You are on page 1of 4

MODUL: Daya Hebat

Episod 1: Daya berada di mana-mana!


Lembaran Kerja 1.2: Mengukur daya
Isaac Newton telah dilahirkan di England pada tahun 1643.
Beliau seorang ahli sains dan ahli matematik yang terkenal.
Pada tahun 1687, dengan bantuan dan sokongan seorang
sahabat beliau iaitu ahli astronomi bernama Edmond Halley,
Newton telah menerbitkan hasil kerjanya yang ulung,
Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (Prinsip Matematik
untuk Falasafah Semula jadi). Hasil kerja ini menunjukkan cara
daya semesta iaitu graviti diaplikasikan kepada semua objek di
semua bahagian alam semesta.
Isaac Newton

Newton telah menyatakan bahawa hasil kerjanya tentang graviti


telah diilhamkan daripada pemerhatian terhadap fenomena sebiji
buah epal yang jatuh dari sepohon pokok.

Sekarang anda perlu melupakan idea yang pernah anda dengar


dan tahu tentang berat sejak kecil lagi. Dalam bidang fizik,
terdapat perbezaan yang besar antara berat dengan jisim:
Jisim disukat dengan unit kg.
Berat ialah kesan daya graviti yang bertindak terhadap suatu
objek.
Berat ialah suatu daya yang diukur dengan unit Newton (dengan
simbol N). Jika anda berada di tempat lain dalam alam semesta
ini yang mempunyai daya tarikan graviti yang berbeza dari daya
tarikan di Bumi, jisim anda (berapa banyak jumlah jirim dalam
badan anda yang disukat dalam unit kg) tidak akan berubah
tetapi berat anda akan berubah.
Anda perlu menggunakan suatu neraca Newton-meter untuk
mengukur berat suatu objek. Terdapat pelbagai jenis neraca
Newton-meter, seperti alat penimbang biasa yang digunakan
untuk mengukur berat objek yang lebih besar.

Aktiviti Amali

Lengkapkan aktiviti ini secara berpasangan.


Pilih enam objek untuk diukur berat setiap satunya.
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah.

Objek yang dipilih

Berat (N)

S1.

Apakah yang anda jangkakan akan berlaku kepada berat jika


anda diberikan suatu objek dengan jisim yang digandakan?

S2.

Apakah yang anda jangkakan akan berlaku kepada berat objek


itu jika anda dibawa ke suatu planet yang mempunyai graviti
separuh daripada tarikan graviti di Bumi?

S3.

Dengan menggunakan jawapan anda dalam S1 dan S2, tulis


satu persamaan yang menghubungkan atau memperkaitkan
berat (N), jisim (kg) dan tarikan graviti (N/kg) yang akan
dimulakan dengan:

Berat =
Dengan menggunakan persamaan anda di atas dan data
daripada jadual di bawah, lengkapkan Soalan 4 sehingga
Soalan 8.
Kedudukan di alam semesta
Permukaan Bumi
Permukaan Bulan
Permukaan planet Jupiter
Permukaan planet Marikh
Permukaan planet Merkuri

Graviti (N/kg)
9.8
1.7
26.3
3.5

S4.

Berapakah berat suatu objek berjisim 6kg di Bumi?

S5.

Berapakah berat objek yang sama di permukaan Bulan?

S6.

Berapakah lebihnya berat objek itu di permukaan Merkuri


dibandingkan dengan di bulan?

S7.

Satu objek mempunyai berat 184.1N di permukaan planet


Jupiter. Apakah jisimnya dalam unit kg?

S8.

Jika objek berjisim 6kg mempunyai berat 15N di permukaan


planet Marikh, apakah nilai tarikan graviti di permukaan planet
tersebut?
Jelaskan jawapan anda.

You might also like