You are on page 1of 14

4531/1 FIZIK KERTAS 1

Arahan: Soalan 1 hingga Soalan 50 diikuti oleh tiga atau empat pilihan jawapan. Pilih
jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

1. Kuantiti fizik ialah …


A kuantiti yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas yang lain.
B kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah.
C kuantiti yang tidak boleh diukur.
D kuantiti yang boleh diukur.

2. Antara yang berikut, yang manakah satu contoh fenomena semula jadi?
A Buah kelapa jatuh dari pokok
B Pergerakan kereta di atas jalan
C Lori memecut dan membrek secara tiba-tiba
D Kereta mainan bergerak menggunakan bateri

3. Antara kejadian dalam kehidupan harian berikut, yang manakah boleh diterangkan
menggunakan konsep fizik?
A Manusia tidak dapat hidup tanpa oksigen
B Tumbuhan menjalani proses fotosintesis
C Pen di dalam gelas berisi air kelihatan bengkok
D Asid bertindak balas dengan alkali membentuk garam

4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan unit asas?


A Joule C Ampere
B Newton D Watt

5. Unit SI manakah yang betul bagi setiap kuantiti?


Kuantiti Unit SI
A Jisim Gram (g)
B Masa Minit (min)
C Panjang Sentimeter (cm)
D Suhu Kelvin (K)

6. Nilai manakah yang sama dengan 3 500 000 W?


A 3.5 kW C 35 kW
B 3.5 MW D 35 MW

7. Isi padu cecair dalam satu bekas adalah 2.5 cm3. Berapakah isi padu cecair itu, dalam
m3?
A 2.5 X 10-2 C 2.5 X 102
-6
B 2.5 X 10 D 2.5 X 106

1
4531/1 FIZIK KERTAS 1

8. Kuantiti manakah adalah kuantiti vektor?


A Jisim C Tekanan
B Tenaga D Momentum

9. Kumpulan manakah yang mengandungi kuantiti skalar sahaja?


A Jarak C Laju
Tenaga Tegangan
Jisim Masa
Masa Isi padu

B Daya D
Sesaran
Momentum Luas
Halaju Ketumpatan
Berat Tenaga

10. Satu troli yang berjisim 0.80 kg bergerak dengan


laju 15 ms-1 ke arah Utara.

Nilai angka dalam pernyataan di atas menunjukkan …


A satu kuantiti vektor dan satu kuantiti skalar.
B dua kuantiti vektor.
C dua kuantiti skalar.

11. Sebuah kereta bergerak dari P ke Q sepanjang 200 m. Kemudian, dia meneruskan
perjalanannya dari Q ke R sepanjang 500 m dengan laju yang sama. Antara kuantiti
skalar berikut, yang manakah bertambah dalam situasi tersebut?
A Ketumpatan C Jarak
B Suhu D Laju

12. Pernyataan di bawah merujuk kepada


Semua nilai pengukuran adalah hampir antara satu
sama lain.

A Konsisten C Kepekaan
B Kecekapan D Kejituan

2
4531/1 FIZIK KERTAS 1

13. Rajah 1.1 dan 1.2 menunjukkan dua jenis ammeter.

Rajah 1.1 Rajah 1.2

Dalam aspek yang manakah ammeter yang ditunjukkan dalam kedua-dua rajah
berbeza?
A Kejituan C Kepersisan
B Kepekaan D Ralat

14. Rajah 2 menunjukkan kedudukan suatu skala vernier pada skala utama sebuah angkup
vernier.

Rajah 2
Berapakah nilai s?
A 0.15 cm C 0.65 cm
B 0.55 cm D 0.85 cm

15. Rajah 3 menunjukkan kaedah mengukur diameter sebiji manik.

Rajah 3
Apakah diameter sebiji manik?
A 0.3 cm C 3.4 cm
B 0.9 cm D 4.3 cm

3
4531/1 FIZIK KERTAS 1

16. Rajah 4 menunjukkan satu litar elektrik yang digunakan untuk mengkaji hubungan
antara rintangan dengan panjang satu dawai.

Rajah 4
Antara yang berikut, yang manakah betul?
Pemboleh ubah
Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan
A Beza keupayaan Rintangan Panjang dawai
B Arus Beza keupayaan Diameter dawai
C Panjang dawai Rintangan Diameter dawai
D Rintangan Arus Panjang dawai

17. Rajah 5 menunjukkan graf H melawan t2.

Rajah 5
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang graf ini?
A Pemboleh ubah bergerak balas adalah H.
B Pemboleh ubah dimanipulasikan adalah H.
C H adalah berkadar songsang dengan t2.
D Graf ini mempunyai kecerunan negatif.

18. Rajah 6 menunjukkan dua bandul ringkas dengan ladung yang serupa diayunkan.

Rajah 6
Inferens yang manakah betul?
A Masa ayunan bergantung kepada saiz ladung.
B Masa ayunan bergantung kepada tinggi ladung dilepaskan.
C Masa ayunan bergantung kepada jisim ladung.
D Masa ayunan bergantung kepada panjang tali.

4
4531/1 FIZIK KERTAS 1

𝑝𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑙𝑎𝑗𝑢
19. Kuantiti fizik yang manakah bersamaan dengan ?
𝑚𝑎𝑠𝑎
A Halaju C Pecutan
B Jarak D Laju

20. Antara pita detik yang berikut, yang manakah menunjukkan suatu pecutan?

21. Sebiji bola dijatuhkan dari sebuah tempat yang tinggi ke tanah. Antara kuantiti yang
berikut, yang manakah akan meningkat?
A Pecutan disebabkan graviti
B Halaju objek
C Berat objek
D Tenaga keupayaan objek.

22. Sebuah kereta bergerak dengan halaju 86.4 km j-1. Berapakah halajunya dalam m s-1?
A 11.8 C 84.7
B 24.0 D 304.8

23. Rajah 7 menunjukkan jalan yang diambil oleh sebuah kereta peronda untuk memantau
keselamatan satu kawasan kejiranan. Kereta peronda mula bergerak pada titik P.

Rajah 7
Berapakah sesaran kereta peronda pada 9.30 p.m.?
A 1 km C 7.5 km
B 5.0 km D 16.0 km

5
4531/1 FIZIK KERTAS 1

24. Rajah 8 menunjukkan graf sesaran-masa bagi seorang budak lelaki yang berlari di atas
trek 100 m.

Rajah 8
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan halaju sifar budak lelaki itu?
A OA C BC
B AB D OB

25. Rajah 9 menunjukkan graf sesaran-masa bagi suatu objek.

Rajah 9
Pernyataan manakah yang betul bagi menerangkan gerakan objek itu?
A Objek itu bergerak dengan halaju seragam
B Objek itu bergerak dengan pecutan seragam
C Objek itu bergerak dengan halaju bertambah
D Objek itu bergerak dengan halaju berkurang

26. Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan nyahpecutan?

6
4531/1 FIZIK KERTAS 1

27. Rajah 10 menunjukkan graf halaju-masa bagi gerakan suatu kerta mainan.

Rajah 10
Berapakah sesaran kereta itu dalam masa 6 s?
A 0m C 45 m
B 30 m D 75 m

28. Rajah 11 menunjukkan graf halaju-masa sebuah bas yang membawa penumpang.
Selepas 10 minit, pemandu bas menekan pedal brek untuk menghentikan bas.

Rajah 11
Berapakah halaju penumpang sebaik sahaja brek ditekan?
A 0 m s-1 C 6 m s-1
B 2 m s-1 D 72 m s-1

29. Rajah 12 menunjukkan dua situasi.

Rajah 12
Konsep manakah yang digambarkan oleh dua situasi itu?
A Jisim yang lebih besar mempunyai lebih inersia
B Jisim yang lebih besar mempunyai lebih pecutan
C Jisim yang lebih besar mempunyai lebih momentum

7
4531/1 FIZIK KERTAS 1

D Jisim yang lebih besar mempunyai lebih banyak tenaga


30. Situasi manakah yang menggambarkan inersia?
A Sebuah kereta berhenti apabila brek ditekan.
B Sebiji batu jatuh dengan pecutan tertentu apabila dijatuhkan dari suatu ketinggian.
C Basikal terus bergerak walaupun penunggangnya telah berhenti mengayuh.
D Bola tenis melantun selepas menghentam dinding tegar.

31. Rajah 13 menunjukkan seorang lelaki menyentap sehelai alas meja. Gelas itu kekal di
atas meja disebabkan inersia.

Rajah 13
Aksi manakah meningkatkan inersia?
A Gunakan sehelai kain yang lebih kasar
B Gunakan sehelai kain yang lebih licin
C Menarik kain dengan daya yang lebih besar
D Mengisi gelas dengan lebih banyak air

32. Rajah 14 menunjukkan sebuah troli yang digunakan di sebuah pasar raya.

Rajah 14
Pengubahsuaian manakah yang meningkatkan inersia troli itu?

8
4531/1 FIZIK KERTAS 1

33. Sebuah lori dan kereta berhenti di depan lampu isyarat. Kereta itu bergerak dengan
lebih cepat berbanding lori apabila lampu isyarat bertukar kepada warna hijau. Inersia
bagi kereta lebih kecil daripada lori kerana
A saiz kereta lebih kecil daripda lori.
B jisim kereta lebih kecil daripada lori.
C panjang kereta lebih kecil daripada lori.
D tinggi kereta lebih kecil daripada lori.

34. Antara yang berikut, yang manakah tidak terabadi apabila satu perlanggaran tak
kenyal berlaku?
A Jumlah tenaga
B Jumlah tenaga kinetik
C Jumlah momentum

35. Dalam situasi yang manakah prinsip keabadian momentum boleh diaplikasikan?

36. Rajah 15 menunjukkan tiga keping duit syiling yang serupa, P, Q dan R, yang pegun
di atas suatu permukaan mengufuk.

Rajah 15
Apakah yang akan berlaku apabila P melanggar Q?

P Q R
A Bergerak Pegun Pegun
B Pegun Pegun Bergerak
C Bergerak Bergerak Pegun
D Bergerak Pegun Bergerak

9
4531/1 FIZIK KERTAS 1

37. Rajah 16 menunjukkan dua troli sebelum dan selepas perlanggaran.

Rajah 16
Berapakah halaju kedua-dua troli selepas perlanggaran?
A 0.60 m s-1 C 1.20 m s-1
B 0.83 m s-1 D 2.00 m s-1

38. Berikut merupakan perbualan antara ina dan ayu melalui aplikasi “pesanan teks”.

Ayu menyatakan bahawa dia akan tiba di Ipoh lebih awal jika dia memulakan
perjalanan pada masa dan tempoh yang sama seperti Ina. Berdasarkan perbualan di
atas, berapakah momentum kereta dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik, ETS?
Kereta ETS
4 −1
A 6.6 × 10 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 3.36 × 104 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1
4 −1
B 6.6 × 10 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 3.36 × 107 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1
C 1.83 × 104 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1 9.34 × 106 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1
D 1.10 × 106 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1 5.60 × 108 𝑘𝑔 𝑚 𝑠 −1

39. Pernyataan manakah yang benar tentang daya?


A Daya ialah kuantiti skalar
B Unit SI bagi daya ialah joule, J.
C Daya bersih mesti bertindak ke atas jasad untuk mengekalkannya dalam gerakan
seragam.
D Satu daya yang lebih besar akan mengakibatkan satu perubahan momentum per
unit masa yang lebih besar.

10
4531/1 FIZIK KERTAS 1

40. Rajah 17 menunjukkan sebuah kotak dalam keadaan pegun. F1, F2, F3 dan F4 adalah
daya-daya yang bertindak pada kotak itu.

Rajah 17

Pernyataan yang manakah betul untuk menggerakkan kotak itu ke arah kanan?
A F1 < F2 dan F3 = F4 C F3 < F4 dan F1 = F2
B F1 > F2 dan F3 = F4 D F3 > F4 dan F1 = F2

41. Rajah 18 menunjukkan sebuah motosikal berjisim 500 kg sedang bergerak dengan
pecutan 2 m s-2. Daya geseran yang bertindak ke atas motosikal itu ialah 400 N.

Rajah 18
Berapakah daya tujah yang dihasilkan oleh motosikal itu?
A 400 N C 600 N
B 1400 N D 2100 N

42. Rajah 19 menunjukkan seorang pekerja menarik sebuah troli seberat 50 kg dengan
daya 200 N. Daya geseran di antara troli dan lantai ialah 20 N.

Rajah 19
Berapakah pecutan troli itu?
A 0.4 m s-2 C 3.6 m s-2
B 4.0 m s-2 D 4.4 m s-2

11
4531/1 FIZIK KERTAS 1

43. Rajah 20 menunjukkan tiga daya mendatar bertindak ke atas sebuah kereta yang
bergerak di sepanjang jalan yang rata.

Rajah 20
Kombinasi daya yang manakah akan menghasilkan halaju malar pada kereta tersebut?
Rintangan Daya geseran Tujah ke depan
udara
A 200 N 1000 N 800 N
B 800 N 1000 N 200 N
C 800 N 200 N 1000 N
D 1000 N 200 N 800 N

44. Rajah 21 menunjukkan dua batu-bata jatuh dari ketinggian yang berlainan ke atas
lantai yang sama.

Rajah 21
Apakah konsep fizik yang menyebabkan batu-bata itu pecah?
A Daya impuls C Tekanan
B Momentum D Impuls

45. Dalam suatu acara lompat tinggi, sebuah tilam diletakkan di tempat atlet mendarat.
Apakah fungsi tilam itu?
A Menambah masa hentaman di antara atlet dengan tilam.
B Menambah perubahan momentum atlet.
C Menambah daya impuls yang bertindak pada atlet.
D Menambah impuls atlet.

12
4531/1 FIZIK KERTAS 1

46. Rajah 22 menunjukkan seorang pemain golf memukul sebiji bola golf.

Rajah 22
Daya impuls dihasilkan apabila
A kayu golf dihayun pada halaju yang tinggi
B kayu golf dihayun ke belakang
C kayu golf menghentam bola golf
D bola golf bergerak di udara

47. Rajah 23 menunjukkan dua biji telur serupa dijatuhkan dari ketinggian yang sama, h,
ke atas lantai dan span mang-masing.

Rajah 23
Inferens manakah yang betul?
A Daya impuls bergantung kepada halaju telur.
B Daya impuls bergantung kepada masa hentaman.
C Daya impuls bergantung kepada daya graviti
D Daya impuls bergantung kepada ketinggian telur.

48. Seorang atlet berjisim 50 kg jatuh ke atas sebuah tilam dalam suatu pertandingan
lompat tinggi. Dia menghentam tilm pada halaju 10 m s-1 dan berhenti selepas 0.5 s.
Apakah magnitud daya impuls?
A 1000 N C 2.5 N
B 250 N D 0N

13
4531/1 FIZIK KERTAS 1

49. Rajah 24 menunjukkan sebuah kereta.

Rajah 24
Zon remuk direka untuk
A mengurangkan momentum
B menambahkan daya impuls
C memanjangkan masa perlanggaran
D menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan graviti

50. Membrek secara perlahan-lahan lebih selamat daripada membrek secara mengejut
kerana
A penumpang akan tersentak ke hadapan apabila membrek secara perlahan-lahan.
B tayar kereta akan kurang haus dan lusuh apabila membrek secara perlahan-lahan.
C daya impuls terhadap penumpang akan kurang apabila membrek secara perlahan-
lahan.
D kereta akan berhenti dalam jarak yang lebih pendek apabila membrek secara
perlahan-lahan.

KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like