You are on page 1of 15

Modul 1, Sains, Unit 5

UNIT 5 TAJUK:

TENAGA, KERJA DAN KUASA


OBJEKTIF :

Di akhir unit ini pelajar-pelajar akan dapat: Mentakrifkan tenaga, kerja dan kuasa. Menentukan unit-unit yang digunakan. Memberi contoh jenis-jenis tenaga, kerja dan kuasa. Menyelesaikan pengiraan yang melibatkan tenaga, kerja dan kuasa.

ARAHAN:
1. Anda perlu baca dan memahami petikan-petikan yang diberi dengan teliti. 2. Unit ini memerlukan anda memahami takrifan, contoh dan pengiraan yang mudah.

5.1

TENAGA
138

Modul 1, Sains, Unit 5

5.1.1 Pengenalan

DEFINISI Sebarang jasad yang boleh melakukan kerja dikatakan mempunyai tenaga. Tenaga wujud dalam berbagai jenis.

Jenis-jenis tenaga adalah seperti:a. b. c. d. e. f. tenaga haba tenaga cahaya tenaga bunyi tenaga keupayaan tenaga kinetik tenaga elektrik Unit yang digunakan dalam pengukuran tenaga adalah Joule (J) Tenaga Tenaga Haba Tenaga Cahaya Tenaga Bunyi Tenaga keupayaan Tenaga Kinetik Tenaga Elektrik Contoh Kegunaan Melakukan Kerja Memasak makanan. Menggosok kain Mengeringkan kepingan getah. Menerangi sebuah bilik. Meniup wisel Membunyikan siren. Memanah Melastik burung Menanam cerucuk Menggerakkan kereta. Membaling batu Menyalakan lampu. Memusingkan kipas

Tenaga yang biasa digunakan dalam pengiraan Sains ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.
139

Modul 1, Sains, Unit 5

5.1.2 Tenaga Kinetik

Difinisi
Tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh pergerakan atau halajunya.

Rumus: Di mana:

KE =

1 mv2 2

KE = Tenaga Kinetik dalam Joule (J) m = jisim jasad dalam kilogram (kg) v = Halaju jasad dalam meter per saat (m/s)

5.1.3 Tenaga Keupayaan

140

Modul 1, Sains, Unit 5

Definisi Tenaga yang dimiliki kerana kedudukannya atau keadaannya

Rumus: PE = mgh dimana: PE = Tenaga Keupayaan dalam Joule (J) m g h = jisim jasad dalam kilogram (kg) = pecutan graviti ( g = 9.81 m/s2) = ketinggian jasad dari permukaan bumi dalam meter (m)

Contoh 1 Sebuah motosikal yang berjisim 100 kilogram (kg) bergerak dengan halaju seragam 20 meter per saat (m/s). Hitungkan tenaga kinetik yang dimiliki oleh motosikal tersebut.
141

Modul 1, Sains, Unit 5

Penyelesaian: Jisim m = 100 kg Halaju v = 20 m/s Formula bagi tenaga kinetik = = 1 mv2 2 1 X 100 X (20)2 2

= 20 000 J Contoh 2 Seorang pelajar mengangkat sekotak buku latihan yang berjisim 5 kilogram setinggi 2 meter. Kirakan tenaga keupayaan yang diperlukan oleh pelajar tersebut. Penyelesaian Jisim m = 5 kg Tinggi h = 2 m pecutan graviti g = 9.81 m/s2 Tenaga keupayaan PE = mgh Masukkan data dalam formula di atas, PE = 5 X 9.81 X 2 = 98.1 J

5.2

KERJA

Kerja dilakukan bila satu daya dikenakan pada satu jasad yang menyebabkan jasad tersebut Definisi mengalami anjakan pada arah daya
142

Modul 1, Sains, Unit 5

yang dikenakan. Ia adalah hasil darab daya dengan anjakan dalam arah tindakan daya.

Rumus: w=Fxs Dimana: w = Kerja dalam Joule (J) F = Daya dalam Newton (N) s = Anjakan pada arah tindakan daya dalam meter (m) Unit yang di gunakan untuk kerja ialah Joule (J).

Daya yang di kenakan pada jasad

Jasad telah melakukan kerja

Anjakan yang berlaku

Objek Basikal kereta Kren lif

Contoh kerja yang dilakukan Seseorang yang sedang mengayuh basikal Pergerakan dari satu tempat ketempat lain Kren yang mengangkat kontena di pelabuhan Pergerakan dari satu tingkat ketingkat yang lain.

143

Modul 1, Sains, Unit 5

Contoh 3 Satu daya sebanyak 5 Newton (N) dikenakan keatas sebuah kotak sehingga menyebabkan ia bergerak sejauh 5 meter (m). Kirakan kerja yang dilakukan. Penyelesaian: Diberi, Daya F = 5 N Jisim m = 10 kg Jarak s = 5 m Formula yang diberikan adalah , w =Fx s =5x5 = 25 J

5.3

KUASA
Definisi

Kuasa sesorang atau mesin merupakan satu ukuran seberapa cepat suatu kerja dapat diselesaikan. Ia ditakrifkan sebagai kadar kerja yang dilakukan.
144

Modul 1, Sains, Unit 5

Rumus: P= w t

Dimana: P = Kuasa dalam Watt w = kerja dalam Joule t = masa dalam saat Unit yang digunakan untuk mengukur kuasa Watt (W). Objek Basikal kereta Contoh kuasa yang dilakukan Seseorang yang sedang mengayuh sejauh 100 meter dengan masa 30 minit Kuasa kuda 1300 C.C atau 1500 CC basikal

Contoh 4 Sebuah pam yang mengepam air naik kedalam tangki dengan kerja sebanyak 186000 Joule dalam satu minit. Kirakan kuasa pam tersebut. Penyelesaian: Diberi, kerja w = 186000 J
145

Modul 1, Sains, Unit 5

Masa t = 1 minit (60 saat) Formula bagi kuasa P= kerja masa = 186000 60 = 3270 W

UJI MINDA 1
1. Senaraikan LIMA (5) jenis tenaga i. ii. iii. iv. v. 2. Satu jasad ditarik dengan daya 500 Newton (N) dan bergerak sejauh 10 meter (m). Kirakan kerja yang dilakukan.

3.

Sebuah kereta yang dikenakan daya 2000 Newton bergerak sejauh 20 meter dalam masa 300 saat. Kirakan kuasa yang diperlukan.

F
146

Modul 1, Sains, Unit 5

JAWAPAN UJI MINDA

I. Lima bentuk tenaga a. b. c. d. tenaga kinetik tenaga keupayaan tenaga haba tenaga bunyi
147

Modul 1, Sains, Unit 5

e.

tenaga cahaya

2. 5000 J 3. 133.33 W

PENGUKUHAN
Soalan 1 Berikan definisi: a) Tenaga b) Kerja
148

Modul 1, Sains, Unit 5

c) Kuasa

Soalan 2 Sebiji bola yang berjisim 2 kilogram dilepaskan jatuh bebas ke bumi daripada ketinggian 5 meter, kirakan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik bagi keadaan berikut: a) Semasa bola berada pada ketinggian 5 meter. b) Semasa bola jatuh pada paras 2 meter dari permukaan bumi. c) Sebaik sahaja ia mencecah ke permukaan bumi. d) Tenaga kinetik maksimum yang dapat dihasilkan oleh bola.

Soalan 3 Daya sebesar 24 000 Newton diperlukan untuk mengangkat satu blok konkrit setinggi 100 meter dalam masa 300 saat. Hitungkan: a) Kerja yang dilakukan oleh untuk menaikkan blok tersebut b) Kuasa yang diperlukan.

149

Modul 1, Sains, Unit 5

Jawapan Pengukuhan

Soalan 1 a) Tenaga Sebarang jasad yang boleh melakukan kerja dikatakan mempunyai tenaga. Tenaga wujud dalam berbagai bentuk. Ianya tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. (5 markah) b) Kerja Kerja dilakukan bila satu daya dikenakan pada satu jasad yang menyebabkan jasad tersebut mengalami anjakan pada arah daya yang dikenakan. (5 markah)
150

Modul 1, Sains, Unit 5

c) Kuasa Kuasa sesorang atau mesin merupakan satu ukuran seberapa cepat suatu kerja dapat diselesaikan. Ia ditakrifkan sebagai kadar kerja yang dilakukan. (5 markah) 2. a) Tenaga keupayaan = 98.1 N Tenaga kinetik = 0 N (20 markah) b) Tenaga keupayaan = 39.24 N Tenaga kinetik = 58.86 N (20 markah) c) Tenaga keupayaan = 0 N Tenaga kinetik = 98.1 N (20 markah) d) 98.1 N (5 markah) 3. a) 2 400 000 J b) 8 000 W (20 markah)

SKALA SKOR
Sekiranya skor anda kurang daripada 80% , sila ulangi unit ini. Sekiranya skor anda lebih daripada 80% sila terus ke unit 2

151

Modul 1, Sains, Unit 5

Disediakan oleh 1. Anuar b. Ismail, B. Tech (Food Tech) Hons, USM . POLISAS, Kuantan

anbinari@tm.net.my

2. Azhari b Zakaria B. Eng (Hons) Mechanic Engineering, USM Diploma In Mechanichal, UTM Politeknik Kota Bharu eriena@tm.net.my

152

You might also like