b. Pengerusi PIBG atau Pengerusi Lembaga pengurus Sekolah
c. Tetamu Khas
2. JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA
NEGERI,
a. Pengetua/ Guru Besar;
b. Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia
c. DYMM Sultan

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN, (PERSATUAN SEKOLAH) 1998


Pendaftar, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan
sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud
(a) yang tidak member manfaat kepada murid dan guru,
(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. BIL. 9 / 1991 : Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah


1. Dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
Undangan untuk upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.
2. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi
Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah Pelajaran Negeri

SPI BIL. 2 / 1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam
Sekolah
1. KPM mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian Seragam
Sekolah.
2. Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan induk yang berdaftar
3. Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diktiraf oleh badan induk
4. Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterima pakai oleh badan induk
5. Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan
latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid Di Hari Persekolahan


1.Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan keperluan
pendidikan murid serta seiring dengan hasrat KPM
2.Lawatan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan tidak melebihi 4 hari berturutturut termasuk hari perjalanan.
3.Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan
4. Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang
dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH).
5.Sekolah SKM (under enrolled) -Sekolah tidak boleh ditutup dan lawatan digalakkan
bergabung dengan sekolah lain semasa membuat lawatan
6. Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti
murid sebelum, semasa dan selepas lawatan .
7. Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

SPI. BIL. 13 / 2000 : Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah


1. Dibaca bersama dengan SPI Bil.2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai
Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2. Persatuan atau Seni bela diri yang ingin mengembangkan kegiatan di sekolah perlulah
berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.
3. Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah mengemukakan
salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan sebelum membenarkan
pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya.

Persatuan Agama Bukan Islam


(a) Hendaklah mengambil kira sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa
Islam adalah agama rasmi negara;
(b) Tidak boleh bertujuan untuk pengaruhi dan kembangkan kepercayaan atau anutan kepada
murid-murid dari agama lain

(c) Keahlian hanya untuk murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh
diperluaskan kepada penganut agama lain;
(d) Tidak ada bentuk paksaan kepada mana-mana murid
(e) Guru Penasihat hendaklah dilantik oleh Guru Besar /Pengetua
(g) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada
Pendaftar

Status penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam


(a) Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab tersebut
bolehlah diteruskan;
(b) Sekiranya ada permohonan baru daripada kalangan murid atau guru untuk menubuhkan
kelab-kelab bukan agama Islam, maka ia hendaklah mengikuti peraturan_peraturan dan
tertakluk kepada PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH)
1998;dan
(c) Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar atau
menjemput orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka
hendaklah juga mematuhi segala arahan dan
peraturan yang sedang berkuatkuasa.

SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di


Sekolah-sekolah
1. Peraturan 4 , PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH)
1998,Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada
dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua,
setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah
daripada kategori yang berikut.
(a) mata peiajaran yang diajar di sekolah
(b) hobi dan rekreasi ;
(c) Sukan dan permainan;
(d) Badan beruniform
(e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
2. Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c), atau (d).Walau
bagaimanapun, kategorl (e) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pelajaran
Negeri, untuk meluluskan apa_apa persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah.

SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah


Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN,
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah Mana-mana persatuan
sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud :

(a) Tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,


(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. Bil 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di Sekolah.
1. Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah JPN
2. Tidak berlakunya eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan pelajar hendaklah
diutamakan.
3. Selaraskan dengan rancangan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN
4. Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan potensi pelajar dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani tidak harus dibenarkan sama sekali.

SPI. Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan GerakerjaKokurikulum Pelajar


1. Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke Tingkatan
Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan.
2 . Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak kerja
ko kurikulum hendaklah direkodkan.
3. Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi pelajar-pelajar
yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985.

SPI. Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS)


1.Bertujuan menyelaras dan memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk
perancangan, rekod dan pengiktirafan kokurikulum di sekolah
2.Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah
3. Ketegasan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4.Keanggotaan terdiri dpd wakil masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan dipengerusikan oleh
Pengetua / GB

SPI. Bil. 1/1986 - Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata


1. Memberhentikan amalan pemberian cenderamata
2. Tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan mahal
3.Tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan
cenderamata, dan benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri.

SPI. BIL. 3/1991: Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi


Pendidikan

Semua cadangan undangan ke upacara tersebut hendaklah dikemukakan ke Kementerian


Pelajaran dahulu. Kementerian Pelajaran akan menentukannya sebelum sesuatu undangan
boleh dilakukan.

SPI. BIL. 9 / 1991: Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah


1.Semua sekolah yang ingin mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara
pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan
daripada KPM.
2.Undangan untuk upacara_upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.
3. Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian
lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah JPN.

SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum &
Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

1. Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan


2. Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru
3. Setor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori.
4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan
kepada pengetua/guru besar dengan segera.
5. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri ( insurans) untuk semua pelajar.
6. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat

SPI. BIL. 4/1995: PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


Kadet Remaja Sekolah(KRS) hendaklah ditubuhkan di semua seko!ah menengah kerajaan
dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah.

SPI. BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Badan Beruniform
Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
1. Pelepasan guru tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
2. Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
5. Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
6. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJK serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

1. Diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar.


2. Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-syarat
Jabatan Pengangkutan Jalan.
3. Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak mereka
4. Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum dibenarkan anakanak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah.

SPI. BIL. 14/2000:Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Aktiviti Sampingan Hari
Kemerdekaan
1.Mengibarkan Jalur Gemilang di bilik-bilik darjah; Menggalakkan murid mengibarkan Jalur
Gemilang
2.Mengadakan peraduan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau
seumpamanya;
3.Mengadakan pertandingan/persembahan/pameran mengenai sejarah perjuangan
kemerdekaan atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan
4. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

SPI.24/2000: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DALAM PROGRAM ANJURAN


AGENSI LUAR
1. Semua permohonan hendaklah memalui ketua pendaftar KPM
2. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh ketua pendaftar
3.Dengan kebenaran penjaga
4. Lantik guru pengiring
5. Penganjur tanggung kos
6. Langkah keselamatan disediakan
7. Dibaca bersama SPI.7/1998 dan SPI.24/1988

SPI.BIL. 7/1988: Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan Atau Badan Induk Sukan
1. Penyertaan murid mesti dimaklumkan kepada pengetua sekolah dan dipersetujui oleh
Pengarah Pendidikan Negeri.
2. Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.

SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
Anjuran Agensi KerajaanDan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(a)Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan
pengurusan sekolah.
(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi14 hari.
(c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
(d)Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e)Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f )Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

SPI. Bil 7/2006: Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah.


1. Dibaca bersama Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/2006
2. Dibayar secara per kapita (PCG)
3. Sekolah Rendah RM 10.00 dan Sekolah Menengah RM 12.00 seorang
4. Sekolah Rendah Enrolmen bawah 150 orang akan dibayar secara pukal.

SPI.BIL.8/2007: Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di hari persekolahan


1. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap
minggu pada waktu persekolahan;
2. Pakai pakaian Pasukan Badan Beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya
seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya.
3. Memilih pakaian seragam kelab/persatuan, samada dalam bentuk jaket, baju layang (seni
bela diri) atau baju-T berkolar.
4.Laksana secara terancang dan tidak beban ibubapa

SPI.8/2007: Garis Panduan Perhimpunan Bulanan PBB/ Kelab


1. Perhimpunan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan
2. Hendaklah dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru

SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA


SEKOLAH
1. Semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat
Agung PIBG yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individuindividu tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Pengarah JPN
2. Keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, YB Timbalan
Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, KPPM , Pengarah Pelajaran Negeri atau
wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian

SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA


SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR
Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta
kelulusan daripada Pengarah JPN akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis
atau kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain oleh
pihak luar. Ini bertujuan bagi
menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan harta benda sekolah.

SPI.BIL.3/2008 dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berikut;


1. SPI.Bil.3/1991:Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi
Pendidikan bertarikh 16 Me1 1991;
2 .SPI.Bil.9/1991: Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi
Pendidikan bertarikh 12 September 1991;
3. SPI.Bil.9/2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti
Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
bertarikh 16 September 2004;
4 . SPI. Bil,14/1988: Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri
Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988;
5. SPI.Bil. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989;
6. SPI.Bil.7/1991: Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia
bertarikh 12 September 1991.

SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform


di Sekolah
1.Pendapatan keluarga RM 1000 sebulan dan kurang.
2. Kadar bantuan tidak lebih RM 100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
3. Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 5)
4.Layak dapat gantian 2 tahun sekali

Pekeliling 2008
Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil : 7/2008 Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan
Baru.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2008 Kertas Soalan Peperiksaan Dwibahasa bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008 Kutipan Bagi Sesi Persekolahan 2009
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2008 Pertukaran Status Mata Pelajaran English For Science
And Technology ( EST )
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2008 Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara
Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 Rancangan TV Pendidikan

Pekeliling 2009
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 Langkah-langkah Keselamatan
Semasa Mengikuti Aktivit/Program Lawatan di Luar Waktu Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2009 Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan
Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2009 Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/2009 Langkah-langkah Meningkatkan Keberkesanan Sistem
Penyampaian Menerusi Pemantapan Pengurusan dan Pengendalian Khidmat Pelanggan di
Sekolah-sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna
Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa
Dokumen ke Sekolah

You might also like