You are on page 1of 64

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

USK 4621
SAINS KEJURUTERAAN 2
KERTAS PENERANGAN

NAMA PELAJAR :
JURUSAN :
SESI :
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 1 Daripada 10

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
MODUL 01 KERJA, KUASA DAN TENAGA
TASK 01-01 KERJA, KUASA, TENAGA KEUPAYAAN DAN
TENAGA KINETIK
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN JELASKAN PROSES KEUPAYAAN DAYA
PIAWAIAN (TPO) KERJA, KUASA, TENAGA KEUPAYAAN DAN
TENAGA KINETIK
TAJUK MENGANALISISKAN KERJA, KUASA, TENAGA
KEUPAYAAN DAN TENAGA KINETIK

PENERANGAN

Kerja

Daya boleh menyebabkan sesuatu objek yang pegun mula bergerak.


Sekiranya satu daya yang dikenakan ke atas satu objek dan menggerakkan objek
itu melalui satu jarak mengikut arah tindakan daya itu, kerja dikatakan telah
dilakukan. Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab komponen daya yang bertindak
ke atas satu objek dengan magnitud sesaran yang dilalui objek dalam arah
tindakan daya itu.

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 2 Daripada 10

Kerja = Daya X Jarak


W = Fxs

W = Kerja yang dilakukan

F = Daya yang bertindak


s = Jarak yang dilalui pada arah daya, F

4. Jika daya yang bertindak ke atas satu objek pada satu sudut  ,
seperti rajah dibawah:

F
` 
F kos 

Komponen daya pada arah sesaran, Fx = F kos 

Kerja, W = F kos  x s

W = F s kos 

5. Unit SI bagi kerja ialah N m atau joule (J), 1 J ditakrifkan sebagai kerja
yang dilakukan apabila satu objek digerakkan oleh daya 1 N sebanyak
1 m. Contoh: rajah dibawah

1m

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 3 Daripada 10

Sebuah trak menarik sebuah kereta yang rosak dengan seutas tali tak kenyal
yang membuat sudut 30° dengan garis ufukan. Jika tegangan tali ialah l.3 kN,
berapakah kerja telah dilakukan oleh trak itu jika trak menarik kereta itu bergerak
sejauh 40 m?

Penyelesaian

Kerja yang dilakukan, W = F kos  x s


= 1500 kos 30° x 40
= 51961.5 J
= 52 k J

Tenaga

Tenaga ialah keupayaan satu sistem melakukan kerja. Unit SI bagi


tenaga ialah joule, J. Tenaga ialah kuantiti skalar. Tenaga boleh wujud dalam
pelbagai bentuk seperti tenaga bunyi, tenaga cahaya, tenaga keupayaan,
tenaga kinetik, tenaga haba dan tenaga elektrik. Apabila tenaga berubah
daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, kerja dilakukan.
Sebagai contoh, kerja dilakukan apabila seekor haiwan berlari menaiki
satu tenaga. Perubahan tenaga adalah seperti dalam rajah dibawah.

Tenaga
keupayaan Tenaga kinetik

Tenaga kimia

Satu kotak ditolak dengan daya 5 N melalui satu jarak 3 m di atas


permukaan yang licin.
Berapakah;
Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)
Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 4 Daripada 10

(a) kerja yang dilakukan untuk menolak kotak tersebut?


(b) tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan kotak?

Penyelesaian

(a) Kerja yang dilakukan, W = F x s


= x 3
= 13 J
(b) Tenaga diperlukan, E = Kerja yang dilakukan
= 15 J

Kuasa

Kuasa ditakrifkan sebagai kadar melakukan kerja atau kadar


pemindahan tenaga. Maka, kuasa boleh diungkapkan seperti berikut:

Kerja yang dilakukan


Kuasa, P =
Masa yang diambil

Unit 51 bagi kuasa ialah J s-1 atau watt, W.

Oleh sebab tenaga diperlukan apabila, melakukan kerja, maka:


Kerja = Perubahan bentuk tenaga

Perubahan bentuk tenaga


Kuasa, P =
Masa

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 5 Daripada 10

Kuasa, P juga boleh diungkapkan dalam ungkapan daya dan halaju.

Kerja
Kuasa, P =
Masa
= Daya x Sesaran
Masa

Sesaran
= Daya X
Masa
= Daya X Halaju

P =Fxv

Contoh:

Raju berbasikal menaiki satu jalan yang condong. Semasa di jalan rata,
tenaga kinetik Raju ialah 5 J. Apabila sampai di puncak jalan condong itu, Raju pun
membrek dan mencapai tenaga keupayaan sebanyak 10 J. Sekiranya masa yang
diambil oleh Raju untuk menaiki jalan condong itu ialah 3 saat. Kirakan
a) kerja yang dilakukan oleh Raju,
b) kuasa yang hilang semasa menaiki jalan condong.

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 6 Daripada 10

penyelesaian

a) Kerja yang dilakukan


= Perubahan tenaga
= Tenaga awal - tenaga akhir
= Tenaga kinetik - tenaga keupayaan
=15 J - 10 J

b) Kuasa yang hilang = Perubahan tenaga


Masa
5
=
3
= 1.67 W

Tenaga keupayaan

Tenaga keupayaan satu jasad ialah tenaga yang dipunya oleh jasad
itu kerana kedudukan atau keadaannya.
Terdapat dua tenaga keupayaan yang utama, iaitu:
(a) Tenaga keupayaan graviti
(b) Tenaga keupayaan kenyal

(A) Tenaga keupayaan graviti

1. Tenaga keupayaan graviti satu jasad ialah tenaga keupayaan


yang disebabkan oleh ketinggiannya.
2. Apabila satu jasad berjisim m kg dinaikkan setinggi h
meter dari permukaan bumi, jasad tersebut akan memperoleh
tenaga keupayaan graviti.

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 7 Daripada 10

Contoh

Berapakah tenaga keupayaan yang diperoleh bagi seorang


pendaki gunung berjisim 76 kg yang berada di puncak gunung tertinggi
di bumi, iaitu Gunung Everest dengan altitud 8848 m? Anggap
titik permulaan pad a aras laut sebagai y = 0 dan ambil g = 10 m s-2.

Tenaga keupayaan yang diperoleh, Ep


= mgh
= 76 x 10 x 8848 = 6 724 480 J
= 6.72 x 1 06 J
= 6.72 MJ

(B) Tenaga keupayaan kenyal

Tenaga keupayaan kenyal ialah tenaga keupayaan satu jasad


yang disebabkan oleh keadaannya. Kerja yang dilakukan untuk
merenggang atau memampatkan satu spring atau tali kenyal akan
disimpan sebagai tenaga keupayaan kenyal dalam spring itu.
Apabila satu spring direnggangkan atau dimampatkan, daya
yang dikenakan itu berkadar langsung dengan renggangan atau
mampatan spring. Menurut Hukum Hooke, daya renggangan atau
mampatan spring, F = kx
dengan k = Pemalar spring

x = Pemanjangan renggangan atau mampatan spring

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 8 Daripada 10

Satu graf daya, F melawan pemanjangan, x sebuah spring boleh dilukis


seperti berikut:

Daya F (N)

pemanjangan, x

Daripada graf di atas:


Kerja yang dilakukan untuk merenggang atau memampat spring
= Luas di bawah graf

1
= Kerja yang dilakukan, W  Fx
2

=Tenaga keupayaan kenyal, E p


= Kerja yang dilakukan untuk memampat atau merenggang spring
1
E p

2
Fx

Juga, gantikan F = kx dalam persamaan di atas


1 2
E p

2 kx Boleh digunakan jika
pemalar spring k
diketahui

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 9 Daripada 10

Tenaga kinetik

Tenaga kinetik ialah tenaga yang diperoleh satu jasad yang


bergerak. Apabila satu jasad m kg yang pegun digerakkan dan meneapai halaju v
m s-I, tenaga kinetik jasad terse but adalah sama dengan kerja yang dilakukan
untuk mengubah halaju jasad itu daripada 0 m s-1 kepada v m s-1,
Katakan, satu daya F dikenakan pada satu troli berjisim m kg dalam
keadaan pegun. Daya F menyebabkan troli itu bergerak dengan halaju, v m s-1 dan
melalui satu jarak, s.

Contoh:

Sebuah bas berjisim 4500 kg bergerak dengan daya tujahan 100 N di


sepanjang satu jalan. Dengan anggapan tiada geseran yang bertindak antara
kenderaan dengan permukaan jalan,
(a) berapakah tenaga kinetik bas itu selepas bergerak melalui 10 meter?
(b) berapakah halaju bas selepas melalui jarak 10 meter?

Penyelesuian
(a) Tenaga kinetik bas
= Kerja yang dilakukan oleh enjin bas dalam 10 meter
=F x s
= ] 00 x 10
= 1000 J
(b) Diketahui bahawa tenaga kinetik ialah kerja yang dilakukan. Maka:
Tenaga kinetik = Kerja yang dilakukan 1
1
mv2 = 1000
2
1
- (4500)v2 = 1000
2
v = 0.67 m s-1

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 02.06/KP Muka 10 Daripada 10

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 2- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan

Objek terus
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 1 Daripada 9

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
DUTI 02 SIFAT JIRIM
TASK 02-01 MENSINTESISKAN KETUMPATAN BAHAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN JELASKAN KETUMPATAN BAHAN
PIAWAIAN (TPO) YANG MEMPENGARUHI FAKTOR KETUMPATAN
BAHAN
TAJUK MENSINTESISKAN KETUMPATAN BAHAN

PENERANGAN

Jirim
Semua benda hidup dan benda bukan hidup di persekitaran
kita merupakan jirim yang terdiri daripada unit binaan asas yang dikenali
sebagai zarah. Menurut teori kinetik jirim, jirim terdiri daripada zarah-zarah
kecil, iaitu atom, ion atau molekul. Zarah-zarah jirim sentiasa berada
dalam keadaan bergerak secara rawak.
Semua jirim mempunyai jisim dan isi padu. Jirim boleh wujud dalam
tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan air. Contoh jirim adalah kayu, batu,
besi, air, udara, sel dalam badan dan sebagainya.

Terdapat dua jenis daya antara zarah-zarah dalam jirim, iaitu:

(a) Daya tolakan antara molekul (b) Daya tarikan antara molekul

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 2 Daripada 9

Perubahan keadaan jirim

1. Jirim boleh berubah daripada satu keadaan; kepada keadaan yang


lain, iaitu di antara pepejal, cecair dan gas.

2. Dalam proses perubahan keadaan jirim, tenaga haba sarna ada akan
dibebaskan atau diserap oleh jirim.

3. Apabila sesuatu pepejal dipanaskan, tenaga kinetik molekulnya


akan bertambah menyebabkan molekul pepejal bergetar dengan lebih kuat.
Getaran molekul pepejal menjadi semakin kuat dan pemisahan antara
molekul bertambah sehingga mencapai takat lebur, di mana kekisi hablur
memecah dan pepejal berubah menjadi cecair.

4. Semasa takat peleburan atau pelakuran, suhu pepejal adalah


malar kerana kesemua tenaga haba daripada pemanasan digunakan untuk
mengatasi daya tarikan antara molekul. Suhu jirim hanya akan bertambah
apabila peleburan menjadi lengkap, iaitu apabila kesemua pepejal telah
bertukar menjadi cecair.

4. Apabila cecair dipanaskan, cecair akan berubah kepada gas pada


takat didih. Semasa pengewapan, suhu cecair tidak bertambah kerana
semua tenaga haba yang diterima oleh molekul cecair digunakan untuk
mengatasi daya tarikan antara molekul cecair. Suhu jirim hanya akan
bertambah apabila pengewapan menjadi lengkap, iaitu apabila kesemua
cecair telah bertukar menjadi gas.

6. Semasa kondensasi, gas akan membebaskan haba pendam


pengewapan ke sekeliling untuk membentuk cecair, Tenaga kinetik molekul
gas juga berkurangan apabila proses kondensasi menjadi lengkap.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 3 Daripada 9

7. Semasa pembekuan atau pemejalan, cecair akan membebaskan


haba pendam pelakuran untuk membentuk pepejal.

8. Terdapat satu kes khas di mana pepejal akan terus bertukar ke gas
dan sebaliknya tanpa melalui keadaan cecair, Proses ini dikenali sebagai
pemejalwapan. Contohnya, gas karbon dioksida yang akan bertukar ke
pepejal (dikenali sebagai ais kering) apabila disejukkan.

9. Rajah di bawah menunjukkan perubahan jirim daripada keadaan


pepejal kepada keadaan gas melalui pemanasan.

Suhu (Co) Suhu adalah


malar pada
peringkat ini
Suhu adalah
malar pada gas
peringkat ini
Cecair + gas

cecair

Pepejal
+ cecair
pepejal

masa
Daripada graf di atas, didapati bahawa suhu jirim adalah malar pada
peringkat
(i) pepejal + cecair dan
(ii) cecair + gas
kerana semua tenaga haba yang diperoleh jirim semasa pemanasan
digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molikul jirim

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 4 Daripada 9

Ketumpatan

Idea ketumpatan bahan

1. Apabila bahan-bahan berlainan seperti air, ais, kayu, guli dan batu
diisikan penuh ke dalam kubus masing-masing yang mempunyai isi padu
sarna dan ditimbangkan, didapati jisim bahan-bahan tersebut adalah berbeza.

2. Perbezaan jisim ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan yang


bergantung pada:
(a) jenis bahan dan
(b) isi padu bahan itu.

3. Ketumpatan ialah ukuran kepadatan zarah dalam jirim. Simbol bagi


ketumpatan ialah  .

3. Ketumpatan satu bahan ditakrifkan sebagai jisim per isi padu bahan
tersebut.

Jisim, m
Ketumpatan,  =
Isi padu, V

5. Oleh sebab unit Sf bagi jisim ialah kg dan isi padu ialah m3, maka
daripada persamaan ketumpatan,  :

kg
 =
m3

 Unit SI bagi  = kg m3

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 5 Daripada 9

6. Ketumpatan bagi satu bahan adalah tetap pada keadaan dan suhu
yang tertentu.

Keadaan Bahan Ketumpatan


bahan (kg m3)
Pepejal Aluminium 2.70 x 103

logam Besi 7.87 x 103

Kuprum 8.92 x 103

Emas 1.93 x 104

Pepejal Gabus 2.40 x 101

bukan Kayu 6.50 x 101

logam Ais 9.20 x 101

Kaea 2.60 x 103

Cecair Alkohol 7.80 x 102

Air tulen 1.00 x 103

Air laut 1.03 x 103

Merkuri 1.36 x 104

Gas pada Hidrogen 0.09

suhu tekanan Helium 0.18

piawai Nitrogen 1.25

Udara kering 1.29

7. Jadual dibawah menunjukkan ketumpatan beberapa bahan pada keadaan


yang tertentu.

8. Apabila sesuatu bahan mempunyai nilai ketumpatan yang lebih


besar, ini bermakna:
(a) zarah-zarah dalam bahan itu mempunyai jisim yang lebih besar,
(b) zarah-zarah dalam bahan itu disusun dengan lebih padat.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 6 Daripada 9

9. Bahan yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi akan tenggelam


ke dasar bahan (eeeair) yang berketumpatan lebih rendah. Contohnya,
sebuah pemberat loyang yang berketumpatan 3000 kg m 3 akan tenggelam
ke dasar air yang berketumpatan 1000 kg m3, manakala bahan yang
berketumpatan rendah seperti gabus akan terapung pada permukaan air.

10. Merkuri (cecair pada suhu bilik) yang mempunyai ketumpatan


13 500 kg m3 akan tenggelam ke dasar air dan membentuk dua lapisan cecair.

11. Ketumpatan bagi satu bahan yang sarna adalah tetap, tidak kira berapa
besar saiz bahan itu.

Contoh:

Diberi bahawa ketumpatan air adalah 1000 kg m3.


Kirakan jisim untuk 3.25 m3 air.

Penyelesaian

Diberi ketumpatan air = 1000 kg m3


Maka, 1 m3 air = 1000 kg
3.25 m3 air = 3.25 x 1000 kg
= 3250 kg

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 7 Daripada 9

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketumpatan

Ketumpatan satu bahan adalah bergantung pada faktor-faktor berikut:

(a) Jisim molekul (b) Keadaan bahan (c) Kepadatan susunan molekul

Susunan molekul bahan yang kurang padat


Ketumpatan satu Keadaan bahan
mempunyai ketumpatan yang lebih rendah
bahan adalah lebih bergantung pada
berbanding dengan ketumpatan bahan yang
tinggi bagi sama ada bahan itu
mempunyai susunan molekul yang lebih padat.
jisim molekul pepejal, cecair atau
Contonya, gabus yang mempunyai
bahan yang gas. Ketumpatan
ketumpatan yang rendah kerana susunan
lebih tinggi. pepejal dan cecair
molekulnya yang kurang padat.
adalah lebih tinggi
daripada ketumpatan
gas.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KETUMPATAN

(d) Suhu (e) Bahan benda (f) Tekanan


asing terlarut
dalam air

Apabila suhu Apabila sedikit benda Apabila tekanan sesuatu gas bertambah, isi
sesuatu bahan asing terlarut seperti padunya berkurang kerana molekul- .
dinaikkan, garam ditambahkan molekul gas dimampatkan. Maka,
bahan terse but ke dalam air, jisim ketumpatan gas bertambah apabila tekanan
mengalami cecair akan ber- bertambah.
pengembangan tambah tanpa
dan seterusnya menambahkan isi,
isi padu bahan padunya. Maka,
itu bertambah. ketumpatan cecair
Oleh sebab jisim akan bertambah. lni
sesuatu bahan menerangkan bahawa
adalah tetap, air laut adalah lebih
maka tumpat daripada air
ketumpatan tawar.
bahan akan
berkurang.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 8 Daripada 9

Aplikasi ketumpatan dalam kehidupan seharian

1. Maklumat mengenai ketumpatan adalah penting dalam kerja pembinaan


jambatan, bangunan dan struktur yang lain. Dengan adanya maklumat tentang
ketumpatan bahan binaan, jisim dan isi padu bahan dapat ditentukan dengan
mudah. Maklumat ini penting untuk menentukan kekuatan dasar yang akan
dibina dan juga kekuatan penyokong-penyokong bangunan yang perlu dibina.

2. Kapal terbang dibina dengan bahan yang kuat tetapi ketumpatan yang rendah
seperti aluminium dan titanium.

3. Kapal laut dibina daripada bahan yang kuat dan ketumpatan kurang daripada
air laut supaya dapat terapung di atas permukaan air laut.

4. Setiap bahan kimia mempunyai nilai ketumpatan yang tertentu. Maklumat ini
penting untuk mengenal pasti jenis bahan kimia dan juga ketulenan bahan kimia
tersebut.

5. Gentian kaca merupakan satu bahan yang kuat dan mempunyai ketumpatan
yang rendah. Gentian kaca banyak digunakan untuk membina kapal, bangunan,
kenderaan, topi keledar dan sebagainya.

6. Dalam industri minuman, mutu pengeluaran minuman dapat dikawal dengan


menguji nilai ketumpatannya.

7. Kapal selam menggunakan prinsip ketumpatan untuk pergerakan naik dan


menyelam dalam lautan.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.01/KP Muka 9 Daripada 9

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 1 Daripada 12

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
DUTI 02 SIFAT JIRIM
TASK 02-02 KEKENYALAN BAHAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN JELASKAN FAKTOR YANG
PIAWAIAN (TPO) MEMPENGARUHI KEKENYALAN BAHAN
TAJUK MENSINTESISKAN KEKENYALAN BAHAN

PENERANGAN

Kekenyalan

Apabila satu daya dikenakan ke atas satu bahan, bahan itu mungkin
akan mengalami pemanjangan atau pemampatan. Sesuatu bahan dikatakan
kenyal jika dapat kembali kepada bentuk dan saiz asalnya selepas daya yang
dikenakan itu dilepaskan.

Sifat kekenyalan ialah keupayaan sesuatu bahan untuk kembali


sepenuhnya kepada bentuk dan saiz asalnya apabila daya yang dikenakan
ke atas bahan tersebut dialihkan. Sifat kekenyalan bahan pepejal disebabkan
oleh kewujudan daya tolakan dan daya tarikan antara zarah-zarah.

daya tarikan atom

daya tolakan atom

Zarah dalam keadaan keseimbangan

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 2 Daripada 12

Pada keadaan biasa, atom-atom bahan (pepejal) terpisah dengan satu


jarak yang tertentu dan berada dalam keseimbangan, iaitu daya tarikan atom
dan daya tolakan atom berada dalam keseimbangan.

Apabila bahan tersebut dikenakan daya mampatan, atom-atom bahan


akan dirapatkan. Daya tolakan antara atom menjadi semakin kuat dan
bertindak untuk mengembalikan kedudukan asal atom-atom selepas daya
mampatan diaIihkan.
daya tolakan kuat

daya mampatan daya mampatan

atom

Zarah mengalami daya tolakan apabila daya mampatan dikenakan

Apabila bahan tersebut dikenakan daya regangan, atom-atom bahan


akan dijauhkan. Daya tarikan antara atom menjadi semakin kuat dan
bertindak untuk mengembalikan kedudukan asal atom-atom selepas daya
regangan dialihkan.
daya regangan

daya tarikan kuat atom daya regangan

Zarah mengalami daya tarikan apabila daya regangan dikenakan

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 3 Daripada 12

Hukum Hooke

Hukum Hooke menyatakan bahawa regangan spring (pemanjangan


spring) atau pemampatan spring adalah berkadar langsung kepada daya
yang dikenakan ke atas spring jika had kekenyalan spring tersebut tidak
dibatasi. Hukum Hooke adalah benar untuk kes regangan dan mampatan
spring.

Daripada Hukum Hooke, kita boleh mendapat rumus berikut:

F = x
F = kx
dengan F = Daya regangan/mampatan (N)
x = Regangan atau mampatan spring (m)
k = Pemalar daya spring (N m-1)

Pemalar daya spring, k mewakili daya yang diperlukan untuk


menghasilkan satu unit pemanjangan pada spring tersebut.

Daya regangan atau


Pemalar daya spring, k = mampatan spring, F
Pemanjangan spring, x

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 4 Daripada 12

Rajah dibawah menunjukkan satu spring yang berukuran 20 cm


pada keadaan biasa. Apabila satu hujungnya ditarik dengan daya 50 N,
didapati bahawa panjang spring sekarang adalah 30 cm. Hitungkan
pemalar daya spring, k tersebut.

30 cm

Penyelesaian

Daya regangan atau


Pemalar daya spring, k = mampatan spring, F
Pemanjangan spring, x

50 N

0.30  0.20 m

= 500 N m-1

Nilai k juga boleh didapati daripada kecerunan graf daya (F)


melawan regangan/mampatan (x) spring.

F (N)

F
Kecerunan =
x
F

x (cm)
x

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 5 Daripada 12

Bahan yang mempunyai nilai k yang lebih besar ialah bahan yang lebih
tegar atau keras. Nilai k yang lebih besar bermakna daya yang lebih besar
diperlukan untuk meregangkan atau memampatkan bahan itu. Maka,
kecerunan graf daya (F) lawan regangan/ mampatan (x) spring adalah lebih
besar.

F (N) F  kx

Had kenyal

F F=kx

x (cm)
x

Rajah di atas menunjukkan Had kenyal satu spring ialah daya


maksimum yang boleh dikenakan keatas spring sebelum spring
kehilangan sifat kekenyalannya, iaitu spring tidak lagi berupaya untuk
kembali ke bentuk dan saiz asalnya.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 6 Daripada 12

Faktor-faktor yang mempengaruhi kekerasan spring

1. Kekerasan sesuatu spring bergantung pada pemalar spring, k.


Pemalar spring pula dipengaruhi oleh:

(a) Panjang spring


Spring yang panjang mempunyai nilai k yang kecil. Maka, spring
yang panjang adalah lembut dan mudah diregang atau
dimampatkan.

(b) Saiz dawai spring


Dawai spring yang lebih tebal menghasilkan spring yang lebih
keras dan tegar.

(c) Diameter lilitan spring


Diameter lilitan spring yang lebih kecil menghasilkan
pemanjangan spring yang lebih kecil. Maka, spring yang
mempunyai diameter lilitan yang kecil adalah lebih keras dan
tegar.

(d) Bahan spring


Spring yang diperbuat daripada bahan yang lebih keras adalah
lebih tegar. Contohnya, spring keluli adalah lebih keras daripada
spring kuprum.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 7 Daripada 12

2. Selain daripada pembinaan spring, cara susunan sistem spring juga


mempengaruhi kekuatan/ketegaran sistem spring tersebut.

Terdapat dua cara susunan spring:


(a) Susunan spring selari
(b) Susunan spring bersiri

Susunan spring selari


x
Pemanjangan =
x 2

Jika n bilangan spring serupa digantungkan secara selari antara satu sarna lain,
jumiah regangan sistem dan setiap spring ialah:

x
cm
n
Maka, semakin besar bilangan spring, n semakin kuat sistem spring tersebut.

Susunan spring bersiri

Pemanjangan =2x
x

Jika n bilangan spring serupa digantungkan secara bersiri antara satu


sarna lain, jumlah regangan sistem spring ialah nx cm kerana regangan
setiap spring ialah x cm.
Maka, semakin besar bilangan spring, n semakin Iembut sistem spring
tersebut.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 8 Daripada 12

Contoh: 1

Sistem spring dalam rajah di atas dibina daripada 4 spring selari


dan digantungkan dengan beban 60 g. Jika setiap spring akan
memanjang sebanyak 2.5 cm apabila digantung dengan beban 15 g,
hitungkan jumlah pemanjangan sistem spring tersebut.

Penyelesaian
1 spring:
15 g => menghasilkan regangan 2.5 cm
60 x 2.5
60 X 2.5
60 g => menghasilkan regangan =
15
= 10 cm
Sistem spring dengan 4 spring disusun secara selari:
60 g => menghasilkan regangan = 140
= 2.5 cm
:. Jumlah pemanjangan sistem spring ialah 2.5 cm

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 9 Daripada 12

Contoh: 2

Rajah diatas merupakan satu sistem spring yang terdiri daripada


2 spring bersiri dan digantung dengan 3 spring selari bersama dengan
beban 100 g. Jika setiap spring mempunyai pemalar daya spring, k = 20
N m-I, hitungkan pemanjangan sistem spring tersebut.

Penyelesaian
Untuk beban 100 g, F = mg
= 0.1 kg x 10
=1N
Daripada persamaan F = kx

F
Pemanjangan spring, x =
k
1

20
= 0.05 m
= 5 cm
Setiap spring akan memanjang sebanyak 5 cm untuk beban 100 g.
Jumlah pemanjangan sistem spring
= Pemanjangan susunan Pemanjangan susunan
bersiri + selari
5
= 10 cm + cm
3
= 11.67 cm

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 10 Daripada 12

Kegunaan sifat kekenyalan

Sifat kekenyalan bahan mempunyai kegunaan yang luas. Banyak


perkakasan, mekanikal memerlukan spring untuk beroperasi.

Kegunaan spring
1. Spring yang digunakan dalam neraca spring menghasilkan
regangan yang berkadar langsung dengan beban yang
dikenakan.

2. Spring buaian menghasilkan ayunan yang membolehkan bayi


tidur dengan lebih selesa.

3. Spring pada keempat-empat roda kereta yang kuat dapat


menyerap hentakan yang terhasil apabila bergerak di atas jalan
yang tidak rata supaya perjalanan adalah lebih licin.

4. Spring banyak digunakan dalam tilam dan kusyen. Spring yang


mempunyai sifat kekenyalan dapat mengekalkan bentuk tilam
dan kusyen walaupun telah banyak kali dimampatkan.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 11 Daripada 12

5. Spring juga digunakan dalam voltmeter dan ammeter untuk


mengimbangkan daya putaran pada jarum penunjuk apabila terdapat
voltan dan arus. Spring dapat mengembalikan jarum penunjuk ke
kedudukan asal apabila bekalan voltan dan arus diputuskan.

6. Dalam jam randik, tenaga keupayaan spring yang tersimpan


akan ditukarkan kepada tenaga kinetik untuk menggerakkan jarum
penunjuk.

Bahan kenyal lain

1. Gelang getah digunakan untuk mengapit dan menetapkan


bahan pada kedudukan yang tertentu.

2. Tali raket tenis dan badminton yang kenyal boleh


melantunkan bola.

3. Papan terjun yang kenyal membolehkan peserta mencapai


lompatan yang tinggi.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.02/KP Muka 12 Daripada 12

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 1 Daripada 10

KURSUS SAINS KEJURUTERAAN


SEMESTER 1
DUTI 02 SIFAT JIRIM
TASK 02-03 KETEGARAN BAHAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN JELASKAN FAKTOR YANG
PIAWAIAN (TPO) MEMPENGARUHI KEKUATAN DAN
KETEGARAN BAHAN
TAJUK MENSINTESISKAN KEKUATAN DAN
KETEGARAN BAHAN

PENERANGAN

Kekuatan Bahan

Kekuatan bahan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk


menahan daya luar yang dikenakan keatasnya tanpa pecah, patah
atau putus. Kekuatan bahan boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1. Kekuatan regangan
2. Kekuatan mampatan

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 2 Daripada 10

Kekuatan regangan
ialah daya maksimum yang boleh dikenakan kepada satu bahan
sebelum bahan tersebut patah atau pecah disebabkan oleh daya
regangan itu.

Kekuatan mampatan
ialah daya maksimum yang boleh dikenakan kepada satu bahan
sebelum bahan tersebut patah atau pecah disebabkan oleh daya
mampatan itu.

Bahan yang kuat memerlukan daya yang besar untuk memecahkan


nya. Kekuatan bahan bergantung pada cara daya dikenakan.
Misalnya, konkrit adalah kuat apabila dimampatkan tetapi menjadi
lemah apabila diregangkan.

Lekuk
1. Lekuk adalah satu kekurangan pada satu bahan yang akan
mengurangkan kekuatan atau pun melemahkan bahan tersebut.

2. Sesuatu bahan tidak mempunyai atom pada kedudukan lekuk.

tarik tarik

kertas

` lekuk
Daya regangan Daya regangan

Keadaan lekuk

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 3 Daripada 10

3. Oleh sebab tiada daya tarikan wujud antara atom di


kawasan lekuk, maka, bahan ini tidak dapat menahan daya
regangan yang dikenakan ke atas bahan itu dan mula dikoyakkan
dari kawasan lekuk. Kawasan itu semakin lemah dan terus
dikoyakkan lagi. Tetapi, didapati lekuk tidak akan merebak di
bawah daya mampatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah
dibawah

pecah

daya regangan daya regangan

Contoh:

Sekeping kaca yang tebal boleh


dilenturkan dengan mudah apabila digores dengan intan tajam pada
permukaan kaca tersebut. Terangkan kejadian ini.

Penyelesaian
Apabila permukaan kaca digores, satu lekuk telah terbentuk pada
permukaan kaca tersebut. Keadaan ini menyebabkan kepingan kaca itu
menjadi lemah dan tidak dapat menahan daya regangan yang kuat ke
atasnya.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 4 Daripada 10

Ketegaran bahan

1. Ketegaran bahan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk menahan


daya yang dikenakan tanpa mengubahkan bentuk dan saiz bahan
tersebut.

2. Bahan yang tegar sukar untuk dilenturkan. Keluli adalah kuat dan
tegar, manakala tali adalah tidak tegar kerana mudah dilenturkan
tetapi kuat menahan regangan.

3. Rajah dibawah menunjukkan sebatang pembaris plastik yang


sedang dilenturkan.

(a) Bahagian atas pembaris mengalami regangan. Jarak di


antara zarah bertambah dan daya tarikan antara zarah bertindak
untuk menentang daya regangan yang dikenakan ke atasnya.

(b) Bahagian bawah pembaris mengalami mampatan. Jarak di


antara zarah berkurang dan daya tolakan antara zarah bertindak
untuk menentang daya mampatan yang dikenakan ke atasnya.

(c) Jarak di antara zarah di bahagian garis tengah didapati tidak


berubah. Bahan pada bahagian garis tengah ini tidak mengalami
sebarang daya regangan dan mampatan. Bahagian ini dikenali
sebagai paksi neutral.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 5 Daripada 10

4. Oleh kerana atom-atom pada paksi neutral tidak akan mengalami


sebarang daya regangan atau mampatan, satu struktur binaan seperti alang
logam telah direka supaya bahagian paksi neutral dikurangkan. Cara ini
bukan sahaja dapat menjadikan struktur binaan itu ringan malah dapat
menjimatkan kos pembinaan.

5. Beberapa contoh bentuk alang keluli:

Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan dan ketegaran bahan

Untuk meningkatkan kekuatan dan ketegaran bahan, beberapa


cara boleh digunakan seperti:

Pembentukan aloi
1. Aloi dihasilkan dengan mencampurkan atom-atom benda asing
ke dalam struktur atom satu logam tulen.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 6 Daripada 10

2. Atom benda asing ini akan terselit di antara atom-atom logam


dan dapat menghalang atom-atom logam daripada menggelongsor
apabila diregangkan. Maka, struktur baru yang terhasil adalah lebih kuat
dan tegar daripada struktur logam asli.

1. Papan lapis adalah struktur yang dihasilkan daripada kepingan-


kepingan papan nipis yang disusun secara melintang supaya urat
kayu tidak selari.

2. Papan yang keras dan lembut juga disusun secara berselang-seli


untuk menambah kekuatan papan lapis.

3. Papan lapis adalah ringan dan mempunyai kekuatan yang tinggi


kerana tidak akan retak atau mengecut.

Bahan komposit
1. Bahan komposit merupakan hasil daripada gabungan antara dua
atau lebih bahan seperti logam, seramik, karbon, aloi dan polimer.

2. Bahan-bahan yang digunakan dalam proses penggabungan


bergantung pada tujuan penggunaan yang berdasarkan sifat-sifat
seperti tahan haba, tahan kimia, tahan hentakan, ketumpatan
serta kebolehan mengkonduksikan arus.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi


Tetulang keluli 1)
Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 7 Daripada 10

Retakan diberhentikan oleh batu kerikil dan tetulang keluli

3. Sebagai contoh, badan sesetengah kapal terbang dan kapal


angkasa lepas banyak menggunakan bahan komposit yang
mengandungi karbon kerana bahan-bahan ini kuat dan tahan
haba.

4. Contoh bahan komposit yang lain adalah seperti seramik dan


plastik yang bercampur dengan gentian kaca. Bahan komposit ini
yang kuat, ringan, tegar dan tahan kakisan amat sesuai untuk
membina badan bot, papan gelongsor, tangki air, barangan rumah
dan kereta lumba.

Penambahan tetulang

1. Konkrit adalah sangat kuat dan biasanya digunakan dalam aktiviti


pembinaan.

2. Konkrit mempunyai kekuatan mampatan yang sangat tinggi tetapi


kekuatan regangan yang lemah.

3. Tetapi dengan penambahan bahan seperti batu kerikil dan rod


tetulang keluli, konkrit akan mempunyai kekuatan mampatan dan
regangan yang sangat tinggi kerana campuran batu-batu kerikil
dan tetulang dalam konkrit dapat memberhentikan retakan yang
terhasil.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 8 Daripada 10

Jambatan batu gerbang adalah sangat kuat dan selamat

Kegunaan sifat kekuatan dan ketegaran bahan

1. Galang keluli dalam pembinaan kilang direka dalam bentuk T dan


'H'. Bahan mentah boleh dijimatkan daripada paksi neutral tanpa
melemahkan galang itu kerana daya tidak dikenakan pad a paksi neutral.
Reka bentuk ini adalah tidak mungkin tanpa pengetahuan mengenai sifat
kekuatan dan ketegaran bahan.

2. Rajah dibawah menunjukkan jambatan galang ringkas dimana


daya regangan yang bertindak di bawah jambatan disokong oleh daya
tegangan tali kabel. Jambatan Pulau Pinang mengaplikasi konsep ini
dalam pembinaan untuk menambahkan kekuatan dan ketegaran.

daya tegangan kabel

daya regangan

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 9 Daripada 10

4. Konkrit diperkuatkan dengan menambah batu kerikil dan rod keluli di


dalamnya. Contohnya, konkrit yang dimasukkan dengan rod besi
dinamakan konkrit bertetulang.

5. Ruang tempat duduk penumpang kereta diperbuat daripada bahan yang


mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi. Keadaan ini adalah untuk
memastikan tempat duduk ini tidak mudah remuk dan keselamatan
penumpang terjamin apabila berlaku kemalangan.

6. Bahan berlamina yang mengandungi lapisan kuat dan lemah berselang-


seli dapat menghalang retakan daripada merebak kerana retakan dapat
diberhentikan oleh lapisan lembut bahan itu. Satu contoh bahan ber-
lamina ialah papan lapis.

7. Dalam pembuatan kaca, permukaan kaca sentiasa dilicinkan supaya


tiada calar yang akan melemahkan kaca tersebut.

8. Penggunaan aloi seperti keluli, kromium dan gangsa yang berleluasan


kerana strukturnya yang sangat kuat.

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 03.03/KP Muka 10 Daripada 10

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 3- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 1 Daripada 9

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
DUTI 03 HABA DAN SUHU
TASK 03-01 TAKSIRAN SUHU DAN HABA
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN NYATAKAN KAEDAH MENYUKAT
PIAWAIAN (TPO) DARJAH KEPANASAN DAN TENAGA
TAJUK MENGANALISISKAN SIFAT TERMOMETRI

PENERANGAN

Suhu
Suhu merupakan satu kuantiti fizik asas yang digunakan untuk
mengukur darjah kepanasan satu jasad. Suhu tidak dapat diterbitkan daripada
kuantiti asas yang lain. Prinsip suhu adalah berasaskan konsep 'panas' dan 'sejuk',
yang bergantung secara kualitatif kepada deria sentuhan kita. Objek yang dirasai
'panas' biasanya akan mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada objek yang dirasai
'sejuk'.
Unit SI bagi suhu ialah kelvin (K). Suhu juga boleh diukur dalam unit
yang berlainan seperti darjah Celsius ( OC) atau darjah Fahrenheit ( OF).

Suhu Skala Skala Skala


Celsius Kelvin Fahrenheit
Air mendidih 100°C 373 K 212 OF
Badan manusia 37°C 310 K 98.6 OF
Suhu bilik 28°C 301 K 82.4 OF
Ais melebur 0 °C 273 K 32 OF
Oksigen mencair -183°C 90 K -298 OF
Sifar mutlak -273°C OK -460 OF

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 2 Daripada 9

Contoh:
Apabila mengukur suhu air yang membeku dan mendidih dalam ukuran darjah
Kelvin dan Fahrenheit. Tetapi, hanya mempunyai sebatang termometer sukatan
darjah Celsius.
1. Pada keadaan ais, suhu yang dicatatkan adalah 0 °C
2. Pada ketika air mendidih, suhu yang dicatatkan adalah 100°C.

Apakah suhu air membeku dan mendidih dalam


(a) darjah Kelvin, K dan
(b) darjah Fahrenheit, F?

Penyelesaian:
(a) Dalam unit Kelvin:
Air membeku:
Suhu ais dalam darjah Celsius = 0 °C
Daripada rumus unit Kelvin, K = 273 + Unit Celsius, °C
:. Suhu ais dalam darjah Kelvin = 273 + 0
= 273 K Air mendidih:
Suhu air dalam darjah Celsius = 100°C Daripada rumus unit Kelvin,
K = 273 + Unit Celsius, °C
:. Suhu air dalam darjah Kelvin = 273 + 10
=
(b) Dalam unit Fahrenheit:
Air membeku:
Suhu ais dalam darjah Celsius = 0 °C Daripada rumus unit
Fahrenheit,
F = 32 + 1.8 (Unit Celsius, °C)
:. Suhu ais dalam darjah Fahrenheit = 32 + 1.8(0)
= 32 F
Air mendidih:
Suhu air dalam darjah Celsius = 100°C Daripada rumus unit Fahrenheit,
F = 32 + 1.8 (Unit Celsius, °C)
.. Suhu air dalam darjah Fahrenheit = 32 + 1.8(100)
= 212 F

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 3 Daripada 9

Haba
1. Haba ialah satu bentuk tenaga. Simbol bagi haba ialah Q dan unit SI
bagi haba ialah joule (J).

2. Setiap jasad mempunyai zarah-zarah (atom atau molekul) yang


bergerak. Zarah-zarah ini mempunyai tenaga kinetik akibat daripada
gerakannya. Selain itu, zarah-zarah dalam satu jasad juga
mempunyai tenaga keupayaan yang berlawanan dengan daya
tarikan antara zarah.

3. Jumlah tenaga keupayaan dan kinetik semua zarah dalam satu


jasad dikenali sebagai tenaga dalam.

Tenaga Tenaga Tenaga


dalam kinetik keupayaan
satu jasad = zarah + zarah

4. Sekiranya satu jasad yang panas bersentuhan dengan jasad yang


sejuk, jasad yang panas itu akan menyejuk dan kehilangan tenaga
dalam, Jasad yang sejuk itu pula memanas dan memperoleh tenaga
dalam. Kelakuan ini berlaku kerana tenaga dari sebahagian tenaga
dalam jasad yang panas telah berpindah ke jasad yang sejuk.

5. Tenaga yang berpindah dari jasad panas ke jasad sejuk dinamakan


haba.

6. Contohnya, jika segelas air sejuk diletakkan di atas meja dapur,


suhu air sejuk itu akan naik perlahan-lahan sehingga mencapai suhu
persekitarannya, iaitu suhu bilik dapur. Sebaliknya, suhu segelas air
panas, jika dibiarkan di atas meja akan turun sehingga mencapai suhu
bilik tersebut.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 4 Daripada 9

7. Lazimnya, jasad yang panas adalah bersuhu tinggi dan jasad


yang lebih sejuk adalah bersuhu rendah.

8. Suhu satu bahan bergantung pada purata tenaga kinetik zarah-


zarahnya.

9. Teori kinetik jirim menyatakan bahawa apabila satu bahan


pepejal dipanaskan, zarah-zarahnya akan bergetar pada kekisinya
dengan lebih cepat dan dengan amplitud yang lebih besar. Ini
menyebabkan ikatan antara zarah diregangkan dan purata tenaga
kinetik serta tenaga keupayaan elastik setiap zarah bertambah, maka
suhu dan tenaga dalam pepejal juga bertambah.

10. Apabila satu bahan cecair atau gas dipanaskan. gerakan rawak
zarah-zarah bahan tersebut akan bertambah laju. lni menyebabkan
purata tenaga kinetik zarah bertambah, maka suhu dan tenaga dalam
cecair atau gas pun bertambah.

11 Jika satu bahan disejukkan, zarah-zarahnya akan kehilangan


tenaga kinetik, bergerak dengan lebih perlahan dan suhu bahan
tersebut pun menurun. Sekiranya penyejukan diteruskan, suhu bahan
itu akan menurun sehingga mencapai suhu sifar mutlak, iaitu pada suhu
0 Kelvin (-273°C). Pada suhu sifar mutlak. zarah-zarah akan
mempunyai tenaga dalam yang paling minimum dan suhunya tidak
akan menurun lagi.

Keseimbangan terma

1. Apabila dua jasad A dan B yang mempunyai suhu berbeza diletak


berdekatan, pemindahan tenaga haba akan berlaku dari jasad A yang lebih
panas ke jasad B yang lebih sejuk.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 5 Daripada 9

2. Suhu jasad A akan turun akibat kehilangan tenaga dalam, manakala


suhu jasad B akan naik apabila zarah-zarahnya menerima tenaga. Apabila
kedua-dua jasad A dan B mencapai suhu yang sama, keseimbangan terma
tercapai.

3. Dua jasad A dan B tersebut dikatakan berada dalalm keseimbangan


terma jika kadar pemindahan haba dari jasad A ke B dan sebaliknya adalah
sama, iaitu kadar pemindahan haba di antara kedua-dua jasad adalah sifar.

4. Dua jasad yang berada dalam keseimbangan terma akan mempunyai


suhu yang sama, tidak kira bentuk, jisim, saiz atau jenis permukaan jasad-
jasad tersebut

Keseimbangan Terma

Kadar pemindahan Suhu dua jasad adalah


antara dua jasad sama sama

Aplikasi prinsip keseimbangan terma

1. Minuman menjadi sejuk


Minuman panas boleh disejukkan dengan memasukkan beberapa ketul ais ke
dalam minuman itu. Haba dalam air panas akan dipindahkan ke ais yang sejuk
sehingga mencapai keseimbangan terma. Maka, air panas akan menjadi
sejuk. Sekiranya ketulan ais adalah kurang sempurna, pemindahan haba dari
air panas ke ais adalah kurang, maka air tidak cukup sejuk.

2. Badan menjadi sejuk semasa berenang


Apabila seseorang berenang di kolam renang, haba dari badan yang panas
akan berpindah ke air kolam yang sejuk. Maka, suhu badan akan sama
dengan suhu air kolam apabila keseimbangan tercapai.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 6 Daripada 9

3. Memasak sup
Haba dari api akan dipindahkan ke logam periuk dan cuba mencapai
keseimbangan terma. Haba dari periuk juga akan dipindahkan ke sup yang
bersuhu rendah pada mulanya dan apabila mencapai keseimbangan terma,
suhu periuk akan sama dengan suhu sup yang dimasak.

Perubahan sifat fizikal bahan dengan suhu

1. Sifat fizikal satu bahan yang peka dan berubah secara berterusan terhadap
perubahan suhu bahan dikenali sebagai sifat termometri.

2. Semua bahan, tidak kira sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas
akan mengalami perubahan sifat fizikal apabila tenaga haba diserap atau
dibebaskan oleh jirim bahan tersebut.

3. Aplikasi terpenting sifat termometri sesuatu bahan ialah dalam pembinaan


termometer untuk mengukur suhu.

Mengukur suhu melalui prinsip keseimbangan terma

1. Alat yang amat berkesan untuk mengukur suhu adalah termometer.

2. Setiap termometer menggunakan sifat termometri bahan yang tertentu


untuk mengukur suhu.

3. Maka, pelbagai jenis termometer telah dibina berdasarkan keempat-empat


sifat termometri bahan yang peka terhadap perubahan suhu. Jadual dibawah
menunjukkan contoh sifat-sifat fizikal yang digunakan dalam binaan pelbagai
jenis termometer.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 7 Daripada 9

Jadual dibawah 4 (empat) jenis termometer yang lazim.

Sifat fizikal yang berubah


Bil Termometer
terhadap suhu

1 Termometer gas Tekanan gas

Termometer
2 Isi padu merkuri
merkuri
Rintangan elektrik
Termometer
3 dawai
rintangan
platinum

Daya gerak elektrik


Termometer antara
4
termogandingan dawai kuprum dengan
dawai kanstantan

4. Pengukuran suhu dengan menggunakan termometer adalah berasaskan


kepada prinsip keseimbangan terma.

Contoh 1:

Sebatang termometer merkuri T bersentuhan dengan sebikar ais yang


suhunya ingin disukat. Huraikan prinsip kerja termometer untuk mengukur
suhu.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 8 Daripada 9

Penyelesaian:

Keseimbangan terma antara termometer dengan ketulan ais akan tercapai


apabila kadar bersih pemindahan haba adalah sifar. Apabila keseimbangan
terma tercapai. termometer T dan ketulan ais akan berada pada suhu yang
sama. Oleh demikian, bacaan termometer T akan menunjukkan suhu ais
tersebut.

Contoh 2:

Berapakah kuantiti haba yang perlu dibekalkan kepada sebatang rod besi
berjisim 3 kg untuk menaikkan suhunya dari 25°C ke 60°C?
[Muatan haba tentu besi, c = 425 J kg-1 °C-1 ]

Penyelesaian:

Jisim rod besi, m = 3 kg


Kenaikan suhu, θ = (60 – 25) = 35° C
Kuantiti haba yang diperlukan, Q = mc θ
= 3 x 425 x 35
= 44625 J

Contoh 3:

Sebuah baldi mengandungi 8kg air panas dengan suhu awal 85° C. Berapa
kah suhu air itu selepas 1.68 x 106 J haba dibebaskan?
[Muatan haba tentu air, c = 4 200 J kg-1 °C-1

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.01/KP Muka 9 Daripada 9

Penyelesaian:

Jisim air panas, m = 8 kg


Haba yang dibebaskan, Q = 1.68 x 106 J

Perubahan suhu, θ = Q
mc
= 1.68 x 106
8 x 4 200
= 50° C

Suhu akhir air = 85 – 50


= 35° C

Rujukan:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd


ISBN 9 789830 012605

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 1 Daripada 7

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
DUTI 03 HABA DAN SUHU
TASK 03-02 MUATAN HABA
OBJEKTIF PENCAPAIAN KAJI DAN NYATAKAN KAEDAH MENYUKAT
PIAWAIAN (TPO) DARJAH KEPANASAN DAN TENAGA
TAJUK MENGANALISISKAN KONSEP MUATAN HABA

PENERANGAN

Definisi muatan haba.


Semakin besar sesuatu jisim, semakin besar muatan habanya.

Rajah dibawah menunjukkan seorang budak menghirup sup


panas dengan menggunakan sebatang sudu. Jika sup dalam sudu
tertumpah dan terkena tangannya, dia akan berasa kurang sakit kerana
kuantiti haba dalam sudu yang dipindahkan kepada tangannya adalah
kecil
Jika sup dalam mangkuk itu tertumpah, budak itu akan
mengalami kecederaan parah kerana sup dalam mangkuk mempunyai
kuantiti haba yang lebih besar.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 2 Daripada 7

1. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa, walaupun sup dalam


sudu dan mangkuk mempunyai suhu yang sama, tetapi sup dalam
mangkuk mengandungi lebih banyak haba. Sup dalam mangkuk
dikatakan mempunyai muatan haba yang lebih besar.

2. Jika sesuatu bahan menyerap tenaga haba, suhunya akan meningkat.

3 Sesetengah bahan mempunyai keupayaan untuk menyerap


lebih banyak tenaga haba berbanding dengan bahan yang lain.

4 Misalnya, jika 1 kg air dan 1 kg parafin dipanaskan secara


berasingan dalam tempoh masa yang sarna, didapati kenaikan suhu
parafin adalah dua kali kenaikan suhu air.

5. lni menunjukkan bahan-bahan berlainan mempunyai kenaikan


suhu yang berbeza jika jisim bahan dan kuantiti haba yang dibekalkan
adalah tetap.

9 Jadi, apakah muatan haba?


Muatan haba, C sesuatu bahan ialah kuantiti haba yang diperlukan
untuk menaikkan suhu bahannya itu sebanyak 1 OC atau 1 K. Muatan
haba diukur dalam unit J C-I.

10. Muatan haba satu bahan bergantung pada:


(a) Jisim bahan
(b) Jenis bahan
(c) Kuantiti haba yang dibekalkan

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 3 Daripada 7

Apakah muatan haba tentu


(rujuk eksperimen 4.2 m/s 195)

1. Daripada keputusan eksperimen hubungan berikut diperolehi


1
 dan   Q
m
Q
iaitu:  
m
 Q  m

2. lni bermakna, kuantiti haba, Q yang diserap atau dibebaskan oleh


sesuatu bahan adalah:

(a) berkadar langsung dengan jisim bahan, m dan


(b) berkadar langsung dengan perubahan suhu  .

3. Maka, hubungan antara kuantiti tenaga haba yang diserap atau


dibebaskan, Q dirumuskan sebagai:

4. Muatan haba tentu, c satu bahan ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga


haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg bahan tersebut
sebanyak 1 OC ataupun 1 K.

5. Unit untuk muatan haba tentu, c ialah J kg-1 OC-1 atau J kg-1 K -1.

6. Jika 1 kilogram air dan 1 kilogram bongkah aluminium dipanaskan


secara berasingan, tenaga haba untuk menaikkan suhu air sebanyak
1 OC adalah hampir lima kali tenaga yang diperlukan untuk menaikkan
suhu bongkah aluminium sebanyak 1 OC.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 4 Daripada 7

1 kg air

4200 J + = X+1 OC
X OC
+

Tenaga sebanyak 4200 J diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 OC


.

1 kg aluminium

Tenaga sebanyak 900 J diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg aluminium sebanyak 1 OC

7. lni adalah kerana air mempunyai nilai muatan haba tentu, c yang lebih
tinggi daripada aluminium.

8. Jadual dibawah menunjukkan nilai muatan haba tentu bagi beberapa


jenis

Muatan haba tentu


Bahan
(J kg-1 OC-I)
Pepejal
Ais 2100
Aluminium 900
Konkrit 800
Kaca 700
Besi 500
Kuprum 400
Cecair
Air 4200
Alkohol 2500
Parafin 2100
Merkuri 140

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 5 Daripada 7

(a) Cecair biasanya mempunyai muatan haba tentu yang lebih besar
daripada pepejal, kecuali merkuri.

(b) Apabila satu pepejal dan cecair dipanaskan masing-masing


untuk mendapatkan peningkatan suhu yang sarna, cecair akan
memerlukan tenaga haba yang lebih banyak berbanding dengan
pepejal.

(c) Bahan dengan nilai muatan haba tentu yang lebih kecil
bermaksud ia akan menjadi panas dengan lebih cepat apabila
dipanaskan. Dalam erti kata lain, bahan dengan nilai muatan
haba tentu yang lebih besar menyejuk dengan lebih perlahan.

Kegunaan muatan haba tentu

Air sebagai agen penyejuk dalam enjin kereta

1. Daripada takrif muatan haba tentu, bahanbahan yang mempunyai


muatan haba tentu yang lebih rendah memerlukan kurang tenaga haba
untuk peningkatan suhu. Oleh itu, bahan-bahan yang mempunyai
muatan haba tentu yang lebih rendah adalah 'cepat panas'.

2. Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang besar adalah lebih
sukar untuk dipanaskan dan disejukkan.

3. Bahan ini mengalami perubahan suhu yang kecil walaupun kuantiti


haba yang besar dibekalkan atau disingkirkan.

4. Satu contoh yang baik untuk bahan yang mempunyai nilai muatan
haba tentu tinggi ialah air.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 6 Daripada 7

Contoh kegunaan

Enjin sesebuah kereta menghasilkan banyak haba. Oleh itu, air


memainkan peranan sebagai penyimpan haba yang dapat bertindak
sebagai agen penyejuk dalam enjin kereta untuk mengelakkan
peningkatan suhu enjin yang terlalu tinggi.

Air bertindak sebagai agen penyejuk dalam radiator kereta

6. (a) Air dipamkan untuk mengalir menerusi bahagian enjin yang


panas dengan tujuan untuk menyerap haba daripada bahagian
enjin.

(b) Air yang menjadi panas disejukkan dibahagian radiator.


Udara disedut masuk oleh kipas untuk menyejukkan air.

(c) Air yang telah disejukkan mengalir balik semula ke bahagian


enjin yang panas, dari kitaran ini berterusan semasa enjin
beroperasi

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.02/KP Muka 7 Daripada 7

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 1 Daripada 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
SEMESTER 1
DUTI 04 HABA DAN SUHU
TASK 04-06 MENGHARGAI PERANAN HABA DALAM
KESEJAHTERAAN HIDUP
OBJEKTIF PENCAPAIAN GUNA HABA DALAM AKTIVITI KEHIDUPAN DAN
PIAWAIAN (TPO) TEKNOLOGI MASA DEPAN
TAJUK MENGHARGAI PERANAN HABA DALAM
KESEJAHTERAAN HIDUP

PENERANGAN

Penggunaan Haba Dalam Kesejahteraan Hidup

Sejak dahulu lagi, manusia sudah menyedari akan kepentingan haba


dalam memperbaiki kualiti kehidupan seharian.

1. Haba digunakan untuk memasak dan memanaskan makanan


terutamanya daging dan ikan supaya makanan adalah bebas daripada
bakteria dan menjadi lebih enak.

2. Haba juga digunakan untuk memanaskan air sehingga ke takat didih


untuk menyingkirkan bakteria.

3. Proses penyulingan air oleh haba pula dapat menghasilkan air suling
yang bersih dan yang bebas daripada benda asing. Air suling ini adalah
penting untuk kegunaan makmal, enjin dan operasi kilang.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 2 Daripada 6

4. Baju yang basah akan kering dengan cepat sekiranya dijemur di bawah
pancaran matahari yang terik kerana haba daripada matahari
mempercepatkan proses penyejatan air.

5. Kenderaan masa kini banyak menggunakan enjin haba yang menukarkan


tenaga haba kepada tenaga mekanikal. Contohnya, enjin stirn, enjin
pembakaran dalam dan enjin jet.

7. Di negara yang sejuk, alat pemanas berfungsi untuk membekalkan


haba bagi memanaskan rumah kediaman.

8. Tenaga solar dapat dikumpul dan ditukar kepada tenaga haba.


Tenaga haba ini biasanya digunakan untuk memanaskan air mandi.

9. Namun begitu, proses penggunaan haba dalam aktiviti harian kita


menyebabkan sebahagian haba terlesap kepada persekitaran.

10. Tenaga haba yang terlesap sebagai asap beracun seperti gas karbon
monoksida dan sulfur dioksida mencemarkan atmosfera dan membawa
kesan buruk seperti hujan asid dan peningkatan suhu bumi. Suhu bumi
yang meningkat boleh menyebabkan peleburan ais di Artik dan Antartika
dan menyebabkan kenaikan aras laut.

11 Memandangkan keadaan ini, pengurusan haba yang cekap harus


diperkenalkan supaya penggunaan haba tidak membawa keburukan
kepada generasi masa kini ataupun hadapan.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 3 Daripada 6

Teknologi masa depan dalam pengurusan haba

Penyelidikan dan usaha harus dipergiatkan lagi dalam


mempelbagaikan sumber tenaga terutamanya sumber-sumber yang boleh
diperbaharui seperti tenaga geoterma dan tenaga solar.

Tenaga geoterma

1. Tenaga geoterma ialah sejenis tenaga haba yang terkandung dalam


bumi.

2. Berasaskan teknologi yang digunakan pada masa kini, manusia hanya


mampu mengekstrak tenaga geoterma yang berada di lapisan kerak
bumi sahaja, iaitu 2% daripada jumlah tenaga dalam bumi.

3. Sungguhpun demikian, 2% tenaga itu yang berjumlah 8.4 x 1011 W


sudah mencukupi untuk kegunaan harian bagi satu jangka masa yang
panjang.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 4 Daripada 6

4. Tenaga geoterma diekstrak dengan cara memasangkan paip air jauh


ke dalam kerak bumi. Air panas yang disalur keluar melalui paip ini
digunakan untuk mencairkan ais di permukaan jalan raya, pemanasan
rumah hijau, mengeringkan pakaian dan menggerakkan sistem
pemanas dalam rumah kediaman.

5. Tenaga geoterma mempunyai kebaikan yang sarna dengan tenaga solar


kerana ia tidak memerlukan bahan api seperti petrol.

6. Walaupun demikian, terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam


kaedah pengekstrakan tenaga geoterma.

7. Ini adalah kerana pembinaan stesen pengekstrakan geoterma


menyebabkan perubahan persekitaran yang boleh mendatangkan
kerosakan dan kepupusan flora serta fauna tempatan.

8. Semasa stesen beroperasi, peningkatan suhu persekitaran akan


mengganggu kehidupan akuatik. Cecair geoterma yang disalur keluar
mengandungi gas dan bahan pelarut seperti karbon dioksida, hidrogen
sulfida, boron dan arsenik yang boleh mencemarkan alam persekitaran.

9. Oleh yang demikian, kajian untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan


tenaga geoterma sedang giat dijalankan dengan harapan untuk
mengoptimumkan penggunaannya pada masa akan datang di samping
tidak membahayakan persekitaran.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 5 Daripada 6

Tenaga solar

1. Tenaga solar boleh ditukar kepada tenaga haba untuk memanaskan air
dan menggerakkan generator stim.

2. Tenaga solar mempunyai kebaikan dari segi kos kerana tiada bahan api
diperlukan. Ini bermakna, harganya tidak dipengaruhi oleh bekalan dan
permintaan bahan api seperti petrol. Di samping itu, penggunaan tenaga
solar tidak mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar.

3. Tenaga solar juga boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh
digunakan untuk menggerakkan alat-alat elektrik.

4. Kenderaan yang menggunakan tenaga solar telah dicipta dan ciptaan ini
dapat mengurangkan penggunaan petrol yang akan mencemarkan alam
sekitar.

5. Penggunaan tenaga solar pada masa kini masih terhad kepada operasi
yang bersaiz kecil.

6. lni kerana pengumpulan tenaga ini memerlukan kos yang tinggi.


Tambahan pula, kaedah-kaedah yang digunakan masih kurang berkesan
dan mendatangkan pembaziran tenaga.

7. Pencemaran udara dan keadaan cuaca turut mempengaruhi


keberkesanan pengumpulan tenaga solar.

8. Maka, teknik pengurusan tenaga solar yang lebih cekap diperlukan untuk
memperluaskan lagi penggunaan tenaga solar pada masa depan.

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan
Kod Kertas Sains Kejuruteraan T3- 04.06/KP Muka 6 Daripada 6

Rujukan

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


ISBN 967 65 6827 9

Duti 4- Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2005 (Versi 1)


Created by IKBNBhassan

You might also like