You are on page 1of 9

skema set 1 k3 Pra SPM

10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia


Malaysia mempunyai dasar luar tersendiri dengan berbaik-baik dengan semua negara
.Matlamatnya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara , memelihara kepentingan
nasional, mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi,
keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa .Matlamat seterusnya ialah menjadi warga
global yag bertanggungjawab dan peka terhadap pemupukan kesejahteraan dunia.Malaysia
melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan bilateral yang merujuk hubungan
secara terus dengan negara tertentu contohnya hubungan dengan Singapura dan Thailand
manakala hubungan multilateral pula merujuk hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan seperti ASEAN,OIC DAN NAM.
Bentuk hubungan luar Malaysia

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan
bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus
dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya
termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga
diadakan dengan negara Asia yang lain seperti Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara
maju yang lain seperti Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral merujuk pada
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya
Faktor-faktor penggubalan dasar luar negara :

a) Faktor Sejarah
1.a)Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia
b)Bentuk hubungan luar Malaysia

Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ,telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti
China,Arab,Siam dan negeri-negeri kepulauan Melayu yang lebih berbentuk hubungan
perdagangan .Pada masa sama, telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu.
Selepas merdeka, Malaysia menyertai meneruskan hubungan diplomatik hubungan diplomatik
dengan Britain dan negara Komanwel yang lain. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh
fahaman komunis yang disebarkan oleh PKM dan ia mengancam keselamatan Malaysia .Ini
mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-barat dan anti komunis .Malaysia pada masa itu
masih bergantung kepada Barat kerana belum mempunyai keupayaan pertahanan.
b) Faktor Ekonomi
Malaysia mengamalkan pasaran bebas untuk memajukan ekonominya. Malaysia telah menjadi
pengeluar utama bijih timah dan getah serta menjalin hubungan ekonomi dengan negara-negara
maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia mengharapkan pasaran
dan modal dari negara-negara tersebut. Antaranya menggalakkan pelaburan asing agar dapat
meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan .Menjelang 1980-an ,
melalui Dasar Pandang ke Timur ,pelaburan asing digalakkan dari Jepun dan Korea .Pada masa
yang sama, Malaysia juga berbaik dengan negara-negara sedang membangun dan negara-negara
Islam bagi meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta melabur di negara berkenaan.

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

c) Faktor Politik

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen , berhak menentukan halatuju masa


depan sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat . Dasar luar Malaysia
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia
Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas
dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi
mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

d) Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia
e) Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negaranegara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan
menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak
mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undangundang dasar aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Faktor kepelbagaian kaum di
negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Perkembangan Dasar Luar Malaysia


a) Tahap Pertama
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama mengamalkan dasar pro -barat yang anti komunis serta
dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel . Ia dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman
komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis
Malaya. Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia
telah menandatangani Perjaniian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini , British akan memberikan
bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran disebabkan timbulnya
krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi
dengan Indonesia (1963 -1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan
keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961
bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia
dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia
juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan
mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Seterusnya,
pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam
bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura dan Jerman Barat untuk mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi
mencari pasaran baru
Tahap Kedua
Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan
yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan ini
disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu
Amerika Syarikat dan China.
Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of
Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia turut menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,
Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara terbukti apabila
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976 contohnya
masalah pelarian Vietnam di Malaysia telah diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

Tahap Ketiga

Pada tahap ini, dasar luar Malaysia telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan
isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun.
Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti
menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut,.
Di samping itu, dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.
Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai
yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke
negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya,
misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua
hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus
menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia
Ketiga juga. Didapati, dasar luar Malaysia telah berubah daripada dasar pro-barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta menekankan hubungan dua hala yang
akan dapat memantapkan ekonomi Malaysia.

Manfaat yang Malaysia peroleh hasil Dasar Luar yang mantap.


Manfaat yang Malaysia peroleh hasil dasar luar yang mantap antaranya ialah dapat
menjamin keselamatan rakyat dan negara serta berupaya mengekalkan kestabilan politik
dalam negara.Sebagai contoh, tragedi di Lahad Datu yang telah dicetuskan oleh kumpulan
yang mendakwa keluarga diraja Sulu telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Filipina.
Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan kemerdekaan
yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita tidak akan campur
tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti , Malaysia hanya memerhati kekerapan
pertukaran pemerintahan dari parti yang berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati
kedaulatan negara tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan
negara luar terus kekal terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang
memerintah.
Malaysia juga telah dapat mewujudkan keamanan sejagat dengan cara
mengukuhkan pertahanan antara negara melalui kerjasama antarabangsa di kawasan
perairan ataupun sempadan sempadan Malaysia-Thai.Sebagai contoh, masalah
penyeludupan manusia dan dadah di kawasan sempadan telah berjaya dibendung .
Manfaat seterusnya ialah Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi
peningkatan ekonomi negara yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan syarikat
berteknologi tinggi dan syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di
negara kita.Selain itu, pasaran produk tempatan juga dapat menembusi pasaran

skema set 1 k3 Pra SPM


Sekolah
10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit
antarabangsa dan berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan
berlandaskan pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar
luar yang baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina
ketamadunan Malaysia mampu dibanggakan.

Hubungkait Dasar Luar Malaysia dengan kegemilangan Malaysia


Hubungkait Dasar Luar Malaysia dengan kegemilangan Malaysia antaranya ialah
berlakunya pertukaran teknologi kesan Dasar hubungan dua hala contohnya Malaysia
antara Malaysia dan Filipina misalnya melalui perkongsian pengalaman bidang
keselamatan industri makanan sejuk beku.Dasar ini telah membuka peluang-peluang
pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat negara ini serta meningkatkan pendapatan mereka.
Dasar Pandang ke Timur pula meningkatkan kerjasama serta memajukan ekonomi
Malaysia melalui perkongsian kepakaran dengan negara Jepun dan Korea Selatan misalnya
dalam bidang telekomunikasi seperti teknologi pembuatan komputer dan telefon pintar.Hal
ini telah meningkatkan kemajuan sains dan teknologi bidang tersebut.Inferensnya, ia dapat
memastikan kemajuan negara secara berterusan serta mampu menarik kemasukan
pelabur-pelabur asing ke negara ini.
Kerjasama yang terjalin antara negara misalnya dalam bidang perubatan telah
membantu kemajuan bidang ini serta meningkatkan taraf kesihatan rakyat di Malaysia
.Contohnya penularan wabak Zika pada pertengahan tahun 2016 telah dibendungbersamasama dengan Thailand dan Singapura. Di samping itu, jalinan kerjasama dalam bidang
pendidikan seperti pertukaran pelajar dan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran
ASEAN(SEAMEO) telah membantu menaikkan tarafkan bidang pendidikan negara ini.
Kerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan juga telah meningkatkan taraf hidup
rakyat dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian .Antara bentuk kerjasama
adalah pertukaran baka durian musang King dari Malaysia dengan baka Durian Emas
dari Thailand dalam bidang pertanian. Inferensnya, ia telah meneruskan hubungan diplomatik
yang baik serta mengekalkan kestabilan politik Malaysia dengan negara serantau.

Langkah-langkah meningkatkan ekonomi telah membentuk Malaysia sebagai


negara berpendapatan tinggi.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut

Antara langkah-langkah meningkatkan ekonomi ialah menggunakan teknologi moden


dan terkini dari negara luar.Ini dapat dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dilakukan
dengan cepat dan ekonomi pertanian secara berskala besar dapat dijalankan contohnya
tanaman Kenaf secara ladang.Ia juga dapat menjimatkan kos pengeluaran dan mencapai
keuntungan yang besar
Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
sekiranya dilakukan secara besar-besaran dengan cara menjalankan sistem pengurusan yang

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

sistematik serta dapat membantu meningkatkan kecekapan sumber manusia .Ini telah
merangsang Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Langkah seterusnya ialah membawa masuk tenaga pakar dalam bidang-bidang
berteknologi tinggi.Sebagai contoh, tenaga pakar dari Jepun dan Korea selatan dalam
pembinaan landasan keretapi laju telah berjaya mengekalkan penglibatan kontraktor
tempatan sebagai kontraktor utama. .Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan
pengaliran keluar ringgit Malaysia ke luar negara dan meningkat taraf hidup rakyat
tempatan
Di samping itu, kita harus memastikan Malaysia menjadi negara yang aman dan
selamat.Ini kerana keamanan dapat menjana kemajuan ekonomi serta menarik pelabur
asing terutama daripada negara-negara ASEAN .Selain itu, kerajaan wajar memajukan sektor
ekonomi yang berpotensi seperti bidang telekomunikasi kerana ia merupakan industri
yang paling stabil serta industri keperluan serantau dalam era kegawatan ekonomi kini.
Langkah seterusnya ialah kerajaan harus mempelbagaikan langkah menggalakkan
pelaburan asing dalam negara
dengan mengadakan skim galakan kepada para
pemodal serta menyediakan infrastruktur yang sempurna dan penyediaan tapak
perindustrian.Di samping itu, kerajaan juga wajar mewujudkan pusat kewangan Islam yang
menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.Ini akan menarik minat pelaburan dari negaranegara Islam.Langkah ini turut membantu Malaysia menjadi Hab halal dunia
Islam.Kesannya, impian Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi akan tercapai serta
meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara
luar dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut

Cabaran
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara
luar antaranya adalah pengaruh kuasa barat dalam beberapa buah negara jiran
Malaysia.Sebagai contoh, Singapura lebih memihak kepada Amerika Syarikat dan Israel
sedangkan Malaysia menentang sekeras-kerasnya kezaliman Israel terhadap penduduk
Palestin. Pertikaian tentang beberapa perkara misalnya antara Malaysia dan Singapura dalam
isu bayaran bekalan air dan menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan perikanan
Malaysia.Isu-isu ini sentiasa mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Cabaran kedua adalah ancaman ekstremis Islam contohnya Thailand pula sering
menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu
POLO.Penglibatan warga Malaysia di Syria dan di Filipina menyebabkan Malaysia sering
dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut
menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara
berkenaan.
Cabaran berikutnya adalah adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan
Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap
mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal secara bakar sering menimbulkan kemelut antara
kedua-dua negara. Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari
Indonesia dan kes penganiayaan pembantu rumah warga Indonesia oleh majikan
Malaysia hampir-hampir memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin .Isu perebutan

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput
dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Isu terbesar yang menjadi cabaran pengekalan hubungan baik dengan negara-negara luar
adalah kehilangan pesawat MH370 sejurus berlepas ke Beijing telah mengeruhkan hubungan
dengan beberapa negara luar.Ketidak puasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan
ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah
mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Sebagai contoh, China yang
merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan
Malaysia dalam menangani isu tersebut.Hal yang demikian turut menjejaskan kemasukan
pelancong China ke Malaysia iaitu sebagai protes mereka terhadap kerajaan Malaysia.Secara
tidak langsung, Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan dari negara-berkenaan serta
mengurangkan keupayaan daya saing ekonomi Malaysia sebagai negara berpendapatan
tinggi.
Langkah mengatasi
Antara langkah mengatasinya adalah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan
diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan
dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan dan dasar
keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah
banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya
isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik
antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan
semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya
menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.

Langkah seterusnya adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang


ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China
yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis
yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan
diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya. Tindakan Tun
Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan
negara-negara di rantau Asia Tenggara. Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan
Malaysia dengan semua negara.
Kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan bersama antara pasukan maritim
Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin ke
negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas Sulu di Lahad
Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.Jelaslah,
kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan telah dapat mengekalkan
keamanan global tanpa perselisihan faham semua negara .

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

Nilai-nilai murni yang diperoleh dari tajuk yang dikaji


Nilai-nilai murni yang diperoleh dari tajuk yang dikaji antaranya ialah perpaduan dalam
kalangan negara anggota wajar diamalkan.Malaysia perlu menghormati kedaulatan
negara lain serta mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang.
Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan
masalah .Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran
sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang
baik dengan semua negara

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:


(a)Pengetahuan yang diperoleh.
(b)Iktibar / Unsur Patriotisme berdasarkan tajuk
(c)Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

skema set 1 k3 Pra SPM


10 markah : 18
Menengah Kebangsaan Jeraiminit

Sekolah

You might also like