You are on page 1of 7

KOMANWEL

PENGENALAN
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara
sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah
oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan
Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.
Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan
Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik,
dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei,
Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya
menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

SEJARAH
Komanwel ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan
british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang maju dan yang sedang
membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL ditubuhkan dan ibu pejabat
KOMANWEL terletak di London.Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu
British,Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai
ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm".
Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain
mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai
Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II
sebagai Ketua Komanwel.Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan,
komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1926 hasil idea Lord Rosebury. Penyertaan Malaysia
bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

MATLAMAT KOMANWEL
Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi,
pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas
jajahan british
OBJEKTIF
1. Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota
2. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai
bidang di kalangan negara anggota.
3. Menaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota
4. Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan British terutama
untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain
5. Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi
kepakaran negara anggota.
6. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan
Pelajaran Komanwel

PRINSIP
1. Keamanan penting untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia seagat
2. Kepercayaan kepada kebebasan dan hak individu
3. Menghalang penganiayaan ke atas pembangunan manusia
4. Kerjasama penting bagi menghapuskan ketidakadilan.

TUJUAN PENUBUHAN
Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai
bidang di kalangan negara anggota.
Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama
untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi
kepakaran negara anggota.
Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan
Pelajaran Komanwel.
KEAHLIAN ANGGOTA KOMANWEL
1. Eropah

United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)


Cyprus (1961)
Malta (1964)

2. Amerika Utara
Kanada (1931) (Alam Komanwel)
Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
Trinidad dan Tobago (1962)
Barbados (1966) (Alam Komanwel)
Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
Grenada (1974) (Alam Komanwel)
Dominica (1978)
St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
Belize (1981) (Alam Komanwel)
St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)
3. Amerika Selatan
Guyana (1966)
4.Afrika
Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
Ghana (1957)
Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
Sierra Leone (1961)
Tanzania (1961)
Uganda (1962)
Kenya (1963)
Malawi (1964)
Zambia (1964)
Botswana (1966)
hoLesot (1966)
Mauritius (1968)
Swaziland (1968)
Seychelles (1976)
Namibia (1990)
Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
Cameroon (1995)
Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)
5.Asia
India (1947)
Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung
1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
Sri Lanka (1948)
Malaysia (1957)
Singapura (1965)
Bangladesh (1972)
Maldives (1982)
Brunei (1984)
6.Australia dan Oceania
Australia (1931) (Alam Komanwel)
New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
Samoa (1970)
Tonga (1970)
Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
Vanuatu (1980)
Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
Kiribati (1979)
Nauru (1999)

7.Ahli yang kini digantung:


Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 -
2001, digantung semula September 2009)

8.Bekas ahli:
Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.
Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013.

PENGLIBATAN MALAYSIA
1. Membangkitkan isu-isu ekonomi
2. Membantu membangunkan sosioekonomi negara anggota dan kerjasama dan tolong-
menolong antara satu sama lain
3. Malaysia membangkitkan isu kemanusia terutama isu hak asasi manusia dan
mengecam amalan Dasar Apaarteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi
kaum
4. Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel
5. Malaysia telah memberi maklumat kepada Sri Lankatentang cara penanaman benih
pokok getah.
6. Malaysia juga memberikan biasiswa kepada pelajar Britain,India,New Zealand dan
lain-lain.
7. Isu alam sekitar yang telah menarik pandangan negara dunia iaitu mengenai
kemerosotan dan pencemaran alam sekitar.Ekoran itu,ketua-ketua Negara Komanwel telah
menggariskan bebraapa rancangan yang merangkumi:-
Penubuhan tabung antarabangsa untuk memlihara alam sekitar
Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan membangun
Pengurangkan pencemaran laut
Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
PERANAN MALAYSIA
Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di
Afrika Selatan.
Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika
dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia
telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan
Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara
menanam getah kepada Sri Lanka.
Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan
lain-lain negara untuk belajar di negara kita.

FAEDAH MALAYSIA MENYERTAI KOMANWEL

Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian


pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa
konfrantasi Indonesia.
Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini
Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi
perlombongan dan perladangan.
Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

KEPENTINGAN MALYSIA DALAM


KOMANWEL
Pada peringkat awal kemerdekaan.Malaysia masih nergantung kepada British dari aspek
pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo-
Malaya (AMDA) yang ditandatangani pada oktober 1957.Malaysia mendapat bantuan
ketenteraan untuk mengawasi kawasan pengairan Sabah dan Serawak daripada
pencerobohan Indonesia.Semasa darurat,Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari
Negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis.Pada tahun
1950,Malaysia mendapat bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada
pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM
KOMANWEL
1. Menganjurkan mersyuarat CHOGM 1989
2. Mengistiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi
masalah pencemaran
3. Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dassar Apartheid di
Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
4. Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

SUKAN KOMANWEL
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan.Dilangsungkan setiap empat tahun
sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel
biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang
bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

1. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di
Hamilton, Ontario,Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar
British pada 1954, kepadaSukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang
Sukan Komanwel pada 1978.

1.
2. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet
dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan
Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

ACARA SUKAN contah;Angkat berat,Aquatik,Renang,Renang berirama.

1. KESIMPULAN
1. Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan
1.6 billion pendududk, negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh
menunjukkkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang
penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden. Badan ini berasaskan perunding,
perbincangan dan kerjasama. Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman
antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan..
http://thecommonwealth.org/

You might also like