You are on page 1of 30

1.

Menerangkan tentang proses pembinaan negara bangsa di

dunia dan Malaysia

2. Menjelaskan sejarah pembinaan negara bangsa dan kaitan

dengan hubungan etnik di Malaysia

3. Menilai tahap kejayaan Malaysia menguruskan hubungan

etnik
Bagaimana wujudnya pembinaan negara bangsa?

Wujud kerana adanya bangsa (ras) yang kemudiannya membentuk


entiti sebuah negara bagi mewakili bangsa tersebut.
Contohnya, bangsa Jepun yang membentuk negara Jepun

Secara umumnya, konsep negara bangsa terbahagi pada tiga keadaan,


iaitu;
1) Satu ras yang membentuk bangsa dan melahirkan satu negara.
Contohnya, bangsa Jepun membentuk negara Jepun.
2) Bangsa tanpa negara. Contohnya, bangsa Melayu Pattani di
Selatan Thailand.
3) Negara tanpa bangsa. Contohnya, negara Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Nyatakan kepentingan hubungan etnik?
 Perpaduan
 Permuafakatan Mengapakah hubungan etnik dianggap
 Toleransi sebagai kunci pembinaan negara bangsa?
 Persefahaman
Mengapakah pembinaan negara bangsa memerlukan perhatian
terhadap kejayaan menguruskan dua perkara berikut, iaitu;
(a) Keterbatasan (Scarcity)
Merujuk kepada kejayaan kerajaan menguruskan sumber
ekonomi untuk mencapai kemajuan dan pembangunan
(b) Kesepaduan Sosial (Solidarity)
Merujuk kepada kejayaan kerajaan menguruskan perpaduan
kaum untuk mewujudkan kestabilan negara
Apakah yang anda faham tentang konsep negara bangsa?
(i) Negara: merujuk pada sebuah kawasan yang mempunyai
sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan dan
didiami oleh sekelompok masyarakat
(ii) Bangsa: merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.

Sejarah pembinaan negara bangsa?


 Bermula di Eropah pada penghujung abad ke-18, apabila
sekelompok bangsa, iaitu golongan kapitalis menentang kuasa
feudal.
 Golongan ini telah berjaya menyingkirkan kuasa feudal dan
membentuk sebuah negara moden yang mempunyai sempadan
tertentu (England) dan di dukung oleh sekelompok bangsa Inggeris
Konsep negara bangsa dalam konteks negara Malaysia
 Malaysia lebih kepada pembinaan negara dan bukannya negara
bangsa.
 Ini kerana, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang terbentuk
hasil daripada proses akulturasi dan asimilasi antara hubungan
etnik.

SOALAN

JAWAPAN: D
SOALAN

JAWAPAN: C

Cabaran pembinaan negara Malaysia


 Menyatukan pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, agama, bahasa dan pengalaman yang berbeza.
Faktor-faktor Kewujudan Negara?
(a) Pengukuhan Kuasa
 Dasar perluasan kuasa negara-negara Imperialis seperti Perancis,
Itali, Jerman dan United Kingdom
 Kebanyakan negara-negara ini mempunyai pelbagai etnik yang
hampir homogen (sama) dan melengkapi pembentukan negara
bangsa.
(b) Keruntuhan Empayar atau Kerajaan Yang Kuat
 Apabila berlakunya keruntuhan empayar yang besar, maka banyak
negara jajahan yang membentuk empayar tersebut berusaha untuk
bebas dan membentuk sebuah negara bangsa sendiri.
 Contohnya, pembentukan negara Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan
lain-lain selepas keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Empayar kerajaan Turki Uthmaniyah
(c) Kesanggupan Penjajah Melepaskan Jajahan Takluknya
 Merujuk kepada Dasar Dekolonisasi seperti yang termaktub dalam
Piagam Atlantik 1945 yang menggalakkan negara kolonialisme
membebaskan negara jajahannya

(d) Keruntuhan Kuasa Komunis Rusia


 Keruntuhan Kesatuan Soviet menyebabkan muncul 15 buah negara
baru, seperti Belarus, Latvia, Ukranie, Kazakhstan, Uzbekistan dan
lain-lain
 Begitu juga dengan perpecahan negara Yugoslavia menyebabkan
muncul negara baru, iaitu Slovenia,
Croatia, Bosnia-Hezergovina,
Serbia, Montenegro, Crotia dan
Macedonia
Perpecahan negara Yugoslavia
NEGARA-NEGARA YANG WUJUD AKIBAT KERUNTUHAN KESATUAN SOVIET
Tiga tahap perkembangan dalam proses pembinaan negara bangsa
(a) Pembentukan Kuasa Pusat
 Kuasa kerajaan persekutuan untuk mengawal dan
menyelaraskan sistem pemerintahan di seluruh negara
(b) Pembentukan Negara
 Negara sebagai lambang untuk memupuk semangat
patriotisme dan semangat kesetiaan kepada negara

(c) Pembangunan Negara Bangsa


 Menggerakkan anggota masyarakat sebagai sumber manusia
dan material yang berupaya memberi sumbangan untuk
mencapai kemajuan negara dan perpaduan bangsa

Sudut Minda:
Nyatakan perbandingan proses pembinaan negara bangsa di Eropah
dan di Malaysia?
(a) Konsep Negara Etnik (Ethno Nations)
 Negara yang berkongsi warisan, bahasa, kepercayaan dan
keturunan yang sama.
(b) Konsep Negara Sivik (Civis Nations)
 Negara yang bukannya berdasarkan keturunan etnik tetapi
berkongsi negara dan hak politik yang sama.

(c) Konsep Negara Etnik Sivik (Ethno Civic Nations)


 Negara yang dibina hasil gabungan kumpulan etnik yang
berbeza ke dalam satu unit politik yang sama dan menjadi asas
kepada pembangunan negara.
Sudut Minda: Berdasarkan ketiga-tiga konsep ini, yang manakah
paling sesuai dengan negara Malaysia?
Pandangan Para Sarjana berkaitan Konsep Negara Etnik, Sivik dan
Etnik-Sivik
(a) Negara Etnik (Ethno Nations) > Ernest Blank (1917)
 Idea beliau bercorak etnosentrik
 Beliau berpendapat etnik lain perlu ditolak keluar kerana
mendokong konsep satu bangsa, satu bahasa dan satu agama.
 Antara aspek yang ditekankan oleh beliau adalah;
(i) Budaya Nasional
(ii) Asimilasi
(iii) Penapisan Kaum
(iv) Berprasangka
(v) Penolakan Dominasi Luar
SOALAN

JAWAPAN: B
(b) Negara Sivik (Civic Nations) > Mikelis Valters (1914)
 Beliau berpendapat etnik minoriti boleh diterima asalkan tidak
mengganggu pentadbiran autonomi.
 Ini kerana, perpaduan boleh dicapai melalui solidariti (membina
hubungan yang baik) dan bukannya asimilasi.

(c) Negara Etnik Sivik (Ethno Civic Nations) > Mergers Skujeneeks
(1913)
 Beliau berpendapat kehidupan manusia boleh diatur melalui
ideologi.
 Beliau menolak negara yang dibina berasaskan perhubungan darah
kerana beranggapan ikatan seumpama ini tidak kekal.
 Idea beliau ialah meletakkan gabungan etnik yang berbeza ke
dalam satu unit politik yang sama.
 Boleh ditelusuri dalam dua periodisasi masa, iaitu;
(a) Sebelum Merdeka
 Dasar pecah dan perintah British menyebabkan kaum-kaum di
Malaysia hidup secara berasingan dan pergaulan agak terbatas

(b) Selepas Merdeka


 Hubungan etnik lebih ketara atas dasar perpaduan, permuafakatan
dan persefahaman
 Turut dipengaruhi oleh prasyarat kemerdekaan yang ditetapkan
oleh British ke arah Kemerdekaan
SOALAN

JAWAPAN: C
Secara umumnya, pembinaan negara Malaysia terbahagi kepada tiga
tahap utama, iaitu;
1.2.1 Era Konflik (1945 – 1960)
 Era konflik terbahagi kepada tiga konflik yang utama, iaitu;
(i)Ancaman Komunis
• Penguasaan Bintang Tiga selama 14 hari
• Banyak melakukan keganasan dan kezaliman
(ii)Penubuhan Malayan Union
• Penentangan terhadap Malayan Union
• Penubuhan UMNO
• Pemansuhan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu
(iii)Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
• Bertujuan mewujudkan kerjasama kaum
• Dianggotai oleh pemimpin utama etnik Melayu, Cina dan India
• Meredakan konflik antara kaum (Rujuk kontrak sosial)
1.2.2 Era Stabil Tetapi Tegang (1961 – 1970)
 Dikenali juga sebagai era yang kritikal merangkumi;
(i) Pembentukan Persekutuan Malaysia
• Reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan
Persekutuan Malaysia
• Banyak melakukan keganasan dan kezaliman
(ii) Tuntutan 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak
• Untuk memelihara autonomi penduduk Sabah dan Sarawak
• Meliputi aspek bahasa, agama, imigresen, hak bumiputera dan
lain-lain
(iii) Rusuhan Kaum
• Penyingkiran Singapura 9 Ogos 1965
• Peristiwa 13 Mei 1969
• Usaha ke arah Perpaduan Nasional
1.2.3 Era Kesepaduan Sosial (1971 – 2011)
 Merupakan jalinan hubungan kerjasama antara kaum meliputi;
(i) Pemantapan Interaksi (masyarakat, negara dan pasaran)
• Bagaimana kemakmuran dan kestabilan ekonomi mendukung
keamanan dan kestabilan negara
• Ini dapat dilihat melalui kaitan simbiotik ekonomi, politik dan
kesepaduan sosial yang banyak dipengaruhi oleh perkaitan
antara M + N + P (masyarakat + negara + pasaran)
• Jalinan ini terbina hasil dari putaran ekonomi dan pasaran
yang menyebabkan saling bergantungan antara kaum melalui
kegiatan ekonomi seharian
(ii) Peristiwa Kampung Medan 2001
• Merupakan contoh jelas akibat masalah kesepaduan sosial
• Kesannya, berlakulah masalah sosio-ekonomi dan sikap tidak
puas hati sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan
kaum India – Melayu
(iii) Kepentingan Rukun Negara (rujuk m.s 11)
 Bertitik tolak dari formula integrasi yang dibina berasaskan
pengekalan budaya asal satu-satu etnik

Sudut Minda: Membuat perbandingan proses negara bangsa antara


negara Malaysia dengan Indonesia

 Berbeza dengan pembentukan negara bangsa Indonesia, negara


Malaysia lebih kepada pembentukan sebuah negara yang terdiri
dari pelbagai kaum
 Keunikan, keharmonian dan perpaduan yang wujud di Malaysia
telah menarik ramai pelancong datang ke negara Malaysia
 Kejayaan Malaysia dapat dibincangkan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial
1.3.1 Politik
 Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan berasaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.
 Kerajaan dipilih melalui pilihan raya yang diadakan dalam tempoh
lima tahun sekali.
 Contohnya, Parti yang menang dalam pilihanraya mendapat
mandat dari rakyat untuk membentuk kerajaan hari ini.

Sudut Minda: Apakah formula yang digunakan oleh Pakatan Harapan


sehingga mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya?

KOMPROMI KAUM MELALUI KONTRAK SOSIAL


SOALAN

JAWAPAN: B
1.3.2 Ekonomi
 Semasa pemerintahan British, British telah mengamalkan dasar
‘Pecah dan Perintah’ (pengasingan kaum berdasarkan penempatan
dan pekerjaan)
 Tujuannya untuk menghalang perpaduan kaum dan mengekalkan
sistem ekonomi tradisi mengikut kaum
 Akibatnya, berlakulah jurang sosioekonomi yang cukup besar antara
orang Melayu dan orang bukan Melayu
 Kesannya, berlakulah konflik etnik seperti peristiwa Kampung
Medan pada tahun 2001
 Untuk menangani masalah hubungan kaum, kerajaan telah
melaksanakan beberapa usaha seperti Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan
Negara.
1.3.3 Sosial
 Konsep sosial merupakan konsep yang mengandungi elemen
kemanusiaan dan kemasyarakatan.
 Salah satu aspek yang penting dalam sosial ialah budaya yang
merupakan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu etnik.
 Dalam konteks Malaysia, budaya masyarakatnya adalah unik kerana
telah berlakunya proses akulturasi dan asimilasi
 Contohnya, pakaian, makanan, hiburan dan sebagainya
 Walau bagaimanapun, bidang agama tidak berlaku secara asimilasi.
 Orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam, Cina pula agama
Buddha dan India dengan agama Hindu.
 Agama merupakan isu yang sensitif dan boleh menimbulkan konflik
dalam masyarakat sekiranya tidak timbul persefahaman kaum.
 Selain agama, aspek yang penting adalah bahasa yang
melambangkan penuturnya.
 Namun bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan
yang menghubungkan pelbagai kaum demi mencapai keharmonian
negara.
 Selain bahasa, aspek pendidikan turut memainkan peranan penting
dalam mengekalkan bahasa ibunda masing-masing melalui sistem
pendidikan vernakular

Sudut Minda: Pada pandangan anda, adakah Malaysia berjaya


menguruskan sentimen kaum dan unsur negatif yang timbul
berdasarkan aspek politik, ekonomi dan sosial ke arah keharmonian
dan perpaduan kaum di negara ini?

You might also like