You are on page 1of 33

4531/1 SULIT

SULIT Nama: . Tingkatan:

FIZIK
Kertas 1
OGOS
2017
1 jam

SMK SEGAMBUT JAYA


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TAHUN 2017

FIZIK
Kertas 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA


DIBERITAHU

MAKLUMAT UNTUK CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan.

7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

( Pn Prebasubah.R ) ( Pn Siti Rashidah bt Hasan ) ( Pn Shahida bt Hj Azizan )


Guru Fizik GKB Sains & Matematik Pengetua SMK Segambut Jaya

1
4531/1 SULIT
Kertas soalan ini mengandungi 32 halaman bercetak

2
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 FIZIK 4531/1

Maklumat berikut mungkin berfaedah. Simbol-simbol mempunyai makna yang biasa


s
1. v
t

2. v u
a
t
2 u 2as
3. v
2 1 2
at
2
4. s ut
5. Momentum = mv
6. F ma
2
7. Kinetic energy (Tenaga kinetik ) = mv
8. Potential energy (Tenaga keupayaan) = mgh
m
9. Density (Ketumpatan) =
V
F
10. Pressure (Tekanan ), P
A
11. Pressure (Tekanan), P h g
12. Heat (Haba), Q mc
13. Heat (Haba), Q ml
PV
14. constant (pemalar )
T
15. v f
ax
16. Wavelength (panjang gelombang), =
D
E
17. Power (Kuasa), P =
t
1 1 1
18.
f u v
v
19. Linear magnification (Pembesaran linear), M
u
sin i
20. Refractive index (indeks biasan), n
sin r

3
Tiap-tiap soalan diikuti oleh sama ada 1tiga atau empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan
yang terbaik bagi setiap soalan dan hitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan anda.

1. Kuantiti fizik yang manakah mempunyai unit S.I. yang betul ?

Kuantiti fizik Unit S.I.

A. Suhu Celsius
B. Masa Minit
C. Jisim Newton
D. Panjang Meter

2. 30 milisaat adalah bersamaan dengan

A. 3 x 10-6 saat
B. 3 x 10-5 saat
C. 3 x 10-4 saat
D. 3 x 10-2 saat

3. Antara kenderaan yang berikut, yang manakah paling senang untuk diberhentikan ?

A B

C D

4. Rajah 1 menunjukkan sebuah kereta memecut dengan daya rintangan sebanyak 6000 N
bertindak terhadap kereta itu.

Rajah 1

Berapakah daya yang dikenakan oleh enjin kereta itu ?

A. bersamaan 6000 N
B. lebih besar daripada 6000 N
C. lebih kecil daripada 6000 N
D. 0N

5. Rajah 2 menunjukkan dua buah troli dengan jisim 1 kg setiap satu. Halaju awal troli
A dan troli B masing-masing adalah 6 m s-1 dan 4 m s-1. Selepas perlanggaran,
kedua-dua troli bergerak bersama- sama dalam arah yang sama dengan halaju awal.

Rajah 2

Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran?

-1
A 1.0 m s
-1
B 2.0 m s
-1
C 5.0 m s
-1
D 10.0 m s

6. Rajah 3 di bawah menunjukkan graf halaju-masa bagi suatu objek.


Rajah 3

Graf pecutan-masa manakah yang mewakili pergerakan yang sama seperti objek itu ?

7. Rajah 4 adalah graf halaju masa menunjukkan pergerakan sebuah kereta


Rajah 4

Pernyataan manakah yang menggambarkan pergerakan kereta itu?

OX XY

A Pecutan seragam Nyahpecutan seragam

B Halaju seragam Nyahpecutan seragam

C Pecutan seragam Halaju seragam

D Halaju seragam Pecutan seragam

8. Bumper kereta dibina dari bahan yang mudah remuk. Ini membantu untuk

A mengurangkan halaju
B mengurangkan pecutan
C menambahkan masa perlanggaran
D menambahkan daya impuls

9. Rajah 5 menunjukkan seorang penunjukcara karate-do menggerakkan tangannya


dengan sangat pantas dan menghentikannya sejurus sahaja menyentuh kepingan-
kepingan batu.
Rajah 5

Pergerakan tangan yang cepat itu adalah untuk

A. Menambahkan masa hentaman tangan dengan kepingan batu bata


B. Menambahkan daya impuls
C. Meretakkan dan memecahkan kepingan batu bata keseluruhannya.
D. Mengurangkan daya impuls

10. Rajah 6 menunjukkan seorang budak berada di atas pelampung.

Rajah 6

Hubungan antara kuantiti fizik dalam situasi di atas yang manakah betul ?

A. Berat air tersesar = berat budak + berat pelampung

B. Berat air tersesar > berat budak + berat pelampung

C. Isipadu air tersesar = isipadu budak + isipadu pelampung.

D. Isipadu air tersesar > isipadu budak + isipadu pelampung.

11. Rajah 7 menunjukkan sebiji bola pingpong yang tidak jatuh semasa air dialirkan.
Rajah 7

Prinsip yang manakah menerangkan gambar rajah itu ?

A. Prinsip Pascal

B. Prinsip Bernoulli

C. Prinsip Archimedes

D. Prinsip Keabadian Tenaga

12. Rajah 8 menunjukkan sebuah beg yang biasa digunakan oleh pelajar sekolah.

Rajah 8
Mengapakah tali penyandang lebih lebar di X?

A Untuk menambahkan berat dan menambahkan tekanan


B Untuk menambahkan luas permukaan dan mengurangkan tekanan
C Untuk mengurangkan berat dan mengurangkan tekanan
D Untuk mengurangkan luas permukaan dan menambahkan berat

13. Rajah 9.1 dan Rajah 9.2 menunjukkan dua bekas air.
Rajah 9.1 Rajah 9.2

Mengapakah air dalam Rajah 9.1 keluar pada kadar yang lebih rendah berbanding air
dalam Rajah 9.2 ?

A Tekanan di Y lebih besar dari tekanan di X.


B Tekanan di X lebih besar dari tekanan di Y.
C Tekanan di X dan Y adalah sama.

14. Rajah 10 menunjukkan sebuah belon udara yang berjisim 200 kg sedang terapung
pegun di udara.

Rajah 10

Berapakah daya julangan belon tersebut?

A. 10 N B. 20 N C. 1000 N D. 2000 N

15. Rajah 11 menunjukkan sebuah kotak di atas sebuah rakit yang terapung di sungai.
Rajah 11
Pernyataan yang manakah benar tentang berat air tersesar, W3?

A W3 > W1 + W2

B W3 = W1 + W2

C W3 < W1 + W2

D W 3 = W2 - W1

16. Rajah 12 menunjukkan sebuah sistem hidraulik. Apabila daya ,Fx dikenakan pada
omboh X, ia bergerak ke bawah dengan jarak d.

Rajah 12

Manakah antara pernyataan berikut benar ?

A Omboh Y bergerak ke atas pada jarak lebih daripada d


B Daya pada omboh X dan Y adalah sama
C Omboh Y bergerak ke atas pada jarak kurang dari d
D Daya pada omboh Y, FY kurang dari daya pada omboh X

17. Rajah 13 menunjukkan satu sfera logam P pada suhu 80oC direndam dalam cecair Q
yang lebih sejuk.
Rajah 13

Keseimbangan terma tercapai apabila

A. Suhu P = Suhu Q

B. Jisim Q yang tersesar = jisim P

C. Isipadu Q yang tersesar = isipadu P

D. Muatan haba tentu P = muatan haba tentu Q.

18. Rajah 14 menunjukkan tiub-U yang mengandungi air dan kerosin.

Rajah 14

Pasangan titik manakah mempunyai tekanan yang sama ?

A P dan U
B T dan S
C R dan S
D R dan U

19. Rajah 15 menunjukkan sebuah beg plastik yang berisi udara disambungkan pada
manometer.
Rajah 15

Satu beban diletakkan di atas beg plastik. Apakah yang berlaku pada X?

A Bertambah
B Berkurang
C Tidak berubah

20. Rajah 16 menunjukkan sebuah tiub Bernoulli.

Rajah 16

Berdasarkan prinsip Bernoulli, tiub yang manakah mempunyai aras air yang
terendah?

A X B Y C Z D.semua pada aras yang sama

21. Rajah 17 menunjukkan seorang budak lelaki memegang sebatang


bunga api.
Rajah 17

Percikan bunga api yang jatuh ke atas tangan budak itu tidak menyebabkan lecuran yang
teruk. Pernyataan yang manakah tidak benar ?

A Percikan bunga api berada pada suhu yang rendah


B Percikan bunga api membebaskan cahaya, bukan haba
C Percikan bunga api mengandungi jumlah haba yang sedikit
D Percikan bunga api mempunyai muatan haba tentu yang rendah

22. Empat jenis periuk yang sama jisim tetapi mempunyai haba pendam , c yang
berlainan , dipanaskan pada kadar yang sama selama 20 minit. Periuk yang
manakah menunjukkan peningkatan suhu paling kecil?

A B

c =235 J kg-1 C-1


-1 -1
c=387 J kg C

C D

-1 -1 c=900 J kg -
c =500 J kg C 1

23. Apa
kah
yan
g
tida
k
ber
uba
h apabila gas dalam sebuah bekas kedap udara dimampatkan?

A Purata tenaga kinetik zarah

B Tekanan gas

C Kekerapan perlanggaran zarah dengan dinding bekas

D Bilangan zarah per unit isipadu

24. Rajah 18 menunjukkan satu sinar cahaya KLMN merambat melalui


tiga medium yang berbeza

Rajah 18

Manakah yang merupakan sudut genting ?

A. p B. q C. r D. s
25. Rajah 19 menunjukkan dua buah kereta, biru dan merah, sedang bergerak pada arah
yang berlainan dan melalui selekoh tajam.

Rajah 19

Jenis cermin yang manakah paling sesuai untuk diletakkan pada


kedudukan P supaya pemandu kereta biru boleh melihat kereta merah?

A Cermin satah
B Cermin cekung
C Cermin cembung
D Cermin satah bentuk L

26. Rajah 20 menunjukkan kedudukan ketara seekor ikan dilihat oleh seorang pemerhati yang berdiri
di pinggir sebuah tasik.

Rajah 20
Antara titik A, B, C dan D, yang manakah kedudukan sebenar ikan itu ?

27. Rajah 21 menunjukkan keadaan perkataan PHYSICS dilihat melalui suatu kanta pembesar.
Rajah 21
Fenomena cahaya manakah yang menerangkan situasi ini ?
A. Pantulan
B. Pembiasaan
C. Pembelauan
D. Pantulan dalam penuh

28. Rajah 22 menunjukkan satu sinar cahaya merambat dari udara ke air.

Rajah 22

Berapakah indeks biasan bagi air itu ?

A. 0.75 B. 0.92 C. 1.33 D. 2.39


29. Rajah 23 menunjukkan suatu objek diletakkan 20 cm di hadapan suatu cermin cekung yang
mempunyai panjang focus , f, 10 cm.

Rajah 23

Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk ?


A. Nyata, sama saiz, songsang
B. Nyata, dikecilkan , songsang
C. Maya , sama saiz, tegak.
D. Maya, dikecilkan, tegak

30. Rajah 24 menunjukkan spring digetarkan ke depan dan ke belakang

Rajah 24
Gelombang manakah merambat dengan cara yang sama seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 24?

A Gelombang bunyi
B Gelombang mikro

C Gelombang cahaya
D Gelombang air
31. Rajah 25 menunjukkan gelombang air merambat dalam kawasan yang berlainan kedalaman.

Rajah 25

Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan perambatan gelombang yang betul ?

32. Antara ciri gelombang berikut, yang manakah berubah apabila gelombang dipantulkan ?
A. Arah perambatan

B. Panjang gelombang

C. Frekuensi

D. Laju

33.Rajah 26 menunjukkan satu corak gelombang

Rajah 26

Antara jarak berlabel A, B, C atau D, yang manakah mewakili satu panjang gelombang?

34. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan perubahan halaju, panjang
gelombang dan frekuensi apabila gelombang air merambat dari kawasan air
cetek ke kawasan air dalam?

Halaju Jarak Frekuensi


gelombang

A Bertambah Bertambah Tidak berubah

B Berkurang Bertambah Berkurang

C Bertambah Berkurang Bertambah

D Tidak berubah Tidak berubah Tidak berubah

35. Rajah 27 menunjukkan seketul gabus sedang terapung di atas permukaan air.
Rajah 27

Rajah manakah menunjukkan pergerakan gabus itu?

36. Rajah 28 menunjukkan garis medan elektrik bagi sepasang zarah bercas, Q1 dan Q2.
Rajah 28
Apakah cas bagi Q1 dan Q2?

Q1 Q2

A. Positif Negatif

B. Positif Positif

C. Negatif Negatif

D. Negatif Positif

37. Mentol dalam Rajah 29 yang manakah akan menyala paling cerah?
( Kesemua mentol adalah serupa ).

Rajah 29

38. Rajah 30 menunjukkan satu sfera konduktor bercas yang berayun di antara dua plat yang disambung
ke satu bekalan voltan lampau tinggi ( VLT ).
Rajah 30

Apakah faktor yang mempunyai kesan untuk meningkatkan frekuensi ayunan bebola ?

A. Jarak antara dua plat ditambah


B. Saiz bebola ditambah
C. panjang tali benang ditambah
D. Voltan VLT ditambah

39. Rajah 31 menunjukkan graf bagi hubungan antara beza keupayaan dan arus bagi empat
konduktor yang berlainan, P, Q, R dan S.

Rajah 31
Konduktor yang manakah mempunyai rintangan yang paling tinggi ?

A. P B. Q C. R D. S

40. Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi rintangan bagi suatu dawai ?
A. Panjang dawai
B. Bahan dawai
C. Luas keratan rentas dawai
D. Kekerasan dawai

41. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gelombang elektromagnet ?

A. Gelombang membujur

B. Gelombang yang memerlukan medium untuk merambat.

C. Halaju gelombang dipengaruhi oleh panjang gelombang.

D. Terdiri daripada kedua-dua medan magnet dan medan elektrik.

42. Rajah 32 menunjukkan dua dawai selari, P dan Q, menembusi sekeping kadbod. Dawai P
disambung kepada bekalan arus terus, manakala dawai Q disambung kepada satu perintang.
Rajah 32

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan corak medan magnet yang dihasilkan
pada kadbod?

43. Rajah yang manakah menunjukkan arah aruhan electrik yang betul apabila bar magnet bergerak
pada arah pergerakkan yang ditunjukkan di bawah ?
44. Rajah 33 menunjukkan arah gerakan satu dawai kuprum apabila arus mengalir melaluinya.
Rajah 33

Ke arah manakah dawai kuprum itu akan bergerak bila arus di disongsangkan?

A Ke arah kiri
B Ke arah kanan
C Ke atas
D Ke bawah

45. Apakah jenis dawai kuprum yang digunakan dan fungsi teras besi lembut berlamina dalam sebuah
transformer ?

Jenis dawai kuprum Fungsi teras besi lembut berlamina


A Rintangan rendah Untuk meningkat arus pusar

B Rintangan tinggi Untuk meningkat arus pusar

C Rintangan rendah Untuk mengurangkan arus pusar

D Rintangan tinggi Untuk mengurangkan arus pusar

46. Apabila satu punca bekalan kuasa a.u. disambungkan kepada input-Y OSK imej yang dihasilkan
pada skrin ditunjukkan pada Rajah 34.

Rajah 34
Jika punca bekalan a.u. digantikan dengan sebuah sel kering, imej yang akan dihasilkan
adalah,

47. Rajah 35 menunjukkan kombinasi tiga get logik.


Rajah 35

Antara berikut, jadual kebenaran manakah yang betul bagi litar di atas?

48. Rajah 36 menunjukkan satu katod yang dipanaskan oleh satu filamen.
Rajah 36

Zarah manakah yang dipancarkan dari katod ?

A. Proton

B. Neutron

C. Elektron

D. Alfa

49. Rajah 37 menunjukkan kombinasi dua get logik.


Rajah 37

Antara berikut, jadual kebenaran manakah yang betul bagi litar di atas?

50. Apakah fungsi diod ?


A. Bertindak sebagai penguat arus.

B. Bertindak sebagai suis automatik.

C. Menyimpan cas elektrik.

D. Membenarkan arus melalui dalam satu arah sahaja.

****** KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT ******

SEKOLAH MENENGAH SEGAMBUT JAYA


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM FIZIK
TAHUN 2016
KERTAS 1

1 D 26 C
2 D 27 B
3 C 28 C
4 B 29 A
5 C 30 A
6 B 31 D
7 B 32 A
8 C 33 A
9 B 34 A
10 A 35 C
11 B 36 A
12 B 37 D
13 A 38 D
14 D 39 A
15 A 40 D
16 C 41 D
17 A 42 A
18 C 43 B
19 A 44 A
20 B 45 C
21 D 46 A
22 D 47 B
23 D 48 C
24 C 49 B
25 C 50 D

You might also like