You are on page 1of 6

MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

BAB 1

BASIC CONCEPTS ON STATICS

PENGENALAN

Kejuruteraan mekanik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas


mekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta,
membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan
pemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik,
termodinamik dan tenaga. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan
prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistem
pemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan dan jentera
industri, dan banyak lagi.

Statik merupakan cabang sains fizikal yang menerangkan keadaan sesuatu jasad
atau sistem yang berada dalam keadaan keseimbangan atau pegun apabila dikenakan
daya-daya. Sebenarnya statik menyamai kes yang khusus bagi dinamik, iaitu apabila
pecutan sifar. Sesuatu jasad tidak akan mengalami anjakan atau putaran apabila daya-
daya yang bertindak padanya berada dalam keadaan keseimbangan. Ini bermakna
daya-daya luar yang dikenali sebagai daya tindakan, diimbangi daya tindak balas yang
diwujudkan pada sokongan jasad tersebut.

KONSEP ASAS

Panjang ialah ukuran kedudukan satu titik dalam ruang sama ada dua atau tiga
dimensi untuk menerangkan saiz fizikal sistem berkenaan.

Masa ialah pengukuran terhadap kejadian-kejadian yang berlaku secara berturutan.

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI
MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

Jisim sesuatu badan dianggap sebagai milik kuantitatif bahan berkenaan yang
digunakan untuk mengukur rintangan bahan terhadap perubahan halaju.

Daya ialah tindakan satu badan (menolak atau menarik) ke atas badan lain.

Zarah ialah satu badan yang tersangat kecil apabila jisim atau dimensinya tidak diambil
kira dalam analisis sesuatu masalah.

Badan tegar merupakan cantuman rangkaian zarah-zarah yang banyak, apabila


semua zarah ini berada pada jarak yang tetap antara satu sama lain sama ada sebelum
atau selepas badan itu dikenakan daya.

Skalar dan vektor

Skalar ialah kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja tanpa arah. Contoh-contoh
kuantiti skalar ialah jisim, masa, isipadu dan luas

Vektor ialah kuantiti yang mempunyai magnitud dan juga arah. Contoh-contoh kuantiti
vektor ialah halaju, daya dan pecutan

Prinsip-prinsip Asas

Hukum Pertama : Jika daya paduan yang bertindak pada sesuatu zarah adalah sifar,
zarah tersebut akan berada dalam keadaaan pegun (jika ia berkeadaan pegun pada
asalnya) atau akan bergerak dengan halaju malar mengikut garis tindakan daya (jika
zarah bergerak pada asalnya).

Hukum Kedua : Jika daya paduan yang bertindak pada suatu zarah tidak sifar, jasad
tersebut akan mengalami pecutan dan bergerak menngikut arah daya paduan tersebut.
Pecutan ini berkadaran dengan magnitud daya paduan. Secara ringkasnya, hukum ini

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI
MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

dinyatakan sebagai F = ma dimana F ialah daya paduan yang bertindak keatas zarah,
m ialah jisim zarah dan a ialah pecutan zarah yang sama arah dengan F. Daya
ditakrifkan sebagai sebab yang akan mengakibatkan pergerakan satu jasad yang
berkeadaan diam atau perubahan halaju bagi jasad yang berada dalam pergerakan
seragam.

Hukum Ketiga : Daya tindakan (daya yang dikenakan) dan daya tindak balas (iaitu
daya yang mengimbangkan daya tindakan) mempunyai magnitud yang sama, garis
tindakan yang sama tetapi bertentangan arah (Rajah 1). F dalam rajah ini ialah daya
tindakan dan R ialah daya tindak balasnya.

Sistem Unit Antarabangsa, SI (International System of unit)

Dalam sistem ini, terdapat empat kuantiti asas, iaitu panjang, masa, daya dan jisim
akan diambil kira. Tiga daripadanya adalah unit asas dan satu unit terbitan. Semua
sistem ini berhubung kait antara satu sama lain mengikut hukum kedua Newton.

Kuantiti Simbol Unit Simbol


Jisim m Kilogram kg
Daya F Newton N
Panjang l Meter m
Masa t Saad s

Contoh :

Satu Newton (N) ditakrif sebagai daya yang menyebabkan jisim 1 kg mengalami
pecutan 1 m/s2.

F = ma = (1 kg)(1 m/s2) = 1 kg m/s2 = 1N

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI
MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

Oleh itu unit Newton (N) adalah terbitan daripada gabungan unit-unit asas iaitu kg, m,
dan s. Walaupun begitu unit Newton ini juga digolongkan sebagai unit asas (SI).

Gandaan (prefixes)

Unit ini digunakan untuk menakrifkan sesuatu nombor yang terlalu besar atau yang
terlalu kecil supaya dapat dipersembahkan dalam bentuk gandaan.

Gandaan Simbol Faktor


yotta Y 1 000 000 000 000 000 000 000 000 = 10 24 (e+24)
zetta z 1 000 000 000 000 000 000 000 = 10 21 (e+21)
exa E 1 000 000 000 000 000 000 = 10 18 (e+18)
peta P 1 000 000 000 000 000 = 10 15 (e+15)
tera T 1 000 000 000 000 = 10 12 (e+12)
giga G 1 000 000 000 = 10 9 (e+9)
mega M 1 000 000 = 10 6 (e+6)
kilo k 1 000 = 10 3 (e+3)
hecto h 100 = 10 2 (e+2)
deca da 10 = 10 1 (e+1)
……………………………………………………………………………..1…………………………………………………………………………..
deci d 0.1 = 10 -1 (e-1
centi c 0.01 = 10 -2 (e-2)
milli m 0.001 = 10 -3 (e-3)
micro µ 0.000 001 = 10 -6 (e-6)
nano n 0.000 000 001 = 10 -9 (e-9)
pico p 0.000 000 000 001 = 10 -12 (e-12)
femto f 0.000 000 000 000 001 = 10 -15 (e-15)
atto a 0.000 000 000 000 000 001 = 10 -18 (e-18)
zepto z 0.000 000 000 000 000 000 001 = 10 -21 (e-21)
yocto y 0.000 000 000 000 000 000 000 001 = 10 -24 (e-24)

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI
MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

Contoh 1

Tukarkan

a) 4.78 km kepada unit meter


b) 4.56 x 105mm kepada unit meter
c) 100 km/j kepada unit m/s

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI
MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)

Contoh 2

Tukarkan unit dibawah dengan menggunakan unit SI dan Gandaan.

a) (50 mN)(6GN)
b) (400mm)(0.6 MN)
c) 45 MN3/900Gg

JKM,POLIMAS
SHAIFUL ZAMRI

You might also like