You are on page 1of 16

BAHAGIAN A

[40 markah]
Jawab semua soalan.

1 Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan


nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah negara kita.

(a) Apakah maksud nasionalisme?

Maksud nasionalisme ialah rakyat yang bersatu padu untuk mempertahankan


negara kita
[2 markah]

(b) Jelaskan perkembangan nasionalisme dalam kalangan rakyat di Thailand.

Perkembangan nasionalisme dalam kalangan rakyat di Thailand adalah disebabkan


pemerintahan Raja Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat diraja. Nai Pridi
Panomyong menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai.
[4 markah]

(c) Huraikan kepentingan nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kita.

Kepentingan nasionalisme dalam masyarakat negara kita dapat meningkatkan


perpaduan kaum. Hal ini kerana rakyat akan bersatu pada menentang kuasa luar
bersama-sama. Kesanya akan membuatkan rakyat menjadi kuat. Kesimpulannya
nasionalisme penting dalam kalangan masyarakat
[4 markah]

1 Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan


nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah negara kita.

(a) Apakah maksud nasionalisme?

Nasionalisme adalah semangat cintakan tanah air dan negara serta bebas daripada
penjajahan.
[2 markah]

(b) Jelaskan perkembangan nasionalisme dalam kalangan rakyat di Thailand.

Antara perkembangan nasionalisme di atas ialah menubuhkan parti rakyat serta


melancarkan revolusi Thai. Ini berjata menamatkan pemerintahan raja berkuasa
mutlak dan menghalang penguasaan ekonomi oleh kapitalis barat.
[4 markah]

(c) Huraikan kepentingan nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kita.

Antara kepentingan nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kita ialah


dengan nasionalisme rakyat kita hidup aman dan makmur di negara kita dengan
berbilang kaum. Hal ini disebabkan masyarakat dapat hidup bertolak ansur dan
nasionalisme. Contohnya cina, India dan Melayu dapat hidup aman damai.
[4 markah]

1
2 Gambar berikut menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh komunis di negara kita
semasa Darurat di Tanah Melayu 1948-1960.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

(a) Nyatakan tindakan keganasan yang dilakukan oleh komunis di negara kita

Tindakan keganasan yang dilakukan ialah menebang pokok-pokok dan menembak


orang yang tidak bersalah.
[2 markah]

(b) Jelaskan kesan darurat daripada aspek sosioekonomi.

Kesan darurat daripada aspek sosioekonomi ialah ekonomi negara tergugat. Hal ii
kerana seterusnya darurat dijalankan pada satu tempoh yang lama. Pendapatan
negara kan berkurangan. Sebagai contoh kerajaan tidak dapat mengeksport barang
ke luar negara akibat rakyat yang tidak bekerja. Hal ini akan menyebabkan ekonomi
negara tergugat.
[4 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh kita ambil untuk menghargai
keamanan negara yang telah kita kecapi.

Pada pendapat saya langkah yang boleh kita ambil untuk menghargai keamanan
negara yang telah kita kecapi ialah menyambut kemerdekaan dengan penuh gilang
gemilang. Hal ini kerana kita akan dapat mengingati jasa pahlawan-pahlawan yang
bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dinegara kita. Sebagai
contoh mengingati jasa Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya yang telah berjuang
untuk negara kita. Oleh itu kita hendaklah menyambut hari kemerdekaan dengan
penuh gilang gemilang supaya kita dapat mengingati jasa pahlawan-pahlawan
kerana mereka merupakan salah satu sebab kita kecapi keamanan negara
[4 markah]

2
2 Gambar berikut menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh komunis di negara kita
semasa Darurat di Tanah Melayu 1948-1960.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

(a) Nyatakan tindakan keganasan yang dilakukan oleh komunis di negara kita

Mereka merosakkan ladang-ladang dan haiwan ternak yang menjana ekonomi dan
memberi makanan.
[2 markah]

(b) Jelaskan kesan darurat daripada aspek sosioekonomi.

Rakyat Malaysia kekurangan makanan. Selain itu rakyat Malaysia lelaki dan
perempuan dikerjakan kadang-kadang tanpa makanan.
[4 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh kita ambil untuk menghargai
keamanan negara yang telah kita kecapi.

Pada pendapat saya langkah yang kita boleh ambil ialah mendidik anak-anak kita di
sekolah. Hal ini akan membantu mereka memahami dengan lebih mendalam untuk
berasa syukur dan menghargai nyawa-nyawa yang terkorban. Pada masa yang
sama kita dapat membina sifat patriotik dan rajin kerana mereka rasa bersyukur
dengan keamanan negara. Sebagai contoh sifat-sifat seperti patriotik akan
membantu dalam perjuangan negara kita malah negara lain juga seperti Syria,
Yaman dan Afghanistan. Kesimpulannya kerajaan dan sekolah perlu berganding
bahu dalam membina negara yang patriotik bagi anak-anak kita kelak nanti.
[4 markah]

3
3 Petikan berikut berkaitan kedaulatan negara.

Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting
kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan
negara untuk tidak terus dijajah atau di‘jajah’. Justeru itu, gandingan mantap seluruh jiwa
raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir-
anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya
masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam
menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana
kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada
neo-kolonialisme

Sumber : https://core.ac.uk/reader
Kedaulatan Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

(a) Apakah maksud kedaulatan?

Kedaulatan bermaksud rakyat yang bersatu pada mempertahankan negara.


[2 markah]

(b) Jelaskan ciri-ciri sesebuah negara yang berdaulat.

Ciri-ciri sesebuah negara yang berdaulat ialah rakyat yang bersatu padu dan
bekerjasama untuk menentu kan seberang keputusan. Hal ini kerana mereka akan
bekerjasama untuk menentukan perkara yang baik atau buruk untuk negara.
Sebagai contoh rakyat bersuara sehingga Perdana Menteri bersetuju mengeluarkan
KWSP untuk rakyat. Ini membuktikan mereka bersatu padu.

[4 markah]

(c) Huraikan peranan rakyat Malaysia dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.

Peranan rakyat Malaysia dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara ialah rakyat
mendengar perintah dengan duduk di rumah semasa penularan Covid-19. Hal ini
kerana tahu kerajaan sedang bertungkus lumus untuk menghentikan penularan
wabak Covid-19. Contohnya rakyat duduk di rumah sehingga kerajaan dapat
membendung masalah ini. Walaupun penularan wabak covid-19 tidak dapat
dibendung dengan secekapnya tetapi rakyat masih mengikut perintah dengan
mengamalkan SOP.
[4 markah]

4
3 Petikan berikut berkaitan kedaulatan negara.

Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting
kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan
negara untuk tidak terus dijajah atau di‘jajah’. Justeru itu, gandingan mantap seluruh jiwa
raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir-
anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya
masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam
menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana
kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada
neo-kolonialisme

Sumber : https://core.ac.uk/reader
Kedaulatan Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

(a) Apakah maksud kedaulatan?

Maksud kedaulatan ialah ia dianggap satu aset bagi mempertahankan


kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah.
[2 markah]

(b) Jelaskan ciri-ciri sesebuah negara yang berdaulat.

Antara ciri-ciri ialah rakyat yang berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin
keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap optima. Selain itu gandingan
mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara.
Kesimpulannya rakyat yang berdaulat akan menjaga negaranya.

[4 markah]

(c) Huraikan peranan rakyat Malaysia dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.

Antaranya ialah rakyat perlu bekerjasama dan bersepadu untuk mempertahankan


kedaulatan negara. Hal ini kerana apabila rakyat tidak bersepadu, ia akan dijadikan
sebagai kekurangan kita. Dan menjadi kelebihan musuh untuk menjajah negara kita .
perkara ini sangat penting kerana negara kita akan ramai terkorban akibat dijajah.
Dengan itu kita perlu sebagai rakyat untuk hormat satu sama lain. Supaya kita tidak
dianggap negara yang lemah. Kesimpulannya sesebuah negara akan maju
disebabkan rakyatnya yang berhemah dan bertolak ansur.
[4 markah]

5
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru.

Tun Abdul Razak menganggap suatu pembaikan perlu dilakukan di dalam pelbagai
sektor khususnya dan segi ekonomi supaya tidak wujud jurang perbezaan yang ketara
antara kaum. Tun Abdul Razak yakin bahawa cara hidup tradisional orang Melayu
perlulah diubah ke arah ekonomi moden. Ini penting supaya mereka lebih berdaya
saing dan mempunyai peluang untuk mendapat kemajuan yang lebih saksama bagi
semua rakyat.
Sumber : https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/2297_2297.pdf halaman 139

(a) Mengapakah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971?

Kerajaan melaksanakannya untuk mengubah cara hidup tradisional ke arah


ekonomi moden. Hal ini untuk mendapat kemajuan yang lebih saksama bagi
semua rakyat.
[2 markah]

(b) Jelaskan kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Kejayaan pelaksanaan DEB menyebabkan rakyat mempunyai peluang yang


tinggi untuk mendapat kemajuan.
[4 markah]

(c) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda berusaha


untuk memajukan diri dan negara?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab saya akan berusaha untuk


memajukan diri dan negara dengan memberi fokus yang lebih atas setiap
perkara yang saya lakukan. Hal ini akan membantu saya memajukan diri dan
negara. Sebagai contoh saya akan memberi fokus yang lebih untuk pekerjaan
saya supaya semuanya berjalan lancar dan tepat. Saya percaya dengan
memberi fokus yang lebih saya akan dapat memajukan diri dan negara ke arah
yang lebih baik. Selain itu saya akan menasihati anak-anak muda untuk sentiasa
bersatu padu untuk menghadapi segala rintangan. Hal ini dapat memajukan diri
dan negara
[4 markah]

6
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru.

Tun Abdul Razak menganggap suatu pembaikan perlu dilakukan di dalam pelbagai
sektor khususnya dan segi ekonomi supaya tidak wujud jurang perbezaan yang ketara
antara kaum. Tun Abdul Razak yakin bahawa cara hidup tradisional orang Melayu
perlulah diubah ke arah ekonomi moden. Ini penting supaya mereka lebih berdaya
saing dan mempunyai peluang untuk mendapat kemajuan yang lebih saksama bagi
semua rakyat.
Sumber : https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/2297_2297.pdf halaman 139

(a) Mengapakah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971?

Supaya kaum lain mendapat hak yang sama rata.


[2 markah]

(b) Jelaskan kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Kerajaan dapat memberi hak sama rata kepada kaum lain meredakan situasi.
[4 markah]

(c) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda berusaha


untuk memajukan diri dan negara?

Saya akan memperbaiki diri saya dahulu dari aspek disiplin dan nilai-nilai murni
yang positif. Dengan itu kita dapat dijadikan sebagai modal insan untuk
diteladani. Pada masa yang sama kita perlu memupuk sifat berhemah dan
bertolak ansur dan negara tanpa diskriminasi. Hal ini akan meningkatkan
kemajuan negara dan akan meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.
Kesimpulannya rakyat yang bijak akan bersikap tolak ansur dalam kemajuan
negara
[4 markah]

7
Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini.

5 Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah
Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran.

Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah menggabungkan 9 buah negeri dan
Singapura kekal sebagai tanah jajahan British. Kerajaan Persekutuan diketuai
Pesuruhjaya Tinggi British. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal
kewangan.
[6 markah]

(b) Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di negara kita.

Antara kesanya ialah ia mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan


mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu ia mewujudkan kerjasama
antara kaum dalam usaha mencapai perpaduan kaum. Hasil CLC ditubuhkan.
[6 markah]

(c) Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah asas kepada pembinaan bangsa dan
negara kita pada hari ini.
Berikan alasan anda.

Alasan saya ialah ia telah mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat


Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat di Malaysia hidup secara harmoni
tanpa ada perbalahan dan pergaduhan. Ia dapat mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969
daripada berulang semula. Dengan adanya perpaduan ini negara kita tidak akan
dijajah semula oleh negara luar dan kita bebas mentadbir negara mengikut kehendak
kita sendiri. Kesimpulannya negara kita bebas dan berdaulat selamanya.
[8 markah]

5 Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah
Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran.

Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran ialah persekutuan
menggabungkan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat.
Singapura kekal menjadi tanah jajahan British. Seterusnya, ketua Kerajaan
Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British. Pesuruhjaya Tinggi British dibantu
8
oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan. Majlis
Mesyuarat Persekutuan terdiri daripada ahli rasmi dan ahli tidak rasmi. Manakala
Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.
[6 markah]

(b) Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di negara kita.

Kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah mengembalikan


kedudukan raja-raja Melayu. Dalam hal ehwal kuasa kerajaan persekutuan,
Pesuruhjaya Tinggi British perlu merujuk Raja-raja Melayu. Seterusnya, kesan kedua
ialah menjaga kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal.
Kepentingan sah kaum lain juga turut terjaga. Selain itu, PTM 1948 membuka ruang
kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu. Di samping itu, PTM 1948
mendorong ke arah kewujudan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum yang
membincangkan isu perpaduan..
[6 markah]

(c) Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah asas kepada pembinaan bangsa dan
negara kita pada hari ini.
Berikan alasan anda.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 melambangkan kedaulatan negara. Hal ini


demikian kerana Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan Union
yang jelas menunjukkan penjajahan ke atas Tanah Melayu. Kesannya, kedudukan
Raja-raja Melayu dikembalikan. Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan sah kaum lain terpelihara.

Seterusnya, PTM 1948 merupakan asas kepada pembinaan bangsa dan negara
kerana wujudnya perpaduan antara pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana
perpaduan kaum yang terbentuk membantu menjamin keamanan negara. Sebagai
contoh, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum yang membincangkan
isu perpaduan menunjukkan bahawa perpaduan kaum penting dalam negara.
Kesannya, masyarakat di Malaysia masih kekal mengamalkan perpaduan kaum dan
saling bertoleransi antara satu sama lain.
[8 markah]

6 Persediaan pemasyhuran kemerdekaan telah disusun pada peringkat Persekutuan


melalui penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan.

(a) Terangkan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan untuk memastikan majlis


pengisytiharan kemerdekaan berjalan dengan teratur

Tugas jawatankuasa yang diwujudkan memastikan majlis pengisytiharan


kemerdekaan berjalan dengan teratur ialah mereka perlu membuat persiapan awal
sebelum majlis pengisytiharan kemerdekaan berlaku. Hal ini supaya semuanya
berjalan lancar. Sebagai contoh mereka perlu menyediakan tempat duduk YDP
Agong dan tetamu-tetamu yang hadir bersamanya. Selain itu mereka perlu
memastikan laluan YDP Agong ke majlis pengisytiharan kemerdekaan tidak
diganggu oleh rakyat jelata yang teruja untuk majlis pengisytiharan berlaku
[6 markah]

9
(b) Jelaskan impak kemerdekaan terhadap negara kita dari aspek politik pada peringkat
negara

Impak kemerdekaan terhadap negara kita dari segi politik pada peringkat negara
ialah wujudnya kabinet menteri-menteri. Kabinet menteri-menteri ini untuk
memastikan kerajaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebagai
contoh antara menteri-menteri yang diwujudkan ialah menteri keselamatan, menteri
kewangan dan menteri pendidikan. Tugas menteri-menteri ini ialah untuk
memastikan semuanya berjalan lancar dalam sektor masing-masing
[6 markah]

(c) Gambar berikut berkaitan dengan situasi masyarakat era globalisasi masa kini.

Bincangkan halangan yang terpaksa dihadapi untuk mengekalkan kemerdekaan


negara kita pada hari ini.

Halangan yang terpaksa dihadapi untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita


pada hari ini ialah perkara negatif seperti fitnah, kecaman, hinaan dan sebagainya.
Hal ini kerana perbuatan negatif seperti ini akan menyebabkan negara tidak dapat
hidup dalam keadaan harmoni. Sebagai rakyat menghina YDP Agong. Terdapat
banyak lagi halangan iaitu menyebarkan berita palsu , perkahwinan sejenis di
Malaysia dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak halangan kita mestilah
mengekalkan kemerdekaan supaya kita dapat hidup aman dan damai sentiasa.

[8 markah]

6 Persediaan pemasyhuran kemerdekaan telah disusun pada peringkat Persekutuan


melalui penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal dan sambutan.

(a) Terangkan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan untuk memastikan majlis


pengisytiharan kemerdekaan berjalan dengan teratur

Supaya tiada masalah seperti rusuhan berlaku atau percubaan membunuh seperti
J.F.K di Amerika Syarikat.
[6 markah]

10
(b) Jelaskan impak kemerdekaan terhadap negara kita dari aspek politik pada peringkat
negara

Antara impak ialah negara kita menjalinkan hubungan yang kuat dengan negara-
negara luar seperti Rusia dan Amerika Syarikat. Hal ini akan membantu negara kita
jika berlakunya peperangan. Bukan itu sahaja negara kita akan maju dan lebih
pandai dalam memajukan dan menyelesaikan masalah negara. Oleh itu
kemerdekaan akan membantu rakyat dari segi keamanan dan ekonomi. Hal ii
kerana negara yang merdeka bebas dari jajahan dan pihak politik boleh bermula
dalam memperbaiki negara. Sebagai contoh selepas merdeka negara kita mula maju
seperti pembinaan dan kewangan. Kesimpulannya impak kemerdekaan besa dan
mampu mengubah imej negara.
[6 markah]

(c) Gambar berikut berkaitan dengan situasi masyarakat era globalisasi masa kini.

Bincangkan halangan yang terpaksa dihadapi untuk mengekalkan kemerdekaan


negara kita pada hari ini.

Pada era ini banyak halangan yang perlu dihadapi oleh sesebuah negara untuk
mengekalkan kemerdekaan. Antaranya rakyat yang mempunyai pandangan yang
lain tidak suka akan kerajaan dan akan mula menghina kerajaan. Hal ini akan
membuatkan ramai orang untuk mengikuti sikap negatif tersebut. Selain itu ada
sesetengah individu yang memulakan ideologi atau membuat fitnah. Sebagai contoh
menjelang pendamik covid-19 kumpulan anti vaksin memfitnah Khairy Jamaluddin
bahawa dia tidak mengambil vaksin dan menggunakan syaitan untuk melindunginya.
Tambahan pula kumpulan IT yang akan menyebar fitnah tentang info kerajaan yang
akan membuatkan rakyat memberontak tanpa alasan. Lagi-lagi daripada itu kerajaan
perlu menghadapi masalah LGBT yang hangat. Orang-orang ini tidak memahami
bahawa Malaysia merupakan negara Islam. Oleh itu keadaan tersebut akan memberi
stress kepada kerajaan. Kesimpulannya Malaysia perlu mengetatkan undang-
undang seperti di Brunei
[8 markah]

7 Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 berdasarkan Perjanjian


Malaysia 1963 (MA 63).

(a) Jelaskan konsep kerajaan Persekutuan di negara kita.

11
Konsep kerajaan persekutuan ialah penggabungan beberapa buah negeri yang
membentuk sebuah negara bersekutu. Terdapat juga pembahagian kuasa dalam
pentadbiran iaitu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
[4 markah]

(b) Bagaimanakah konsep pembahagian kuasa dilaksanakan dalam sistem pentadbiran


Malaysia hari ini?
Konsep pembahagian kuasa dilaksanakan dalam pentadbiran Malaysia hari ini
dengan adanya pembahagian kuasa di tiga peringkat iaitu kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Pembahagian ini bertujuan melicinkan
pentadbiran dan mengelakkan konflik antara kerajaan. Kerajaan tempatan
berada di bawah kuasa kerajaan negeri.
[8 markah]

(c) Petikan berikut berkaitan ciri-ciri Persekutuan Malaysia hari ini.

Pada masa kini masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan bersatu padu. Masyarakat
Malaysia mempunyai nilai moral dan etika serta berkeyakinan tinggi. Mereka hidup
bantu-membantu serta bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

Sumber: https://www.pmo.gov.my/ms/wawasanMalaysia

Jelaskan maklumat yang anda peroleh daripada petikan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, berikan cadangan anda untuk
menjadikan Persekutuan Malaysia terus gemilang pada masa hadapan.

Maklumat yang saya perolehi daripada maklumat tersebut ialah masyarakat Malaysia hidup
bersatu padu. Masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika serta berkeyakinan
tinggi. Mereka hidup bantu-membantu serta bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

Cadangan saya untuk menjadikan Persekutuan Malaysia terus gemilang dengan


bekerjasama dengan semuah pihak sama ada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Selain itu saya akan memastikan politik negara terus stabil dan tidak berlaku huru hara
dalam negara. Saya juga akan menjalinkan hubungan perdagangan untuk meningkatka
pendapatan negara supaya negara menjadi maju seiring dengan dunia luar.
[8 markah]

7 Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 berdasarkan Perjanjian


Malaysia 1963 (MA 63).

(a) Jelaskan konsep kerajaan Persekutuan di negara kita.

Konsep kerajaan persekutuan di negara kita ialah suatu sistem pemerintahan yang
terdiri daripada beberapa buah negeri yang disekutukan demi kepentingan bersama.
Selain itu, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Seterusnya, kerajaan persekutuan menerapkan prinsip pengasingan
kuasa. Akhir sekali, mempunyai tiga cabang iaitu eksekutif, perundangan dan
kehakiman.

12
[4 markah]

(b) Bagaimanakah konsep pembahagian kuasa dilaksanakan dalam sistem pentadbiran


Malaysia hari ini?

Konsep pembahagian kuasa dilaksanakan dalam sistem pentadbiran Malaysia hari


ini dengan perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa yang khusus antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang meliputi kuasa perundangan dan
kuasa pemerintahan. Selain itu, pembahagian kuasa bertujuan untuk melicinkan
perjalanan sistem persekutuan serta mengelakkan permasalahan antara kedua-dua
peringkat kerajaan. Seterusnya, peruntukan kuasa lebih besar diberikan kepada
peringkat persekutuan untuk mewujudkan kerajaan persekutuan yang kuat bagi
menjamin kestabilan dan kemajuan negara. Di samping itu, tiada peruntukan kuasa
khusus kepada kerajaan tempatan malah sebaliknya kerajaan tempatan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan negeri.
[8 markah]
(c) Petikan berikut berkaitan ciri-ciri Persekutuan Malaysia hari ini.

Pada masa kini masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan bersatu padu. Masyarakat
Malaysia mempunyai nilai moral dan etika serta berkeyakinan tinggi. Mereka hidup
bantu-membantu serta bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

Sumber: https://www.pmo.gov.my/ms/wawasanMalaysia

Jelaskan maklumat yang anda peroleh daripada petikan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, berikan cadangan anda untuk
menjadikan Persekutuan Malaysia terus gemilang pada masa hadapan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, cadangan saya untuk menjadikan
persekutuan Malaysia terus gemilang pada masa hadapan adalah dengan memajukan
sistem pentadbiran negara. Hal ini bagi menguatkan kedudukan negara untuk masa yang
lama. Selain itu, cadangan saya ialah mengadakan kempen pentingnya persekutuan
Malaysia bagi menjamin masa depan negara. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada
rakyat untuk memberi kerjasama bagi mengekalkan kegemilangan persekutuan Malaysia. Di
samping itu, mengekalkan nama baik negara supaya dipandang tinggi oleh negara luar.
Contohnya mengurangkan kadar jenayah di negara. Akhir sekali, cadangan saya ialah
memulihara khazanah negara kerana khazanah negara ialah antara harta paling bernilai
buat negara. Kesimpulannya, saya sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik
mencadangkan supaya persekutuan Malaysia terus kekalkan kegemilangan pada masa
hadapan bagi meninggikan nama negara di mata dunia.
[8 markah]

8 Petikan akhbar berikut berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969.

13
Sumber: Berita Harian, 28 Mei 2012

(a) Jelaskan faktor yang menyebabkan tercetusnya tragedi rusuhan antara kaum.

Faktor yang menyebabkan rusuhan kaum ialah penyebaran fitnah. Hal ini kerana
mereka memfitnah kaum yang lain melakukan perbuatan terkutuk. Selain itu
memaki-maki dan hinaan yang menyebabkan rusuhan kaum terjadi. Sebagai contoh
kaum India dan kaum cina saling memaki-makian. Ini merupakan faktor terjadinya
rusuhan kaum.
[4 markah]
(b) Huraikan tindakan yang dilaksanakan untuk menghindari tragedi rusuhan antara
kaum daripada terus merebak ke seluruh negara.

Tindakan yang dilaksanakan untuk menghindari terjadi rusuhan kaum daripada


merebak ke seluruh negara ialah menghukum sesiapa yang memulakan rusuhan
kaum. Hal ini supaya mereka mendapat hukuman kerana menghina kaum lain.
Sebagai contoh menghukum orang yang menghina kaum lain sehingga berasa
menyesal akan perbuatan mereka. Hal ini akan menyebabkan rusuhan kaum segera
dapat dibendung. Oleh itu rusuhan kaum akan berkurangan dan dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan damai.
[8 markah]

(c) Tragedi 13 Mei 1963 memberikan impak yang besar terhadap masyarakat berbilang
kaum. Ramalkan kesan sekiranya peristiwa tersebut berulang kembali.

Sekiranya peristiwa tersebut berulang kembali rusuhan kaum akan merebak ke


seluruh negara. Hal ini kerana masyarakat pada zaman kini mudah terasa dengan
kata-kata kaum lain dan menyebabkan pergaduhan besar berlaku.
[8 markah]

8 Petikan akhbar berikut berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969.

Sumber: Berita Harian, 28 Mei 2012

14
(a) Jelaskan faktor yang menyebabkan tercetusnya tragedi rusuhan antara kaum.

Faktornya ialah segelintir masyarakat yang negatif menghasut golongan rakyat yang
baik dan cuba pecah-belahkan rakyat. Hal ini akan menimbulkan fitnah terhadap
kerajaan. Orang-orang jahat berbuat demikian kerana mereka ingin rakyat gaduh
dan berbalah untuk sebab-sebab tertentu.
[4 markah]

(b) Huraikan tindakan yang dilaksanakan untuk menghindari tragedi rusuhan antara
kaum daripada terus merebak ke seluruh negara.

Antara tindakan yang di laksanakan ialah Raja Perlis bertitah bahawa rakyat
seharusnya menjadikan panduan sebagai pegangan jangka panjang bagi
membolehkan masyarakat hidup di bawah satu bumbung. Selain itu kerajaan
menganjurkan sambutan bertemakan kesederhanaan dan keakraban asas
perpaduan itu rakyat perlu memahami contoh satu sama lain untuk menguatkan
perpaduan. Dengan itu kita akan lebih kuat bak kata pepatah Melayu ‘Bersatu teguh
Bercerai Roboh’. Pada masa yang sama kita perlu menerapkan sikap ‘No
Discrimination Toward Other People’ dan sikap perpaduan yang akan membantu
anak-anak kita hormati-menghormati antara satu sama lain. Oleh itu kita akan
memupuk anak-anak kita untuk maju ke hadapan. Kesimpulannya rusuhan negara
haruslah berhenti kerana perkara tersebut hanya akan merosakkan nama negara
kita yang tercinta
[8 markah]

(c) Tragedi 13 Mei 1963 memberikan impak yang besar terhadap masyarakat berbilang
kaum. Ramalkan kesan sekiranya peristiwa tersebut berulang kembali.

Jika tragedi tersebut berulang kita akan terkesan dengan lebih teruk lagi berbanding
dahulu. Hal ini kerana teknologi kini lebih maju dan juga lebih lagi bahaya. Banyak
perkara yang boleh berlaku antaranya perang siber, pengeboman dan tembak
menembak. Hai ini teruk kerana ia akan menjejaskan masa depan negara kita dan
anak-anak kita juga. Selain itu setelah habis rusuhan keadaan negara kita dari aspek
ekonomi, politik akan menjadi seperti tiadanya politik dan ekonomi. Oleh itu kita perlu
mula dari awal dan kita juga senang dijajah disebabkan itu. Kesimpulannya kita perlu
mendidik anak-anak kita untuk berfikir sebelum berbuat demikian.
[8 markah]

9 Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan


keamanan dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau. Pandangan disuarakan berkaitan
dengan kemanusiaan dan keamanan terutama dalam kalangan masyarakat yang tertindas.

(a) Jelaskan isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia?

Isu-isu diperjuangkan ialah isu Rohingya yang datang ke Malaysia untuk berteduh.
Selain itu Malaysia menghantar pasukan askar untuk selamatkan askar Amerika
Syarikat dari pengganas. Bukan itu sahaja Malaysia memperjuangkan isu Palestin,
Afghanistan dan isu Israel yang bersifat kejam terhadap rakyat Palestin
[4 markah]

(b) Huraikan usaha-usaha rakyat Malaysia dalam menangani isu-isu kemanusiaan


tersebut.

15
Malaysia menghantar pasukan askar Melayu atau PASKAL ke UNICEF untuk
membantu peperangan yang berlaku. Oleh itu kita dapat meredakan situasi di situ.
[8 markah]

(c) Konflik kemanusiaan masih berlaku pada masa ini.


Beri ulasan anda.

Konflik kemanusiaan yang masih berlaku ialah masalah pemilihan politik atau
pemimpin. Dalam pandangan saya rakyat tidak mempunyai pilihan kerana pemimpin
sekarang semuanya terlibat dalam rasuah. Hal ini membangunkan rakyat untuk
berlawan demi hak. Selain itu hak gaji atlet dan gaji graduan yang amat sikit. Perkara
tersebut menghangatkan rakyat kerana gaji orang politik melebihi 20 ribu sedangkan
atlet Malaysia yang berjuang hanya RM 800.00. bagi graduan pula gaji diturunkan
kepada RM 1200 dari 2-3 ribu. Hal ini membuatkan rakyat berlawan untuk keadilan.
Bukan itu sahaja di mana “Sexsual harrasment” berlaku di mana pihak perempuan
mula menyalahi semua lelaki dalam masalah ini. Topik ini dibincangkan dalam sosial
media oleh Influencer yang terkenal dan masih belum tamat. Kesimpulannya semua
orang perlu tahu batas dan pemikiran logikal untuk mengendalikan masalah yang
berlaku.
[8 markah]

16

You might also like